Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan Internet: Apa Yang Anda Mahu?

Saya ada terima banyak emel permintaan agar mereka dibimbing untuk menjana pendapatan di internet atau membina perniagaan internet yang berjaya. Malah ada yang mahu keluar daripada masalah kewangan dan menjadi seorang yang berjaya.

Sebenarnya ia adalah amat subjektif dan saya tidak boleh menggunakan “satu peluru untuk menembak 10 ekor burung sekaligus”. Bermaksud, setiap orang ada keperluan yang berbeza. Ada mereka yang hanya mahu selesaikan hutang dan selepas selesai, mereka tidak lagi libatkan diri dalam perniagaan internet. Ada yang lain mahu membina empayar perniagaan internet dan yang lain pula mahu menjana pendapatan sampingan sahaja selain kerja tetap.

Jadi, kalau saya keluarkan satu panduan perniagaan internet, ia tidak akan membantu semua orang secara spesifik. Maka sebab itu kita lihat, daripada 10 orang, hanya satu orang sahaja yang berjaya melakukan perniagaan internet sebab yang sembilan lagi itu mereka tidak selaraskan keperluan mereka dengan model perniagaan yang sesuai.

Apa yang kita lihat sekarang, banyak panduan yang kurang spesifik. Semuanya berkisar secara umum. Panduan sebegini tidak salah, tapi tidak semua para pembaca tahu menentukan jalan yang spesifik untuk mereka. Walaupun ditunjukkan jalan yang betul, tapi ia tidak “serasi” dengan keperluan awal dan akhir mereka.

Jadi saya memohon para pembaca semua untuk menyatakan apakah yang anda mahu sebenarnya melalui bidang perniagaan internet ini? Antara contoh jawapan:

1. Mahu membina perniagaan internet sepenuh masa

2. Menambah pendapatan / Mencari pendapatan sampingan sahaja

3. Mahu menyelesaikan masalah kewangan seperti hutang

Saya perlu tahu purata peratusan bagi setiap kemahuan di atas agar saya dapat wujudkan panduan yang spesifik untuk setiap kumpulan tersebut. Jika yang mahu bina perniagaan internet sepenuh masa, maka saya akan tunjuk caranya. Jika yang sekadar nak cari duit cepat, maka ada caranya. Kalau hanya mahu pendapatan sampingan bulanan, maka ada caranya juga.

Walaupun kaedah perniagaan internet sama saja untuk mana-mana keperluan tersebut, namun ada bezanya juga di samping kita tahu apa yang perlu dan tidak perlu untuk elakkan pembaziran masa dan kos. Selain itu, dengan mengetahui keperluan, kita boleh fokus kepada model perniagaan internet yang serasi (sesuai).

Tidak semua orang mahu atau sesuai jadi usahawan. Tidak semua orang bermindakan keusahawanan. Ada yang hanya mahu tambah sumber kewangan sahaja. Tapi ada juga yang benar-benar mahu jadi usahawan sepenuh masa sebab itulah impiannya.

Dengan mengetahui apa tujuan asas yang sebenar, maka barulah kita boleh merancang tindakan dengan jelas yang sesuai dan serasi dengan tujuan tersebut.

Jadi saya ingin tahu daripada para pembaca semua, apakah yang anda mahu daripada perniagaan internet? Apakah tujuan anda melakukan perniagaan internet? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Terima kasih.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • apa kah perniagaan sesuai
  • apakah pekerjaan atau perniagaan sampingan yang baik?
  • apakah perniagaan yang sesuai


18 Responses to “Perniagaan Internet: Apa Yang Anda Mahu?”

  1. Binaportal says:

    Salam Zul,
    Hmm, soalannya asas yang amat mendalam kesannya. Bagi saya sendiri, asalnya nak tambah pendapatan di samping kerja guru ni. Tapi lama – lama, syok pulak sebab kita boleh tambah ilmu dan pengalaman secara tak langsung. Kenalan pun makin ramai.

    Asasnya, mahukan pendapatan tambahan dulu. Dah steady sok insya Allah fulltime. Doakan kejayaan kita bersama.

  2. broSKL says:

    Assalamualaikum zul dan pembaca semua, sy pada mulanya berjinak2 dalam dunia blogging dahulu pun sbb kawan saya promotkan blog dia..sebelum ni saya mmg x tau apa itu blog dan x suka baca blog orang..tetapi lama kelamaan saya rasakan seronok pulak berblogging ni..pastu saya mula berblongging dan tiba2 terjumpa ada rahsia “buat duit dgn blog” lagi la sy bersemangat sbb sy mmg minat bisnes ni..sejak itu sy mula mencari ebook2 yg bole memberi panduan kpd sy untuk buat duit dgn blog dan mcm lagi tentng perniagaan internet..sy terasa ingin melakukan bisnes ini secara full time tp skg ni sy masih belajar lagi so kena lah abskn belajar dulu..hehe :D

    p/s: sudi2 la melawat blog sy yg x seberapa ni..http://brothersk.blogspot.com

  3. zool says:

    Betul kena tetap matlamat
    Saya sekadar mencari pendapatan sampingann.
    Sambil mengurangkan hutang..
    untuk fulltime belum lagi.

  4. nuwa says:

    Mencuba nasib dalam perniagaan internet untuk mencapai kebebasan kewangan.. :-D

  5. Abu Jarir says:

    Kepuasan…Ya bagi saya itulah yang paling utama. Duit no 2. Seorang cikgu memang kerja untuk dapat duit bagi sara hidup, tapi ia mendapat kepuasan bila anak muridnya berjaya dapat keputusan yang baik bila exam.

    Seorang doktor pun macam tu, mau duit, tapi dapat kepuasan bila patientnya sembuh.

    Saya pun mau duit dari ebook saya, tapi saya akan dapat kepuasan jika ada pelanggan mempraktikkan apa panduan yang kita ajar dalam ebook tersebut dan berhasil.

    Kepuasan iniliah yang akan buatkan kita kekal lama dalam sesuatu pekerjaan yang kita lakukan dan kualiti hasil kerja.

    Kalau orang buat sesuatu kerja kerana duit, dia mahir cari pasaran, sales letter power, memang dia akan dapat duit, walaupun produk cincai. Contoh orang jual kuih di pasar ramadan. Memang kuihnya laku sebab ada pasaran walaupun cekodoknya keras macam batu kerikil.

    Jika orang jual kuih kerana kepuasan, di puas bila customer suka makan hasil masakannya.

  6. Rahimah says:

    Saya memang dah tertarik dari awal lepas baca buku Irfan Khairi sampailah hari ni. Tujuan asal nak cuba buat sebab nampak macam senang ( tapi susah pada awalnya ) walaupun tak ada basic langsung dan macam-macam halangan.

    Alhamdulillah bila tengok duit yang masuk , macam tak percaya pulak yang zero knowledge pun boleh kalau ada kemahuan. Tambahan pulak makin hari dah makin bosan dengan kerja pejabat yang banyak protokol ( dah la kaki melawan..he he ).

    Sekarang plan saya nak buat fulltime terus sebab lebih mendatangkan kepuasan dari bekerja makan gaji.

  7. hani says:

    salam.
    saya pun seronok menulis artikel ni dalam blog sendiri. xsalah kalau kita mula dan belajar dari supaya kita berjaya .jumpa di blog saya.

  8. olie says:

    Ingin mendapatkan pendapatan tambahan dan merancang untuk membina perniagaan internet secara sepenuh masa. Dah boring kerja makan gaji.

  9. ecard says:

    Saya perlukan pendapatan sampingan bulanan yang tetap, walaupun dah ada gaji tetap.

  10. atoqa says:

    nak tambah sales dgn kata lain utk tambah income. kalau x mmg dah lama close business.

  11. ummumus'ab says:

    assalamualaikum ..
    saya masing tercari2 arah untuk memulakan perniagaan internet ini .. tidak pernah membeli mana2 ebook yang pernah diiklankan .. berminat mengikuti smartusaha.com ini apabila melihat lontaran idea2 dari penulisnya .. apa yang pasti saya ingin mencari sumber pendapatan yang halal dan berkat serta diredhai Allah dan dalam masa yang sama saya tidak perlu keluar dari rumah dan dapat meluangkan masa untuk rumahtangga saya .. bagaimana pihak saudara dapat membantu saya ??

  12. Anda adalah orang yang pertama menyedarkan saya betapa bagusnya perniagaan internet ini sehinggakan terhasilnya website saya sendiri iaitu shopping cart dan laman forum sendiri..Terima kasih..

  13. broSKL says:

    Waalaikumsalam, jika anda nak berniaga msti lah kena ada modal..sama juga dgn perniagaan internet ni..anda mesti la melaburkan sedikit wang untuk membeli ebook2 yg ada dipasaran tempatan mahupun luar..ebook mmg byk membantu anda nt..insyaallah

  14. eyeman says:

    setiap orang ada apa yang diorang mahu. Jadi, capailah ke arah itu.

  15. Halim says:

    Salam SmartZul,

    Saya merupakan seorang Graduan yang akan berkonvokesyen insyaallah Oktober 2009. Impian saya untuk menjadi usahawan internet sepenuh masa. Saya baru terlibat genap 1 tahun, memiliki 5 ebook dan menghadiri 3 seminar perniagaan internet. Harap SmartZul boleh buat seminar yang boleh membantu mengesan kelemahan saya sehingga sampai hari ni purata pendapatan saya hanya RM1 sebulan.

  16. jack says:

    dalam jana wang internet,anda perlu ada

    1)masa yang tetap ~ jangan di bebani dengan kerja yang banyak.kerja pejabat dan macam macam lagi.ingat! dalam biz internet,anda perlu masa yang lebih (extra).sekurang kurangnya pendapatan maximum dan kerja masa kurang daripada bekerja dengan orang lain.

    2)sedikit asas ~ anda perlu sedikit asas seperti pengetahuan tentang bahasa english (yes no thank you alright dah ok le) kena tahu isi borang,kena buat sedikit sedikit kajian pada perkara atau bidang yang ingin anda ceburi.

    3)keyakinan dan kesungguhan ~ ahha! yang ini kurang pada pembuat pembuat duit internet masa kini!baru sok 1 2 bulan dapat untung dah mula malas malas.tak yakin dan tak sungguh2,2 bulan 3 bulan kompem lingkup!

    4)mencari maklumat demi maklumat ~ ini penting,anda graduan ke,lepasan sarjana ke,kalau tak tahu buat duit internet,karang naya.dapatkan sedikit demi sedikit panduan yang ada.panduan banyak membantu.banyak di internet.smartzul pun ada.apa lagi?

    hmmm….sampai sini je la dulu,oh ya, HALIM! RM1 sebulan ye?camner tu?takkan le Rm1 sebulan.

    smart zul ! ini letak iklan lu caj berapa ah? mana tau kot kot nak letak iklan.terima paypal ke? XD email jackelie7@gmail.com

    sekian,
    http://www.jacksenweb.com

  17. abgzol says:

    Hmm, aku memang 100% nak income dari perniagaan internet. Cuma sekarang masih tercari-cari ‘apa’ yang betul2 serasi & kena dgn kebolehan diri. Alhamdulillah dari tak tau apa2 pasal blog..sekrg dah ada blog sendiri & terima kasih panduan Kit Blogger zul yg banyak membantu saya membina blog dot com sendiri. Kalau dipandang dari bakat..ya kebolehan aku dlm bidang grafik & rasanya2 aku ada gak sket bakat menulis. Permulaan..dah mula merasa gak income daripada buat review produk IM tempatan. Setakat ni income datang dari produk2 RR & MRR..terima kasih zul dari dulu sampai sekrg aku banyak belajar dari zul secara tak langsung ;)

  18. hasfa says:

    Salam..
    Tak tau apa2 pasal adsence dan rss feed serta yang seangkatan dengannya. Harap tuan rumah ada tutorial berkesan untuk ini

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)