Perniagaan Internet: Wajib Miliki Produk Sendiri

Tidak dapat disangkal, anda senaraikanlah 1001 kelebihan pun untuk apa-apa program buat duit di internet seperti Google Adsense, Program Affiliate dan yang lain-lain, satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah anda tiada kuasa dan hak untuk produk orang lain itu.

Kawalan, polisi, syarat, kekangan dan sebagainya bukan ditentukan oleh anda, tetapi oleh mereka yang empunya program buat duit tersebut. Bahkan hidup dan mati program itu adalah ditentukan oleh mereka, bukan anda. Malah kita juga 100% tidak tahu apakah ‘trik’ dan perancangan di belakang tabir program tersebut. Terkadang, kita dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka semata-mata.

SCAM (Penipuan): Walaupun sesebuah program itu membuat bayaran kepada anda di saat-saat awal program mereka dilancarkan, namun itu tidak bermakna mereka bukan program yang SCAM. SCAM bukan hanya bermaksud tidak membayar, tetapi SCAM juga akan membayar dan membayar kepada anda. Namun apabila sampai masanya, mereka hilang entah ke mana membawa keuntungan yang besar dan meninggalkan anda terkontang-kanting.

Katakan pula sesebuah program itu bukan SCAM. Ada lagi kekangan yang lain iaitu had dan keterbatasan. Mahu tidak mahu anda mesti mengikut syarat-syarat yang mereka tentukan. Melanggar ketentuan mereka, bermaksud anda mencari padah. Terbukti, anda tiada kuasa untuk menghalang mereka..

Kita masuk pula bab kawalan produk. Kita biasanya amat sukar untuk menentukan perkara-perkara yang syubhah di dalam program yang kita sertai. Teramat sukar untuk mengetahui apa modus operandi mereka yang sebenar. Terlalu payah dan memang tidak tahu pun apa yang mereka lakukan di belakang tabir. Akhirnya, secara mudah kita ‘bersubahat’ dengan mereka. Program yang disangka baik, rupanya ada udang di sebalik batu.

Contoh lain yang membuktikan kita tiada kuasa di dalam mana-mana program ialah hidup atau mati program tersebut. Katakan sebelum ini kita berjaya mendapat RM5000 sebulan daripada program itu. Tetapi apabila bangun sahaja di keesokan pagi, satu dunia riuh mengenai sudah hilang ghaibnya program tersebut. Empunyanya, penganjurnya, entah hilang ke mana membawa lari keuntungan untuk diri sendiri.

Atau dalam kes yang lain pula, sesebuah sistem program buat duit itu mempunyai beberapa risiko seperti bila-bila masa sahaja sistem mereka boleh ‘down’ dan anda tiada kuasa untuk mempercepatkan ia ‘ON’ semula dan atau melakukan apa-apa tindakan. Seratus peratus ketentuan adalah di pihak pemilik program. Anda hanya mampu menunggu-nunggu dan terkedu keseorangan.

Milikilah Produk Sendiri

Sukar sangatkah untuk menjual produk sendiri? Tidak sukar rasanya. Nak seribu daya, tak nak macam-macam alasan. Memiliki barisan produk sendiri amat membanggakan si pemilik produk itu. Jika produk itu Ebook atau buku, namanya akan terpampang pada ebook itu. Bahkan beliau berhak melakukan apa sahaja di dalam proses menjual produknya itu. Tiada halangan untuknya.

Tidak seperti yang hanya mengikut telunjuk orang lain semata-mata atau ‘terseksa’ dengan syarat itu dan polisi ini, tetapi sebaliknya usahawan internet yang memiliki produk sendiri pula memberikan syarat dan kekangan kepada orang lain. Dirinya mempunyai ‘kuasa’ untuk menentukan itu dan ini. Sekali lagi, tiada halangan..

Maka benarlah. Yang layak digelar sebagai usahawan yang sebenar ialah mereka yang memiliki produk sendiri. Sebabnya hanya satu, usahawan adalah BEBAS. Anda tidak layak dipanggil sebagai usahawan jika anda hanya menjual dan mempromosikan produk orang lain semata-mata atau membuat duit hanya berlandaskan program dan produk orang lain. Anda hanya seorang peniaga, bukan usahawan.

Usahawan yang hebat ialah usahawan yang boleh menentukan itu dan ini, bukan mengikut apa sahaja kehendak dan ketentuan orang lain. Mereka amat berjaya kerana mereka miliki ‘kuasa’. Anda pula bagaimana?

Tepuk dada, tanya selera.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

27 thoughts on “Perniagaan Internet: Wajib Miliki Produk Sendiri

  1. slmt pg zul,
    nak buat produk sendiri bukan senang…
    lagi2 pesaing yang ramai…
    tapi kalau betul nak buat poduk sendiri tu memang boleh…
    yang penting usaha lah…

    han

    1. Bukan senang itu merupakan perkara yang baik kerana jika ianya mudah, semua orang akan membuat produk sendiri dan produk anda tidak akan terserlah.

      Bernafas amat mudah tetapi ia tidak menjadikan anda terserlah. ๐Ÿ˜€

      1. betul tu raymond…
        kalau senang semua orang boleh buat…

        kalau nak sesuatu mestikena usaha raymond…
        kalau senang dan tak usaha, takde juga hasilnya…

        han

  2. Alhamdulillah,saya sekarang walaupun tiada produk sendiri tetapi saya berjaya mendapat income hasil dari perniagaan internet dari jenis perkhidmatan.Thanks kepada Zul kerana kata kata dalam blog ini membuatkan saya mampu meraih pendapatan 3 angka sebulan sekarang.InsyaAllah bakal menjadi 4 angka untuk bulan seterusnya.

  3. Produk saya masih dalam proses mengedit.

    Saya masih fikir untuk menambahkan beberapa produk untuk jadi satu pakej.

    Mungkin akan lancarkan satu produk dahulu baru tambah yang lain kemudian.

    1. Ni yang tak sabar nak tunggu ni.. buat masa ni, saya fokus pada pemasaran dan branding… maklumlah, baru nak melangkah.. apa pun saya dah ada perancangan nak bina produk sendiri..

  4. Kalau di tanya kepada pakar IM, mereka akan kata memiliki produk sendiri akan menghasilkan lebih banyak keuntungan berbanding dengan teknik jana pendapatan yang lain. Ini kerana produk sendiri memiliki lebih banyak fleksibiliti.

    Memiliki produk sendiri bukanlah semata-mata untuk keuntungan sahaja. Dalam perniagaan, branding adalah sangat penting.

    Salah satu cara untuk branding ialah dengan mencipta produk sendiri. Lebih banyak produk anda hasilkan, maka kredibiliti anda juga meningkat. Apabila kredibiliti meningkat, jualan pun meningkat ๐Ÿ™‚

  5. setuju dengan zul tu. produk sendiri kita ada kuasa. tak kisah la org nak kata apa dgn produk kita, sebenarnya,”diorang a.k.a depa a.k.a demo tu” jeles! dengan usaha kita.
    (sakit hati kalau ada org kata jadi “biol” kalau nak buat produk sendiri yg pelik!belum cuba,belum tahu-just joking dude)

    (jgn lawan gua,nanti gua hantar trojan,just joking)

  6. YA! ๐Ÿ˜› produk sendiri adalah jawapannya, sebenarnya tidak susah untuk memiliki produk sendiri. Yang penting kena dengan minat kite. Bagi saya tak semestinya kita menghasilkan “ebook” tentang Internet, Komputer dan sewaktu dengannya.

    Kita kenalah cari pasaran lain, saya bagi contoh… Kita bole hasilkan ebook tentang.

    1) Penjagaan kereta@motosikal.
    2) Cara memikat wanita ๐Ÿ˜†

    dan byk lagilah…

    Saya sendiri sedang mencari ebook apa yang sesuai untuk dijual, perancangannya dalam tahun ni juga insyaALLAH.

    (Sekadar untuk menggembirakan kawan2 semua… baca artikel di bawah ๐Ÿ™‚ )

    CUBA ANDA BAYANGKAN JIKA ANDA MENGHASILKAN PRODUK SENDIRI, KEMUDIAN MENJUALNYA DENGAN MRR. JIKA MRR TERSEBUT ANDA JUAL PADA HARGA RM100, DAN DIHADKAN KEPADA 100 ORANG SAHAJA. MAKA KEUNTUNGAN ANDA ADALAH RM10,000! :mrgreen:

  7. Memang betul cakap Zul,

    Memiliki produk sendiri lebih baik sebab kita ada hak nak buat apa saja terutamnya dalam proses mengedit dan promosi.Walaupun permulaannya income tak banyak hasil dari jualan ebook,tapi kepuasan dan syukur sebab kita dan miliki produk sendiri.

    Kalau nak jadi usahawan internet,mesti kena ada produk sebab tu identiti kita sebagai seorang usahawan internet.Orang akan tahu siapa kita.

    Thanks Zul.

  8. Kepuasan akan terhasil apabila produk yang kita cipta mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembeli.. kan best tu.. ๐Ÿ˜‰

    Tambah lagi kita dapat membantu ramai orang dengan produk tersebut.. kelebihan memiliki produk sendiri bukan semata-mata keuntungan sahaja tetapi pembeli akan mengenali kita lebih dekat lagi..

  9. ๐Ÿ˜€ Saya punya plan ada lebih kurang mcm en dlie, sbb tu mencapap(tayang muke) kat blog smartusaha ni… maybe lepas ni mesti ada kat blog otai2 lain plak… ๐Ÿ™‚

    Biasalah ini adalah salah satu step dalam Bloggingsteps… ๐Ÿ˜‰

  10. mencipta produk sendiri memang impian setiap blogger. bahkan saya sendiri mempunyai idea yang saya rasa baik, namun persoalannya baget.
    Sekarang nih saya masih lagi menumpuhkan program affilate.
    tapi tahun depan diharap ada produk sendiri. Pasti…..

  11. Budget kalau nak hasilkan eBook bagi saya tidak terlalu mahal.Yang mahalnya adalah masa dan kualiti sesuatu produk.Berapa masa diluangkan dan macam mana sesuatu produk terutamnya eBook dapat mempengaruhi seseorang

    Pendapat saya sahaja.

  12. Setiap usahawan online kenalah berusaha kalau nak memiliki produk sendiri. Produk sendiri akan beri lebih kepuasan.

  13. Bestnye ramai yg dah ada produk sendiri…tahniah tahniah…selamat maju jaya…

    ๐Ÿ˜€ Zul oh Zul….apa khabar lama tak jumpa…saya dah berazam tahun 2008 ni nak sambung balik apa yg saya dah tertinggal setahun lamanya…

    Sebagai langkah permulaan, sy nak baca blog zul dulu…mesti banyak tips berguna…see ya ๐Ÿ˜›

  14. “Yang layak digelar sebagai usahawan yang sebenar ialah mereka yang memiliki produk sendiri. Sebabnya hanya satu, usahawan adalah BEBAS.”

    -siapa kata? kalau dalam business offline adakah pemborong beras contohnya bukan usahawan?

    “Usahawan yang hebat ialah usahawan yang boleh menentukan itu dan ini, bukan mengikut apa sahaja kehendak dan ketentuan orang lain. Mereka amat berjaya kerana mereka miliki รขโ‚ฌหœkuasaรขโ‚ฌโ„ข.”

    -adakah ini tujuan usahawan, memiliki kuasa dan menunjukkan kehebatan?

    apa puncuma pendapat, jangan ambil hati…. :mrgreen: ๐Ÿ˜†

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *