Perniagaan Internet : Anda mesti jelas apa target anda!

“Saya nak jadi jutawan dalam masa 3 tahun dari sekarang”, “sebelum umur 25 tahun, saya nak jadi jutawan!”. Ramai orang apabila mendengar orang berkata seperti ini mereka mengganggap kata-kata sebegini adalah material semata-mata atau angan-angan kosong. Ramai yang agak skeptikal dengan matlamat sebegini. Ya, ia hanya kosong jika sekadar kata-kata, tetapi TIDAK jika disertakan dengan perancangan dan tindakan.

Saya melihat dan memerhatikan, kelak akan lahir ramai jutawan internet dan mereka adalah kebanyakan golongan muda. Tidakkah ini satu nilai yang amat berharga bagi umat dan bangsa kita? Mereka yang bakal menjadi jutawan itu sedang bertungkus-lumus berusaha siang dan malam untuk merealisasikan impian mereka itu. Sudah ramai bangsa asing yang berjaya dalam bidang perniagaan internet, tetapi hanya satu dua nama sahaja yang kita lihat mereka asal dari bangsa Melayu atau yang berAgama Islam. Ini bukan isu perkauman atau agama, kerana jika kita sedar, mengapa bangsa melayu atau yang beragama Islam ketinggalan dalam bidang ini? Banyak sebabnya dan saya tidak akan menghuraikan hal tersebut.. Maka tidak salah jika kita membantu sesama kita untuk berjaya selagi mana tidak terkeluar daripada batas syari’at.

Berbalik kepada topik, jika kita ingin berjaya dalam bidang perniagaan internet, tidak cukup hanya kita menyatakan, “aku nak berjaya dalam bidang ini..”. Ia agak subjektif dan tiada fokus. Berbeza dengan pendirian yang spesifik seperti “aku nak menjana keuntungan bersih sebanyak RM1 juta dalam bidang ini 3 tahun dari sekarang..”. Maka bermula daripada matlamat ini, kita akan susun perancangan, strategi dan bertindak agar apa yang dimahukan itu akan tercapai dalam masa yang dikehendaki.

Janganlah takut untuk berjaya dan memiliki banyak wang selagi kita sentiasa bersyukur, ingat pada Allah, zuhud dan sentiasa membersihkan jiwa. Ia bukan material atau gila dunia, tetapi ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dilakukan sebaik mungkin…

Saya? Hehe, masih jauh perjalanan saya tetapi saya amat gembira di dalam ‘perjalanan’ ini. Ia tidak sama dengan menyertai pelaburan-pelaburan sesat yang dapat duit cepat itu. AMAT BERBEZA! Betapa manisnya perjalanan ini yang sedang menuju ke arah kejayaan. Jika kita jelas apa impian kita, kita tidak berasa kecewa bahkan meletakkan masalah, ujian dan apa sahaja sebagai satu titik tolak ke arah impian tersebut.

Kepada kawan-kawan seangkatan dalam bidang ebiz ini, sama-sama kita berjumpa di puncak kejayaan kelak! πŸ˜‰

“Impian yang jelas dan disusuli dengan tindakan yang istiqamah, biasanya akan memberikan kejayaan yang amat memuaskan!”.

Salam keusahawanan dan kejayaan!

KATAKAN TIDAK KEPADA PELABURAN MENGARUT!

Ikhlas,

smartzul.

PS. Bila zul nak launch pakej ebook tu? Rujuk tulisan saya di sini.

PPS. Esok sabtu, saya akan berada di Konvensyen Alumni SaifulSham. Siapa ke sana ye? Jumpa nanti!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Perniagaan Internet : Anda mesti jelas apa target anda!

  1. Kagum dgn keperibadian serta semangat jitumu. Teruskan usaha murnimu yg x pernah kenal jemu.. semoga sentiasa dlm lindungan, rahmat dan redha Allah S.W.T. jua.

    Hehe.. mlm ni neeta da dpt beberapa lagi koleksi information utk memantapkan lagi perancangan, tinggal utk bertindak sj lagi. Da sebulan mcm ni mungkin bagi org lain ianya terlalu lama!

    Selamat pergi dan selamat kembali..
    Wah! mcm surat cinta lak!

  2. hi semua, shueqry here..seperti zul, saya juga rasa enjoy dan seronok dalam ‘perjalanan’ ini.. saya juga memasang niat nak jadi mendapat untung bersih 1 juta ringgit dari perniagaan internet saya dalam 3 tahun dari sekarang..that is my goal..

    saya tahu fakta Irfan Khairi jadi jutawan internet pada umur 25 tahun, sedangkan pada level umur itu saya hanya seorang pemuda biasa yang hidupnya amat biasa, pergi kerja,punch card, dapat gaji, simpan sikit dan tunggu gaji lagi bulan depan..semuanya seindah biasa..tak ada apa2 yang saya boleh lakukan untuk keluar dari zon selesa..until i see Irfan Khairi’s book..saya terfikir, kenapa dalam umur sebegini muda, saya tak lakukan sesuatu yang luar biasa? sedangkan Irfan sudah jadi jutawan pada umur itu..baru saya tahu, bahwa saya tiada matlamat dlm hidup, saya tiada apa yg mahu dicapai, sebab itu hidup saya biasa saja..

    jalannya tak mudah, dah mencapainya bukan senang..banyak duri, berrmacam halangan dan berbagai cabaran datang..diperingkat awal, saya dah berdepan dengan pelbagai rintangan, berbagai kata2 yang pahit untuk ditelan, sebab keluarga saya berlatarbelakangkan perguruan, jadi diorang agak ‘takut’ bila nampak saya dengan bisnes internet..tapi, saya teruskan juga, because i’ve found my passion dan jalan untuk mencapai matlamat saya..

    again, thanks Zul, for the motivation! saya memang kagum dengan awak!

  3. assalammualaikum brader zul..sy mmg bru je join n still x phm psl ape yg u all cube ‘market’kan….so,sile beri tunjuk ajar utk sy yg bru join ni k!

  4. πŸ™‚ Assalamualaikum.

    Saya teruja sangat bila dpt baca laman smartusaha nie..saya tengah kumpul ilmu..nak mula bisnes sendiri..ada kemudahan internet dirumah tapi tak tahu nak maksimakan manfaatnya…tapi lepas baca artikel disini saya jadi bersemangat dan kini saya tekad untuk berdikari..maknanya tak makan gaji lagi…doakan kejayaan saya ya..paling tidak saya sudah memulakan langkah pertama…Insyaallah..

    Terima kasih banyak-banyak.. πŸ˜›

  5. target? saya nak dapatkan rm10,000 sebulan dengan blog saya menjelang 2007 nanti… eh itu tahun lepas punya laa…

    untuk tahun 2008 pulak dah tentunya kena perbaharui semula untuk mendapatkan income rm10,000 sebulan dengan menggunakan blog saya menjelang 2008 nanti sebelum melangkah ke tahun 2009. hihiii…

    2010 pulak kena tingkatkan lagi pendapatan untuk lebih maksima lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *