Perniagaan Internet: 7 soalan penting sebelum menjual produk

Pada asasnya, kita boleh menjual apa sahaja produk dan perkhidmatan di Internet. Namun, terdapat beberapa persoalan yang perlu kita selesaikan atau persoalkan terlebih dahulu sebelum mula menjual produk tersebut.

1. Adakah produk/perkhidmatan itu diperlukan oleh orang ramai (permintaan pasaran)? Atau, bolehkah produk itu diterima oleh ramai orang?

Elakkan menjual produk berdasarkan sangkaan semata-mata kononnya ramai yang akan beli. Kaji dahulu pasaran dan sambutan. Cara yang paling mudah adalah dengan melihat sambutan jualan produk yang sama yang dijual oleh usahawan lain. Atau, gunakan perisian kajian kata kunci, isu semasa dan juga melihat perbincangan di forum online.

2. Siapakah (kategori) pelanggan tumpuan kita? Mahu mensasarkan keseluruhan (mass market), ataupun spesifik?

Ia bergantung kepada jenis produk yang kita jual. Jika kita menjual produk berbentuk makanan, mungkin sesiapa pun sesuai membelinya. Sebaliknya, jika kita menjual buku-buku agama, sudah pasti (pada asasnya) kita menjual kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

Baca artikel ini: Siapakah pelanggan sasaran anda?

3. Adakah produk ini akan bertahan lama dalam pasaran?

Jika boleh, jual produk yang lambat untuk tepu. Produk yang bertahan lama biasanya bukan produk yang berasaskan ‘trend’ semasa yang cepat berubah.

4. Adakah keuntungan yang lumayan boleh dijana melalui produk ini?

Tiada bisnes yang tidak mahukan keuntungan. Elakkan menjual produk yang sukar dijual kerana sudah pasti ia kurang menguntungkan.

5. Adakah kita mampu menjual produk itu (dari segi masa, modal, tenaga, operasi, …)?

Ada dua keadaan di mana kita mampu melakukannya sendiri, dan satu lagi adalah, jika kita tidak mampu, kita lakukan kaedah leverage. Elakkan menjual sesuatu yang kita tidak mampu untuk mengurusnya, atau tidak mampu dari segi modal / wang dan pergerakan.

6. Berapakah kos produk itu, dan jumlah keuntungan bersih per produk / jualan?

Elakkan menjual tanpa ada sebarang perkiraan. Segala kos perlu disenaraikan agar kita dapat tahu keuntungan sebenar. Bayangkan, jika anda menjual seekor ayam golek dengan harga RM10. Walhal modal (kos) untuk seekor ayam golek adalah RM10.50. Berapakah keuntungan? Negatif RM0.50. Anda tidak akan ‘kaya’ (senang), sebaliknya semakin miskin.

Kos termasuklah kos pos (jika terlibat).

7. Adakah bekalan produk mudah untuk diperolehi?

Banyak kes berlaku di mana, perniagaan hanya separuh jalan, malah belum sempat menjual, bekalan produk bermasalah. Sama ada disebabkan oleh syarikat pembekal, ataupun sebab-sebab lain. Pastikan jika anda menjual produk yang diambil daripada pihak lain, mereka mampu membekalkan produk dengan baik. Bermaksud, mereka adalah pembekal yang stabil dan kukuh.

Kesimpulan

Mudah untuk memulakan perniagaan Internet, tetapi adakah kita dapat ‘berlayar’ dengan lebih jauh dalam tempoh yang lama? Kita mampu bertahan lama dengan syarat kita telah membuat perkiraan sebelum memulakan sesuatu.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. hi,

    info menarik, banyak tips menjual produk di internet.Apa yang terbaik bagi ialah menjadi best seller. terima kasih kerana berkongsi tips.

    tq,
    ikhlas dari saya
    blogger-jatuh bangun dalam perniagaan.