Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Membina Kejayaan dan Kekayaan di 2008

1 01 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa khabar semua. Semoga sihat sejahtera dan ceria sepanjang masa lebih-lebih lagi di permulaan tahun baru ini, 2008.

Tahun baru bagi kebanyakan orang dijadikan sebagai titik mula sebagai usaha mereka termasuklah di dalam perniagaan. Bagi kebanyakan usahawan internet, mereka sudah pasti merancang sesuatu yang lebih bermakna di tahun baru ini untuk memajukan lagi usaha mereka.

Jika anda bertanyakan apakah matlamat saya pada tahun ini, saya ada perancangan tersendiri, namun mungkin saya tidak dapat kongsikan di sini. Tidak seperti biasa yang mana saya akan beritahu apa yang mahu, namun kali ini biar ia menjadi rahsia dahulu.

Secara mudahnya, saya tidak mahu lagi membazirkan hari-hari di tahun 2008 ini dengan sesuatu yang amat merugikan saya. Pendek kata, saya ingin melalui setiap hari di tahun ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan lebih menguntungkan berbanding apa yang telah dilakukan pada tahun 2007.

Kalau kita menggunakan masa dengan sebaiknya, melakukan apa yang perlu dan mengelakkan diri daripada sesuatu yang membazir masa, motivasi, fokus dan tenaga kita, insyaAllah kita boleh berjaya mencapai apa yang kita inginkan.

Masa adalah aspek yang amat-amat penting di dalam perniagaan dan keusahawanan. Kalau kita asyik melakukan sesuatu yang tak perlu pun kita buat, biasanya fokus akan hilang. Apabila hilangnya fokus, maka apa yang dimahukan (matlamat) biasanya tidak dapat dicapai dengan sempurna. Inilah pelajaran yang saya dapati di tahun lepas. Saya ada terlari sedikit daripada perancangan asal. Al-maklum, saya pun manusia biasa.

Namun begitu, pelajaran-pelajaran itu amat bermakna bagi saya. Kegagalan, pengalaman baik atau buruk, kita mesti melihatnya sesuatu yang bernilai. Jangan sesekali melihat ia sebagai suatu yang membebankan kita. Ambil pelajaran itu baik-baik dan pastikan ia tidak berulang lagi.

pendapatan di internetDengan mengoptimumkan penggunaan masa kita kepada perkara-perkara yang lebih menguntungkan, saya amat yakin, kita pasti akan berjaya mencapai apa yang diinginkan. InsyaAllah. Tiada perkara yang lebih penting selain daripada penggunaan masa yang terurus.

Jaga-jagalah masa anda dengan baik. Buat apa yang perlu anda buat sahaja dan fokus padanya. Kalau anda merancang lima matlamat pada tahun ini, fokus hanya pada lima itu. Jangan diubah-ubah, ditambah-tambah atau dikurang-kurang. Fokuskan 100% pada usaha tersebut.

Salah Memilih Peluang

Saya dapati juga, salah satu yang menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja ialah kerana kita tersalah memilih peluang. Kita sangka ia menguntungkan, rupanya habis masa dan tenaga disia-siakan begitu sahaja. Jadi, andaikata ada sesuatu peluang yang datang menjengah anda, pandai-pandailah memilih dan menentukan ia baik atau tidak. Jika ia akan mengganggu usaha anda, katakan tidak padanya. Jika ia dapat membantu anda mencapai matlamat perniagaan anda, terimalah ia dan lakukan sebaik mungkin.

Selain peluang, ada juga anasir luar yang akan menggugat motivasi dan usaha anda. Mereka datang membawa unsur-unsur negatif sama ada kata-kata atau sesuatu perbuatan yang boleh memusnahkan usaha anda. Tangani mereka dengan bijaksana dan dengan penuh ketenangan. Jangan sampai mereka ini berjaya menghancurkan anda dan perniagaan yang dibina. Jika anda gagal menghadapi mereka dengan baik, maka banyak masa yang akan dihilangkan begitu sahaja dek kerana melayan karenah mereka itu.

Pengalaman saya sendiri di tahun lepas, ada beberapa orang yang ‘mengacau’ saya dan mahu melihat saya tersungkur jatuh. Biasalah, tak semua manusia baik-baik belaka. Banyak juga masa saya habis begitu sahaja akibat kejahatan mereka ini, di samping menguji kekuatan motivasi saya. Semoga Allah melindungi kita daripada kejahataan tangan-tangan manusia yang tiada akal yang panjang ini.

Akhir kata, penggunaan masa yang terancang dan fokus pada apa yang perlu dilakukan sahaja adalah salah satu punca kejayaan anda di dalam perniagaan. Tanpa penggunaan masa yang optimum, amat sukar dan lambat sedikit untuk anda mendapat apa yang anda inginkan.

Semoga kita semua berjaya membina kekayaan dan kejayaan di tahun 2008 ini.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • 9/10 Rezeki Dalam Perniagaan
  • 13 Artikel Terbaik di Blog SmartUsaha.com
  • Kenapa Orang Kita Susah Nak Maju?
  • Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang
  • Kejayaan Orang : Apa Kata HATI kita?
  • Ke Batu Pahat + Kubur..
  • KARUT: Kuasa Minda Adalah KARUT
  • Tip Cepat Berjaya: Jangan Letak Banyak Syarat!
  • Tiga Golongan Manusia…
  • Kejayaan Adalah Milik Individu..

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    30 Comments »

    Comment by starline
    2008-01-01 11:31:17

    Salam Zul,

    Semoga tahun 2008 lebih baik dari 2007.Selamat maju jaya buat zul dan semua kengkawan blog/usahawan internet.Harap perancangan untuk tahun ni lebih berkualiti dan berjaya.InsyaALLAH.

     
    Comment by naem
    2008-01-01 12:12:58

    Mudah-mudahan apa yang dirancang jadi kenyataan. Saya selalu merancang, tapi tak kesampaian . Hohoho…tahun ni berazam untuk plan my work first, then work for my plan..

    insyaAllah..

    Comment by SyedHafidz
    2008-01-01 16:46:52

    Bleh naem, jangan risau…
    semua base on focus..
    kadang2 kita lari sket..
    then, kenala kembali kepada yang asal…
    hope murah rezeki..

     
    Comment by Encik Dlie
    2008-01-02 09:49:20

    Ye naem.. ada kesungguhan, insyaAllah menjadi la projek tu.. Wink

    Comment by naem
    2008-01-02 15:24:00

    kena tambah skit lagi, kesungguhan+kebijaksanaan+kesabaran = Alien

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Muzri - Team Kamrie
    2008-01-01 13:06:27

    wahhh….bersemangt sungguh saudare zul skang ni….
    smoge ape yg kite rancang akan dapt hasil akhit yg kite harapkan….
    sy mahu exchange link dgn saudara……

    sy punye blog

    Kamrie World : http://kamrieworld.blogspot.com/

    blog saudare sy dh letak dkt my blog….
    salam perkenalan…. Grin

     
    Comment by zool
    2008-01-01 14:30:08

    Betul tu. Perancangan tahun 2008 perlu untuk mencapai kejayaan …
    Harapan agar tahun ini mendapat sedikit sebanyak melalui program internet.

     
    Comment by SyedHafidz
    2008-01-01 16:48:31

    Selamat Tahun Baru Zul!!!
    Hope tehun nie Zul murah rezeki…
    Makin “sihat”, n ceria sllu..
    Grin

     
    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-01 18:19:21

    Selamat Thun Baru, Zul.

    Saya baru je tolak satu peluang perniagaan pasal takde kena mengena dengan perniagaan semasa saya.

    Kena fokus betul-betul ni. Smile

    Comment by naem
    2008-01-02 08:48:13

    sampai begitu sekali ek..fuhh..JV ke raymond?

    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-02 09:44:35

    Jual Amanah saham Public Bank. Grin

    Saya tak nak terpesong dari matlamat. Jadi tolak je lah.

    Janji kena sopan. Razz

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Encik Dlie
    2008-01-02 09:55:17

    Ooo… syabas Raymond kerana kalau matlamat tu tak ada dalam perancangan.. takut esok2 yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran…

    Teruskan matlamat anda.. Grin

     
    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-02 10:09:37

    Terima kasih.

    Betul tu.

    Peluang ada kat mana-mana je.

    Jangan dipengaruhi oleh kata-kata manis dan wang yang berlambak tu hingga melupakan matlamat sendiri.

     
    Comment by SyedHafidz
    2008-01-02 14:13:39

    Yang penting fokus raymond…
    everythng must base on focus…
    jangan nanti yang dikejar tak dapat..
    yang dikendong berciciran lak..
    Smile

     
     
     
     
    Comment by Han
    2008-01-01 22:38:28

    huh…
    dah ramai rupanya saya komen…hehe
    pagi tadi takde lagi…

    saya pun ada rancangan baru juga…
    di hidup saya ni, ini lah rancangan yang paling besar saya buat…
    harap2 menjadi lah ia…

    semoga zul lebih berjaya lagi dari 2007…

    han

     
    Comment by Maizul
    2008-01-02 03:00:34

    Selamat Tahun Baru Zul. Semoga apa yang di cita-citakan tercapai untuk tahun baru ni.

     
    Comment by Labanon
    2008-01-02 05:25:28

    Salam bro,

    Sama-sama kita mengharungi tahun 2008 dengan penuh semangat dan cita-cita. Sama-sama kita mencipta kejayaan pada tahun 2008 dan marilah kita realisasikan azam kita Smile

    Saya sentiasa jadikan bro sebagai kayu ukur dalam ebiz.. nampaknya jauh lagi nak menandingi bro Zul Grin

    Comment by Encik Dlie
    2008-01-02 09:58:05

    Munkin kita tidak perlu untuk menandingi sesiapa… cumanya jadikan persaingan ini sesuatu yang sihat dan saling bekerjasama untuk sama-sama merancakkan industri bisnes internet…

    Labanon, saya memang kagum dengan anda kerana telah berjaya di usia yang muda.. Wink

     
    Comment by SyedHafidz
    2008-01-02 14:15:58

    Saya pun sntiasa m’jdkan otai2 mcm zul , abg sham, saifulsham sbg role model n kayu ukr …
    walaupun masih jauh lagi nak capai tahap mcm mrk, tp usha ttp usha..
    Smile

     
    Comment by naem
    2008-01-02 15:26:52

    abg zul ada kelainan skit..ngeh,ngeh..kalau perhatikan dari penulisan abg zul, agak tegas..betul tak? silap orang, memang mudah kecil hati..

    tapi, jika dibelakang tabir, saya rasa senang untuk berhubung ngan abg zul ni..mudah mesra.. Tak percaya.. Cuba la hubungi abg zul..hohoho.. Wink

    Comment by Han
    2008-01-03 18:23:01

    yeke naem?
    tak pernah call zul pun…hehe
    nanti kacau zul pula kalau ramai2 call zul, naem…
    zul mengamok kan…hehe

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Encik Dlie
    2008-01-02 10:00:18

    Pada tahun 2007, banyak juga masa saya terbuang kerana menunggu peluang-peluang yang datang.. terasa rugi dan menyesal pun ada. Apa pun, alhamdulillah banyak dari matlamat yang hendak saya capai telah pun dilaksanakan.

    InsyaAllah tahun 2008 ini saya akan menguruskan masa dengan lebih baik.. Grin

     
    Comment by randavi
    2008-01-02 14:28:03

    happy new year for bro zul and you all. Memang tak semua yang kita rancang berjaya dilaksanakan. Tahun 2008 nih saya cuma ada 4 rancangan je. Takut nanti klu terlalu banyak rancangan, tak dapat pula nak laksanakan.

     
    Comment by naem
    2008-01-02 15:21:04

    abg zul, ni saya ada skit je nak komen pasal post ni.. Jangan marah ye Alien
    kalau tak salah saya, gambar keluk income dan masa tu macam tak berapa sesuai la. Hohoho.. Lagi banyak masa dihabiskan lagi banyak income yang dapat. Tak best la macam tu. Itu untuk orang yang berkerja untuk duit.

    Yang best ialah, keluk tu sepatutnya jadi huruf C terbalik. Mula, memang banyak masa habis untuk dapatkan income yang banyak. Fokus lah salah satu faktornya. Kemudian sampai satu tahap, kita tak boleh habiskan masa untuk bina income dah. Sebaliknya sampai pada satu tahap, income akan terus bertambah dan masa yang diluangkan pula cuma sedikit je. Itulah namanya duit pula berkerja untuk kita..

    ps: sekadar bergurau..Nanti marah kena jual..hoho Alien

     
    Comment by Ahmad Shariff
    2008-01-02 20:34:22

    Ya betul tu Zul..
    Tiada yg mustahil utk success… Wink

     
    Comment by emzek
    2008-01-02 21:42:45

    salam..
    selamat tahun baru untuk zul n semua pembaca blog sini.. semoga perancangan untuk tahun 2008 ni akan tercapai, insya’ALLAH.

     
    Comment by pakdi
    2008-01-03 01:05:28

    lagi tinggi kita menjulang ke langit, lagi ramai yang perasan dan lagi ramai yang dengki.

    itulah kehidupan.

    semoga terus sukses.

    ws.

    Pakdi
    Kajang

    Comment by Dik Mal Subscribed to comments via email
    2008-01-03 10:48:32

    betol.. katamu tepat belaka pakdi Smile

    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-01-03 20:32:02

    Pakdi,

    Mungkin buku “Secrets of the Millionaire Mind” karya T. Harv Eker dapat mengubah pandangan serta financial blueprint saudara. Smile

    Dulu pun saya fikir macam tu sehingga saya menghadiri kursus beliau tahun lalu.

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Sani Rahman
    2008-01-09 15:25:09

    Rasanya belum terlambat lagi saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 pada Zul. Maaf la dah lama saya tak memberi komen, tetapi saya tetap membaca tulisan Zul. Semoga berjaya Zul!

    Sani Rahman

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: