Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Info Terkini Projek ‘RM20.00′

Boleh dikatakan ramai yang tidak percaya mengenai projek RM20.00 yang saya hebahkan tempoh hari. Tak apa. Sebab anda tak nampak lagi.

Jadi pada hari ni, seperti biasa, saya akan buktikan yang produk tersebut dalam proses untuk disiapkan. Beberapa perkara sudah siap, tapi saya perlukan masa lagi sebelum melancarkan produk ini.

Untuk tatapan anda, ini ‘serpihan’ design projek RM20.00 tersebut:

ebook smartusaha ebook ebiz

Bagaimana? Tak sabar menunggu? Sabar. :)

Akan sampai jua nanti.

Motivasi Ebook

Semalam, semasa mencari sedikit info mengenai beberapa perkara mengenai industri perniagaan Ebook, saya mendapat info mengenai seorang usahawan Ebook yang amat berjaya dan tidak dikenali oleh ramai orang.

Saya teramat kagum dengannya lagi-lagi beliau mendedahkan tiga rahsia bagaimana beliau menaikkan nama dan prestasi perniagaan yang dilakukannya. Dan yang perlu anda tahu, beliau juga seperti mendiang Corey Rudl yang mana mereka ini bermula dengan Ebook bukan berkaitan dengan Internet Marketing.

Setelah menonton videonya dan mendengar ceramahnya, diri saya semakin bersemangat di dalam industri Ebook ini khususnya dan industri produk informasi amnya. Melihat kepada pasaran Malaysia ini sendiri ataupun pasaran global, masih banyak lagi peluang yang belum diterokai atau dipenuhi.

InsyaAllah, saya akan kongsikan siapakah beliau itu dalam tulisan yang akan datang. Cuma sebagai nota pendek, industri Ebook adalah satu sektor yang jika dipandang secara jauh, anda boleh membina kejayaan juga seperti bidang-bidang yang lain. Buktinya? Sudah ramai yang membuktikannya jika anda mahu mengambil tahu…

Jika anda berminat dengan perniagaan Ebook, dekatkan diri dengan mereka yang sama berminat seperti anda. Jangan mendekati mereka yang tidak tahu apa-apa seperti mereka yang mempunyai mindset yang negatif. Lama-lama, minat dan motivasi anda akan dijahanamkan oleh mereka.

Jumpa lagi.

ps. Kepada yang telah mendaftar ke dalam senarai 175 orang tempoh hari, pastikan membalas Emel saya. Saya akan menghantar emel seterusnya nanti.

pps. Kepada yang berminat sama dengan projek Ebook saya ini, jangan risau. Teruskan bersama di blog ini setiap masa.

Facebook comments:

15 Responses to “Info Terkini Projek ‘RM20.00′”

  1. abdfatah says:

    begitu serpihannya yer…?

    hahaaa… saya nak tunggu pelancaran je. tak sabor nak tunggu pelancarannya… sabor menanti dengan penuh minat… tunggu dan lihat hasilnya nanti…

  2. taza says:

    menarik, tertarik dan da bommm

  3. ghufran says:

    Wow cam menarik jer projek nih,biasenyer smartzul buat nih mmg akan meletup punyer..tunggu kemunculannyer :grin:

  4. emzek says:

    sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. :grin:

  5. Fai says:

    Lawa design tu.. Saya tunggu Ni Zul!! :lol:

    PS: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

  6. Maizul says:

    Menarik tertarik…. selamat menyambut bulan ramadhan.

  7. Han says:

    slmt tgh hari zul,
    tengok pada serpihan tu, macam menarik je…
    dah tak sabar hati ni menunggu…hehe..

    han

  8. smartzul says:

    Ada blink-blink gitu kan? :grin:

    Saya harap selepas anda dapat produk ni, sedikit sebanyak ia membantu anda menjana pendapatan di Internet.

    InsyaAllah.

  9. emzek says:

    insya’Allah zul,

    dengan berkat bulan ramadhan ni, insya’Allah bertambah berkat rezeki kita semua nanti.

    selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua

  10. batagolek says:

    siapakah insan misteri ini..hmm

  11. pyan says:

    :roll: cam best serpihan tu. :wink: aku ada join ke yang 175 orang tu ? :roll: Lupa le . Aku kah yang terlewat atau masa yang tercepat . :lol:

  12. madnor says:

    …tertarik juga untuk memiliki nya.

    …terima kaseh.

  13. Amer says:

    Sudah tak sempat.. Insya Allah lepas ini tak nak ketinggalan dalam setiap info yang saudara Zul keluarkan. Rugi pula rasanya sebab tak terdedah dengan blog ini dari awal..

  14. Han says:

    jangan risau amer,
    zul akan keluar kan lagi… bukan 175 saja…
    tu hanya permulaan je…

    tp entah bila zul baru nak kuar kan ni?

    han

  15. abdfatah says:

    175 untuk peringkat awal aje. lepas nih boleh laa pulun habis2 habisan dengan strategi masing2. kalo dapat awal kena usaha lebih lagi tatkala dah kuarkan untuk umum nanti…

    sekian terima kasih… :smile:

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)