Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ketahanan Perniagaan Ebook di Pasaran Malaysia?

Kini semakin ramai orang yang buat duit dengan ebook, malah menjadikan ia sebagai tonggak utama untuk perniagaan internet mereka.

Mungkin kita pernah tertanya-tanya, sejauh manakah daya tahan bidang perniagaan ebook di pasaran Malaysia ini? Berapa lamakah hayatnya? Adakah akan berlakunya ketepuan pasaran?

Jawapan:

1. Segala benda di dunia ini ada jangka hayatnya. Hidup dan kemudian mati. Hanya ALLAH SWT sahaja yang kekal abadi. Bertitik tolak dari kefahaman ini (amat penting bagi seorang Muslim), maka kita perlu redha bahawa ebook juga salah satu benda yang ada jangka hayatnya.

Dengan kefahaman ini juga, maka kita perlu tenangkan hati agar tidak terlalu sakitkan kepala mengenai soal jangka hayat atau pasaran yang tepu. Yang penting, berusaha sebaik mungkin dan lakukan sahaja.

2. Penulis perlu konsisten dalam usaha. Jika kita menulis hari ini dan kemudian senyap, malas dan sebagainya, maka ebook juga akan turut perlahan geraknya, bahkan akan mati. Ebook adalah umpama anak yang dilahirkan. Ia perlu dijaga, diurus dan sebagainya dengan sebaik mungkin.

Ebook yang tidak dikemaskini atau diberi nafas baru pada setiap masa tertentu, biasanya mudah ketinggalan. Jadi, kemaskinilah dari masa ke semasa. Berikan ia nafas baru jika sudah mendapat sambutan yang dingin.

perniagaan ebook

3. Ebook adalah satu permulaan. Daripada ebook, akan terbuka peluang-peluang yang lain. Contohnya boleh adakan bengkel, seminar, konsultasi dan juga personal coaching. Ebook juga boleh dijadikan buku, modul atau manual yang dicetak. Atau boleh juga di-CD-kan. Malah, boleh ditukar kandungan statik itu kepada bentuk video atau audio.

4. Pasaran Ebook di Malaysia masih belum menjadi sebuah industri. Sesuatu bidang hanya akan dikatakan menjadi sebuah industri jika pihak-pihak besar turut menyertai bidang ini. Kita masih tiada banyak penerbit yang membuka peluang untuk para penulis ebook menzahirkan tulisan mereka kepada bentuk komersil.

5. Pasaran berbahasa Melayu bukan bermaksud hanya untuk penduduk di Malaysia, tetapi ia juga untuk mereka yang memahami bahasa Melayu walaupun tidak berada di Malaysia. Orang-orang Malaysia juga ramai di luar negara.

6. Persaingan yang sihat. Semua usahawan ebook perlu menjaga pasaran dengan baik. Salah satunya tidak merosakkan pasaran dengan menjatuhkan harga yang tidak wajar seperti yang berlaku di pasaran luar.

Selain itu, elakkan mengeluarkan ebook yang tidak berkualiti, dan jangan menyokong pengedaran ebook secara haram.

7. Dan ini fakta yang pasti mengembirakan semua pihak penerbit dan penjual ebook. Kadar penggunaan ebook reader (contoh: Kindle) di Malaysia masih lagi rendah. Bermaksud, ia pasti akan meningkat sedikit demi sedikit. Dengan itu, pasaran ebook juga akan terus bertahan lama selaras dengan kadar peningkatan penggunaan alat itu.

Disediakan oleh,
Mohd Zulfadli,
Pengasas Group,
Usahawan Ebook Malaysia.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • ebook malaysia
  • perniagaan ebook
  • ebook in malaysia
  • penerbit ebook malaysia
  • usahawan ebook malaysia
  • penggunaan ebook di malaysia
  • malaysia ebook
  • facebook perniagaan ebook
  • e-book malaysia
  • ebook


11 Responses to “Ketahanan Perniagaan Ebook di Pasaran Malaysia?”

  1. Zairi Zaidi says:

    Saya sentiasa berharap agar lebih ramai dan semakin ramai penduduk Malaysia yang suka membaca ebook

  2. dAzz says:

    Nampaknya lepas ni bleh la pakejkan jualan ebook dengan ebook reader sekali..

  3. Zairi says:

    Salam..

    Saya setuju, jika kita mempunyai kreatif dlm bidang perniagaan terutama perniagaan internet insyallah produk anda akan mendapat sambutan yg mengalakan..

    Tq.

  4. Carlist says:

    Tapi ebook mudah untuk dicetak rompak and share dengan orang lain dengan mengguna internet.

  5. imran says:

    Pasaran ebook berbahasa Malaysia masih kurang.. Selagi ada permintaan, selagi itulah ianya diperlukan :D

  6. Ejam Amad says:

    Betul kata carlist tu..itulah kelemahan ebook yang paling ketara..hakcipta tidak dapat dipelihara sepenuhnya..

    • smartzul says:

      Tidak mengapa. Statistik yang berlaku hanya kecil sahaja. Teruskan usaha untuk mendapat jualan dan jangan terlalu risaukan cetak rompak. Kerisauan berlebihan boleh buat kita hilang semangat. :D

      Salah satu ebook saya sudah hampir 4 tahun di pasaran dan masih laku. Saya sendiri fokus kepada marketing dan boleh dikatakan, tidak terlalu risaukan cetak rompak. Jika ia berlaku, biasanya ada orang bantu laporkan kepada kita (biasanya pembeli atau rakan Onlne).

      Kalau kita percaya rezeki itu Allah yang aturkan, insyaAllah ada yang terbaik untuk kita.

  7. fairuz says:

    yup.. saya sokong 100% zul..

  8. Zaki says:

    Pasaran ebook akan terus bertahan selari dengan perkembangan internet. Malah pembaca ada pilihan untuk membacanya dalam bentuk fizikal.

    Gedung koleksinya pula tidak makan ruang dan senang dibawa ke mana saja berbanding buku biasa dalam bentuk fizikal. Harganya lebih dan lebih senang dibeli.

    Pasaran ebook tetap akan bertahan

  9. Pada pendapat saya,perkembangan perniagaan produk digital seperti ebook masih belum berada di tahap yang tinggi seperti di negara2 luar lagi,Contohnya kita boleh lihat,masih kurang rakyat Malaysia yang membaca ebook-malah ada yang tidak tahu apa itu ebook…ini mungkin juga disebabkan kurangnya minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia..sekian…..

Trackbacks/Pingbacks

  1. .. Ketahanan E- Book di pasaran Malaysia .. « Khairul-o-rama

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)