Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
20 07 2008Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Bayangkan pendapatan bulanan anda melalui Internet adalah seperti berikut:
1. Produk digital = RM3500
2. Produk fizikal = RM2500
3. Program Affiliate = RM2000
4. Google Adsense/Pengiklanan = RM1000
5. Servis = RM1000
Mungkin jumlah di atas sedikit, tapi ia sesuai untuk dijadikan contoh yang realistik yang amat tidak mustahil untuk dicapai. Jadi, jumlah pendapatan keseluruhan ialah (berdasarkan contoh di atas):
RM10,000.00!
Mungkin jumlah tersebut sedikit, tapi mungkin bagi orang lain ia banyak. Malah bagi sesetengah orang, dah terlebih daripada apa yang perlu ( kalau lebih simpan la untuk bekal hari tua
). Terserah kepada keperluan dan kehidupan diri sendiri. Tak perlu banding dengan orang lain.
Cuma, apabila kita menggunakan Internet sebagai sarana menjana pendapatan, lebih-lebih lagi secara sepenuh masa, maka pelbagai sumber pendapatan amatlah penting.
Penting di sini salah satu contohnya ialah, katakan satu cabang itu mempunyai persaingan yang tinggi atau tiba-tiba ada masalah, cabang/sumber lain tetap wujud mengalirkan duit. Jadi, tak lah risau sangat.
Sebulan dua yang lepas, saya banyak mendapat pendapatan daripada program affiliate. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pendapatan affiliate tersebut dapat ‘cover’ sedikit ‘ketirisan’ yang berlaku dalam jualan produk sendiri.
Sekarang ni, saya akan fokus pada program affiliate juga selain jual produk sendiri. Ia mudah, tak pening kepala dengan karenah pelanggan dan hanya tunggu duit masuk sahaja. Pendek kata, buat program affiliate ni amat menyeronokkan. Tapi dalam masa yang sama, saya akan tetap membina bisnes untuk ‘long term’ punya strategi.
Apa pun, setiap model atau sumber pendapatan tersebut ada pro dan kontra. Saya tak akan pilih satu, tapi saya pilih sebanyak yang semampu saya boleh.
Bagaimana pula dengan anda?
—-
ps. Nak buat duit tanpa perlu berhadapan dengan karenah pelanggan yang amat memeningkan kepala? Klik di sini jika YA.
Popularity: 42%
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:







kalau boleh buat semua, kita buat. Janji leh tambah sumber pendapatan. Sekarang, susah gak kalau stick pada satu benda sahaja.
Tapi kene keje keras dan tak mudah putus asa la..
yup, betul tu. kena rajin. kena ada skill tersendiri. kebanyakkan saya baca cara marketing ni hampir sama jer.. cuma nak buat tu jer yang jadi teragak2. thats why la tak dapat lagi income yg pasif.. ada ke income pasif?
income pasif? ADa. Memang leh wujud.
klu nak dapatkan sesuatu benda tu, usaha kena kuat…. jangan impian tinggi gila tapi usaha ciput… pastu cakap tak berkesan…
Yup, ramai yang salahkan orang lain bila usaha tak berhasil. Padahal mereka malas nak usaha kuat. Rata-rata mahu mudah sahaja atau kalau boleh nak goyang kaki sambil tengok duit masuk.
Ini lah namanya multiple streams of income. Kita ada beberapa “sungai” yang memberikan kita pendapatan. Kalau satu kering ada banyak lagi “sungai” yang boleh cover.
Assalamu’alaikum
Ya2, dalam keadaan ekonomi yang tengah ‘mengancam’ sekarang ni, kepelbagaian sumber pendapatan memang perlu ada. Satu sumber sekarang ni dah tak mampu sangat nak menampung keperluan hidup. Nak tak nak, terpaksa bekerja keras untuk tambah sumber pendapatan (dengan cara yang halal).
Nak capai pendapatan seperti diatas kena banyak belajar dan berusaha…bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah..
betul tu. cuma orang kita sahaja. cepat putus asa..
Betul tu.. kena pelbagaikan sumber pendapatan.. mengharapkan satu sumber je buat kita tertekan.. sebab terlalu mengharap.. kalau ada banyak sumber, tak dapat satu, dapat yang lain.. at least ada juga income..
$10,000 sebulan sudah cukup banyak bagi saya.
Ramai antara kita hanya pandai ‘Bersuara’ tapi tak pandai ‘Bertindak’
Ramai antara kita tidak mengendahkan ‘Peluang’ di depan mata, sebaliknya hanya membiarkan ia berlalu.
Saya sedang berjinak2 dengan affiliate program. Dan saya akan pastikan dalam masa 3 bulan, saya sudah menjadi MOGUL..!!!
Yup..mmg bagus kalau kita mampu pelbagaikan sumber pendapatan. Lagi byk kita buat , lagi byk kita dpt…Tapi perlu dilihat pada kemampuan diri jugak. Pendapat saya, kalau boleh biar establish satu2 perkara dulu, kemudian baru cuba yg lain…takut yg dikejar tak dpt yg dikendong berciciran. huhu…
memang bagus laa kalo dapat pelbagaikan sumber pendapatan. sana sini boleh masyuk aaaaa…….
Ya,betul kata saudara zul.Kita memang perlu pelbagaikan sumber pendapatan kerana kita tak tahu apa masalah yang akan berlaku pada satu-satu sumber tu.
Dalam ebook Mentor Jutawan oleh IK,salah satu jutawan yg ditemuramah oleh IK iaitu Azizi Ali (Jurulatih Jutawan) ada mengatakan mengenai kepelbagaian aliran pendapatan:
“Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.
Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.
Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu ‘Multiple sources of Income’. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat ‘after burner income’ di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.”
Multiple source of income. Idea nih mmg da lame digunakan oleh para jutawan. Tapi kita yang malas membaca ni je yang tak tau. Anyway, bagus gak Zul share kat sini. At least kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.
Betullah tu, secure sedikit pendapatan.
Sebab macam2 kemungkinan dalam any internet business model yang kita buat
Dalam dunia yang serba tak menentu ini, memeang kita patut mempunyai MSI, tapi kalau dunia offline memang tak terlarat yang buat macam-macam kerja, kalau di internet itu semua tidak mustahil.
Hohoho… usaha kena banyak tanpa ada rasa putus asa. Orang kata kalau nak cepat untung, kena cepat rebut peluang. Tapi kalau peluang cepat2 kita rebut pon, kalau tak konsisten, fokus dan kreatif dalam melakukan sesuatu perkara, lama-lama jadi lost. Sampai bila pon tak boleh nak capai angka keramat 10,000 tuh.
Saya pun dah mula memperolehi pendapatan melalui affiliate…
Seronok tengok tiba2 dapat emel beritau dapat komisen…
Tahniah zool. Bukan senang nak buat duit dari affiliate.
Kalau nak seribu daya tak hendak seribu dalih.Sebenarnya biznez internetlah yang terbaik untuk penjawat awam menambah pendapatan sebab tidak mengganggu waktu kerja dan boleh dilakukan di rumah pada hujung minggu terutamanya hari Jumaat malam Sabtu.Daripada buang masa tak tentu hala,baik buat bisnes internet.Tak payah pening-pening kepala jual burger ke,bisnes kat apsar malam ke sebab jenis tu dah persaingan.Kalau nak buat duit lebih sikit beli saja ebook Clickbank dan praktikkan apa yang ada dalam ebook tu.
cara mudah n cepat nak belajar IM ni adalah dengan membeli ebook… memang boleh didapati secara percuma jika cari di search engini tapi apa yaakan kita perolehi 2 just informasi yang lapok…. tak kan kita nak pakai lagi… klu just untuk pemgetuan ok lah tapi klu nak besaing dengan orang yang dah pakar memang jauh panggang dari api…
Jangan takut untuk membuat pelaburan dalam IM ni… terutamanya dalam pemasaran… Tapi kena pandai buat pilihan y terbaik lah….