Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Buat Duit Dengan Adsense : Review Affiliate RajaAdsense.Com

14 09 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Bukak jer inbox emel yahoo saya, ada satu emel dari Maybank2u mengenai berlakunya satu transaksi wang ke akaun simpanan saya. Hmm, duit apa pulak ni? Customer mana pulak yang bayar ni..

Buka jer emel tu, lorr, komisen untuk program affiliate rajaadsense rupanya. RM70! ;)

buat duit adsense

Awal Sham bayar bulan ni. Ya, sham memang menepati janji dan seorang ‘tauke’ affiliate yang bagus dari segi bayaran komisennya. Nak bukti kata-kata saya? Ini dia emel tiga bulan berturut-turut untuk bayaran komisen. Sila lihat tarikhnya:

buat duit

Bayaran yang dijanjikan adalah setiap 16hb sekali. Tahniah sham.. You’re the great guy! :)
Apa yang saya ingin sampaikan di sini dua perkara:

1. Jadi Tauke Affiliate

2. Teknik Promosi Affiliate

Ok, yang pertama, jika anda ingin menjadi bos atau penganjur program affiliate, pastikan:

1. Produk anda ada permintaan. Contoh rajaadsense.com, panduannya sangat diperlukan ramai untuk buat duit dengan adsense. Kalau tak, mintak maaf banyak-banyak, kalau seribu orang pun agen anda tapi produk anda tak ramai yang nak, tak perlu buat affiliate.

2. Tunaikan apa yang anda janji. Kalau kata nak bayar sekali sebulan, do it! ;)

3. Wajib anda follow up mereka sekurang-kurangnya sekali sebulan. Tapi ini boleh dilakukan dengan sistem affiliate yang sediakan fungsi emel lah. Namun, no reason, anda boleh gunakan satu ruang di forum anda untuk ruangan support affiliate. Kat situ, berilah motivasi, tips dan lain-lain. Atau maybe boleh sediakan satu page khusus untuk bagi follow-up atau gunakan blog. So, agen yang aktif pasti merujuk tulisan anda untuk dapatkan tips dan pesanan. Be creative!

4. Berikan tools yang membantu agen untuk buat promosi seperti banner, ayat yang mengancam dan ‘membunuh’, hehe… Mudahkan mereka!

5. Berikan bonus jika mereka buat jumlah jualan tertentu. Sham rajaadsense contohnya memberikan bonus RM50 jika buat jualan 10 buah ebook. Ehem, saya salah sorang yang dapat bonus tu bulan lepas.

Tips Promosi Produk Affiliate

Wahh Zul, macam mana awak promosi yer. Hmm, sebelum tu saya nak beritahu, blog saya ni banyak content, so kadang-kadang ada orang cakap, taip jer apa yang relate dengan perniagaan internet, pasti blog smartusaha keluar top ten. :) So..

1. Buat review pasal produk tu kat blog atau laman web anda.

Jangan tulis, “wooi, beli produk ni..!”.. Hoohoho, jangan buat macam tu. Tulis dengan baik dan profesional. Saya tulis sekali jer review pasal ebook sham ni. Tapi google memang pilih kasih, dia pilih saya jugak walau tulis sikit jer preview. Kenapa google pilih saya?

Ini yang nak bagitahu. Anda dah buat tips ni (review), tapi tak buat sale pun. Kenapa? Hehe, sebab:

a. Tajuk review tu perlu ada keyword produk tu. Contoh:

Buat Duit Dengan Adsense : Ebook RajaAdsense

Tahu tak, keyword buat duit antara keyword yang ramai orang guna kat enjin carian.

b. Di dalam tulisan review anda tu, anda jangan sesekali menyuruh pembaca membeli, sebaliknya menyatakan apakah mereka (pembaca) akan dapat. Lebih berkesan jika anda sendiri sudah membeli dan membacanya, dan orang akan lebih yakin akan kata-kata anda.

c. banyakkan keyword dalam tulisan review tu. Jangan banyak sangat. Kurangkan keyword yang tak perlu dan maksimakan penggunaan ayat yang membuatkan pembaca nak beli. Part ni, kena belajar lah macam mana nak buat ayat power tu.. ;)

2. Gunakan banner yang berkesan
Hohoho.. Cuba perhatikan banner ni:

rajaadsense buat duit

Tak cantik. Tak gempak. Tak cun.

Tapi menghasilkan duit.. ;)

Percayalah, selain cara review, banner inilah yang telah menarik ramai orang untuk klik dan terus masuk ke laman web affiliate produk tu.

** Psst, banner tu hak milik saya. Bukan Sham yang buat. Tapiii, kalau anda nak guna, ambik jer lah.. Aiman tak kisah. ;)

Tak perlu banner yang ber-animasi. Utamakan banner yang ada teks dan ayat yang jelas. Sudah pasti, ayat yang ‘memukau’. ;) Jadi, terbukti, anda yang tak pandai grafik dan design pun boleh buat banner macam kat atas kan? Maka tiada alasan lagi untuk buat banner, anda tak perlu jadi seorang pakar, memadai tahu yang asas.

Lagi? Tak der dah. Tu jer yang saya buat. Dua cara tu jer. Namun, jika saya maksimakan lagi promosi dengan cara lain, saya yakin saya boleh dapat lebih dari apa yang saya dah dapat sekarang.

Oh ya, lupa nak bagitahu. Dua cara di atas memerlukan ramai trafik atau pelawat ke laman web / blog anda. Tanpa trafik yang tinggi, tak ada gunanya banner yang berkesan dan ayat yang power. Sebab? Ya lah, takder pelawat, xder lah yang baca dan lihat.. ;)

Bagaimana nak tingkatkan trafik?? Ohh, ni dah cerita lain dah ni. Lain kali saya sambung lagi tips trafik yer. Tapi, salah satunya, SEO. :) Anda gunakan search box kat atas kanan blog ni, dan taip SEO. Nanti keluar artikel atau tulisan saya mengenai SEO.

Wassalam.

PS. Saya buat 7 jualan ebook Sham. Bermakna Sham buat sales RM280 melalui saya sahaja!! Bulan Julai sham buat 100 lebih jualan. Hohoho… Bestnya produk digital macam ebook ni. 100% keuntungan dengan mudah.. Jom baca artikel saya di wangcyber:

Buat Duit Dengan Ebook - Siri 1

Buat Duit Dengan Ebook - Siri 2

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Bisnes VS Program : Anda Wajib Faham
  • Panduan Buat Duit Dengan Google Adsense
  • Lagi Mengenai Pendapatan Affiliate Saya..
  • Buat Duit Dengan Adsense : Raja Adsense
  • Untuk Apa Blog? Sekadar Buat Duit Sahaja?
  • Buat Duit Dengan Google Adsense
  • 2 E-Book (report) Percuma RajaAdsense
  • Program Affiliate : Permulaan Yang Terbaik + Teknik Muktamad
  • Adakah Ada Iklan Adsense untuk web anda?
  • Pendapatan Tambahan : Tak Perlu Berhenti Kerja

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    17 Comments »

    Comment by sham
    2006-09-14 22:55:25

    Saya ada hal dari 15hb sampai 17hb,jadi saya awalkan pembayaran sebab saya tak dapat bayar pada 16hb seperti yang dijanjikan..Saya tak suka lewatkan bayar “hutang” ni..Affiliate yang wat sales pasti saya akan bayar pada 16hb atau lebih awal jika saya ada hal..Zul antara orang paling banyak wat sales..Tahniah pada Zul..Kepada yang belum berjaya buat sales..teruskan usaha..Panduan Adsense tu masih mendapat sambutan yang cukup hangat..boleh dikatakan terhangat di pasaran.. sape yang belum join affiliate bolehla join..

    Comment by IM Dreamer
    2008-04-22 01:39:24

    perghhh!!! tertarik! menarik! da-BOOM!!! musti jadik affiliate nih!!! :D

    thanks Zul! thanks Sham! you guys really great! :D

     
     
    Comment by Walikard
    2006-09-15 09:31:48

    Tokey dah sampai :-) Hmm, sham memang menepati janji…siap personally email saya sebab nak buat pembayaran. Reason, saya tak update a/c no kat Affiliate data…sori sham ye :-) Oh ya, komisen saya tu taklah sebanyak zul, tapi sham tetap cari saya untuk membayarnya…apa tu maksudnya? AMANAH lah ;-)

    Comment by IM Dreamer
    2008-04-22 01:42:04

    lagik bertambah tertarik menarik nih!!! hohohoo… :D tokey plak beramanah… great! :D

     
     
    Comment by cikgubiz
    2006-09-15 15:40:38

    Tahniah hebat tu…… banyak nye buat jualan.

     
    Comment by soulof99
    2006-09-17 02:01:28

    Heh.. saya baru terfikir nak ‘culik’ banner saudara zul tu… memandangkan saudara zul dah kata “Psst, banner tu hak milik saya. Bukan Sham yang buat. Tapiii, kalau anda nak guna, ambik jer lah.. Aiman tak kisah. ;) ” Maka dengan rasminya saya menisytiharkan penculikan ini… :P

    Comment by IM Dreamer
    2008-04-22 01:43:42

    saya pun nak isytiharkan gak nih! huhuhu… :)

    nanti dah bangun blog sendiri, musti letak nih!!! :D

     
     
    Comment by smartzul
    2006-09-17 03:07:26

    Hehehe, culik je lah soulof.. :p

    Kalau saya rasa nak dakwa awak, saya dakwa je nanti.. hohoho.. Gurau jer.

    Ambik je lah. :)

     
    Comment by soulof99
    2006-09-17 10:20:50

    Heheh… sy dah ltk kat blog sy dah. Harap bertambah lagi jualan. Insya-Allah…. :)

     
    Comment by Han
    2007-10-04 08:56:28

    zul,
    tak sangka saya banner yang simple pun boleh tarik byk pembeli…
    kena belajar buat banner simple lah selepas ni…

    han

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-08 22:23:05

    keyword memang kena guna sebaiknya. pastu banner kena buatlah yang memukau. macam mana boleh buat duit dengan adsense melalui banner yang simple atau sekadar teks yang memukau…

     
    Comment by Han
    2007-10-09 08:19:51

    ni yang hebat ni…
    banner tak macam mana pun…
    tapi ayat…huh…tak tahan tengok…
    nanti kena cuba juga buat banner yang mcm ni…

    han

    Comment by smartzul
    2008-11-08 21:10:30

    Banner penting ada Call To Action yang kuat, di samping ayat yg membuat pembaca tertanya-tanya. Baru mereka akan klik.

     
     
    Comment by IM Dreamer
    2008-04-22 01:52:37

    pergh! tak sia-sia saya beli PakejBlog nih!!! :D

    oh ya… untuk makluman, saya ni dibawa daripada ebook Zul nih ha… ‘ebook ke-2′ dalam pakej kit blogger ni… ‘buat duit dengan ebook’. :)

    ikut step la katakan… huhuhu… :)

    tak sangka! hanya dengan 2 cara ni ajer dah bleh dapat $ sebegitu banyak ek!!! best nih! harap dapat belajar banyak lagik! dan… baru tahu, kuasa review ni sangat penting bagi enjin pencari yer… hahahaha… newbie la katakan… banyak benda baru belajar… :)

    rumus yang dapat saya wat untuk post komen ni is… dapatkan traffik setinggi boleh IS d’ most important job bagi seorang blogger! banyak orang datang, banyaklah orang tengok! insyaALLAH… banyaklah sale! tak gitu??? :)

    cumanya…………… Zul, naper bila saya klik artikel ‘buat duit dengan ebook’ siri 1 dan siri 2 tu tak terlompat ek… arap2, dapatlah nulun yer… nak belajar sangat nih!!! tak pun… kalu buleh ar… tolong attach file kat emel saya yer… btul2 nak blajar nih! btul! tak bohong…! :)

    apa pun, you all guys… thanks a LOT!!! :D

     
    Comment by IM Dreamer Subscribed to comments via email
    2008-04-22 15:17:45

    1 lagi nak tanya… ader aper2 efek ke kalau kita pendekkan url affiliate kita tu ngan gunakan tinyURL.com @ simURL.com?

    Comment by smartzul
    2008-11-08 21:12:32

    Tak apa-apa efek. Pendekkan URL affiliate lagi bagus untuk elak “link hijack”. Mudah ceritanya, orang tak akan buang id affiliate kita. Malah link yg pendek lebih pro dan kemas berbanding guna URL affiliate yang panjang.

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: