Perlukah Pendidikan Formal dalam Bidang Perniagaan?

Jika kita perhatikan, ramai usahawan yang berjaya, tidak kira usahawan Internet atau offline, mereka kebanyakannya tiada pendidikan formal dalam bidang perniagaan. Contohnya, tiada sijil, diploma atau degree dalam bidang bisnes. Namun, mereka tetap berjaya sehingga meraih pendapatan jutaan ringgit dan mengecapi kebebasan kewangan dan kehidupan.

Persoalan di sini, adakah perlu seseorang usahawan itu mengikuti pendidikan formal, paling kurang memiliki sijil dalam bidang perniagaan? Walaupun ia satu pilihan (tidak wajib), tetapi apakah kelebihan jika memilikinya? Apakah pro dan kontra jika ada atau tiada pendidikan formal ini? Saya ada jawapan saya sendiri, tetapi saya mahu mengetahui pandangan daripada anda juga.

Tujuan saya bertanya adalah kerana, saya mungkin akan mengambil pengajian peringkat Master dalam bidang Biz IT pada tahun hadapan dan ingin mengkhusus kepada bidang Perniagaan Internet (e-commerce). Salah satu tujuan saya ingin mengambil pengkhususan ini adalah kerana ini melakukan penyelidikan secara serius bagi bidang perniagaan Internet. Mudah dikata, ingin ‘berbakti’ kepada rakyat Malaysia khususnya. Namun, ia masih di peringkat perancangan dan jika tiada aral melintang, saya akan ambil bidang pengajian ini. Sebab lain? Saya tidak akan beritahu pada hari ini. πŸ™‚

Apakah pandangan anda? Perlu atau tidak mengambil pendidikan formal sebegini? Apakah kelebihan jika ada pendidikan formal dan apakah kekurangan jika tiada pendidikan formal? Sudah tentu, kedua-duanya ada pro dan kontra masing-masing.

Saya tinggalkan soalan ini untuk anda jawab.

Diharapkan anda dapat tinggalkan sekurang-kurangnya satu pendapat untuk persoalan ini. Saya menghargai pandangan anda semua. πŸ™‚

PS. Pendidikan formal di sini bukan hanya di Universiti sahaja yer, malah di Instititusi swasta juga. Jika ada sijil pun, ia sudah dikira memiliki pengajian formal!

PPS. Ingin tahu cara menulis blog yang berkesan? Klik di sini untuk membaca teknik penulisan blog yang efektif.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

27 thoughts on “Perlukah Pendidikan Formal dalam Bidang Perniagaan?

  1. Keunggulan yang diperolehi seseorang kerana gelaran (degree), sijil (certification) dan pengakuan formal, sering disebut sebagai keunggulan dejure. Manakala keunggulan yang diperolehi seseorang kerana pengakuan orang ramai terhadap hasil karya, produk dan perjuangan yang dilakukan adalah merupakan keunggulan defacto. Bidang IT dan computer science termasuk bidang yang unik kerana banyak sekali tokoh-tokoh yang lahir adalah kerana keunggulan defacto disamping memiliki keunggulan dejure.

    Bill Gates, Kevin Mitnik, Richard Stallman dan Linus Torvald adalah nama-nama yang besar kerana keunggulan defacto mereka. Orang mungkin juga lupa bahawa Jerry Yang dan Dennis Ritchie adalah ahli akedemik yang menguasai dengan baik teori-teori asas perkomputeran meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembuat bahasa C dan founder Yahoo. Com. Tentu ada juga orang seperti Andrew S. Tanenbaum yang disamping seorang profesor di bidang sistem operasi (keunggulan dejure), beliau juga sangat terkenal sebagai pencipta Minix (keunggulan defacto).Dipetik dari e-book kepunyaan Romi Satria Wahono yang bertajuk “Kebebasan Yang Membebaskan”.

    Disini kita lihat, tidak kira kita belajar secara formal atau sebaliknya, asalkan ada fokus dan semangat mahu belajar, insyaallah boleh berjaya.
    Semoga kita mendapat manfaat daripada petikan tersebut.

  2. Since Zul dah tanya kan, so kenalah saya jawab:

    Kalau mampu eloklah kita mengambil pendidikan formal dalam bisnes – tak kiralah IT atau tak IT..

    Betul, kalau tak ada pendidikan formal pun boleh berjaya (ramai yang dah buktikannya), tapi kalau tengok betul-betul, mereka yang ada pendidikan formal, kalau berjaya lebih berjaya dari mereka yang tiada pendidikan formal..

    Complikated ke ayat tuh? Kalau tak faham, nanti saya fikirkan cara nak jelaskannya dalam ahasa yang lebih mudah..

  3. Kalau dah ader master ni nak menggerakan perniagaan Internet di mata masyarakat pun senang… taklah dipandang lekeh oleh masyarakat yang buta. (buta tentang perniagaan internet)

  4. hi members, pekabar u all? shueqry here..

    bagi pendapat saya, formal atau tidak, semua perlu bermula dengan ILMU.

    Ilmu ni luas, sama ada kemahiran teknikal atau intelektual. Bagi saya, untuk berjaya dalam bisnes internet atau bukan internet, kemahiran teknikal / interpersonal dalam perniagaan lebih penting. Sebab jadi usahawan melibatkan transaksi jual beli barang dan komikasi dengan oranisasi syarikatnya.

    Jika kemahiran tu dikuasai, tidak mustahil usahawan tu boleh mencapai matlamat yang dia set dan berjaya dan jenis perniagaan yang diceburinya. Ilmu teknikal mengenai bisnes banyak aspeknya, tapi yang paling utama, Planning, Organizing, Leading and Controlling. Kesemua 4 aspek ni melibatkan komunikasi, saya tengok kebanyakan bisnesmen yang berjaya dan jadi jutawan, menguasai 4 aspek tu.. end result ( apa yang diorang berjaya capai dalam hidup ) lebih nampak. Contoh, adik beradik KRU, Norman, Yusry dan Edry, Lim Goh Tong serta Syed Mokhtar Al-Bukhari.

    Tetapi, jika bermula dengan pendidikan formal, akan lebih meningkatkan imej diri usahawan tu. Jika digabung dengan kemahiran teknikal, orang sekeliling memandang tinggi pada usahawan sebegini, sebab dia ada pendididkan formal dan terjun dalam bisnes dengan ilmu yang cukup, lebih-lebih lagi jika dia berjaya mencapai taraf jutawan, orang sekeliling akan lebih yakin untuk menimba ilmu, kemahiran, pengalaman dan mind setting yang dia gunakan. Contoh terbaik, Irfan Khairi, Fazley Yaakob

    err, ada sesiapa nak tambah komen saya? thanks πŸ™‚

  5. pendidikan formal tu perlu, ia akan lebih menolong kita menaikkan kredibiliti kita sebagai usahawan internet, kalau takde pendidikan formal pun takpe, tapi kena berusaha keras utk menaikkan kredibiliti kita.

  6. Selamat sejahtera..

    Ini pandangan saya pula..orang yang berjaya tanpa pendidikan formal sangat hebat dan luar biasa bagi saya..sebab mereka berusaha mungkin 500% lebih dari yang lain..orang sebegini akan lebih banyak memberi motivasi kepada saya..sebab nampak dengan jelas impact..dia..

    Orang yang ada pendidikan formal pula..emej mereka lebih jelas sebab mereka menjurus ke dalam bidang yang mereka ceburi..kejayaan+pendidikan=Kepercayaan..tetapi kalau diberi pilihan (bergantung dengan situasi sesorg) saya pada ketika ini.saya lagi suka berusaha sendiri disamping mentor dan juga buku

    ps: pandang sahaja..tiada kaitan dengan mana-mana pihak!

  7. Pada pendapat saya, masyarakat hari ini sudah mula pandai buat penilaian. Jika ada pendidikan formal, bagaimana pula dia mempraktikkannya. Kalau berjaya, ok, sesuai dgn apa yg dia ada ( sekeping sijil ). Selayaknyalah dia mendapat seperti itu.
    Jika tiada pendidikan formal tapi kejayaannya hebat, masyarakat pun lagi respek sbb dia seorang yg tak kenal putus asa. Contoh utk ini terlalu banyak. Mcm Lim Goh Tong, Jutawan Genting, tiada pendidikan formal, tapi kejayaannya hingga boleh merekrut ramai insan educated bekerja di bawah naungannya.
    Namun bagi saya, kalau ada peluang utk sambung belajar, sedang dlm masa yg sama biz sendiri sudah ada dan boleh dibanggakan, apa salahnya. Lebih baik sambung belajar biar sampai ke peringkat tertinggi. Biz yg ada tetap diteruskan. Ini justeru memberi satu tanggapan baru kpd masyarakat bahawa tidak semestinya sudah ada biz sendiri akan buatkan seseorg itu malas nak sambung belajar. Bahkan anda akan disanjung dan boleh menjadi contoh teladan yg sangat baik.
    Mudah-mudahan ibubapa lain tidak akan bimbang sekiranya anak mereka nak buat biz dlm usia yg begitu muda, sbb sudah ada contoh terbaik dlm kes ini… ;).
    Niat yg baik perlu diteruskan dan semoga berjaya.

  8. Saya rasa perlu untuk ambil pendidikan formal nie. Memang saya akui ada yang berjaya tanpa pendidikan formal.. dan saya akui jugak ada yang mempunyai pendidikan formal namun tiada apa-apa kejayaan dirai! πŸ™‚ .

    Saya tidak tahu nak jelaskan macam mana, namun satu contoh dari saya.. Anda berjaya tanpa pendidikan biasa orang akan mengatakan “Tuah ayam nampak dikaki.. Beruntung budak nie, dah rezeki dia kan”.. Namun jika anda berjaya dengan pendidikan orang akan kata ” Macam mana tak berjaya, tengoklah dia belajar sampai master” πŸ™‚ . Terpulang pada zul nak pilih yang maner hee..hee..

  9. “Tujuan saya bertanya adalah kerana, saya mungkin akan mengambil pengajian peringkat Master dalam bidang Biz IT pada tahun hadapan dan ingin mengkhusus kepada bidang Perniagaan Internet (e-commerce). Salah satu tujuan saya ingin mengambil pengkhususan ini adalah kerana ini melakukan penyelidikan secara serius bagi bidang perniagaan Internet.”
    Saya berpandangan ianya amat penting jika kita mempunyai RM + usaha. Bila kita buat penyelidikan kita akan menjurus dan fokus untuk mencari penyelesaian[Findings]. Zul mungkin dah ada hipotesis utama dan alternatif untuk diselidiki. Seterusnya sampel kajian zul pun dah ada iaitu pelanggan zul yang beribu tu dan peserta bengkel. Jangan risau kami akan sokong! Cuma kajian Library saja kami mungkin tak tau. Seperti yang saya katakan tadi sampael kajian dan ada depan mata, apa lagi zul….. Bagi saya zul buat ni cuma untuk formality saja….. apa yang dah zul buat ni pun saya rasa dan 70% siap. Saya yakin bukan setakat masters Phd pun zul akan capai ” believe u can “

  10. Zul…kat UTM ada master technoprenuer..Syarat tak la ketat mcm kat UUM yang Irwan Dahnil ambil..kalo uum,kene wat sales 100K..kalo UTM tak perlu..lagi dia under MARA..

  11. Tanpa pendidikan formal pun seseorang itu boleh berjaya…tapi usaha kena 500% sebagaimana kata Bent. Sebenarnya utk berjaya dlm perniagaan perkara utama adalah minat dan kesungguhan. Semasa belajar kat universiti kita cuma banyak didedahkan dengan pelbagai teori dan case study. Belajar dgn buku tak sama dgn pratikal. Teori yang ada hanya boleh kita jadikan asas atau panduan kepada perniagaan yang bakal kita jalankan tu. Tapi jika tiada minat dan kesungguhan untuk berniaga..ia takkan menjadi. Dan juga dengan adanya pendidikan formal sekurang2nya kita boleh pergi jauh, org akan menghormati kita (bina kredibiliti cam Zul cakap tu), mempunyai pandangan terbuka .

    Kalau ada master sekali pun kalau tak minat atau tak de kesungguhan dalam perniagaan kita takkan berjaya. Tapi kalau Zul nak buat master dlm bidang e-commerce tu bagus sgt lah..sebab bidang ini baru diterokai di Malaysia ni…sekurang2nya kalau buat research ttg e-commerce tu rasanya kebanyakkan universiti kat Malaysia ni senang nak approve tajuk related dgn e-commerce tu…..jd Zul juga dpt tahu secara terperinci pasaran, target customer, produk2 yg diperlukan…dan byk lagilah advantagenya pada Zul sbb Zul kini dah berada dalam bidang ini dan amat meminatinya.

    Zul utk berjaya dlm bidang perniagaan ni bukan hanya bergantung kpd pendidikan formal tetapi juga kepada minat dan kebolehan kita…Apa2pun setiap kejayaan itu tidak akan dlm sekelip mata…ianya melalui pengalaman dan rintangan2 yg perlu kita tempuhi….Semoga Allah sentiasa memberkati apa yang Zul usahakan. Wasalam

  12. Zul, bagi saya jika seseorang itu memiliki ilmu pendidikan formal ianya dapat menambahkan kredibiliti seseorang pd pandangan pelangan.
    Tambahan pula Zul masih lagi muda dan masih lg single, kiranya amat sesuai bebeno la Zul teruskan projek tersebut… Saya sokong 100%.

  13. InsyaAllah, ini baru perancangan. Sekarang pun baru suku tahun 2007. Saya tak pasti akan ambil tahun depan (2008) atau bila, atau mungkin saya akan buat dengan jalan lain. Tak semestinya dengan Master. πŸ™‚

    Sham, yup, yang tu lah yang saya maksudkan. Kalau nak tahu, modul yang ada kat U lain mereka ambil dari UTM lah. πŸ˜‰

    Saya tak kisah tak ada master atau PhD, kerana bagi saya, KEJAYAAN apa yang dibuat itu lebih penting iaitu HASILNYA. Pandangan orang adalah no 2 bagi saya. Yang utama adalah diri kita sendiri dan kita tahu apa yang kita buat. Bak kata En Aziz, orang sekarang dah pandai buat penilaian terhadap kejayaan seseorang. Cuma, kalau pendidikan formal ni, kita ada guide dan lebih mudah nak ke hadapan, lebih-lebih lagi kalau kita buat research. Ada support, bantuan, fasiliti, modal, contact dan lain-lain lagi.

    Thanks terhadap komen-komen anda semua.

  14. Bagi saya menuntut ilmu itu penting dan tak rugi apa-apa.Seseorang yang berilmu dalam satu-satu bidang yang diceburinya mungkin lebih baik dari orang yang tak ada ilmu tapi ada kesungguhan.Umpamanya bisness internet macam saya, yang tak berapa pandai dalam IT terpaksa mencari-cari ilmu ttg internet.Keinginan nak berjaya itu ada tapi masih terkial-kial nak belajar so byk masa terbuang sebab terpaksa belajar dulu cara-cara basic nak buat web,internet marketing ,macam mana nak apply merchant account dll.Ilmu itu pun penting utk bina self esteem kita , bila ada degree/master kita lebih confident so saya nasihatkan teruskanlah niat nak sambung belajar.

  15. ASM wr.wb. Kepada Saudara Zul dan Kawan-Kawan>

    Saya menghargai hasrat saudara zul untuk mengambil Master dalam e-biz. Telah berfirman Allah didalam Al-Quran. Firmannya jika aku jadikan ranting-ranting sebagai pena dan lautan-lautan sebagai dakwat, manusia tidak akan habis-habis mencari ilmu iaitu menterjemahkan surah Al-Fatihah. Itu baru surah Al-Fatihah, belum yang lain-lain. Macam-mana pun Allah menyuruh kita, menimba ilmu sehingga ke liang lahat. Allah berkuasa memberi ilmu kepada mereka yang kehendaki. Olih itu teruskan hasrat saudara Zul kerana telah mendapat hidayah ini untuk mecari ilmu yang lebih tinggi, yang akan memberi faedah kepada pembaca-pembaca tip ini dimasa yang akan datang.
    Abang Ngah.

  16. pendidikan formal adalah kesinambungan dari apa yang ingin perkemaskan lagi. kalo kita sebagai pakar pc, dah tentu akan berusaha mendapatkan ilmu yang berkaitan yang lebih tinggi lagi…

    kalo nak tambah income secara sambilan yang biasa2 dan rasa dah cukup taknak sambung belajar lagi terpulanglah kepada individu tersebut…

    jika sekiranya perlu untuk meningkatkan lagi ilmu yang lebih mantap, mungkin juga boleh dipertimbangkan untuk sambung belajar. kalo dah jadi jutawan, nak sambung belajar lagi ke???

  17. Mesti laa..
    kita blajar bukan kerana duit semata² untuk menjadi jutawan, tapi ilmu tu yang penting
    Kerana ilmu Allah aaaaamat luas……..
    Betulkan niat anda πŸ˜‰

  18. ilmu belajar takkan habis…
    untuk lebih berjaya, ilmu sangat penting…
    kalau mempunyai ilmu dengan tiada ilmu, mesti yang berilmu tu lebih cepat berjaya dan lebih berjaya berbanding dengan yang tiada ilmu…

    han

    1. ilmu memang kena amalkan…
      tapi bukan semua ilmu yang kita boleh amalkan…
      kalau semua tu kita amalkan, mesti dah jadi profesor…hehe…

      han

  19. bukan lalai tapi memang tak boleh kuasai kesemuanya…
    kalau memang ada orang boleh tu memang genuis…
    memang geliga ar otak dia…

    han

  20. pendidikan tu adalah sebahagian daripda kejayaan juga ,kerana antara formal dengan tidak formal dua_dua ada kelebihan nya,contoh nya jika anda seorang yang memegang segulong ijazah anda akan lebih senang untuk membuat pinjaman bank dan kertas kerja lebih kemas dan teratur,berbeza yg tidak mendapat pendidikan susah utuk mendapat pinjaman dari pihak bank….mana ada kemahuan disitu ada jalan

  21. – what people said…doesnt matter.. persoalannya.. apa yg kita nak? knowledge? exp.? qualification? self -esteem? rocognition or what… tepuk dada…
    -makin tinggi level pgnjian yg kt terokai… makin terbentang luas sgala jawapan yg dicari…
    …im still looking 4 smtg… bkn kehilangan tp, mkin byk yg ilmu yg digali..makin dalam persoalan dan jawapan yg bakal ditemui…
    -skdr sharing…-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *