Home » Motivasi » Perlukah Membuang Sifat Malu, Kecewa dan Terasa Hati?

Perlukah Membuang Sifat Malu, Kecewa dan Terasa Hati?

Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya.

Bermula esok, saya yakin, ramai yang akan bercuti dan mungkin ada yang mengambil peluang untuk balik ke kampung. Saya insyaAllah, hujung bulan Jun ini akan balik ke kampung… Apapun yang anda lakukan, semoga selamat dan bahagia selalu.

Ok, artikel kali ini saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai sifat fitrah semulajadi manusia iaitu sifat yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia. Selain sifat fitrah, setiap manusia masing-masing memiliki sifat peribadi tersendiri yang akan membentuk personaliti insan tersebut.

Contoh sifat-sifat fitrah manusia adalah seperti sedih, mudah terasa hati, kecewa, malu, memerlukan keadaan yang tenang dan sebagainya.

Manakala contoh untuk sifat peribadi adalah mudah marah, mudah tersinggung, cepat faham, mudah memaafkan dan sebagainya. Maksudnya, si A jenis panas baran, si B pula lebih bersifat banyak bercakap dan si C pula, jenis agresif dalam tindakannya.

Di satu kuliah Agama yang disampaikan oleh seorang ustaz, beliau mengatakan bahawa, setiap orang (individu) ada kelebihan masing-masing. Jadi pesannya, bersabarlah dengan mereka jika anda tidak menyukainya. Sebab? Kerana mereka mungkin boleh memberikan suatu sumbangan kepada Agama. Maka, janganlah disebabkan sifat mereka itu yang mungkin di luar kawalan mereka, kita membenci padahal mereka ada kelebihan dan kepandaian yang boleh digunakan untuk manfaat Agama dan masyarakat.

Apa yang saya ingin katakan pada hari ini adalah, sebagai seorang usahawan, adalah terlalu mustahil bagi saya jika kita mahu membuang sepenuhnya sifat-sifat fitrah manusia. Bagi saya, adalah satu penipuan jika kita kata “aku tak mudah kecewa”, “aku tak terasa sangat dengan dia” atau “aku tak sedih pun…”, padahal dalam dirinya, ada perasaan tersebut.

Ketahuilah, kita adalah manusia biasa, bukan malaikat. Adalah satu yang memelikkan jika kita ingin membuang sifat-sifat fitrah manusia seperti sedih, menangis, mudah terasa hati, duka dan sebagainya. Ia bukan sifat yang terhina, tetapi apa yang perlu dilakukan adalah MENGAWALnya sahaja, bukan menghapuskannya.

ALLAH menjadikan manusia atau makhluk lain di muka bumi ini secara berpasangan. Hujan, pasangannya panas. Lelaki, pasangannya wanita. Sejuk, lawannya panas. Api, lawannya air. Suka, lawannya duka…

Secara logiknya, adakah sesuatu yang membazir dan sia-sia ALLAH memberikan sifat duka, sedih, kecewa dan sebagainya kepada seorang manusia? Sudah tentu tidak sebab ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Maka kita sebagai manusia, haruslah memanfaatkan kurniaan ALLAH itu sebaik mungkin dan mengawalnya agar tidak berlebih-lebihan. Kita perlu tahu, adanya bermacam sifat tersebut tujuannya agar kita menjadi manusia yang seimbang, matang dan berdaya maju.

Hatta Rasulullah sendiri pun bersedih apabila menhadapi kematian ahli keluarganya, maka apatah lagi kita? Begitu juga para ulama, ada yang sedih dan menangis apabila mendengar dan menerima berita akan kematian ulama seangkatan yang lain. Tapi mereka tidaklah meratap-ratap atau menjerit-jerit.

Islam membolehkan kita bersedih selagi tidak melampaui batas seperti meratap dan menjerit-jerit yang menunjukkan tidak redha dengan ketentuanNya. Bahkan ada doa-doa yang khusus untuk dibaca apabila kita dalam keadaan kesedihan dan berduka… Jelas di sini, bersedih yang terkawal bukanlah satu kehinaan di sisi Islam sebab ia sifat fitrah manusia.

Tujuan saya menyatakan hal ini kerana, kita sering disogokkan dengan motivasi yang menyuruh kita jangan bersedih, jangan kecewa, jangan mudah terasa hati, jangan putus harapan… Seeloknya, mengelak daripada putus harapan atau tidak bersedih adalah satu jalan yang baik, tetapi jika kita berputus harapan, adakah kita berdosa atau bersalah? Sudah tentu tidak!

Kita perlu sedar, manusia itu ‘lemah’, itu hakikatnya. Tidak kisah manusia itu ada sifat super-natural tanpa batasan atau ada aura 14 level dan memancar-mancar, beliau tetap seorang manusia yang ada sifat-sifat fitrah. Adalah tidak seimbang jika seorang manusia itu dikatakan tiada duka lara, sedih, letih, kecewa dan sebagainya. Cuma kehebatan manusia adalah, mereka lebih jauh maju ke hadapan berbanding makhluk yang lain kerana manusia boleh digilap potensinya ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi sifat fitrah tetap wujud dalam diri manusia. :)

Andaikata anda bersedih dengan sesuatu, ambillah masa untuk berehat dan tenangkan diri. Janganlah paksa diri seperti, “ah, aku tak sedih ponnn”. ;) Lainlah jika anda seorang yang berjiwa kuat. Jika anda ada masalah, hadapilah dengan tenang dan jika anda berserabut, itu adalah normal kerana anda adalah manusia biasa, tetapi hadapilah dengan tenang.

Segala sifat manusia adalah diberikan oleh ALLAH dan adalah satu yang memelikkan jika kita mahu membuangnya. Adanya sifat berpasangan adalah agar kita menjadi manusia yang seimbang, itu sahaja.

“Kalau bumi hanya ditimpa hujan, sudah pasti daratan dipenuhi air. Jika hanya panas memancar, sudah tentu bumi kekeringan…”. Tapi adanya panas dan sejuk, bumi menjadi satu planet yang stabil dan boleh didiami dengan baik. Begitu juga dengan manusia, suka duka, sedih gembira, semangat dan down, ia adalah sifat berpasangan yang perlu dimanfaat, dijaga dan dikawal sebaik mungkin dan hasilnya, terhasil seorang manusia yang SEIMBANG.

Sifat marah contohnya, ia juga sifat fitrah manusia. Cuma, marah itu perlulah digunakan di tempat yang betul dan sebaik mungkin. Kalau tak ada marah, cuba fikirkan, bagaimana nak jadi seorang tentera yang tak takut untuk menembak dan membenci musuh yang menyerang? Sebaliknya, jangan pula marah-marah sesuka hati, gunakan pertimbangan akal dan tenangkan diri…

Jelas dan jelas. Kita tak perlu menyusahkan diri untuk membuang sifat-sifat semulajadi manusia tetapi cukuplah kita mengawal dan menggunakannya sebaik mungkin…

Berbalik kepada kaitan hal ini kepada usahawan, jika anda sedih dengan hasil perniagaan anda, maka bersedihlah dengan sewajarnya dan kemudian bangkitlah berusaha. Jika tiba-tiba semangat anda ‘down’, maka ‘layan’lah kesedihan itu dengan berehat sehingga anda tenang dan semangat kembali pulih. Pendek kata, semua sifat fitrah harus dikawal dan ‘dilayan’ dengan sebaik mungkin. Penuhilah ia dengan perkara dan pengisian dalaman yang sepatutnya.

Semoga anda semua sihat dan bermotivasi selalu.

“Bersedihlah sebaik mungkin”. ;)

*Sifat fitrah tak sama dengan sifat jahat (mazmumah). Contoh sifat jahat yang kebanyakan hukumnya adalah BERDOSA seperti mencuri, mengumpat, memfitnah, hack komputer dan server orang tanpa izin ;), mengadu domba, menyusahkan orang lain, menipu dalam berniaga dan banyak lagi. Sifat fitrah adalah seperti suka, duka, sedih, gembira, bersemangat, kecewa, geram, marah dan sebagainya.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. adila says:

    Memang dah sifat manusia…dicipta dengan pelbagai sifat, pelbagai perasaan dan pelbagai perangai…
    dan satu lagi…sifat manusia yang terlalu mengharap akan sesuatu…
    semua orang mengharapkan sesuatu…mengharap untuk mendapatkan sesuatu yang dingini..Jika usaha yang dilakukan menemui jalan buntu, manusia dikelilingi oleh perasaan kecewa, ingin mencuba lagi dan ah…biarlah, dah bukan rezeki aku. Kalau kecewa, ia akan berkahir dengan kesedihan, cuba lagi akan berakhir dengan sesuatu yang membahagiakan dan dah bukan rezeki aku…peluang akan terlepas begitu sahaja…

    • abdfatah says:

      kalo harapan setinggi gunung, berbaloikah kita membina harapan yang setinggi gunung sekalipun? memang tak dinafikan harapan akan mengundang hiba tatkala tiada apa yang apat dicapai… sedih sekali, namun boleh mencuba dan terus mencuba…

      • Han says:

        mempunyai harapan tak salah…
        tapi jangan terlalu besar…
        kalau tak mudah kecewa takpe…
        kalau mudah kecewa baik jangan buat harapan sebegitu…
        bila kecewa, mulalah nak putus asa…

        han

  2. han says:

    slmt tgh hari zul,
    bagi pendapat saya, sifat malu, kecewa dan terasa hati tak patut dibuang kerana ia telah diberi kepada semua manusia.

    malu juga kena lah bertempat…contohnya kita patut malu bila lihat org yang berjaya.
    kecewa ade cara nya untuk mengelak darinya, contoh nya jangan letak harapan yang terlalu tinggi kalau tidak kita akan sangat kecewa jika harapan yang kita harap kan tidak tercapai.
    terasa hati memang tak boleh lari dari hidup ni, kerana kita buat ke tak buat benda tu, orang tetap memgata kita…kritik kita… yang penting hati kita kenalah kuat…untuk menghadapinya…

    • abdfatah says:

      kalo dah kecewa, memang hati gundah gulana selagi mana kecewa itu tersu tersimpan dalam lubuk hati… kecewa yang terlampau akan menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain….

      • Han says:

        kecewa bukan setakat diri kita saja kadang2 tu…
        kadang2 ia menyusahkan orang lain juga…
        kalau setakat diri sendiri je takpela…
        tu masalah dia lah tu…
        ni kalau menyusahkan orang, orang tengok pun taknak…

        han

  3. Johari says:

    saya kat sini tengah cuti Hari Gawai.. :)

    Zul, memang benar kita tidak akan dapat lari dari perasaan kecewa dan sedih..sebab kita manusia biasa yang tak akan lari dari buat silap. Sebab itulah Allah sentiasa minta kita selalu bersyukur dgn-Nya walau dalam apa keadaan kita sekalipun..insyallah, Allah lebih tahu apa yang TERBAIK untuk kita..cuma kekalkan berfikiran POSITIF dalam kehidupan

    • Han says:

      kecewa ni banyak jenis johari…
      kecewa sebab takde untung dlm perniagaan,
      kecewa sebab di kalah oleh pesaing,
      kecewa dlm percintaan… :mrgreen:
      kecewa dalam hiudp yang tidak sempuna…

      banyak jenis tu…
      tu contoh je…
      ada kecewa yang takde kesan sangat…
      ada yang memberi kesan yang mendalam…

      han

  4. Cekdet says:

    Kesedihan merupakan 1 daripada 1001 sifat semulajadi manusia yang diciptakan Allah s.w.t kepada manusia.

    Walaupun ianya kelihatan sebagai perasaan yang negatif, tapi ianya bukanla menjadi kesalahan @ dosa kepada manusia. Memang manusia yang akan mengekspresi keadaan sekelilingnya dengan pelbagai warna perasaan, dan kesedihan salah satu daripadanya.

    Cuma, kesedihan perlu ditelusuri dengan respon yang positif. Kita ambil contoh baginda Rasululah s.a.w, yang telah kehilangan orang yang paling hampir dengannya (kewafatan isteri dan pakcik saudaranya), kesedihan itu tidak membawa kepada tindak tanduk yang memudaratkan dirinya. Kesedihan itu sebaliknya menjadikan baginda seorang yang kuat semangat, tabah , dan semakin berkobar2 untuk menjalankan dakwah baginda. Akibatnya,survival Islam yang tercinta dapat berterusan hingga ke hari ini. Baginda tidak menjadikan kesedihan itu sebagai alasan untuk menjauhkan diri daripada perjuangannya walau sedikitnya. Ini yang dikatakan kesedihan perlu membawa kepada respon yang positif.

    Oleh itu, jadila manusia yang optimis dan berlapang dada apabila menerima kesedihan .

  5. smartzul says:

    Pendek kata, pandai-pandailah mengawal diri. :)

  6. abdfatah says:

    memang sukar nak membuang sifat tersebut 100%, nama lagi manusia…

    kalo nak fikirkan berkenaan sifat manusia nih memang tak akan sudah sampai bila2 pun, nak buang apatah lagi… takkan nak menghindarkan diri dari bertemu dengan ramai orang. itu lagi teruk laa jadinya… asyik menyendiri tanpa komunikasi…

    dengan adanya komunikas maka kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan bentuk kerenah manusia di muka bumi ini…

  7. Han says:

    sikap malu ni memang kena buang dari diri kita…
    saya pun pemalu juga…hehe..
    skrg ni sedang cuba utk membuangnya…
    tapi ia agak sukar…
    yang penting mesti mencuba…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.