Perkhidmatan SmartUsaha.com

Mungkin ada yang belum tahu nama perniagaan saya, iaitu INSPIRASI MAYA ENTERPRISE.

Ia bukan syarikat, tetapi sekadar pemilikan tunggal. Ia didaftarkan pada tahun Disember 2006. Ya, sudah genap usia 7 tahun.

Melalui perniagaan inilah, di bawahnya saya mewujudkan pelbagai projek dan usaha perniagaan seperti:

  • Rangkaian blog seperti SmartUsaha.com ini.
  • Produk-produk informasi.
  • Training, coaching, seminar & kursus.
  • Perkhidmatan secara online.

Terdapat banyak servis yang saya lakukan secara online, iaitu seperti:

  • Konsultasi perniagaan Internet.
  • Domain & hosting (SemarakHosting.com)
  • Servis teknikal WordPress
  • Servis membina laman web jualan
  • Transfer data ke server lain
  • Pindah website / blog ke website lain
  • Perkhidmatan penulisan untuk perniagaan
  • dan lain-lain lagi atas permintaan klien.

Saya masih lakukan pelbagai bentuk perkhidmatan sehingga ke hari ini. Namun sedikit demi sedikit akan melepaskan ia kepada “team” yang akan saya bentuk kelak. Saya tidak mampu lagi melakukannya seorang diri kerana bidang perkhidmatan memerlukan masa dan komitmen yang tinggi.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Perkhidmatan SmartUsaha.com

  1. Terbaik tuan. Semoga dapat bimbing dan bantu saya untuk sama-sama berjaya seperti tuan dalam bidang Perniagaan Internet dan Keusahawan. Sebagai orang baru belajar mengenai cara dan kaedah blogging, terlalu banyak saya kena belajar dan fahami. Kadang-kadang rasa rasa ‘give-up’ dan jemu kerana terpaksa melekat pada paparan skrin komputer untuk tempoh agak lama setiap hari tapi bila melihat hasil kerja-kerja yang telah tertunai seronok pula kerana dapat menyalur maklumat untuk manfaat orang ramai. Nak merasa rezeki dari perniagaan internet dan amat berharap boleh berjaya seperti tuan sambil berbakti kepada masyarakat. Jangan serik beri tunjuk ajar kpd orang tua macam saya ni, pick-up amat slow, asyik ketinggalan dlm serba serbi berbanding kawan2 student lain orang muda2 yang doh banyak ilmu. Tk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *