Perkembangan Terkini Saya

Apa khabar para pembaca blog Smartusaha.

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu untuk membaca artikel terkini di blog ini. Maafkan saya jika anda tertunggu-tunggu.

Perkembangan saya terkini

Saya sejak bulan ini banyak melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan juga mengikuti beberapa kursus serta seminar.

Semalam saja saya baru balik dari Kuala Lumpur dan berada di sana selama tiga hari. Pada 3, 4 dan 5 Jun lepas pun saya juga berada di Kuala Lumpur.

Penat juga ulang alik dari Johor ke KL dan KL ke Johor. Namun saya sengaja melakukan ini semua untuk membiasakan diri dengan perjalanan kerana kelak saya sudah pasti akan sentiasa bergerak ke sana sini apabila telah mula memperkembangkan perniagaan saya secara offline.

Pada 3 Jun yang lepas, saya dan beberapa orang IM tempatan telah bertemu dengan pihak PTS. Ada beberapa perkara yang kami bincangkan bersama termasuk hala tuju bidang Internet Marketing di Malaysia dan bagaimana kami boleh bekerjasama.

Saya juga sekarang dalam usaha untuk menulis buku saya sendiri dan insyaAllah mungkin akan diterbitkan oleh pihak PTS. Niat menulis buku bukan semata-mata kerana inginkan populariti, tapi saya mahu memperluaskan lagi perkembangan ilmu perniagaan dan pemasaran internet. Saya akan kongsikan apa yang saya ada dan termampu.

Terima kasih kepada pihak PTS di atas penghargaan yang diberikan kepada IM-IM tempatan dan melihat secara serius bidang IM ini.

Kemudian pada malam 3 Jun itu, saya pergi ke preview PeoplePreneur di Midvalley. Ini kali pertama saya ke Midvalley. Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai preview tersebut, cuma ia adalah mengenai training program yang amat bagus juga modulnya.

Tiga orang jutawan termasuk Dr. Irfan Khairi akan membimbing para peserta dengan menggunakan konsep mentoring dan sama-sama menjalinkan networking di antara para peserta. Network di sini bukan MLM ya, tapi bekerjasama dan menjalin rangkaian di antara satu sama lain.

Kemudian keesokan harinya, juga di Midvalley (Hotel Cititel), saya ke preview Workshop Jutawan Internet Irfan Khairi. Memang penuh dewan. Walaupun preview, tapi Dr. Irfan banyak juga kongsikan idea dan mengenai perniagaan internet. Teringat saya di awal saya mengikuti ceramah Dr. Irfan pada tahun 2005 di UTM Johor dulu di mana dari situlah saya mula berkenalan dengan Dr. Irfan.

Secara kesimpulan mengenai preview workshop tersebut, bukan hanya saya dapat belajar mengenai kejayaan Dr. Irfan, malah banyak lagi beberapa perkara yang saya dapat simpulkan untuk diri saya. Salah satunya, jika ada orang membenci kita, ada lagi ramai yang sukakan kita. Contoh terbaik, walaupun ada yang tidak sukakan Dr. Irfan, tapi penuh juga dewan tu! 😉

Saya ke mana-mana seminar atau kursus bukan saja belajar apa yang diajarkan, tapi saya juga cuba memerhatikan gaya dan prinsip orang yang berjaya tersebut. Ia adalah perkara-perkara tersirat yang boleh kita fikir dan buat kesimpulan untuk diri kita sendiri.

Selepas preview tu, saya terus pulang ke hotel dan tidak sempat untuk berjumpa dengan peserta lain termasuk dengan Dr. Irfan (dah berborak sebenarnya di preview peoplepreneur). Tapi terserempak pula dengan seorang sahabat online saya (pembeli ebook saya sebenarnya) iaitu Yusnizam (dikenali juga sebagai Master Yus).

Secara tak sedar, hampir 30 minit juga berbual dengan beliau. Yusnizam adalah penulis buku “Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya”, terbitan Truewealth. Kalau nak belajar cara jadi cikgu Tuisyen berjaya, bolehlah hubungi beliau atau sertai seminar yang beliau anjurkan.

*Saya sebenarnya agak low profile di mana-mana kursus atau seminar. 😀 Saya kalau jadi peserta, memang saya akan jadi peserta dan saya akan anggap “i’m nothing”. Maka baru mudah kita nak belajar dengan sesiapa pun. Pepatah bijak pandai mengatakan, “kalau nak belajar, jangan bawak gelas yang penuh!”.

Sepakar mana kita, janganlah cepat puas hati dan ego dengan ilmu dan kejayaan yang kita ada. Belajarlah dengan sesiapa saja selagi ilmu itu baik atau yang telah kita tahu. Lain orang, lain pemahamannya walaupun nampak sama. Sepatutnya semakin banyak ilmu yang kita ada, kita semakin beriman dan baik amal. Bukan semakin bongkak dan busuk hati.

Kalau saya, saya akan pergi ke mana-mana kursus pun hatta topik atau modul yang diajar dah saya tahu. Saya suka belajar dan mahu terus mempertajamkan apa yang telah saya tahu. Itu cara sayalah. Mungkin orang lain berbeza caranya.*

Oklah. Nanti saya sambung lagi coretan perkembangan terkini saya di next post.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Perkembangan Terkini Saya

  1. Saya suka cara Smartzul… makin tunduk makin berisi… Irfan Khairi pun macam tu juga. Semoga Smartzul berjaya dengan projek bukunya dengan PTS dan boleh publish as soon as possible.

  2. Ye betul tu Zul. Walaupun sesuatu kursus atau seminar yang mempunyai tajuk yg sama, tetapi penyampaian tentu berbeza dan berkemungkinan besar beberapa ilmu baru yang kita dapat yang tiada di seminar sebelumnya.Selamat maju jaya.

  3. Salam!

    Saya setuju dengan cara ‘jgn cepat berpuas hati mahupun ego@ terlalu bangga diri dengan ilmu dan kejayaan yang telah dimiliki’.

    Kita sebagai ciptaan Allah sebenarnya tidak memiliki apa-apa pun. Yang penting adalah tujuan penciptaan kita ini untuk diuji. Kiranya kita bahan ujikajilah. Tapi Allah yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Penyayang telah melengkapkan kita dengan semua persenjataan untuk kita melalui ujian didunia ini dengan sebaik mungkin.

    Kiranya semua yang kita miliki dari jasad, roh, ilmu, kejayaan, kakayaan pokoknya dari sebesar zarah ke sebesar-besarnya yang kita miliki adalah pinjaman sahaja dan sampai masanya ia akan kita pulangkan kepadaNya. Allah juga boleh mengambilnya bila-bila masa sahaja dan berbagai-bagai cara pula. Expirednya adalah bila Izrail datang memanggil. Terputuslah semua nikmat hidup dan kehidupan itu sendiri. Jadi selagi ada umur dan lengkap bersenjata kita dengan cara- masing-masing kena terus berjuang dalam hidup ini.

    Saya tumpang bangga dengan perkembangan Smartzul yang terkini. Insyaallah saya akan cuba dapatkan produk yang dalam pembikinan tu. Saya memang gemarkan buku. Saya juga rasa gemar gaya penulisan Smartzul. Insyaallah.

    Salam.

  4. Zul, panjang lebar kali ini tulis visit anda ke KL, next time kalau datang KL bole kita berjumpa.

    Tahniah kerana Zul sudah berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Bole tahu tak apa tajuk buku tu? Selamat berjaya!

    Ilmu ni, lagi kita humble, lagi berkat. Kadang-kadang orang yg bongkak ni, ilmu banyak manapun, kalau tak berkat, tak guna juga kan.. 🙂

  5. Saya bersetuju benar dengan coretan saudara zul kali ini , memang kita perlu ada sifat suka mengembara mencari ‘mutiara ilmu’ walaupun ianya mutiara yg sama , tetapi kualiti sesuatu mutiara itu mungkin berbeza di ‘lubuk-lubuk’ yang lain … Syabas zul kerana akan menerbitkan buku tulisan anda … teruskan usaha saudara yg mulia itu !

  6. Salam Zul,

    Tahniah saya ucapkan kerana sudah melangkah ke hadapan lagi dengan bakal buku bercetak nanti. Saya tak sabar nak beli satu sebab saya suka penulisan Zul. The best penulisan setakat ini. Give you 5 stars. hehe.

  7. Pertemuan sebentar dengan SmartZul betul-betul memberi impak yang besar kepada diri saya. Rasa seperti tak puas untuk berkongsi ilmu dengan beliau. Terima kasih Zul dengan ilmu yang dikongsikan secara tak langsung.

    1. Wah, akhirnya balas juga Yus di post ni walau dah lama. Terima kasih.

      Ya, pada malam tu, saya ingin terus balik sebenarnya. Sebab tu terus turun cepat-cepat. Tapi terserempak pula dengan Yus. 😀

      Kita dah jumpa dua kali kan termasuk bengkel puan Ainon?

  8. Ya 2 kali kita dah jumpa. Di tempat Pn Ainon, Zul yang tegur saya dulu masa nak naik tangga menuju dewan bengkel.

    Saya memang tunggu post Zul ini, maaf agak terlewat untuk jenguk :-).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *