Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com

Sekadar pengumuman kepada semua pembaca blog SmartUsaha.com dan juga kepada mereka yang terlibat.

Saya kini sedang berusaha untuk menyiapkan beberapa produk. InsyaAllah, saya harap semuanya siap sebelum hari raya nanti. Antara produk tersebut ialah:

1) Sistem DP Protector (Resell Rights. Buat masa ni dibuka kepada 50 orang sahaja dulu. Dua orang dah bayar. Jadi terbuka kepada 48 orang lagi.). :)

2) Teknik Mudah Affiliate (Special Report. Dibuka kepada 100 orang sahaja. Saya tak mahu teknik yang didedahkan cepat tepu atau persaingan tinggi).

3) Versi Terbaru Pakej Kit Blogger (Versi 2.6)

Saya cuba siapkan tiga produk di atas dahulu. Dan jika ada kesempatan, kemungkinan besar ada produk lain akan menyusul.

Dan yang pasti, ada dua produk yang saya mendapat hak jualan untuk menjualnya akan saya buka jualan dalam masa terdekat ini. Sekarang sedang merangka apakah tawaran yang terbaik kepada bakal pembeli.

Perkara Berbangkit

1) Bonus Panduan Clickbank

Ada beberapa orang lagi yang belum dapat bonus yang saya janjikan. Jika anda salah seorang daripadanya, sila hubungi saya.

2) Sistem DP Protector

Ada beberapa orang yang telah membuat bayaran untuk sistem ini. InsyaAllah, saya akan hubungi anda apabila produk ini telah siap. Maaf di atas kelewatan yang tak terjangka.

3) Resell Rights Untuk Pakej Kit Blogger

Saya akan buka semula peluang hak jualan untuk Pakej Kit Blogger. Yang pasti, tawaran ini adalah terhad kepada bilangan tertentu sahaja. Tawaran ini akan dibuka sebaik sahaja versi terbaru Kit Blogger siap.

4) Kurang Aktif Di Forum WangCyber.com

Buat masa ini, saya tidak akan aktif di forum buat sementara (dah hampir sebulan tak masuk forum). Sebarang permasalahan, sila hubungi saya melalui emel. Gunakan contact form di blog ini. Jadi, segala PM anda di forum tidak akan terjawab.

Apa lagi ya.. Rasanya itu sahaja kot. Kalau ada perkara berbangkit yang lain, sila hubungi saya.

Salam kejayaan dan selamat berpuasa.

ps. Nanti saya akan dedahkan satu teknik Affiliate yang mudah untuk dilakukan. Tak perlu LIST dan promosi besar, tapi conversion rate tinggi. Ramai dah tahu teknik tersebut, tapi artikel nanti saya akan sertakan dengan Case Study, trik dan contoh pendapatannya sekali. Nantikan artikel tersebut.

Facebook comments:

18 Responses to “Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com”

  1. apiz says:

    Memang dinantikan teknik mudah affiliate oleh smartzul ni, tambahan macam saya list tak banyak lagi.ok selamat berpuasa pada Zul dan semua

  2. ijamidayu says:

    :) memang lama betul bro xder kat WC.. Apa pun good luck.. banyak yg kwn belajar dari blog bro.. Thanks..

  3. debtrunner says:

    teknik affiliate? ni first time dengar produk zul ada kaitan dgn affiliate.

  4. RakanBlogger says:

    Produk Zul memang ditunggu oleh semua…

  5. produk zul yang sentiasa mendapat perhatian… study case yang ditunggu-tunguu… wait and see….

  6. SyedHafidz says:

    Kemana agaknya Zul menghilang dah sebulan tak jumpa dalam forum?
    :)
    Teknik mudah affiliate?
    sound great!
    Kalau dah siap saya nak..ni kira booking ni..
    :)
    leh?

  7. Dimana boleh saya membuat tempahan dari en smartzul? Produk tersebut sesuai untuk newbie seperti saya atau tidak? Tkasih,

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com

  8. Sarah says:

    Wahh..byknya produk Smartzul. Tahniah. Saya pertama kali datang ke sini dan nak tanya satu kemusyilan. .saya sedikit sangsi dengan website ni
    http://www.video-usahawan.com , adakah ianya sama dengan http://www.videousahawan.com ?

  9. Richie says:

    wah..ni kena prepare duit awal2 ni..nanti nak beli takde duit plak :)
    hehehe
    Yg affiliate tu mcm best je bro

  10. usri says:

    Banyak btul produk en zul nih…

  11. Sarah says:

    Takde pun orang nak jwb soklan saya..huhu.

  12. abdfatah says:

    100 orang aje untuk report affiliate… nampaknya kena alert laa lebih lagi special report punya pasal… sedang menunggu artikel tersebut….

  13. secret says:

    Tak sama Sarah oi. video-usahawan.com tu affiliates punya . Yang original videousahawan.com.

  14. Richie says:

    a ah sarah…kena update skit info2 nie..hehe…

  15. dlagu says:

    Byk jugak produk smartzul ni.

  16. Khairul Firdauz says:

    Alhamdulillahh… tak sabar nak tunggu produk terbaru dari sifu smartzul.. hehe…

  17. DP Protector ape yeek?Any way bila agaknya Resell Right untuk Pakej Kit Blogger akan dibuka semula?…..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)