Perkembangan Semasa : Saya & SmartUsaha.com | Isu ‘Panas’

Setelah saya melancarkan ebook Kuasa Forum dan boleh dikatakan sepenuhnya selesai, saya berehat selama dua hari (Sabtu & Ahad).

Saya mempunyai beberapa projek lagi yang perlu disiapkan mengikut urutan keutamaan. Kesemuanya adalah projek tertunda yang sepatutnya siap pada tahun lepas lagi. Antara projek tersebut:

1. Ebook Teknik Mudah Affiliate (TMA)

2. Video Panduan Pemasangan Blog dot Com

3. Projek CD (dirancang pada Februari 2009 lepas)

Semua bahan-bahan, malah draf, sudah pun ada. Cuma perlu tambah beberapa lagi dan “touch up” mana yang perlu. Ebook cover untuk TMA dan Video Blog tu pun dah lama siap.

Setelah siap produk-produk di atas nanti, saya mempunyai beberapa projek lagi yang perlu dilaksanakan. Azam saya adalah, saya mahu mempunyai banyak koleksi produk saya sendiri terutama produk informasi. Ya, self publishing.

Anda boleh lihat kesemua produk informasi berbayar saya di sini:

http://www.facebook.com/album.php?aid=75537&id=817509593

Perkembangan Lain:

1. Forum XXXX

Saya juga akan wujudkan satu forum. Forum apakah itu? Tunggu saja pengumuman daripada saya nanti. Saya pun belum buat keputusan sama ada mahu guna platform apa sama ada phpBB atau VBulletin. Anda ada pendapat? Mana satu yang anda rasa lebih bagus?

Kalau difikirkan setakat ni, disebabkan projek forum ni untuk jangka masa yang lama dan lebih kepada komersil, saya akan guna vBulletin.

2. Ebook / Buku Perniagaan Internet?

Anda mungkin perasan yang setakat ini saya belum keluarkan lagi panduan perniagaan internet bukan? Sebaliknya saya banyak keluarkan ebook yang berkaitan IT, komputer dan Internet seperti Sistem DPP, Sistem EZSurvey, Panduan WordPress dan juga Ebook Panduan FTP.

Sebenarnya saya ada modul perniagaan internet, tapi ia perlu dikemaskini sebab banyak perkara yang sudah berubah. Malah saya juga ada modul untuk seminar dan ceramah.

Insyaallah, saya pada satu masa nanti pasti akan terbitkan buku melalui penerbit buku tertentu. Ya lah, asyik ebook saja, nak juga buku kan? πŸ˜‰ Malah sebenarnya saya sudah ada senarai tajuk-tajuk buku yang saya mahu tulis.

Berbalik kepada modul perniagaan internet, kalau saya dah kemaskini, saya mungkin akan menjualnya dalam bentuk manual (cetakan). Saya banyak produk sebenarnya, cuma tak release sahaja.

3. Seminar? Bengkel?

Anda juga mungkin tertanya, mengapa saya belum adakan seminar atau bengkel sendiri. Sebenarnya saya mempunyai sebab tersendiri. Dan kini saya sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk bakal peserta seminar atau bengkel saya. Saya akan cuba wujudkan satu kelainan.

Seminar-seminar sedia ada memang membantu. Namun saya perhatikan adanya satu dua perkara yang kurang. Dan saya akan isi kekurangan tersebut. Semuanya sudah dirancang, cuma tunggu masa sahaja untuk melaksanakannya.

Untuk pengetahuan, sejak tahun 2005 hingga 2007, saya pernah memberikan ceramah, mengadakan bengkel dan juga seminar. Tapi kemudian saya ‘bersara’ buat seketika kerana ada “kekurangan” yang perlu saya perbaiki. Prinsip saya, saya mahu ‘puaskan’ hati peserta.

Mungkin prinsip ini “kurang bagus”, tapi saya puas hati kalau saya berjaya puaskan hati orang yang telah membayar saya. Saya tidak suka melakukan sesuatu yang sekadar melepas batuk di tangga sebab saya telah dibayar. Jadi saya saya harus berikan yang sewajarnya.

4. Offline?

Saya juga akan mula berniaga secara offline. Rezeki Allah itu luas. Jadi saya tidak mahu letak semua telur dalam satu bakul (hanya bisnes internet sahaja). Allah sendiri menyarankan kita ‘berjalan di segenap penjuru’ di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Banyak benda boleh dibuat sebenarnya.

Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepadaNyalah kamu kembali setelah dibangkitkan”. (Ayat 15: Surah Al-Mulk)

Saya tidak kisah income saya bukan keseluruhan datang dari internet. Yang penting bagi saya adalah dapat hidup dengan baik dan mati dengan baik. Tak perlu susah-susahkan diri atau persempitkan pandangan yang hanya satu bidang atau cara sahaja yang perlu dibuat. Kebanyakan usahawan internet pun, lambat laun bila dah buat duit di internet, akan bagi talk, buat bengkel dan seminar juga (offline). πŸ˜‰

Saya tidak kisah income saya bukan keseluruhan datang dari internet. Yang penting bagi saya adalah dapat hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dan yang paling utama, rezeki itu halal. Tidak kisahlah perlu keluarkan peluh atau tidak, penat atau tidak. Janji halal. Susah atau senang, ia adalah pilihan. Dan tidak salah memilih yang susah selagi ia halal. Yang susah kalau kita ikhlas, ia akan jadi mudah. Hidup ni kalau semua nak mudah, susahlah.

5. Pejabat

Saya sebenarnya telah menyewa satu ruang pejabat sejak beberapa bulan yang lepas. Ingin cuba memisahkan rumah (kehidupan personal) dan juga perniagaan. Sekarang, bila saya pulang ke rumah, saya berehat dan melakukan aktiviti pengisian minda, emosi dan dalaman. Bila saya masuk ke pejabat, saya fokus pada kerja. Fikiran saya lebih tenang sekarang.

Walau kadang-kadang saya perlu buat kerja di rumah, tapi tidak selalu. Kebanyakan peralatan dan material bisnes saya semua telah berada di pejabat. Di rumah saya “kosong”. Hanya bawa balik laptop dan Celcom Broadband sahaja sebagai persediaan kalau-kalau perlu online dan buat kerja yang perlu disiapkan. Pendek kata, saya tinggalkan kerja saya “di luar rumah”.

Malah yang lebih menyeronokkan apabila saya melakukan aktiviti offline, saya bertemu dengan lebih ramai orang terutama para usahawan. Saya juga dapat mengasah lagi kemahiran komunikasi saya dan belajar pelbagai pengetahuan dan pengalaman orang lain.

InsyaAllah, dengan cara begini, hidup saya lebih teratur dan “sempurna”. Kepada usahawan internet, anda mungkin perlu keluar juga. Jangan lupakan dunia offline. Takkan hidup mati depan komputer je kot. πŸ˜‰

Saya belum dapat dedahkan di mana lokasi pejabat saya. Kalau nak jumpa saya di pejabat, perlu buat appointment dulu. Tapi buat masa ni, saya belum bersedia sebab saya sedang setup lagi perancangan offline saya. Tapi dah ada yang tahu, malah dah jumpa saya di pejabat.

Anda jangan salah sangka. Saya bukanlah keluar pagi-pagi dan bersesak-sesak di jalan untuk ke pejabat. TIDAK. Saya akan pergi ke pejabat pada bila-bila masa. Saya ada pelbagai tujuan mengapa saya menggunakan ruang pejabat.

Dipendekkan cerita, kini kebanyakan urusan rasmi saya lebih diyakini oleh banyak pihak selepas saya menggunakan pejabat berbanding hanya beroperasi di rumah. Sampai tahu tahap, mungkin kita perlu “upgrade” cara kita beroperasi.

6. Emel, JV..

Mungkin di antara anda ada menghantar emel kepada saya terutama pertanyaan mengenai JV dan mahu belajar ebiz. Maafkan saya jika saya belum balas atau tidak balas. Bukan tidak mahu balas, cuma terkadang saya terlupa untuk melakukannya atau memerlukan balasan emel yang panjang. Jadi saya harap anda memahami.

Salah satu bentuk emel yang selalu saya terima adalah mahu belajar mengenai perniagaan internet. Bukan saya tak nak membantu, tapi kini saya sedang usahakan untuk membuat modul perniagaan internet yang membantu. Modul ini saya tak akan jual di internet. Ia hanya diberikan kepada pelanggan konsultasi saya sahaja apabila dilaksanakan kelak.

Jadi, kepada sesiapa yang nak belajar daripada saya, jika diizinkanNya (saya sentiasa berdoa agar saya sihat supaya dapat membantu orang lain), saya akan umumkan nanti setelah saya bersedia.

Berkaitan dengan JV pula, jika anda mahu JV dengan saya, peratusan untuk saya setuju adalah tinggi jika produk anda begini:

1. Dihasilkan sendiri oleh anda. Bukan produk luar negara.

2. Sasaran adalah pasaran Malaysia.

3. Berbahasa Malaysia.

4. Produk baru (new fresh product) atau re-launch product.

5. Tidak sama dengan produk sedia-ada saya. Takkan nak promosi produk orang lain yang sama dengan produk saya kot. πŸ˜‰

6. Sesuai dengan audiens saya (pembaca blog dan subscibers saya) serta dengan bidang pengetahuan saya iaitu Internet Marketing, bisnes, motivasi dan komputer/internet.

7. “Betul-betul berkualiti” dan bukan produk yang ala kadar.

8. Tell the truth. Sales letter tak terlalu over-hype. Zaman untuk hype dah tak ada dah. Rakyat Malaysia semakin matang.

Jika tidak menepati salah satu syarat di atas, saya biasanya akan menolak jemputan JV. Mungkin syarat ke-7 tu sedikit ketat. Saya juga perlu jaga nama saya. Kalau saya salah promosi produk, saya juga yang akan turut dipersalahkan.

Tapi ada juga kes di mana produk yang cukup syarat tapi saya tak dapat bekerjasama kerana kesibukan atau ada projek sendiri yang perlu saya fokuskan masa, usaha dan tenaga. Saya buat masa ini hanya mahu target pasaran Malaysia (online dan offline) sahaja dulu, maka sebab itu produk anda perlu berbahasa Malaysia.

Isu Panas: Support After Sales

Saya memang menyediakan support terutama untuk masalah-masalah tertentu seperti masalah download produk atau masalah yang berkaitan dengan pembelian. TAPI, ramai yang salah sangka..

Kebanyakan produk informasi saya TIDAK SAMA SEKALI disertakan dengan khidmat konsultansi, khidmat nasihat dan ia bukan kursus, coaching atau training. Ramai yang menganggap dengan membayar beberapa puluh ringgit, mereka rasa berhak untuk jadikan saya sebagai “hamba”.

Tidak semua pelanggan bersikap sebegitu, tapi ada sebilangan yang boleh dibilang dengan jari. Saya pernah menulis mengenai perkara ini di mana kalau kita beli sesebuah produk, kita HANYA beli produk itu. Sebaliknya BUKAN khidmat nasihat melainkan ada dijanjikan. Jadi kita tiada hak untuk mempergunakan orang lain dengan bayaran yang “sedikit” tersebut.

NAMUN, jika anda adalah salah seorang pelanggan saya, anda pasti tahu yang saya walau lambat balas pun, saya tetap balas emel anda. Kes ini lebih kerap untuk pelanggan ebook Kit Blogger saya. Malah terkadang, saya hubungi semua pelanggan melalui emel untuk memaklumkan sesuatu perkembangan terkini. Bagi ebook Kit Blogger, saya sering kemaskini ebook dan berikannya secara percuma tanpa meminta sebarang caj.

Sampai satu tahap, saya tolong selesaikan masalah mereka. Mereka tidak minta, tapi saya yang tawarkan diri. Saya suka membantu mereka yang menghormati saya dan datang dengan cara yang beradab. Tapi kalau saya didatangi dengan biadab dan menganggap saya seperti hamba, saya sama sekali tak akan membantu. Malah sampai satu tahap, saya akan berikan “ceramah percuma” kepada mereka.

Tapi masih ada lagi yang tidak puas hati dengan khidmat percuma saya tersebut. Dan saya minta maaf kerana saya tidak dapat puaskan hati semua orang walaupun saya sudah cuba yang terdaya. Saya juga ada masa untuk diri saya sendiri dan kalau mahu saya bantu, sila bayar saya dengan bayaran yang setimpal. Apa ingat masa saya tak ada nilai? πŸ˜€

Saya seringkali berlembut dan memberi peluang kepada ramai orang (pelanggan), tapi bila tiba masanya, saya akan bertegas kerana saya ada hak untuk mempertahankan hak-hak saya yang tidak dihormati padahal saya menghormati hak-hak mereka.

Bagi anda yang berniaga, ingat.. Jangan benarkan sesiapa mengambil atau mencuri masa anda tanpa memberikan sebarang faedah kepada anda. Begitu ramai manusia yang suka mempergunakan orang lain demi kepentingan dan kepuasan sendiri. Pertahankan hak anda baik-baik.

Satu lagi perkara penting, saya juga manusia biasa. Walaupun saya melakukan perniagaan internet, tidak bermaksud saya berada di depan komputer selama 24 jam. Kebanyakan produk yang saya jual, saya sertakan terma dan syarat. Antara perkara yang saya tekankan adalah:

1. Support saya hanya pada hari dan waktu bekerja: Isnin – Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang. Lepas waktu itu, izinkan saya berehat dan meluangkan waktu bersama keluarga saya. Harap tidak diganggu. Ia adalah hak dan privasi saya. Jika ada perkara urgent, SMS saya. No telefon, saya ada bagi. Semua pelanggan ada no. telefon saya.

2. Boleh emel pada bila-bila masa. Tapi saya akan balas pada waktu seperti yang saya nyatakan di atas. Namun jika urgent atau dalam keadaan tertentu, saya akan “overtime” (tak tengok waktu).

3. Support hanya melalui emel sahaja terutama mengenai perkara teknikal.

Pendek kata, kami juga bekerja seperti mana orang lain bekerja. Yang bezanya, kami gunakan internet. Kami bekerja ada waktunya, ada harinya. BUKAN 24 jam dan 7 hari seminggu.

Seperti mana pelanggan ada hak, maka usahawan / peniaga juga ada hak. Hormat menghormatilah satu sama lain. Janganlah memperhambakan atau mempergunakan para usahawan. Setakat bayaran puluhan ringgit, ia bukan satu nilai yang besar pun. Kita tak ada hak untuk berlebih-lebih meminta macam-macam benda dengan mereka terutama yang tidak kita bayar.

Hasil kerja mereka atau produk yang dijual itu sudah cukup untuk kita berterima kasih kepada mereka. Mereka adalah penyelesai masalah kita. Hormati mereka, bincang dengan baik dan berkomunikasilah dengan sopan. Jika kita hormati mereka, mereka juga akan menghormati kita.

Saya nyatakan ini semua bukan kepada mereka yang datang kepada saya dengan baik-baik. 97.5% para pelanggan saya semuanya baik-baik dan saya amat ‘sayangkan’ mereka. Cuma segelintir sahaja yang mudah cakap lepas dan tidak memahami diri orang lain. Jadi jangan pula ada yang terasa ya. Saya yakin yang sedang membaca ni adalah orang yang baik-baik. Orang yang tak baik dia tak ada masa nak baca tulisan panjang macam ni. πŸ˜€

Dan saya juga tak nak kata support saya bagus. Tapi setakat ini, ramai yang berpuas-hati walaupun masih ada ruang kekurangan yang perlu saya perbaiki. Saya berterima kasih kepada para pelanggan saya yang memahami dan memberi sokongan kepada saya.

Mungkin anda anggap saya sedang marah. Saya bukan marah. πŸ˜€ Cuma mewakili para usahawan (terutama usahawan internet) yang sering disalah-anggap (lainlah si penipu skim cepat kaya atau penjual ebook scam). Kami hanya menyatakan hak-hak kami yang banyak dilanggar oleh para pelanggan. Kami juga ada hak privasi kami sendiri. Tolong hormati.

Kesimpulan kepada perkara ini: Jualan produk saya tidak termasuk khidmat nasihat, konsultansi, coaching atau khidmat tolong buat. Harga bagi kebanyakan produk saya adalah harga untuk produk tersebut, bukan sekali dengan khidmat nasihat. Tapi saya ada sediakan khidmat selepas jualan untuk perkara tertentu dan tidak berlepas tangan. Saya juga sedar hak-hak para pelanggan yang perlu saya penuhi.

Sekian setakat ini, harap maklum.

Tip Perniagaan Internet: Usahalah dengan Kudrat Sendiri

Nasihat saya kepada sesiapa yang baru ingin bermula atau ingin mengetahui sesuatu ilmu, usahalah sendiri. Jangan berharap atau bergantung harap kepada orang lain.

Saya sendiri pun kebanyakan perkara saya cari dan usaha sendiri. Ya lah, kalau nak harap orang lain, mereka tak akan bagitahu mudah-mudah melainkan kawan rapat atau satu group. Jadi saya tekad untuk usaha sendiri sama ada beli buku, ebook, research, bertanya, pinjam buku dan sebagainya.

Tidak kisahlah usaha anda itu perlu bayar atau tidak, tapi jangan bergantung harap pada orang lain. Saya masih ingat semasa di kampus dulu, saya belajar sendiri HTML. Tanya kawan, kawan tak nak ajar. Lantas saya beli buku. Tak cukup dengan itu, saya pinjam buku di perpustakaan. Akhirnya saya faham apa itu HTML.

Di zaman sekarang, kita perlu bergerak pantas. Siapa yang lambat dia akan ketinggalan atau kalah. Jangan duduk diam dan jangan tunggu peluang. Sebaliknya kita yang perlu wujudkan peluang sendiri. Fikiran pula perlu sentiasa ligat dan azam juga perlu kuat. Kita tidak boleh rasa lemah. Walau susah sekali mana pun, kita perlu hadapi, lalui dan melakukannya.

Kalau kita tidak berjaya, jangan sesekali salahkan orang lain kerana kita mampu untuk memperbetulkan keadaan. Kita ada pilihan sebenarnya: Hanya mahu dan tak mahu sahaja. Antara minda (pemikiran) yang positif atau negatif sahaja. Elakkanlah diri daripada membuang masa dan penuhilah ia dengan sesuatu yang produktif sama ada untuk spiritual, emosi, fizikal, sosial atau material.

Inilah yang dikatakan sebagai survival kehidupan. Sebahagian besar adalah “ditentukan oleh tangan kita sendiri” (usaha). Bukan orang lain.

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Perkembangan Semasa : Saya & SmartUsaha.com | Isu ‘Panas’

  1. wah..panjang saudara Zul post hari ini. πŸ™‚
    Saya merupakan salah seorang pembeli Kit Blogger dan sememangnya saya memang brpuas hati dengan support yang diberikan.

    Betul kata saudara, jika kita hendak mendapat sesuatu kita mestilah memintanya secara beradap.Layanlah orang tersebut seperti mana yang kita ingin dilayan. Setiap orang ada masa dan komitmennya,fahamilah keadaannya dan jangan sekadar melihat daripada perspektif kita. saya setuju dengan saudara mengnai kehidpan privasi seorang IM. πŸ™‚

    salam kejayan.

    1. Terima kasih. Support saya masih ada ruang kekurangan yg perlu diperbaiki. Tapi dalam masa yg sama, kerjasama para pelanggan juga diperlukan. InsyaAllah, segala komunikasi akan lancar.

      Saya setiap masa bersiap sedia untuk membantu para pelanggan, tp jika pelanggan tidak berikan kerjasama atau tidak ikut flow sepatutnya, maka proses akan menjadi sukar..

  2. emo sikit saudara zul kita pada post kali ni. hehehe. gurau je. saya faham perasaan saudara zul. product is product. service is service. kita akan memberikan bantuan sokongan sekiranya terdapat kelemahan pada produk kita. itu yang sepatutnya customer kene faham.

  3. Salam Zul,

    Pheww, selesai baca dah(siap bertongkat dahu lagi) πŸ˜€

    Betul tu Zul, saya setuju bab support after sales. Ada yang beranggapan, bila dah beli, mereka ada hak untuk minta itu ini.

    Memang ada masa, kita tolong, tapi bila dah tolong sekali, makin banyak pula mintanya πŸ™‚

    Tahniah juga sebab Zul dah ada pejabat sendiri. Saya belum lagi, tapi minda saya sudah digambarkan suasana pejabat saya. InsyaAllah, beberapa bulan lagi. Doakan ya Zul? πŸ˜€

      1. Hahaha..silap, typing error. Bertongkat dagu πŸ˜€

        Thanks…Zul, cepat2lah buat terbit buku. Buku kedua saya dalam 1-2 bulan akan keluar lagi(Flash) πŸ˜€

        Bila la pulak nak terbit buku pasal Ebiz ni, tapi rasanya takde bakat..hohoho

        1. Mazlie boleh sebenarnya tulis buku pasal ebiz. Nak idea tak? Nak bagi, takut tak profitable. Kalau nak, contact saya. πŸ˜‰

  4. Wow…. berpinau biji mata aku membaca. Anyway, good post though. 90% produk zul aku dah miliki. Setakat ni semua superb…!!! Aku ada hantar 4-5 email kot untuk tanya beberapa soalan. Semua dijawab dengan pantas, baik dan lengkap.

    Cuma aku jer yang kadang2 terlambat jawab email pelanggan… oohh… lagi teruk, pelanggan aku tu dah bayar nak dekat 2 bulan. Aku terlepas pandang email dia. Aduhhh… hanya Tuhan jer yang tahu betapa menggelabahnya aku masa tu. Nasib baik pelanggan aku sorang ni jenis cool. Aku terus hantar download link dan offer dia 4-5 produk MRR/PLR secara percuma… fuuhhhh…. harap2 lepas ni tak jadi lagi perkara camni.

    1. Kalau ter-miss emel tu, ia normal. Saya pun pernah juga.

      Apa yg dapat kita buat adalah, akui kesalahan. Biasanya mereka akan faham dan boleh terima. Satu tip saya, bagitahu kat mereka bhw jarang sekali kita termiss emel. Satu dua kes sahaja.

      Nak lg bg cool, bg lah hadiah sikit atau bg balik separuh bayaran yg dia dah buat. πŸ˜‰

  5. Salam,

    pada pendapat saya, support pada pembeli memang la perlu, tapi pembeli juga harus faham. kita sebagai pembeli meminta support daripada manusia, Insan biasa bukan robot yang bekerja 24jam. Jadi kita harus faham dan mengerti mereka juga memerlukan rehat, masa bersama keluarga n dan aktiviti harian.

    Wahh..bro zul dah ada pejabat. Tahniah!!!!! Bro Mazli pun mesti boleh la nanti…InsyaAllah…

    1. Apa yg saya nak sampaikan melalui tulisan saya di atas adalah, bukan bermaksud semua pelanggan salah. Tapi pelanggan dan penjual harus sama-sama berikan kerjasama. Kalau salah satu pihak buat hal, mmg jadi hal lah. πŸ˜€

  6. Assalamua’laikum W.B.T Zul,

    Pertama sekali tahniah untuk segala perkembangan yang Zul dah capai. Banyak juga tu dan tahniah juga untuk offline biz yang dah dibina. πŸ˜€

    Sekarang ni kita kena buat juga offline biz selain daripada online. Networking yang dibina tu yang paling penting.

    Tentang perihal support, saya amat sokong sekali apa yang Zul nyatakan. Kadang kala pelanggan punya expectation terlalu tinggi kerana dalam tanggapan mereka, bila dah bayar, kita kena support 101%!

    Ada kes – kes lain juga, beli produk lain, supportnya sampai ke tahap lain. Mujur saya ni jenis tidak berkira, jadi yang mana saya dapat bantu, saya bantu.

    Apa – apa pun, congratulation sekali lagi… InsyaAllah, nanti ada masa bila Zul dah inform address office, boleh la datang melawat. πŸ™‚

    1. Wa’alaikumussalam.

      Saya juga bukan jenis orang berkira. Tapi saya pilih orang. Hehe.. Kalau orang tu jenis ikhlas dan betul2 serius, saya akan bantu. Tapi kalau jenis akan memberi susah pada saya (seperti tak nak usaha sendiri), saya tak akan bantu melainkan skop bidang support yg sepatutnya. Mereka ini kalau di’layan’, macam2 akan jadi nanti. Last2 kita juga akan susah.

      Thanks Amirol.

  7. Salam saudara Zul,

    Mula2 nak ucapkan tahniah kerana dah memiliki ofis sendiri. Sebenarnya selama ni saya ingatkan saudara Zul memang beroperasi dari sebuah ofis, maaf tersalah sangka ye… Jika dinilai dari segi penulisan dan produk2, ikhlas saya katakan saudara Zul ada kelas yang tersendiri.. Produk yang paling saya suka sebenarnya ialah motivasi, nasihat dan panduan yang ditulis ikhlas untuk para pembaca setia blog SmartUsaha…

    Pasal karenah pelanggan ni, memang betul kadang2 kita akan berjumpa dengan orang yang mudah naik ‘tocang’, iaitu orang meminta secara berlebihan. Kalau yang dah beli produk kita ok lagi la, tapi ada yang tak beli apa-apa pun, tapi minta nasihat atau komen mengalahkan orang pelanggan kita. Dalam bisnes cendawan saya, memang ramai jumpa orang macam ni.. Mereka berminat nak tahu lebih mendalam pasal cendawan dan mula bertanya itu ini. Mula2 kita boleh layan gak, tapi sampai satu tahap, saya terpaksa rekomenkan utk beli panduan atau hadiri kursus. Tapi masalahnya, ada yang mula menuduh kita tidak mahu tolong mereka, hanya pentingkan bisnes.. Mereka ni tak paham selagi belum berada di tempat kita. Pening jugak melayan karenah pelanggan cam ni.. Bg saya, inilah asam garam dlm bisnes. Nak tak nak, kena tempuhi juga.

    1. Oh, tidak. Saya selama ni hanya beroperasi dari rumah dan di mana sahaja selagi ada internet. πŸ˜€

      Pasal pelanggan yg naik ‘tocang’ tu, hmm, kadang2 pening kepala juga. Mereka tak mengerti soal nilai sebenarnya. Kalau mereka mengerti dan jelas, mereka pasti tak berlebih-lebihan. Betapa susahnya kita yg bergadai siang malam, memerah kudrat mencari pengalaman dan pengetahuan. Sampai satu tahap, mungkin kita pernah hampir tergadai nyawa dalam usaha yg dilakukan. Inilah yg saya maksudkan dgn nilai pada seseorang. Hanya yg bersih hatinya saja yg akan nampak nilai tersebut pada orang lain.

      Setakat seratus dua untuk yuran kursus, apalah ada pada jumlah tersebut nak dibandingkan dengan ‘nilai’ seseorang.

  8. Salam Zul,
    Post kali ni memang banyak bagi iktibar yang boleh diambil. Untuk pelanggan ada, untuk IM pun ada. Zul memang banyak pengalaman. Tak sabar nak tunggu projek Zul (seminar / konsultansi). Saya amat mengkagumi produk Zul yang lebih kepada HOW TO. Step by step, bargambar dan dalam bahasa melayu. Itulah yang saya cuba terapkan dalam website saya. TQ SIFU!!!

    Ketabahan ZUL insprasi kami.

  9. salam zul
    post kali ni banyak teladan dan nasihat berguna.
    antara IM kat malaysia ni, kalau kawan2 saya tanya siapa yg saya paling respek, tentu saya jawab Zul, sebabnya, sifat wasatiyyah, rndah dr, dan yang penting jujur dalam kerja.
    sifat ini yang paling penting, kalau kita ikhlas dan jujur semua org akan suka.
    zul punya support after sale memang bags, saya puji, sepatutnya, IM lain yang baru mahupun lama, mantapkan bab ini. kita sendiri pun rasa senang aje ati bila org jawab soalan kita.
    saya pun baru nak bermula dengan dunia ini, dunia offline pun saya join. apa pun, bidang mana pun. jgn lupa rezeki itu dari Allah. kita mintak padanya, insyallah, kita akan dapat.
    selamat berusaha semua. he

  10. Memang panjang benar tulisan kali ni. Tapi, kepada rakan-rakan yang selalu datang ke blog ni mesti biasa dengan tulisan-tulisan sebegini. Saya nak setia dengan blog ni, jadi kenalah juga biasa-biasakan dengan tulisan-tulisan sebegini. Ada aura, ada jiwa. πŸ™‚

    Wah… tak tertunggu-tunggu rasanya kelahiran forum xxxx tu nanti. Apalah agaknya ia berkisarkan ya…

    Saya suka baca buku. Harap nanti, dapatlah pula buku Zul dijadikan antara buku-buku koleksi saya.

    Zul akan adakan seminar? Ni pasti menarik ni. Dah agak ramai dah usahawan-usahawan internet tempatan yang dah adakan seminar. Menarik ni… Kalau sesuai dengan keperluan dan fokus saya, saya pasti akan sertai seminar tu nanti.

    Berniaga online ke, berniaga offline ke, asalkan pokoknya halal dan baik serta sebolehnya dapat menyebarkan kebaikan kepada semua. Berniaga offline pun bagus juga, lagi-lagi kalau ikut sunnah-sunnah Nabi (menternak kambing contohnya? Panduan dah ada dah di internet ni. Dan saya sudah pun bacanya. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak bermula).

    Wah… tahniah Zul. Melangkah satu tahap lagi nampaknya Zul sekarang. Dah pun ada pejabat sendiri.

    Setakat ini, saya puas hati dengan support Zul. Malah, sekarang pun tengah tunggu balasan emel kepada satu pertanyaan saya. Tapi, saya yakin, Zul akan membalasnya dengan baik nanti.

    Betul kata Zul. Nak jadi usahawan ni, kenalah banyak tempuhi pelbagai apa-apa. Dah nama usahawan, bukan usahawan-wan… Hahaha… Melawak saja.

    Apa pun, bangga rasanya di sudut hati ini, mengenali rakan seperti Zul. Semoga Zul sekeluarga senantiasa mendapat berkat dan rahmat Nya. InsyaAllah, aminnn… πŸ™‚

    Teruskan segala usaha ya, Zul! πŸ™‚

    – Usahawan, Zainun Mat Deris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *