Apakah perkara yang lebih penting daripada pendapatan puluhan ribu ringgit?

Katakan hari ini kita mendapat RM10,000 setelah berhempas pulas siang dan malam selama sebulan. Ia merupakan satu hasil yang amat besar di mana jika orang lain bekerja makan gaji bagi jawatan pertengahan (bergaji RM2000), mereka perlu mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk mendapat jumlah sebanyak itu.

Namun sahabat saya sekalian, selama ini kita mungkin terlalu dihidangkan dengan gambaran-gambaran yang menarik mengenai jumlah hasil perniagaan Internet mana-mana individu. Tetapi amat jarang kita didedahkan atau mendapat saranan bagaimana mengurus hasil itu.

Pendapatan puluhan ribu itu bukanlah satu jaminan untuk kita kerana ia boleh habis dalam sehari dua sahaja, sama ada digunakan untuk peribadi ataupun untuk kos-kos bisnes.

Sebaliknya, perkara yang paling penting untuk kita lakukan apabila mendapat hasil sebegitu atau apa jua jumlah adalah, MENYIMPAN sebahagian daripadanya.

Simpanan itu boleh dilakukan sama ada ke dalam akaun simpanan peribadi ataupun akaun perniagaan. Jika mahu, boleh tukarkan wang tunai itu kepada bentuk yang lebih menguntungkan seperti emas kerana nilai emas lebih stabil berbanding wang kertas.

Apabila kita mempunyai simpanan yang tidak disentuh, kita mempunyai ‘satu jaminan’ yang boleh menyenangkan diri kita terutama pada saat kejatuhan, kegagalan dan kecemasan, sama ada pada aspek peribadi ataupun perniagaan.

“Berapakah simpanan kita setakat hari ini?”

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *