Perkara MESTI Tapi Sukar Dilakukan…

Seperti biasa, hari jumaat saya lebih suka menulis mengenai motivasi atau perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘dalaman’.

Saya ada satu ‘teka-teki’ pada hari ini. Anda perlu cuba teka dahulu sebelum terus membaca tulisan pada hari ini.

“apakah perkara yang mesti kita lakukan, tetapi amat sukar untuk melakukannya, terutama di saat awal?”

Apa yer agak-agaknya?

Mungkin anda ada pelbagai jawapan sebab soalan saya sedikit umum. Namun ini jawapannya:

Perkara Mesti: Amalan, tabiat, sikap dan perbuatan yang baik.

Sukar: Untuk melakukannya secara istiqimah atau mengekalkannya.

Saya sekarang terus menerus cuba memperbaiki sedikit demi sedikit apa yang perlu diubah. Apa yang negatif, saya cuba membuangnya dan menggantikan dengan yang lebih baik. Saya manusia biasa, ia normal.

Sesungguhnya perkara ini amat sukar untuk dilakukan, tetapi “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.

Jika anda mahu tahu, saya di sekolah dahulu (rendah dan menengah) tidak ramai kawan lelaki apatah lagi kawan perempuan. Lagi teruk saya pernah ‘dipermainkan’ (dibuli?) oleh kaum hawa. Hehe.. Ya, saya dulu pendiam, pemalu, sehingga saya dituduh seorang yang bisu walau boleh bercakap. πŸ˜‰

Di rumah pula saya tidak kerap keluar sehingga saya dianggap ‘anak dara’ yang jaga rumah (menyapu, memasak). Ya lah, cucu kesayangan nenek dan datuk. Tapi saya bersyukur, dengan didikan mereka, saya pandai memasak (didikan nenek) dan saya pandai mengaji Al-Qur’an dan melekat di surau (asuhan datuk). Jika tidak mereka, mungkin saya hanyut dek pengaruh negatif di luar.

Namun di balik kelebihan yang saya dapat itu, seperti yang saya katakan, dulu saya pemalu sebab saya tidak bergaul sehingga saya hendak berkomunikasi pun tidak pandai sangat, sebab tu tak ramai kawan. Selain pendiam, saya amat pasif dan tidak selincah seperti anak muda yang lain, termasuklah nak bergaya pun tak pandai…

[psst, jadi pendiam ni banyak lebihnya juga. Saya walau dulu pendiam, ramai yang anggap saya ni ulat buku, bijak dan pandai. Maka tersebarlah cerita mengenai saya di bibir-bibir si gadis. Hohoho… Ini cerita dulu, kongsi jer] πŸ˜‰

Tapi kini, semenjak saya memberanikan diri di dalam keusahawanan, saya sudah mula berani ke depan, tiada masalah bercakap di khalayak ramai, bahkan saya mahu dan terus mahu begitu.

Bahkan yang paling hebat bagi saya, bila saya bercakap di hadapan orang ramai, saya tidak ada rasa apa-apa kegugupan dan ketakutan. Mungkin disebabkan kemahuan saya yang amat tinggi untuk berubah. Alhamdulillah.

Jika anda menjadi usahawan sepenuh masa, anda mesti berani dan tidak boleh ada perasaan malu tak bertempat. Jika tidak, habislah perniagaan anda.

Kini juga saya terus ‘ketagih’ untuk menambah sahabat-sahabat baru dan mahu aktif di dalam kegiatan masyarakat. Sekarang sebenarnya saya sudah mula aktif dengan satu persatuan dan ia berkaitan dengan satu minat saya. Biarlah saya merahsiakan dahulu apakah persatuan itu…

Mungkin anda menganggap saya hebat. Tapi hakikatnya saya juga manusia biasa yang terus menerus berusaha untuk memperbaiki diri. Walaupun terkadang saya menasihati orang lain, namun terkadang saya juga teruji untuk melakukan nasihat baik tersebut. Terkadang lurus, tetapi terkadang saya terbelok juga ke jalan yang bengkok…

Namun, yang penting kita mesti ada usaha. Jangan sesekali menghukum diri anda tatkala melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan. Yang penting ada usaha dan jika boleh, simpan baik-baik kelemahan-kelemahan (kekurangan) yang ada pada anda. Manusia lain yang dengki, apabila melihat kita melakukan sedikit kesilapan (dosa?), maka mulalah mereka ingin membicarakan kepada orang lain.

Namun kita tiada kuasa untuk menghalang mereka. Seperti yang saya katakan, usaha, usaha dan usaha untuk terus memperbaiki diri. Kita TIDAK maksum. TIDAK sama sekali terlepas dari dosa dan kesilapan. Ujian dan teruji adalah lumrah untuk kita sebagai hambaNya.

[petua: Jika anda mahu aib (keburukan) anda tidak tersebar luas, maka jagalah baik-baik aib orang lain. Jangan mengumpat dan memfitnah. Ini petua yang mesti anda amalkan]

Jika anda bertanya, “mengapa Allah menguji kita?“. Jawapannya ada di dalam Al-Qur’an yang mana Allah berfirman maksudnya,

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta“. (Surah Al-Ankabut ayat 2)

Ujian dikenakan kepada kita untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah dan sejauh mana kebenaran kata-kata kita. Dengan keimanan yang terbukti, maka itulah yang membezakan kita dengan mereka yang musyrik dan munafik.

Akhir kata untuk topik kali ini ialah, sama-samalah kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini untuk bermujahadah bagi membersihkan hati dan memperbaiki amal, tabiat serta perbuatan kita.

Walaupun ia sukar, namun ia mesti dilakukan…

Semoga kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Selamat berpuasa.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Perkara MESTI Tapi Sukar Dilakukan…

  1. Betul tu zul…kalau hendak berubah, ia perlukan semangat dan kekentalan yang tinggi. bukan calang2 orang boleh kekalkan istiqamah hatta mereka tlh menampakkan sedikit perubahan. Bila hendak berubah, ia semacam satu perjuangan yg memerlukan ketabahan. Dalam Qur’an ALLAH menyebut :

    Berjuanglah kamu, samaada senang mahupun susah” (At-Taubah :41)

  2. Assalammualikum Zul,

    Ni 1st time bagi komen , tapi dah lama melawat blog anda.
    Betul tu Zul, Perkara yang paling susah untuk di buat adalah perkara yang mesti diibuat pada saat-saat awal. Cthnya sembahyang, study dan sebagainya.Tapi perkara-perkara ni yang menentukan kejayaan seseorang.Betul tak?

  3. Cite kite cam same tapi bidangnya berbeza. Dulu saya pemalu gak , tapi la tak lagi. Keje saya la ni bercakap , tak cakap kerja tak jalan. Cuma sejak bulan pose ni saya kurang bercakap sebab guna lcd projrktor dan laptop. Ilmu mesti disampaikan walaupun dengan mulut yang tertutup. πŸ˜†

  4. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh abu darda’ r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang mafhumnya bahawa amat celakalah bagi orang yang tak memelihara lidah daripada mengeluarkan perkataan yang nista.

    Sebenarnya kurang bercakap tu lebih baik daripada banyak berkata-kata. Bercakap hanya kepada perkara yang perlu sahaja.

    Memang susah nak mendidik jiwa untuk beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Akan tetapi, ulama’ memberikan beberape garis panduan untuk menjadikan diri kita seorang yang beristiqamah. Antaranya:

    1- Ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah s.w.t
    2- Sentiasa mengingati mati
    3- Tabah dan sabar dengan ujian daripada Allah s.w.t

    Sedikit sebanyak kita akan dapat meng”istiqamahkan” diri kita.

    Selamat BERISTIQAMAH!!

  5. Saya pun ada masalah yg lebih kurang serupa dgn Zul ni dulu. nasib baik sekarang dah beransur-ansur hilang.
    memang habit/tabiat tu adalah bende yg susah nak diubah. sebab tu la kut Stephen Covey boley bikin duit dgn buku ‘Seven Habit’.

  6. yup … akak setuju ngan zul … setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2 … tapi pokok pangkalnya tetap diri sendiri … pilihan serta jalan hidup walaupun bukan kita yg tentukan tetapi kita mempunyai pilihan sama ada hendak melakukannya ataupun tidak … sebagai contoh mengapa memilih utk join geng Mat Rempit sedangkan kita boleh join geng Mat Surau … sekali lagi … pilihan selalunya berada di tangan kita sendiri …

    1. pilihannya tetap menjadi tanda tanya… aakah mahu merempit selamanya? mahu jadi pendiam selamanya? taknak berubah…?

      tak boleh tak berubah… orang lain dh maju ke depan. pilihannya yang tidak ada piilihan adalah tidak membuat pilihan apa-apa.

      sekiranya memilih untuk berubah, maka berubah ke arah kebaikan. tidak perlu menjadi seperti lagu “relaku rempit…”

  7. Sokong kak Leeza. Pilihan ditangan kita. Tapi bila bercakap pasal pilihan, ramai yang mengatakan ‘Saya tak banyak pilihan. Sebab tu saya jadi macam ni’. Pilihan itu perlu dicari dan bukannya nak datang bergolek di depan mata.

    p/s: Berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam setiap perkara πŸ™‚ Amin~

  8. saya setuju dgn leeza,
    kenapa nak pilih join mat rempit buat habis duit isi minyak moto..hehe…
    bahkan kita boleh ambil duit tu buat ebiz…hehe…
    nanti boleh jadi mcm IM yang berjaya…

    han

  9. akakaaa…. hang nih bisu ke? takleh nak becakap…? tanya sepatah jawab sepatah…? biasalah kalo dah jadi pemalu tahap gaban. namun semuanya boleh berubah ikut zaman dan peredaran masa. namun jangan hanyut dalam arus pembangunan yang pesat dah ler… kita kena seimbang…

    berubah ke arah kemajuan memang penting. seandainya zul berterusan dengan sikapnya itu terdahulu… di manakah zul sekarang ???

    dan tengoklah di mana zul sekarang?

    sekian terima kasih… :mrgreen:

    1. zul dah hampir dgn kerjayaan dia sekarang ni…
      kalau dia masih macam dulu, emm tak tahu lah apa akan jadi…
      tapi setahu saya, zul ni cucu yang baik…hehe…
      yang semestinya nya zul cucu yang beriman…

      han

  10. Cantik!!Nasihat jenis inilah yang saya sedang cari-cari.Baik jadi seorang pendiam yang menyenangkan daripada menjadi buah mulut orang kerana perkara yang buruk.

    1. boleh ke nak jadi pendiam anwar?
      kalau dikutuk, boleh kita buat tak tahu…
      kalau tak boleh diam, jawab je “TERIMA KASIH” kat pengutuk tu…hehe…
      mesti hati dia panas mendengarnya…
      haha…

      han

  11. selalunya kalo nak kekalkan motivasi memang liat sikit. hihiii… biasalah nama lagi motivasi, terkadang down dan terkadang bersemangat.

    kalo tabiat yang baik dan tak baik bersilih ganti kalo nak ubah kpd watak yang baik memang boleh punya asalkan ada cita2 untuk mengekalkan kebaikan diri yang ada itu untuk bergerak ke arah sikap yang positif sentiasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *