Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perjalanan Penuh Berliku

Sebagai seorang usahawan, kita sedia maklum bahawa sifat yang mesti ada adalah sabar, kental, tidak cepat berputus-asa dan apa sajalah. :) Di atas kertas, di dalam buku, ia mudah diperkatakan, baca sambil santai lagi. Namun, insan yang menjadi usahawan itu sendiri akan merasa pahit mani, suka duka dan segala-galanya di dalam perjalanan untuk mencapai satu matlamat, iaitu KEJAYAAN.

Sebagai contoh, blog ini yang anda lawati selama ini setiap hari, tidak mudah juga untuk dijaga, beberapa bulan lepas, sering di-godam oleh cracker yang tidak takut dosa. Minggu lepas, laman web perniagaan ebook saya (kit blogger) ‘down’ akibat masalah teknikal server yang tidak dapat dielakkan. Boleh dikatakan dua hari laman web itu tidak dapat diakses. Umpama sebuah kedai yang barang di dalamnya ingin dibeli, namun KEDAI TERTUTUP!

Tidak cukup dengan lelah itu, semalam (29/11/06), hosting saya di-suspend kerana cpu overloading di server. Memang salah saya kerana menggunakan satu skrip PHP topsite yang menggunakan banyak ‘processing’. Jadikan ia satu pengajaran. Tapi masalah itu telah selesai. Akibat suspend itu, blog saya ini pula ada masalah dari segi subdomain. Perlu re-create balik. Namun, saya amat berterima kasih kepada pihak company hosting kerana servis-nya amat bagus dan cepat. Thanks a lot..

Itulah sedikit perkongsian kepada anda semua terutama newbie. Nak kata susah pun tidak, nak kata senang pun tidak. Cuma satu, jika anda hadapi kesusahan, usah gentar dan cepat berputus-asa. Juga, jika anda menghadapi kesenangan, itu bukan tiket untuk duduk relaks, sebaliknya perlu pertingkatkan lagi usaha dan kualiti. Bagi saya, tiada istilah santai atau relaks selagi matlamat utama belum tercapai. Cuma, jika anda stress dan sebagainya, berehatlah atau bercuti sekejap untuk menenangkan fikiran. Bukan lari atau melepaskan diri dari masalah…

Di sini saya ada dua pengumuman:

1. Kepada pembeli ebook saya bernama Ahmad Rizuan Ismail, sila berikan emel anda yang betul. Emel yang saya hantar (link download) tidak berjaya dihantar ke emel encik yang diberikan melalui order form. Sila gunakan contact form di blog ini untuk menghubungi saya.

2. Special offer untuk subscriber newsletter smartusaha telah tamat. Harga pakej ebook kit blogger kini adalah RM45.00.

Sekian.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • strategi pemasaran insyurans


15 Responses to “Perjalanan Penuh Berliku”

  1. ijoi7007 says:

    “Bukan senang nak jadi senang”

    kata-kata utk semua usahawan internet ;-)

  2. NayanMohd says:

    Sesungguhnya…pengalaman lepas mengajar seseorang berhati-hati dan berusaha lebih keras untuk mencapai kejayaan yang diidamkan…

  3. Galadriel says:

    Ye, memang bukan senang nak jadi senang.
    Tengok-tengok calendar, dah setahun saya buat internet marketing full-time.

    Perjalanan bukan mudah for me: sendiri-sendiri bina website, lepas tu bina blog dgn wordpress, then bina lagi website & blog lain, belajar HTML sendiri – melalui internet dan buku-buku, tak termasuk masa yang dihabiskan dengan membaca e-book, menonton video, membaca manual dan belajar guna software, dan sudah pasti pergi ke macam-macam seminar untuk mengukuhkan lagi pengetahuan … ye, kena sacrifice MASA dan WANG.

    alhamdulillah, slow-slow pun dapat juga buat duit – affiliate, adsense …
    insyaAllah, tahun 2007 ni saya akan perkembangkan lagi jumlah website dan blog…

    Yang penting – dedikasi, minat, usaha dan tawakkal.

  4. smartzul says:

    Betul tu kak Galadriel. Saya juga begitu. Nak capai kejayaan bukan dalam sehari dua jer, banyak benda kena lalu.. :) Begitu mencabar sekali kerjaya usahawan ni. Sorry to say, hanya mereka yang kental jer akan bertahan lama. Dan yang pasti, tak ada ubat tahan lama untuk kekal lama dalam kerjaya biz ni… hehe, sorry buat analogi begitu… huhu.. :D

    • abdfatah says:

      namun penawarnya tetap ada sekiranya mereka terus berusaha tanpa jemu. ubat panadol memang takder untuk mengubatkan penat lelah kerjaya sebagai usahawan… yang ada hanya jiwa yang kental dan tidak mengenal putus asa untuk berjaya…

      selamat maju jaya…

  5. unknown says:

    Banyak yang perlu kita belajar sebenarnya. :)

  6. Galadriel says:

    huhuhuhuhu…. biasalah.

    dan ramai gak yang GIVE UP selepas hanya 2-3 bulan dalam internet biz. Dan mostly website atau blog sendiri pun tak ada lagi…

    macam kami yang buat full-time ni, tak boleh nak give up. Terlalu banyak masa, wang dan usaha dah diluangkan untuk perniagaan kami. Macam mana ciput pun hasil, wpun sales tak seperti dijangkakan, tetap kena teruskan…

    tetapi bukanlah selamanya awan mendung pun, ada masa, ada waktu… mentari tetap menyinar dan ada peti emas disebalik pelangi tu … ;)
    (huhu….aku lak beranalogi …)

  7. janz says:

    sy setuju . bkn senang nk sng. kena tabah hadapi cabaran

  8. sham says:

    Bukan senang nak senang…bukan susah nak susah…

    Nak senang = usaha berterusan+tawakal+ilmu+minda positif+tak mudah putus asa

    Nak senang bukan datang dengan sendiri..walaupun nampak senang tapi ia tidak sesenang yang disangka senang…

    Jangan ingat orang yang senang tu senang nak dapat..mereka telah berusaha 200% untuk mencapai kesenangan..

  9. NayanMohd says:

    Kejayaan bermula dari LANGKAH PERTAMA yang BETUL. Jadi kita hendaklah pastikan langkah pertama yang kita ambil untuk masuk dalam bidang perniagaan internet ni betul dan tepat. Segala keputusan bergantung pada diri sendiri. kita yang akan menempuh segala liku-liku dan onak duri dalam perniagaan internet.

    InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh, jangan berputus asa dan bertawakal kepada Yang Maha Kuasa.

  10. pusak82 says:

    Errr … x tau ape lg madah nak bg …Masuk bulan Disember nie …
    Dah masuk bulan ke-3 sy terlibat dalam internet business nie …
    Setakat nie x dapat lg hasilnya … tp bila jek lihat komen2 diatas … aku rase masih awal lagi untuk menikmati hasilnya, perlu berusaha lbh kuat lg .. perlu istiqamah dalam masa 1 tahun atau sampai bila2 dalam bidang nie sbg keje part time ….. slow2 .. karang laju2 sangat plak rebah nanti naye je …

    ps : Istiqamah & tidak mudah berputus asa ..

  11. Joneh says:

    hi everyone?
    im a newbie with this internet marketing n as a blogger. im from KK Sabah. i wanna learn more this blogging to make money thing but i just dont know how. and oh ya, B4 “terforgot”, I quote: “…pihak company hosting kerana servis-nya amat bagus dan cepat. Thanks a lot..” this hosting company.. may i know the name. thanks.

    anyway, i just envy all of you. you all so young and some still studying and already making money. i wanna learn more about this. pls guide me to a specific link. of coz from this blog alone i know so much new things already. Keep it up and get me informed. thanks.

  12. Rizal says:

    Memang hidup ini pn penuh ngn likunya.. Ia adalah terserah kepada kita mengatasinya.. jadi dalam apa jua masalah n cabaran yang dihadapi kena atasi ngn sebaiknya..
    IM ni nampak mudah tetapi ia adalah sukar.. Banyak kesabaran yg di perlukan..
    InsyaALLAH jika kita berusaha dan bersabar akan capai la nanti apa yang dihajati..

  13. hapisol says:

    dahulu, banyak masa saya kat internet ni hanya ber”email”, dan aplikasi segala urusan kerja harian UUM sahaja.
    skrg, setelah dpt ilmu drpd pakar2 IM kat sini spt zul, sham, shuth, dll, terasa sungguh berharga ilmu internet ni rupanya.
    walaupun, baru dlm dunia ni, saya rasa 24jam masa seharian skrg begitu cepat berlalu.
    cabaran saya yg utama ialah kesuntukan masa, namun saya cuba gunakan masa yg terluang utk aplikasi ilmu internet ni yg dpt drpd zul and the geng.

  14. abdfatah says:

    nama lagi cabaran yang penuh berliku. tiada cabaran dan dugaan maka tiadalah maknanya kehidupan yang penuh warna warni ini. ia boleh dijadikan pengajaran yang berguna kepada mereka yang abru mengenali dunia perniagaan internet… sabor aje laa dengan kerenah mereka yang tak senang duduk dengan apa yang kita ingin usahakan tersebut…

    sabar dan bergerak ke arah kemajuan…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)