Perjalanan baru bermula

Saya “bermula kembali” walaupun dalam bidang yang sama.

Pencarian rakan kongsi perniagaan juga telah selesai sejak dilakukan pada awal Jun 2014. Sebanyak 4 perniagaan berbeza bidang akan saya tempuhi selepas ini.

1 saya sendiri. (QLIK MEDIA NETWORK)

4 berbentuk perkongsian / kerjasama / team.

Jika ikutkan, saya sendiri saja sudah mencukupi, tetapi mengapa saya ingin bekerjasama dengan usahawan lain? Salah satu sebabnya adalah ada sesetengah kekuatan ada pada orang lain dan tidak ada pada kita, sama ada dari segi kemahiran, pengalaman, fasiliti dan modal.

Selain daripada itu, “berdua adalah lebih baik daripada satu”. Boleh saling ingat mengingatkan di antara satu sama lain.

Satu tip daripada saya, elakkan melakukan perniagaan dalam satu kumpulan yang besar. Dua atau tiga orang sudah memadai buat permulaan. Selain daripada itu, bekerjasamalah dengan mereka yang boleh memahami kita dan semua mudah untuk buat kata sepakat dan berpakat.

“Allah akan bantu hamba-Nya yang ikhlas.”

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Perjalanan baru bermula

  1. Selamat kembali Zul..Saya juga sedang dalam proses mengemaskini dan men’design’semula web dan blog yang saya bina sejak 2008. Web dan blog sekarang pun saya akan letak di bawah syarikat yang baru.Saya mahu perubahan ini akan membawa impak yang lebih pada bisnes yang saya minati dan sedang di kembangkan lagi.

  2. Lama tak dengar cerita pasal tuan, selalu jenguk blog ni tapi tak banyak update terkini pasal tuan & bisnes.

    Bila terbaca artikel tuan ni, nampaknya ‘orang lama’ sudah kembali, 🙂

    Selamat kembali tuan Smartzul! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *