Peringkat Yang Perlu Dilalui Di Dalam Perniagaan Internet

Apa khabar semua, semoga sihat hendaknya.

Pada kali ini, saya akan menulis mengenai peringkat-peringkat yang akan anda lalui di dalam usaha perniagaan Internet berskala kecil ini. Bermula dengan kecil, berakhir dengan besar. Inilah konsep yang terbaik bagi kita yang terhad sumber modal dan kemampuan. Dan dengan keterhadan itulah, wujudnya istilah Niche Marketing atau Niche Market dan seumpamanya. Kita tinggalkan dahulu mengenai ‘Niche’ tersebut.

Sebelum anda memiliki sebuah perniagaan yang maju dan kukuh seperti mempunyai sebuah perniagaan atau syarikat (yang berdaftar), atau lebih serius di dalam perniagaan, anda biasanya akan melalui tahap-tahap yang akan saya terangkan berikut.

Sebelum saya menyenaraikan apakah ‘level’ atau peringkat yang perlu dilalui sebelum membina empayar perniagaan yang serius, anda perlu memahami di sini bahawa:

Permulaan anda adalah bidang perniagaan Internet Berskala Kecil atau dalam bahasa inggerisnya, ‘Internet Home Based Business’. Mengapa saya tidak menyentuh mengenai menjadi usahawan pasar malam, atau usahawan berskala kecil yang lain, ini kerana blog ini dan diri saya sendiri adalah fokus kepada perniagaan internet.

Selain daripada itu, perlu diingatkan bahawa, segala apa yang saya tulis bukanlah satu nasihat profesional atau sebagai pakar, tetapi ia lebih kepada perkongsian idea, ilmu dan juga pandangan berdasarkan apa yang saya tahu dan pengalaman yang ada. Jadi, tidak semestinya anda terima bulat-bulat tulisan saya, tetapi sebaliknya jadikanlah ia sebagai sumber untuk anda berfikir dan berinovasi. Jangan taklid buta orang kata. 🙂

Peringkat Demi Peringkat Usaha Perniagaan:

Peringkat 1: Secara Sampingan atau Proses Membina

Pada peringkat satu ini, kemungkinan besar anda masih bekerja makan gaji di sektor kerajaan atau swasta. Berniaga di Internet atau melakukan sesuatu usaha di Internet hanyalah untuk tujuan menjana pendapatan tambahan sahaja (sampingan).

Usaha perniagaan Internet pada peringkat ini tidaklah begitu serius atau tidaklah begitu rugi andaikata ia gagal kerana anda masih tetap mempunyai sumber pendapatan, iaitu gaji dari pekerjaan tetap anda.

Namun, andaikata anda tidak bekerja tetapi melakukan perniagaan Internet terus secara sepenuh masa, anda tetap sama dengan mereka yang melakukan secara sampingan pada tahap awal ini. Ini kerana, kemahiran, pengalaman, rangkaian dan tapak (foundation) anda di dalam usaha perniagaan Internet masih lagi baru. Pendek kata, di peringkat 1 ini, walaupun anda melakukan secara sepenuh masa, anda masih lagi di dalam usaha pembinaan perniagaan dan diri.

Analogi di sini untuk peringkat satu ini ialah sebuah rumah yang baru sahaja bermula proses pembinaannya. Tapak masih dalam pembinaan, apatah lagi tiang, dinding dan bumbung belum tiada lagi. Masih banyak yang perlu dilakukan.

Kesimpulan untuk peringkat satu ini ialah, anda mungkin melakukan perniagaan di Internet hanya ‘suka-suka’ sahaja, atau hanya untuk pendapatan tambahan, atau secara sampingan sebelum lebih serius atau mungkin anda terus memulakan perniagaan Internet secara sepenuh masa, tetapi masih lagi baru.

Jika menyentuh mengenai pendapatan pada peringkat 1 ini, anda biasanya mendapat pendapatan yang masih belum stabil (turun naik) dan untuk aspek ‘strength’, anda masih mencari-cari, apakah kekuatan anda yang sebenar. Kadang-kala, prinsip, pegangan, matlamat dan perancangan anda sering berubah-rubah. Ini adalah normal kerana seperti yang dikatakan di atas, anda masih baru.

Peringkat 2: Pendapatan Sudah Stabil dan Lebih Daripada Gaji

Mungkin contoh terbaik di sini ialah saudara Alang, yang mana sebelum beliau melakukan perniagaan Internet sepenuh masa, beliau adalah seorang pekerja yang cemerlang dan pernah mendapat anugerah pekerja terbaik.

Namun, disebabkan pendapatan beliau di dalam perniagaan Internet sudah sangat lebih dan juga stabil berbanding gaji bulanan untuk jawatan kerjanya, maka barulah beliau mula melakukan perniagaan Internet secara sepenuh masa.

Untuk kes seperti Alang ini, setelah saya memerhatikan, boleh dikatakan sebahagian besar usahawan Internet yang anda kenal dan terkenal, mereka pada asal dan mulanya adalah seperti anda, bekerja makan gaji. Tapi setelah usaha perniagaan Internet mereka sudah stabil, kukuh dan mantap, barulah mereka berhenti makan gaji dan fokus sepenuh masa dan tenaga kepada usaha perniagaan Internet mereka.

Contohnya adalah seperti Mike Filsaime, sebelum beliau melakukan perniagaan Internet secara sepenuh masa, kerjaya beliau adalah di dalam perniagaan kenderaan selama 10 tahun. Kiranya, beliau ada asas perniagaan dan ciri-ciri profesional serta sudah melakukan perniagaan Internet secara sampingan pada ketika itu. Dan pada tahun 2004, beliau meletakkan jawatan kerana pendapatannya di Internet jauh lebih besar berbanding kerja semasanya.

Maka dapat saya katakan, kebanyakan usahawan Internet yang berjaya, mereka sebenarnya juga adalah pekerja yang cemerlang semasa mereka bekerja makan gaji dahulu. Maka tidak hairan jika mereka juga boleh berjaya di dalam perniagaan, sebab sebahagian besar faktor kejayaan perniagaan adalah sifat dan sikap usahawan itu sendiri. Maka tidak mustahil, pekerja yang cemerlang begitu mudah menjadi usahawan yang terbilang dan gemilang.

Kesimpulan untuk peringkat ke-2 ini ialah, aras ini dikenali juga sebagai peringkat peralihan. Anda yang sebelum ini bekerja makan gaji dan ada sumber pendapatan tetap setiap bulan, kini sudah berhenti kerja (setelah berfikir masak-masak dan dengan penuh perancangan) hatta kerana usaha perniagaan Internet anda sudah berlebih-lebih pendapatannya berbanding makan gaji, serta sudah maju dan berdaya saing.

Nota: Ada mereka yang berprinsip makan gaji + perniagaan. Itu juga satu cara. Namun penerangan saya di sini lebih kepada perkara yang lebih banyak dan biasa terjadi, iaitu berhenti kerja dan melakukan bisnes sepenuh masa.

Ada lagi dua peringkat (tiga dan empat) untuk tulisan saya ini. Saya akan sambung peringkat 3 dan 4 itu pada hari Isnin nanti.

bersambung…

Jumpa lagi.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Peringkat Yang Perlu Dilalui Di Dalam Perniagaan Internet

  1. Memang setiap dari usahawan akan melalui peringkat demi peringkat tersebut. Bagi mereka yang berjaya itu adalah mereka yang telah berusaha manghadapi segala peringakt tersebut.

    Mungkin ramai dan memang ramai diantara kita yang masih berada di peringkat pertama itu. Ada juga yg tersungkur sebelum melalui sepernuhnya peringkat pertama tersebut.

    Saya sendiri masih berada dalam peringkat pertama dan tidak mustahil kita boleh melangkah ke peringkat kedua dan seterusnya jika kita terus berusaha dan tabah atas segala dugaan.

    Rasanya saudara zul dah berada di peirngkat kedua kot…?

  2. slmt pagi zul dan semua,
    boleh dikatakan, kebanyakkan dari kita masih di peringkat pertama lagi…
    hanya berapa orang saja yang berada di peringkat 2…

    bagi saya kalau dah cermelang masa bekerja, orang tu lebih mudah berjaya di perniagaan mereka…
    cuba kita fikirkan…kalau dia tu cermelang masa bekerja, dia mesti mempunyai perancangan dan fokus yang baik…
    jadi kalau dia buat perniagaab pun sama lah juga…

    han

  3. Salam hormat semua.
    Dimana kah anda ?

    Saya masih merancang dan baru nak mula..
    Harapan ku langkahku tetap kedepan .
    Belajar melangkah , berjalan dan belari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *