Adakah Anda Bangga Menjadi Usahawan Internet?

p_009.jpgAnda sudah memilih perniagaan Internet sebagai bidang menjana pendapatan, terutama yang melakukan secara sepenuh masa. Tidak kisah apa model perniagaan anda, itu semua tidak kisah. Penulis ebook ke, developer ke, servis ke, publisher ke, itu asasnya sahaja.

Tapi yang perlu dikisahkan di sini adalah, rasa bangga akan kerjaya ini lagi-lagi anda melakukannya secara sepenuh masa (seperti saya yg melakukan full time). Kerjaya saya sekarang adalah sepenuhnya online business secara full time.

Saya perhatikan, tidak ramai yang bangga. Sebaliknya, bidang lain (tak perlu saya sebut) yang selain dari Internet Marketing, mereka teramat bangga melakukannya. Sehinggalah saya melihat, seolah-olah dunia perniagaan Internet tak ada apa-apa. Nothing. Pernah tak anda rasa, perniagaan Internet ni kosong, atau hanya rasa ia buat duit semata-mata? Agak-agak kenapa ada rasa kosong itu?

Bukanlah bermaksud di sini kita perlu menunjuk-nunjuk, tidak sama-sekali. Bukan juga nak suruh orang lain jadi usahawan Internet. Tapi bangga di sini bermaksud, kita ada semangat dan motivasi untuk melakukan PERNIAGAAN INTERNET. Sehingga apabila orang lain tengok kita, sampai mereka bermotivasi dan KAGUM dengan usaha kita! πŸ™‚ Kalau dalam bahasa yang hebatnya, seolah-olah ada aura yang kuat…

Tambahan lagi juga, daripada pemerhatian saya, ramai yang melakukan perniagaan Internet yang betul ni mudah sangat untuk berbalah sesama sendiri dek kerana berbeza pendapat walau sekecil perkara. Saya mengaku, saya dulu pun pernah melakukan kesilapan sebegini, tapi kini saya tersenyum apabila mengenangkan ‘kisah yang lalu’. Tapi jika kita lihat mereka yang melakukan pelaburan yang jelas salah, mereka bersepakat bukan main pula. Sepakat mereka sepakat dalam hal yang salah, tapi berbalah kita, berbalah hal yang kecil, hal yang boleh ditoleransikan.

So mana-mana yang mudah sangat tak senang dengan pendapat orang lain tu, belajar-belajarlah bertoleransi Ok. Dalam perniagaan Internet ni, ada macam-macam cara, tapi kalau kita nak orang lain terima cakap kita sahaja, susahlah. Pendek kata, selagi sesuatu pendapat orang tu betul, berlapang dadalah. Satu lagi, tak perlulah menyindir-yindir, dengki atau membenci. Sifat mazmumah tu… Kena jaga hati tu elok-elok agar tak ada sifat-sifat macam tu. That why saya jarang sertai perbincangan di forum wangcyber contohnya sebab mudah sangat berlaku pertelingkahan. 😐

Anda semua perlu tahu, bidang perniagaan Internet di Malaysia ni tak begitu menarik hati lagi bagi rakyat Malaysia. Bukanlah nak tunjuk kat mereka yang kita ni buat duit ribu-ribu, tapi tujuannya agar mereka tahu yang bidang ebisnes ni pun ada ‘class’nya tersendiri, satu kerjaya yang terpuji juga. Lantas dari itu, mereka secara tak langsung akan yakin untuk membeli secara online.

Kemudian, berkembanglah bidang perniagaan Internet ini di Malaysia, malah mak ayah, family dan sedara mara akan kagum dengan anda yang berjaya sebagai usahawan Internet. Tak ada lah lagi pening-pening apabila orang asyik tanya, “apa kejadah kerja la kau buat ni yer…”. Sebabnya mereka tak tahu dan kenal apa itu usahawan Internet. πŸ™‚

Kita perlu bangga dan kita perlu membina satu kelas identiti tersendiri dalam bidang Keusahawanan Internet ini. Jangan biarkan orang tak hormat akan usaha kita. Kadang-kadang, nak low profile sangat pun tak boleh juga. Itu pandangan saya lah. Cuba hayati dialog ini:

Dialog 1:

“Zul, kerja apa sekarang?”, tanya sorang member.

“Hmm, usahawan Internet”, jawab saya.

“Oh, apa tu?”, tanya dia kebingungan.

Dialog 2:

“Kau kerja apa Zul sekarang?”, tanya member.

“Aku buat bisnes Internet…”, jawab saya ringkas.

“Ooo, kau buat bisnes yang labur-labur tu yer…”, anggap dia begitu mudah.

Dialog 3:

“Zul, benda yang kau buat sekarang ni yang difatwakan haram tu ke?”, tanya seorang saudara saya kebimbangan…

“Tak lah, aku buat bisnes yang betul-betul. Tak terlibat benda-benda tu”, jawab saya ringkas.

Tambah dia lagi, “Ala Zul, carilah kerja tetap, kau tu anak lelaki”.

Darah saya tiba-tiba tersirap. Geram campur kecewa pun ada dengan kata-kata saudara saya itu yang seolah-olah kerjaya sekarang satu kerjaya yang hina… πŸ™

Daripada tiga dialog tadi, apakah pandangan anda?

Apakah sebab mereka tak tahu apa itu perniagaan Internet dan apa itu usahawan Internet? Dan apa bezanya dengan pelaburan skim cepat kaya yang ^&@#$! tu? Bukan setakat orang kampung tak tahu, masa nak daftar perniagaan saya kat SSM pun mereka pening, apa kejadahlah perniagaan Internet ni. Bahkan yang ada PhD pun tak tahu apa kebenda la perniagaan Internet ni.

Bagi saya, hanya ada satu sebab. Kita terlalu low profile dan kita tak cuba mengangkat kerjaya usahawan Internet ke satu tahap yang membanggakan. Kita terlalu merendah diri dengan slogan “biarlah…” sehingga sampai satu masa kita sendiri akan tertekan dan terus tertekan dengan mereka yang tak tahu dan tak faham. Salah kita juga sebab kita low profile… Lainlah mereka yang kalau dah dijelaskan masih tak faham atau buat-buat tak faham, yang tu memang patut kena lekuk… πŸ˜‰

Itu bab low profile dan tak kaitkan lagi dengan usahawan-usahawan Internet yang mudah sangat berkelahi dan bermusuh sesama sendiri. Apa la nak jadi wahai saudaraku semua? πŸ™ Benda yang kita buat ni betul dan banyak cabang-cabangnya, jadi berlapanglah dada Ok. Jangan ego sangat. Hal ini saya bukan saja ingatkan orang lain, malah saya sentiasa ingatkan diri saya sendiri.

Jadi bagi saya, low profile ada pro dan kontranya sendiri. Slogan “biarlah…” itu ada tempat dan masa tersendiri. Terserah kepada anda. Tapi bagi saya, low profile sangat-sangat kadang-kadang kurang sesuai lebih-lebih pada waktu sekarang. Bagi yang nak rendah diri tu, terserahlah. Bagi yang nak dedahkan diri, teruskan, saya amat menyanjung usaha anda.

Contoh di sini adalah seperti Dr. Irfan Khairi, SaifulSham, Alang dan lain-lain lagi. Hargailah jasa mereka, jangan kutuk-kutuk dan membenci mereka. Kalau mereka ada buat salah tu, normallah manusia biasa. Doa-doalah mereka sihat dan dilindungi daripada perkara yang tak baik. Kalau takder yang dedahkan diri macam mereka, agaknyalah, kita dah sampai tahap ni tak sekarang dalam bidang ni? Anda perlu tahu, dah ramai yang mula jana pendapatan di Internet ‘gara-gara’ adanya mereka yang sanggup ‘turun padang’. Berterim-kasihlah sikit paling kurang…

Anda tak tahu, mereka ni macam Dr. Irfan dan SaifulSham lebih banyak kena kutuk dengan bangsa sendiri daripada menerima pujian dan terima kasih. Pelik bukan? Mungkin sebab itulah ramai usahawan Internet mahu mendiamkan diri, takut kalau-kalau dikutuk dan tak mahu mengambil risiko. So di sini, mereka yang low profile tu tak salah, tapi yang salahnya mereka yang suka kondem dan kutuk-kutuk usaha murni orang lain.

Tapi seperti yang saya katakan, yang low profile tetap ada alasan tersendiri dan kita mesti menghormati pendirian mereka juga. Orang kata, tuntutan fardhu kifayah tu dah gugur untuk orang lain termasuk anda sebab dah ada yang pakar dan turun padang dalam bidang ebiz ni. Jadi tak ada paksaan untuk anda turut bersama ‘turun padang’.

Jika anda bertanya bagaimana untuk mengangat kerjaya usahawan Internet ini ke satu tahap yang membuatkan orang percaya, yakin, faham dan menghormati, hanya ada satu jalan sahaja…

Bukan menulis ebook percuma.

Bukan menulis artikel.

Bukan menulis buku.

Bukan buat seminar, bengkel atau ceramah.

Bukan bermaksud cara-cara di atas tak perlu, tapi ia tidak mencukupi.

Bagi saya satu faktor yang amat penting juga adalah:

jaringan usahawan internetKita kena BANGGA dengan kerjaya ini, berusaha betul-betul dan bersungguh, sentiasa bermotivasi, jelas apa yang dilakukan (bisnes ini), buat sampai berjaya dan yang penting, gaya seorang bisnesman itu perlu ada. Jangan buat ala kadar dan tak ada nampak bisnes pun.

Berusahawanlah sehingga bila orang tengok, mereka akan berkata, “Huuh, kagum betul aku dengan usahawan ni, bersungguh betul, ada gaya!”. Bila ditanya, usahawan apa dia tu? Jawabnya dengan bangga, “Usahawan Internet!”.

Akhir kata kepada usahawan Internet sekalian…

Kita patut bangga…

Kita patut yakin…

Kita perlu ada ‘gaya’…

Kita perlu ada ‘passion’…

dengan kerjaya usahawan Internet ini.

Sekian, salam maju jaya.

Yang Ikhlas,

usahawan internet

PS. Jika anda seorang usahawan siber full time, harapnya dapat meninggalkan komen di sini atau menghubungi saya terutama yang belum pernah berkomunikasi dengan saya melalui emel. πŸ™‚ Yang saya tahu, usahawan Internet full time di Malaysia ni macam Alang, Kak Galadriel, Dr. Irfan, saya, Gobala Krishnan, Patric Chan, hmmm, saper lagi yer? Maaf kalau saya tak sebut kat sini, saya yakin ramai lagi.

Full time means, anda tak ada tanggungjawab lain macam kerja makan gaji dengan mana2 pihak. Full time here also means kalau boleh, all of your income adalah dari Internet. Maksudnya, kerjaya anda adalah usahawan Internet. Itu ‘tafsiran’ saya lah. πŸ™‚ Anda jangan salah faham, kalau anda buat ebiz yang betul tapi makan gaji, anda TETAP usahawan Internet, cuma ia bukan kerjaya tetap anda sahaja.

PPS. Perbicaraan di sini adalah lebih kepada usahawan, jika boleh, anda mempunyai produk atau servis sendiri sebab itu adalah tafsiran tepat mengenai usahawan. Oh ya, bukan skim pelaburan cepat kaya atau yang main-main lot tu Ok! πŸ‘Ώ

Nota Kaki:

*Thanks to Jimie yang buat sedikit review mengenai seminar perniagaan Internet di Penang pada 29 April 07 yang lepas. Klik di sini untuk membaca review itu.

**Saya mula sibuk sedikit hari ini sebab ada empat projek JV yang perlu dilakukan persiapan sebelum pelancaran dilakukan. Dua peringkat Malaysia dan dua lagi International.

***Seorang anak muda yang SIBUK bekerja makan gaji 12 jam sehari (masih single) berjaya menjana jualan satu produknya sekitar RM3000 dalam 5 hari sahaja selepas menggunakan formula SmartZuL! Tak percaya tak apa. Nanti nanti sampai masanya saya akan dedahkan. Kepada beliau tu, jangan bising-bising lagi yer. hehe.. πŸ˜‰

Terkini: Pastikan anda mengunjungi blog ini pada esok hari. Seperti yang dikatakan pada post Tragedi 15 Mei, saya akan umumkan apakah yang ‘istimewa’ tersebut. πŸ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Adakah Anda Bangga Menjadi Usahawan Internet?

  1. :mrgreen: Btul tu Zul.. Tiga2 dialog tu mmg saya dah hadapi.. Dan kdg2 tu ade plak tmabah dialog ke 4,5 pula sampai menghina2.. Tu yg tak boleh tahan tu.. hehe.. tapi saya masih di sini.. karang kalau dilayan karang mau gaduh besar tu..

    org hina kita mcm2 dan pndang rndah kita mcm2.. Tapi jgn sekali kita hina diri kita dan pandang rendah diri kita.. Pendek kata “Jgn Pandang Belakang”.. hehe..

    Saya byk kali down jugak tapi bila down, saya masuk blog zul ni n kaji setiap artikel agar saya bermotivasi balik.. πŸ˜‰

    Good luck zul πŸ˜‰

    PS: Zul, ade 13 emel saya hantar failed dari minggu lps.. Bingung saya dibuatnya..

    PPS: Saya Bangga Menjadi “Usahawan Internet Sepenuh Masa”.. Terima kasih Zul.. Trima kasih pawaa root.. πŸ˜†

  2. Oh lupa pula sahabatku sorang ni, Fai juga usahawan Internet full time. Jumpa kita nanti Fai. Harap jadi plan kita kali ni Ok. I’ll contact you… πŸ™‚

    Fai, I know you. Dan orang lain pun tahu kisah suka duka Fai tu. Teruskan usaha.

  3. :mrgreen: Assalamualaikum, Zul !

    Em..best la artikel hari ini. Memang betul apa yang Zul katakan. Memang orang ramai memandang rendah kepada bidang perniagaan internet. Dalam minda mereka hanya pikir pelaburan2 internet yang berleluasa sekarang. πŸ˜₯

    Pada pendapat saya, saya berbangga dengan setiap apa yang saya lakukan terutamanya perniagaan internet. Walaupun saya masih lagi peringkat belajar, tapi saya berazam untuk menjadikan perniagaan internet sebagai kerjaya tetap saya pada suatu hari nanti ( lebih kurang macam Rich Schefren la kot..hehe) πŸ™‚

    Saya tak berapa kisah dengan pendapat negatif orang mengenai perniagaan internet ini. Apa yang boleh kita lakukan, teruskan berusaha dengan cara yang betul dan insyallah hati dan minda mereka akan terbuka melihat perniagaan internet ini pada sudut yang lebih positif.

    Kepada Zul, teruskan usaha anda!

  4. Assalamu’alaikum,

    Saya cukup bersetuju dengn Zul dan rakan2 di atas, sebenarnya pandangan masyarakat Malaysia terutama bangsa kita masih lg memandang rendah kepada dunia perniagaan ni apatah lagi perniagaan Internet, lagi la pulaknye. Apatah lagi fikiran orang kita ni masih lagi dok keliru antara Perniagaan Internet dengan Pelaburan Internet, akhirnya mereka kira borong iaitu sama-sama diharamkan.

    Saya pernah menghadapi situasi salah anggap dari masyarakat ni apabila ditanya “berniaga apa sekarang ni”? Saya jawab “sekarang buat part-time Perniagaan Internet”. Terus diorang jawab “HARAM TU!! Tersengih saya mendengarnya tp saya terangkan sejelas-jelasnya perbezaan antara Perniagaan Internet dgn Pelaburan Internet sampai berbuih air liur, barulah terkeluar dari mulut mereka, “Oooo macam tu ke?”

    Saya sememangnya suka berniaga dan lapangan Perniagaan Internet ni merupakan satu bidang yang baru yang mana amat menepati dengan citarasa saya yang sebenar iaitu Mengadap Komputer. Insya-Allah saya akan berusaha bersungguh-sungguh, dan artikel Zul menjadi sumber motivasi saya selama ini, Thank Zul.

    Sekarang ni ibu saya pun dan faham, kalau orang tanya anak kerja apa, dia jawab buat kerja sampingan berniaga internet. kekeke

  5. Betul apa yang zul tulis, sekiranya kita sendiri tidak berbangga dengan apa yang kita lakukan dan punca rezeki kita, siapa lagi yang akan berbangga untuk kita. Lagi satu dengan adanya , kebanggaan kita tentang sesuatu perkara yang kita lakukan, ianya akan menghantar emosi positif ke dalam minda separa sedar. Dari situlah minda separa sedar, akan lebih ghairah membantu kita untuk mencapai kejayaan. Apa pun, Zul kagum dengan semangat Zul..tahniah

  6. Assalamualaikum zul…

    Ò€œHuuh, kagum betul aku dengan usahawan ni, bersungguh betul, ada gaya!Ò€. Bila ditanya, usahawan apa dia tu? Jawabnya dengan bangga, Ò€œUsahawan Internet!Ò€.

    wah…terasa gak tempiasnya seseikit bila baca ayat ni πŸ˜†
    Dari apa saya kaji dan baca, dan sememangnya dah terbukti perniagaan internet oleh bawa kita ke depan. Itu pun bagi mereka yang mata buka pintu hati untuk mempercayai dan menerokainya saja…

  7. Terima kasih semua atas komen2 yg bernas. Sama-samalah kita berusaha setakat mana yang mampu. Kalau ada yg menentang, terangkan jika boleh. Kalau mereka tak endah, jangan sesekali buka topik pasal ebiz. πŸ™‚

    Betullah apa orang kata, nak berfikiran +ve, kena kawan dengan yg berfikir +ve.

    Kak Linn, betul tu. Segala-galanya bermula dari dalam diri kita sendiri. Kalau tak yakin, minda tu akan lesu, then hasilnya juga layu. πŸ˜‰

    Kepada semua, teruskan usaha. Saya pun terus-menerus belajar lagi.

    Kepada Johari dan Abooain, yg penting dah bermula, lama-lama berjayalah tu. πŸ™‚

    Dikmal, insyaAllah saya akan umumkan esok kat blog ni. Ia adalah sumbangan IM-IM yg dah established usaha mereka. Harap2 newbie manfaatkan sesuatu yg akan diberikan esok.

  8. Wah..sama la kita..saya penah kene jugak..Bakal mak mertua pernah tanya..sham tu keje ke tidak..jalan je kejenye..senang betul dapat cuti… πŸ™„ ..Dia cakap kat tunang saya la..Tunang cakap kat saya plak..

    Sabor jela…Orang tua tak tau keje usahawan tenet ni..diorg just nampak keje makan gaji & keje kerajaan je..nasib baik la tunang memahami..

  9. asmkm Zul, pekaba? Shueqry here.

    Saya juga usahawan Internet sepenuh masa cuma masih baru. Tiap hari saya masuk ke sini, blog Irfan, SaifulSham, blog Alang, Galadriel, blog member-member WangCyber dan boleh dikatakan kesemua blog yang tersenarai kat muka depan forum WangCyber..

    Well, secara jujurnya semua tulisan Zul banyak memberi semangat pada saya. Kesimpulannya dalam artikel kali ni, kita adalah apa yang kita fikirkan. Walaupun family saya background perguruan dan tak minat bisnes, tapi saya bangga dengan bisnes Internet yang saya buat, kerana saya dah melakar sejarah menjadi orang pertama.

    Kita semua ada bakat untuk berbisnes. Apa yang membezakan, minat, attitude dan skill yang ada. Pendek kata, 9 dari 10 punca rezeki adalah dari bidang perniagaan. Gunakakan kesembilan punca rezeki tu untuk create multiple source of income. Bila bisnes internet dah kukuh, ceburi bidang offline pula, jadi lebih lebih banyak sumber pendapatan kita. Kemudian, kembangkan syarikat dan bersedia untuk ke “next level”.

    Semuanya perlu bermula di minda kita sendiri.

    Thanks Zul, very inspiring post πŸ™‚

    shueqry

  10. kadang kala kata2 camtuh yang bagi vitamin untuk kuat cuma bila kita keseorangan dalam melawan arus yang kuat letih jugak melayannya.
    mungkin mereka tak nampak dari melihat πŸ™

  11. btol tu, jadikan ia peransang dan motivasi untuk membuktikan kepada mereka, tidak semua yang realiti di depan mata hanya ditakrifkan sebagai kaya…orang2 kampung dan buta IT sudah biasa dengan sinonim kaya + niaga + ada bisnes + jual barang + MLM tapi pasal internet, no satu depa akan cakap..haram tu… kan mufti cakap HARAM….belum buka citer depa dah cop HARAM…ni yang nak mula cerita dengan free hosting—-niche—-adsense , lagi ler pening kepala depa nak proses…

    inilah peranan media, tapi kisah alang, GK and LCF yang keluar NST tu sepatutnya membuka banyak mata di luar sana..itupun kalo depa baca NST…hehehe….

    biorlah mereka nak cakap apa, itu semua adalah dugaan awal dan test power keusahawanan kita semua, ….dan hanya kita yang faham sahaja yang tahu apa yang kita buat…. jalan sudah ada, kita cuma perlu ikut sahaja jalan tu dan buat lebih baik lagi…. πŸ˜‰

    Wan – Perniagaan Internet

  12. Askm Zul!
    Satu artikel yg sangat baik. Banyak point yg boleh diambil oleh para usahawan dan bakal usahawan internet. Saya ni blum lagi jadi usahawan internet….tapi ada perancangan kearah itu(isya Allah). Sebenarnya saya memang kagum dgn semangat dan pendirian Zul. Tapi saya tak tahu dan sedar akan masalah dan pandangan masyarakat terhadap usahawan internet ini. Tapi bagi saya, saya kagum dan respek orang yang menjadikan penadapatan utamanya dari bidang ini.

    DOnt wory Zul…..keep moving and moving for the future.

  13. Zul biasa hidup ni byk dugaan.. Nanti bila dah jadi jutawan baru diorg buka mata. Masa tu barulah pujian datang.. Hilang sindiran mereka. Jadi buktikan zul terus maju dan melangkah ke hadapan.

  14. Bangga saya kalau dapat jadi full-time usahawan internet. Saya bangga (walaupun bukan full-time) menjadi usahawan internet dan buat duit di internet. Walaupun saya buat secara sambilan, saya dapat la juga ratus-ratus RM (walaupun tak banyak macam orang lain) dalam masa sebulan. Wah..ok la kalau nak ikutkan saya buat secara sambilan je.Waktu pun terhad. Internet di rumah pun takde (ada orang tak percaya saya cakap camni), tapi saya boleh menjana pendapatan.

    Buat masa ni saya memang kesuntukan masa, modal dan banyak lagi halangan.Tapi Itu semua bukan alasan untuk saya tidak meneruskan perniagaan yang halal ni.Pada masa yang akan datang, insyaAllah saya akan cuba menjadi usahawan internet sepenuh masa seperti yang telah berjaya.

  15. Daripada pernyataan diatas memang benar dan sedikit sebanyak memberi input2 yg penting.. spt yg diketahui untuk menjadi seorang usahawan ini memerlukan seseorang kreatif, sentiasa mencari idea yang terbaik, sentiasa merebut peluang dan tidak boleh malas… sy sbnrnya dlm proses perancangan untuk mengembangkan projek saya dlm bidang penyediaan perkhidmatan ‘advertising’ … kesungguhan dan penyelesaian masalah kpd org lain adalah matlamat utama ciri2 org usahawan dan perlu kita amalkan dan sbg ‘decision making’.

    Best regards,
    Best in Shah Alam

  16. sudah tentunya anda patut berbangga sebagai usahawan. nama lagi usahawan yang prlukan kita berusaha dan mendisiplinkan diri kita untuk berjaya sebagaimana mereka yang telah berjaya dan bukan sekadar sambil lewa… mana boleh nak jadi usahawan kalo kerja sambil lewa dan acuh tidak acuh sahaja…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *