Percubaan Theme Terbaru

Selama dua hari saya bertungkus-lumus meluangkan masa untuk mengaplikasikan blog ini dengan theme yang baru.
Theme terbaru untuk blog ini sebenarnya kemungkinan bukan theme yang akan digunakan untuk jangka masa lama. Saya mahu cuba lihat dahulu sejauh mana theme ini memberikan kepuasan kepada diri saya atau memberikan impak yang terbaik untuk blog ini dan juga kepada pelawat.
Sebenarnya di internet terlampau banyak theme terutama yang berbayar. Ada yang murah, ada yang sederhana dan ada yang mencecah sehingga puluhan/ratusan USD. Hendak pilih satu yang berkenan di hati pun mengambil masa yang begitu lama sebab boleh dikatakan premium theme yang ada semuanya bagus-bagus.
Namun disebabkan saya tidak mahu meluangkan masa yang terlalu lama, maka saya membuat keputusan untuk menggunakan theme ini dahulu sebagai percubaan. Jika ia memuaskan hati, maka saya akan gunakannya untuk satu jangka masa yang lama.
Antara perkara lain yang saya lakukan selain menukar theme:
1. Mengalih kod-kod coding dalam file-file theme yang saya gunakan selama ini dan dimasukkan ke dalam widget. Tak perlu lagi menggodeh file theme melainkan jika perlu.
2. Membuang (delete) berpuluh-puluh kategori post yang tidak perlu. Selain delete, saya convert antara kategori tersebut kepada Tag. Ya, ada fungsi converter jika anda perasan pada bahagian Categories. Saya mengambil tindakan drastik dengan mewujudkan beberapa buah kategori sahaja agar pengurusan blog lebih teratur dan fokus.
Tip: Wujudkan beberapa buah kategori sahaja untuk blog anda. Gunakan fungsi Tag untuk memasukkan sebarang keyword yang berkaitan bagi artikel/post yang ditulis. Tag boleh sebanyak mana pun yang anda mahu.
3. Mengubah bentuk permalink. Sebelum ini saya gunakan bentuk berikut:
/%category%/%year%/%month%/%postname%/
Dan sekarang saya guna bentuk permalink yang ini: /%postname%/
Alasan saya menukarnya kerana bentuk permalink sebelum ini amat panjang.
Cuba bandingkan kedua-dua link berikut:
http://blog.smartusaha.com/teknik-pemasaran/2009/01/kit-blogger-resell-rights/
http://blog.smartusaha.com/kit-blogger-resell-rights/
Sudah pasti yang kedua lagi pendek dan kemas. Sebab itu saya mahu gunakan bentuk yang pendek tersebut.
Mungkin ada yang tertanya mengapa saya menggunakan /%postname%/. Setelah membaca banyak artikel daripada pakar-pakar SEO, maka boleh dikatakan 80% menggunakan bentuk permalink tersebut. Malah Matt Cutt si jejaka hensem orang kuat SEO di Google tu pun menggunakan bentuk tersebut. Termasuklah ramai lagi blogger lain termasuk John Chow. Kita bincang perkara ini di lain kali. Mana-mana bentuk pun sama sahaja asalkan ‘keyword riches’ (mesra SEO).
4. Update plugin-plugin yang sudah ada versi terkini atau tukar kepada yang lain jika perlu. Perkara ini amat penting agar plugin tidak memberikan kesan kepada versi WordPress yang terkini di samping untuk sekuriti blog. Plugin yang digunakan perlulah compatible dengan versi WordPress yang digunakan. Jika tidak, blog akan menghadapi masalah.
5. Mula menggunakan plugin WP Cache untuk menambah kelajuan speed blog. AWAS: Kepada yang kurang mahir, hati-hati semasa mengaplikasikan plugin ini kerana ia sedikit teknikal. Saya guna ni pun selepas membaca saranan seorang blogger luar negara.
6. Memasang plugin-plugin yang dapat menjadikan blog ini lebih powerful dan memberikan kadar produktiviti terbaik untuk saya.
7. …dan banyak lagi yang dilakukan.
INFO: Tindakan-tindakan saya di atas dilakukan dengan penuh hati-hati agar pagerank blog ini tidak jatuh iaitu ‘tidak mengganggu-gugat’ SEO blog di Google.
Sepanjang dua hari saya melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan blog ini, banyak pelajaran-pelajaran baru yang saya hadapi. Saya memang suka masalah sebab saya memang ‘otak troubleshooting’. Saya akan cari punca masalah dan penyelesaiannya sampai dapat. Masalah yang dihadapi mematangkan lagi diri saya dalam soal teknikal blog WordPress. Amat menyeronokkan!
Akan Terus Dikemaskini…
Sesebuah blog teramat sukar untuk dibuat perubahan dalam satu masa sekaligus. Jadi, saya akan improve blog ini sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Dan anda sebagai pelawat dan pembaca, saya berharap theme atau design terbaru ini memuaskan hati anda.
Dan bersempena dengan perubahan theme blog ini, saya juga akan melakukan beberapa aktiviti, ”perubahan’ seperti topik penulisan dan beberapa perkara lagi. Tunggu saja coretan saya di post dalam masa terdekat.
Sekian laporan kali ini.
ps. Anda ada sebarang pendapat, komen atau cadangan? Saya amat mengalu-alukannya.
pps. Untuk melihat paparan yang lebih baik, amat digalakkan menggunakan Mozilla Firefox.















Salam bro Zul.
Tahniah atas pelancaran theme baru.
Ada sedikit cadangan.
Apa kata warna font biar hitam. Sebab font ini kurang jelas bila digabungkan dengan warna bg putih.
Sekadar cadangan.
Ok, terima kasih. Saya juga berpandangan begitu. Kadang-kadang saya kurang faham, mengapa kebanyakan theme guna color kurang jelas sebegitu.
Terima kasih kerana menerima pendapat saya.
Mungkin kebanyakkan mereka merasakan cantik untuk diri sendiri, bukan untuk pandangan orang lain. Tetapi ada juga yang berpunca daripada tidak tahu menukar warna font yang sedia ada.
Daripada pemerhatian saya, didapati 85% mengatakan warna terbaik adalah dark grey (bukan hitam 100%), manakala bground adalah warna putih.
Apa pun, saya akan terus mengkaji perkara ini dari segi pro dan kontranya.
konsep kontra ni. Background cerah tulisan gelap. Background gelap tulisan kena warna cerah. Saya setuju dengan Aqif
Saya telah pun menukarnya kepada warna hitam (#000000).
sangat jelas…… Baru senang hati nak bace
Patutla saya nk buka blog bro Zul tak boleh tadi, rupanya tgh restructuring.. hehe..
Memang. Dah 3 hari saya tutup.
Artikel yang sangat menarik. Theme ni lebih sempoi la saudara Zul.
Terima kasih. Saya sengaja guna yang simple dan lebih nampak tersusun.
Bro mata sy juling tgk theme baru
1) Artikel dgn sidebar lebih kurang sama besar
2) Warna kurang menyengat
3) Susun atur tulisan di artikel macam kurang menarik untuk di baca
Sekadar pandangan
1) Saya memang sengaja mencari sidebar sebegini.
2) Warna tu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
3) Kurang menarik? Saya rasa susunannya sama saja seperti sebelum ini, malah lebih sempoi.
Terima kasih.
Bagi saya, theme baru ni lebih sempoi dari yang lepas. Dari segi artikel pula, senang nak faham dan banyak info yang menarik.
yup, saya setuju….
sangat sangat sempoi dan padat.
Best….
Welcome dalam geng theme simple
Anyway nice theme.
Keep it simple!
Yup, KISS!
Tahniah bro keatas theme baru.. Patutlah blog saya kini jatuh mendadak bagi carian keyword “Perniagaan Internet” semasa saya tukar theme baru.. Mungkin ada salah SEO agaknya
Terima kasih.
Saya rasa theme tiada kaitan dengan SEO melainkan dalam file utama theme tu ada kaitan dengan SEO.
Saya kaji blk, mungkin saya punya permalink pernah tukar dulu.. Dah tukar setting asal nie.. Hrp2 berubah SEO dgn lebih mantap
Oo.. Kalau nak tukar, perlu setting 301 pada file htaccess.
Tapi kalau guna URL blog yang sama, gunakan plugin Dean Permalink Redirect. Plugin akan bagi ‘signal’ kat google bahawa permalink dah berubah. So google akan faham dan tak akan kacau kita punya SEO terutama pagerank.
Permalink tak boleh nak tukar ikut suka-suka bila2x masa. Jaga-jaga sekali tukar check balik kat google webmaster.
Kalau dapat banyak error 404 alamatnya bukan lagi elok blog korang, lagi drop jatuh giler2x kat google search ader la.
Setakat ini aku dah uji web aku % kat search enjin drop rapid dari dulu 35% dan skunk 10-15% aja. Thats mean banyak master keyword aku dah drop ngan banyaknya error 404 nih. Jaga2x.
Terima kasih atas pendapat. Cuma persoalan saya:
1. Apakah fakta di sebalik (maksud) kenyataan saudara berikut: “Permalink tak boleh nak tukar ikut suka-suka bila2x masa”? Bilakah masa yang sesuai?
2. Mengapa boleh berlaku error 404 dan apa penyelesaiannya?
3. Mengapa banyak master keyword drop?
Pendek kata di sini, apakah penyelesaian untuk kesemua masalah-masalah di atas? Bagi saya, dari melihat masalah-masalah tersebut, lebih baik kita mencari penyelesaiannya dan usaha meminimakan sebarang risiko. Bagi diri saya, ada sesetengah bahagian saya “pejam mata” sahaja dan tidak kisah ia akan hilang terus dari ranking SE sebab saya mahu buat perubahan pada blog ini. Alasan: Saya tidak mengutamakan SE sahaja, tetapi saya gunakan kaedah lain seperti branding dan lain2 kaedah promosi.
Dari segi pemerhatian saya pula, tiada masalah jatuh dari ranking post atau blog saya yang berlaku melainkan bahagian-bahagian tertentu yang saya sudah sedar yang ia akan jatuh. Kiranya, saya sudah tahu ranking bahagian tersebut di SE akan hilang terus sebab saya sengaja mahu menghilangkannya. Prinsip: “Biar hilang sesuatu yang berharga hari ini, tapi ia memberikan nilai yang lebih baik untuk masa depan”.
Sebab itulah saya tidak mahu berkongsi cara menukar permalink sebab ia terlalu teknikal dan banyak isu berbangkit. Saya hanya berkongsi dengan mereka yang mahu menukar sahaja. Itu pun, saya beritahu awal-awal, buat keputusan betul-betul sebelum menukar permalink. Dan segala apa yang akan berlaku adalah dipikul pada bahu sendiri.
Nice theme bro. Theme ni simple dan cantik. Saye pun suke sesuatu yg simple…
Background pun lawa. Warne Same mcm blog saye
Warna BG sekarang ni baru saya set. Mungkin akan diubah nanti atau terus guna warna ni saja.
warne ni rasenye da ok. Ala2 Facebook gitu
Salam En. Zul
Tahniah Di atas Pemasangan Theme Baru
Bagi Saya, Theme sebelum ini lebih menarik
Tapi Kelebihan Theme Ini Saya Nampak Ianya Lebih Lebar
Artikel, No Komen… Sbb Memang Ianya Sentiasa Menarik Dan Bermanafaat.
Salam.
Theme sebelum ini berat sikit. Apa pun, semoga akan lebih selesa dengan theme ini.
Simple + Clean = Nice.
Tahniah Saudara Zul, theme kali ni very clean and so simple, lagi satu kalau surf dari tempat yang internet slow pun leh open cepat..
Moga bertambah-tambah trafik lagi
..Mohd Yusof..
Terima kasih. Cepat tu ada dua sebab:
1. Sebab theme ini memang loading dia ‘ringan’.
2. Saya pakai plugin WP Cache.
Saya suka theme ni. simple dan jelas.
wah
nice
nampak profesional!
ok je bro..menarik gak theme ni..takde la kompleks sgt..syabas bro!satu lagi kejayaan utk bro smartzul..berjaya menukar theme dgn jayanya..hohohohoho..
yes…go for simple theme. laju sikit bila conn.slow
Salam.. patutla dalam 2 hari ni tk dpt nak buka blog sdra zul, anyway nice theme,simple tp menarik..n yg paling saya suka sx blh buka dgn cepat..congratulations!.
lps ni blh la saya cuba Plugin WP cache,blog saya agak slow untk open,mgkin theme yg saya guna loading dia berat.
Boleh cuba plugin tersebut.
yap. lebih ringan dan luas.
Thanks Titan. Bentuk font theme ni sama dengan blog earncent kan?
yup. font sama.
Daripada yang berikan komen setakat ni, 85% suka dengan theme ni.
Fuyooo…dah tukar theme rupanya… mantop!
Theme free je bro. Dah berkenan yang ni nak buat macam mana. Ada juga beli, tapi yang ni lebih banyak specs yang dimahukan.
korang berdua dah tukar theme. Aku je belum. Masalahnya, kalau aku tukar theme, banyak betol benda lari nanti. Tu yang malas nk tukar tu..
Tau takpe. Blog ni pun ambil masa tiga hari sepenuhnya untuk di’transfer’ kepada yang baru.
Tahniah
not bad.:)
bermakna akan ada update untuk pakej kit blogger
mmg kemas theme
betul la Zul, masa mula buat blog tak terfikir pasal kategori ni. Dah lama baru perasan kategori sikit punya main banyak lagi.. kalau letak kat sidebar, mengalahkan posting kat blog panjangnya
.
Smart!
Phewwwwwwww..mengancam ler theme baru ni zul setelah bertahun aku menunggu blog ni bersalin kulit
konsep yang simple, clean & clear! Aku suka navigasi bahagian sidebar..all ini one tapi kemas & user friendly. Aku rasa theme baru ni sure memenuhi kriteria yang zul cari selama ini..
Colour background biru ni aku rasa dah ok sesuai dengan konsep putih pada bahagian body blog ni. Cuma bahagian logo SmartUsaha.com & tagline tu aku cadangkan perlu ‘diperindahkan’ lagi
apa-apa pon tahniah zul yang paling penting isi perut blog ini tetap menjadi rujukan utama aku!!!
Abgzol, terima kasih.
Bahagian logo tu sedang diusahakan. Dah nak deal dengan sorang designer ni.
Salam SmartZul,
Saya selalu visit blog Zul ni… info menarik… tuan antara yg paling rajin update blog…(kekadang saya suka juga jengok blog saifulsham.. tapi apa cerita depa ya..)… lama blog depa tak update… sibuk kot?..bisnes & kerjaya.. Baru-baru ni saya pun tukar theme blog saya… ehh… samalah kita.. warna putih juga… takpe putih tanda bersih… nabi pun suka warna putih… sunnah tuh.. hehehe…sudi2lah singgah blog saya yg baru 2 bulan je umurnya..hehehe…
Terima kasih.
Tak tahu pula Abg Zaki dah ada blog. Nanti saya pergi lawat.
Saifulsham tu busy dengan offline kot.
Saya suka reka bentuk themes ni cuma
saiz font biar macam dulu.
Begitu juga warna font dan background
elok macam dulu.
Sekarang kena kecikkan mata nak baca
artikel blog ni.
Apa pun tahniah Zul persembahan anda
makin matang.
Thanks Wira.
Saya dah up sikit size bagi bahagian content post.
Salam Cekgu;-)
Nampaknya kita ni ade ‘kimia’ le (chemestry..)hehee. Maksud saya berkaitan permalink, categoy, dan men’simple’kan blog. Itu yang saya lakukan pada blog baru yang sdg saya buat beberapa minggu ini. (klik pada nama saya..)
Setelah setahun belajar blog wordpress, saya dapati ramai pakar berpendapat url perlu pendek. Ada plugin lagi untuk ‘seo url’ dari maxblogpress. Tp saya belum coba,sebab lebih mudah lagi tukar sendiri.
Categoy juga perlu disenarai-pendekkan. Theme perlulah simple pada penglihatan pengunjung tapi tetap menarik.
Ps; terima kasih kerana Zul nasihatkan saya untuk update plugin tempoh hari. Ya bener.. plugin yang outdated akan mengundang maskalah.
Ok Ustaz. Semoga dapat buat semua tu.
Terima kasih.
wah cantik theme baru ni. saya berminat. ni theme berbayar ke?
Theme ni theme percuma sahaja. Berminat ke? Guna la theme yang lain. Bagi unik sikit. Hehe.. :p
blog ni guna la theme camana pun unik ke xunik ker tp pengunjung tetap ramai gak mlawat web nih.hehe.yg penting pelawat senang utk mmmbaca apa yg terkandung dlm web abg zul nih.ko guano bos?hehe
Ya, betul. Yang penting adalah kandungan blog yang bermanfaat.
nice theme…
new look…new environment for the eyes…
hehehehe…
Yeay!!… blog kita guna theme yg sama.. tapi mcm saudara Zul, ianya telah diubahsuai dgn agak bnyk.. Apapun theme nie mmg cantik
Alamak Zaki. Maaf sebab saya tak tahu saudara juga guna theme yang sama.
Saya akan ubahsuai theme ni sikit demi sikit.
Hi, Zul
Sekiranya kita tukar permalink dalam wordpress, ranking dalam google akan jatuh..???
Advise..
Gunakan plugin redirection Dean’s Permalink Migration atau mana-mana plugin yang berkaitan (redirection plugin). Saya ada berikan komen mengenai hal ini di atas. Secara ringkas, plugin ini akan notify google / SE agar ranking tidak jatuh terutamanya pagerank.
Salam Zul tukar theme baru ya…tapi saya suka yang dulu hi hi
apa pun good luck..maybe ramai yang lagi suka isi yang zul nak sampaikan
btul jugak kate taza..pe2pun..isi yg Zul sampaikan tetap menjadi perhatian kami..
Terima kasih hafiz.
theme yg menarik,clean and simple..mmg sejuk jer mate theme baru nie..tahniah Zul..
Salam bro zul.. baru ja register blog tadi.. zero. Harap dapat belajar banyak benda ni sini
InsyaAllah. Terima kasih.
wahh semua dah tukar theme..ni nak kena cari theme baru jugak ni..hehe
Sekarang musim blog bersalin kulit.
simple jek ni. ringan jugak. tp personally sy lbih suke yg lama. apepon, goodluck ^^”
mm… plugin ape utk recent post gerak2 gtu eh?
Vertical Scroll Recent Post:
http://wordpress.org/extend/plugins/vertical-scroll-recent-comments/
Wah…cantik bro…boleh bagi tips sikit terutama yang header tu!
Header? Nak tahu pasal apa? Design?
Ya..bro..tips settingnya.
Header tu ada dua cara nak letak:
1. Guna theme yang sedia ada didatangkan dengan imej header. So kita perlu edit saja imej tu.
2. Kalau theme tu tak ada imej header, kita kena coding sikit dalam file-file theme macam file style.css dan header.php.
waaa..cantik design header tu Zul.. :p
Hehehe.. Ada la orang designkan.
hehe..cam hasil kerja orang yang puji tu je..hik3..
sempoi la theme baru ni, saya pun baru tukar theme, sebelum ni punya ade problem..lepas tu saudara ijad dengan saudara zul pun dah tukar theme, terus saya join..
Salam Zul,
Kalau dh tukar permalink camne
nak update semula kat SE google.
Kekadang bila tukar saya test satu
keyword di google bila klik jadi error page sbb
berbeza dgn link sebelum ni.
Atau google akan update secara auto
bila crawler datang ke blog kita.
Sekian Terima Kasih
Salam Wira,
Gunakan plugin permalink redirect. Ada beberapa plugin. Saya guna Dean’s Permalink Migration.
http://wordpress.org/extend/plugins/permalinks-migration-plugin-for-wordpress/
Ada orang guna plugin tu tak jadi. Mungkin konflik dengan versi WordPress atau plugins lain yang digunakan. Jadi cuba cari plugin lain jika yang atas tu tak jadi.
Settingnya amat mudah.
1) Aktifkan plugin.
2) Masuk ke bahagian setting plugin dan masukkan permalink yang digunakan sekarang. Biasanya ia dah siap sedia dimasukkan. Then klik Ok/Save Changes.
3) Masuk ke bahagian Permalink Setting & setkan permalink terbaru.
Hasil penelitian saya didapati, katakan link sebelum ini berada di tempat pertama di senarai carian di google, ia akan tetap berada di situ walau kita telah ubah permalink. DENGAN SYARAT kita mesti letak setting 301 pada htaccess. Salah satu cara termudah untuk set 301 adalah dengan guna plugin. 301 ni bermaksud kita nak bagitahu google bahawa permalink telah berubah. Jadi dari segi SEO, mereka tidak akan jatuhkan ranking kita.
So kalau klik url sebelum ini, plugin tu akan redirect ke permalink terbaru. Boleh tengok contoh link berikut:
http://blog.smartusaha.com/teknik-pemasaran/2009/01/kit-blogger-resell-rights/
Ia akan dibawa ke:
http://blog.smartusaha.com/kit-blogger-resell-rights/
Nasihat saya: Pastikan telah buat keputusan muktamad sebelum menukar permalink. Nanti mahu kembali kepada yang lama atau ubah lagi, banyak kerja pula.
Terima kasih atas tunjuk ajar
yg detil Zul.
Semoga anda terus maju
di masa hadapan.TQVM
Sama-sama Wira. Semoga membantu.
themes yang menarik,sempoi
Terima kasih mancai.. Kalau ada pendapat, dipersilakan.
Lawa theme baru ni zul.. sedang mata memandang. Saya maybe akan tukar theme lagi kot. Tengah testing theme yang sesuai.
Tukar permanent link memang efek ranking. Pernah terjadi masa saya tukar theme untuk theblogrevenue.com. Banyak backlink hilang.
Tapi saya rasakan saya perlu tukar juga untuk masa depan. Hasilnya visitor meningkat & lebih banyak artikel tersenarai di enjin carian.
Yang penting, kena rajin update untuk tarik repeating visitor.
Selamat maju jaya zul!
Thanks Sham.
Pasal permalink sebenarnya saya “pejam mata” je kalau ada apa2 efek. Memang dah tekad nak tukar.
Cantik juga theme baru ni, clean dan agak tersusun.Tahniah.
nice theme.. sy tertarik dgn icon service yang stay kat outside this blog.. macam mana buat tu yek?
Oh, itu pakai plugin berikut:
http://wordpress.org/extend/plugins/cute-profiles/