Perbezaan Marketing, Promotion dan Selling

Marketing (Pemasaran) – Bukan hanya sekadar melakukan promosi dan pengiklanan. Marketing adalah proses mengenal pasti pasaran (sasaran pelanggan), produk yang perlu dijual, kajian demografik, kajian trend semasa, penentuan harga, lokasi yang strategik, kempen promosi dan sebagainya.

Promotion (Promosi) – Adalah salah satu daripada komponen pemasaran (marketing). Proses promosi adalah bertujuan untuk memberitahu kepada pelanggan sasaran mengenai produk dan bisnes kita. Salah satu contoh kaedah promosi adalah pengiklanan (advertising).

Selling (menjual) – Ia adalah proses menjual atau mendapatkan pelanggan. Ia dilakukan oleh bahagian jualan (sales) dan juga agen-agen jualan.

Marketing dan Sales mempunyai jabatan yang berbeza dalam sesebuah organisasi. Jabatan sales dan anggotanya bergantung sepenuhnya kepada bahagian pemasaran kerana tugas mereka hanya mendapatkan jualan setelah pihak pemasaran melakukan promosi.

Istilah-istilah yang disebutkan di atas adalah marketing, promotion, selling dan advertising.

Latihan: Sekarang, tuan puan baca sekali lagi dan fahamkan artikel di atas. Kemudian catat istilah-istilah itu dan tulis kembali maksudnya. 🙂

Memahami dengan baik perkara asas akan memudahkan usaha perniagaan kita.

Dapatkan tip-tip ringkas secara percuma terus di facebook!
KLiK! –> https://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Perbezaan Marketing, Promotion dan Selling

  1. Marketing ialah tahu kepada siapa mahu menjual. Promotion ialah pujukan supaya dia membeli. Selling ialah sediakan produk apa yang mahu dia beli. Betul atau tidak kefahaman saya ini?

  2. Lagi kita memberi lagi besar pulangannya.

    Ketiga-tiganya masih di bawah satu bumbung iaitu perniagaan. Walaupun berbeza tapi perlu digerakkan bersama-sama.

  3. marketing dan promotion tu mungkin sedikit mengelirukan…..^_- berbeza rupanya marketing dan promotion….dari segi terjemahan macam sama sifat jer..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *