Peraturan Melakukan Pertandingan Like di Facebook

Pertandingan LIKE gambar dan apa jua jenis pertandingan yang menggunakan fungsi-fungsi di Facebook adalah tidak dibenarkan. Bermaksud, tidak boleh gunakan apa jua fungsi yang ada pada FB Page ataupun Personal Profile untuk tujuan pertandingan (seperti fungsi Like, Photo, Video dan lain-lain).

Kedua, mengumumkan senarai pemenang di Facebook seperti di ruangan status juga adalah dilarang, sebaliknya jika menggunakan aplikasi (canvas), ia diizinkan.

Contoh senarai pemenang melalui aplikasi:

Maggi: https://www.facebook.com/MaggiMalaysia/app_258515864186532

CIMB: https://www.facebook.com/CIMBMalaysia/app_285738514793932

Pihak Maggi contohnya, hanya umumkan secara ‘general’ sahaja pada bahagian Post tanpa senarai pemenang, sebaliknya senarai pemenang diletakkan pada bahagian apps seperti contoh di atas.

Contoh pengumuman di bahagian post:

https://www.facebook.com/MaggiMalaysia/posts/324106850978504

Pertandingan yang diizinkan adalah dengan menggunakan aplikasi FB (apps). Banyak syarikat di Malaysia yang gunakan cara ini seperti CIMB, MAGGI, FAB dan banyak lagi.

Jadi, salah satu cara untuk meneruskan pertandingan seperti pertandingan Like gambar adalah dengan menyediakan platform (iaitu aplikasi FB) kepada peserta untuk submit gambar dan proses undian, tanpa menggunakan fungsi Like dan apa sahaja fungsi FB yang lain. Kiraan undian adalah sepenuhnya menggunakan aplikasi/sistem yang kita gunakan.

Begitu juga dengan peraturan-peraturan (terma & syarat) pertandingan yang perlu diikuti oleh peserta, ia juga perlu dinyatakan pada bahagian aplikasi.

*Aplikasi juga dikenali sebagai “landing tab”.

___

  • You must not use Facebook features or functionality, such as the Like button, as a voting mechanism for a promotion.
  • You must not notify winners through Facebook, such as through Facebook messages, chat, or posts on profiles (timelines) or Pages.

Sumber: https://www.facebook.com/promotions_guidelines.php

Apps: https://developers.facebook.com/docs/guides/canvas/

Lain-lain: https://www.facebook.com/brandpermissions/index.php

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Peraturan Melakukan Pertandingan Like di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *