Perancangan Bisnes 2018. Apa Perlu Buat?

Setiap kali menjelang tahun baru, kebanyakan usahawan akan mula merancang untuk ‘berubah’ sama ada diri mereka sendiri ataupun bisnes yang mereka lakukan.

Apa yang saya dapati, kebanyakan perancangan itu hanya tinggal kenangan. Kertas kerja hanya jadi hiasan, paling teruk hilang entah ke mana. ^_^

Pengalaman saya juga begitu. Sejak 2005 hinggalah 2017 (12 tahun), saya banyak lalui perkembangan diri dan bisnes. Saya banyak belajar daripada kesusahan, kesilapan dan pengalaman berharga.

Dan inilah yang saya ingin kongsikan apakah yang boleh dilakukan pada tahun 2018 atau setiap kali tahun baru (baharu?).

Sebenarnya, tidak perlu pun perubahan baru yang besar atau mendadak. Kebanyakan perancangan baru akan lagi menyusahkan, bukan menyenangkan kerana ‘kononnya’ mahu jadi lebih bagus dan lebih extraordinary.

Yang hanya perlu dilakukan adalah apakah yang paling perlu diubah dan menyediakan perancangan yang lebih jelas dan mudah dilaksanakan. Kita tidak perlukan apa-apa yang paling baharu. Kadang-kadang yang kita sudah ada pun sudah memadai untuk digunakan bagi menghadapi cabaran baru.

Saya tidak nafikan setiap bisnes yang sudah capai hasil yang membanggakan perlu membina cabaran yang baru. Artikel ini adalah untuk mereka yang masih dalam perjalanan ke puncak. Yang sudah jauh berjaya, ciptalah cabaran baru. Itu caranya.

Jadi, bagaimana yang masih sedang berusaha?

Mudah sahaja. Senaraikan apakah ruang dan perkara yang paling perlu perbaiki (improve). Kemudian senarai pendekkan perkara yang paling LEBIH UTAMA untuk diperbaiki agar bisnes boleh dapat lebih hasil.

Maksudnya di sini, perbaiki benda-benda kecil yang boleh berikan impak yang besar. Sebaliknya kadang-kadang rancangan besar-besaran tapi impaknya kecil.

Selamat mencuba.

p/s. SmartUsaha masih wujudkah? Masih! Cuma kami banyak bekerja di belakang tabir dan kurang ‘update’ blog. Kami fokus projek-projek lain. Doakan SmartUsaha kembali dengan lebih smart!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *