Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perancangan 2009

Tahun 2008 sudah semakin hampir kepada tirai penutupnya. Tahun 2009 akan menjelma dan ‘buku baru’ akan dibuka oleh sesiapa sahaja..

Begitu juga saya dan perniagaan yang sedang saya usahakan ini. Di akhir tahun ini, ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan di samping merancang untuk tahun hadapan.

Luangkan Masa Untuk Perancangan

Tanpa perancangan, segalanya hanya akan jadi sebuah permainan. Di dalam perniagaan, perancangan amat penting sekali. Perancangan kerja, projek, kewangan dan juga pengurusan.

Walaupun bisnes SOHO hanya dilakukan di rumah sahaja, namun jangan melihat ia sebelah mata sahaja. Kita perlu belajar asas akaun, pengurusan kewangan dan juga pengurusan perniagaan. Beli buku berkaitan dan juga sertai kursus-kursus yang perlu.

Andaikata tahun 2008 ini tidak banyak pencapaian yang anda perolehi, jangan melihat ia sebagai kegagalan. Tetapi lihatlah ia sebagai satu PROSES pembelajaran yang akan menjadikan anda lebih matang.

Saya sendiri pun, sehingga kini begitu banyak juga kesilapan demi kesilapan yang telah dilakukan. Namun saya tidak lihat ia sebagai petanda yang saya perlu berputus-asa atau berhenti daripada usaha ini.

Sebaliknya, itu semua adalah PENGALAMAN yang amat-amat bernilai. Semakin saya mengalami kegagalan, barulah saya faham erti kepentingan kegagalan tersebut. Semakin banyak kita gagal, kita semakin matang, berfikiran jauh, kental dan berani.

Saya amat yakin, dengan beberapa ‘kegagalan’ saya pada tahun ini, semua itu akan memberikan hasil yang berkali ganda pada tahun hadapan. InsyaAllah.

Bagaimana pula dengan anda? Pastikan kesilapan yang dilakukan atau kegagalan yang dialami dijadikan sebagai satu batu loncatan untuk anda mencapai kejayaan.

Selamat berjaya dan kita jumpa semula di tahun 2009!

Wassalam.

Pengumuman:

1. Pakej Kit Blogger: Saya akan hubungi mereka yang terlibat dan akan umumkan pelancaran versi kemaskini nanti.

2. Saya akan ‘bercuti’ seminggu dua pada bulan Disember ini daripada menulis di blog. Mungkin sehingga hujung tahun ini. Ke mana saya? Tak ke mana. Banyak kerja akhir tahun yang perlu disiapkan.

Harap maklum.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Incoming search terms:

  • CONTOH BLOG PERANCANGAN MASA HADAPAN
  • perancangan keusahawanan
  • perancangan pengurusan perniagaan
  • perancangan masa hadapan perniagaan
  • perancangan masa hadapan usahawan
  • perancangan usahawan berjaya

24 Responses to “Perancangan 2009”

  1. zool says:

    Betul tu..
    Saya akui banyak kegagalan..
    Dan banyak yang belum bermula lagi…
    Sekarang ni tengah buat sikit draft tentang projek2 yang boleh dilaksanakan tahun 2009.
    Tengah fokus kepada beberapa perkara penting..

  2. maser says:

    Setakat ni saya ada 2 blog,blog pertama masih gagal mendapatkan pendapatan.. dan blog yang kedua berjaya menghasilkan pendapatan..
    walaupun blog kedua tak banyak pengunjung yang masuk.. tapi peluang mereka untuk mendapatkan perkhidmatan saya adalah 80%.. jika dulu saya tidak mempunyai blog…agak susah untuk mendapatkan client melalui internet sebagai part time job ,tapi dengan adanya blog yang dibina hasil panduan kit blogger,ternyata saya mungkin boleh kawin tahun depan….

    Bagi yang masih belum berjaya.. terus berusaha mencari peluang

    Maser

  3. mymotivasi says:

    Kegagalan adalah Guru yang akan membimbing kita utk bangkit menuju sukses. :)

  4. olie says:

    Banyak juga yang telah saya lalui pada tahun 2008 ini, yang memberikan ‘mesej’ berguna untuk saya pada tahun 2009 nanti.

  5. Raymond Chua says:

    Saya sudah bersedia dan mengalu-alukan kedatangan tahun 2009. :)

  6. nuwa says:

    Semoga 2009 membawa sinar kejayaan kepada semua..

  7. afas says:

    ehm..insya-Allah. Tahun baru akan lebih hebat berbanding tahun-tahun lepas. :)

  8. Maizul says:

    Harap segala azam Zul untuk tahun ni tercapai…. yang mana belum tercapai tu kene bawa kehadapan la jawangnya.

  9. KampungBoy says:

    Bnda mudah aje. Buang yang keroh, amik yang jernih. Masih belom terlambat lagi menuju puncak !!!

  10. Nik says:

    Selepas baca artikel zul ini,..bersemangat pula saya untuk membuat perancangan pada tahun 2009 nanti..saya akui dalam tahun 2008 ini,pencapaian dalam perniagaan internet yang baru saya jalankan boleh di kategorikan belum “berkembang” lagi…

    Insyallah,dengan adanya perancangan nanti,semoga perniagaan kita sama-sama terancang dan mengancam….

    Try & error =mematangkan saya dalam perniagaan internet..

  11. yuzmir says:

    Tahun 2008 adalah tahun percubaan bagi saya…
    Tahun 2009 mungkin sebagai tahun ke arah matlamat saya…
    Tahun seterusnya???harap2 positif… : )

  12. usri says:

    Perancangan mmg perlu dibuat utk tahun tahun seterusnya. Pastikan kita semua mempunyai azam baru.

  13. hafiz-ahmad says:

    Nasihat Zul tentang kegagalan dan azam 2009 memberikan kekuatan kepada kami semua untuk terus berjuang.Saya ucapkan kejayaan untuk Zul dalam semua aspek kehidupan.

  14. titan says:

    tahun ni. ada pahit dan manis. ada lebih banyak gagal dari yang berjaya. tak apa. cuba lagi..

  15. tahun ni merupakan tahun permulaan aku dengan Pakej Lumayan… Tahun depan aku nak kuat kan promosi untuk capai target jualan 100 unit…

  16. hafiz says:

    tahun 2008 ada 20 perancangan, 10 dapat dilaksanaka, 8 yang gagal….hanya 2 saje yang berjaya.

  17. perancangan penting suapaya tak overload information

  18. Halim says:

    Semoga tahun 2009 membuka lembaran baru yg lebih bermakna

  19. Halim says:

    Semoga tahun 2009 membuka lembaran yg baru

  20. Sazfung says:

    Akhirnya…. Untuk menghadapi tahun baru ni saya telah berjaya menyiapkan blog yang pertama berdasarkan panduan Pakej Kit Blogger pada pukul 7 pagi tadi selepas berusaha selama 8 jam tanpa henti (x tido). Marilah sama-sama kita tanam azam baru 2009.

  21. Shueqry says:

    Salam Zul, apa khabar? Lama dah saya tak masuk blog ni.

    Bagi saya pula, matlamat 2009 dah tertulis kemas, siap ngan pelan perancangan untuk 12 bulan sepanjang 2009.

    Sepanjang 2008, saya banyak melakukan kesilapan tapi kesilapan itulah mengajar saya apa yang saya tak tahu, Kesilapan itu juga yang membuat saya tahu apa yang orang lain tak tahu.

    Benar kata pujangga, ada hikmah disebalik musibah.

    LiveStrong!

  22. palihapiz says:

    yer!! memang banyak yang terjadi 2008 ni, dari takder blog dah ader. dari zero blogging dah ada ilmu.

    memang berbaloi juga melabur kat bloggingstep. banyak kena sabar. mata jangan cakap, kalau robot memang 24 jam kat komputer (sebab nak cari informasi, boleh jadi addict) sampai kekadang ada yg amik hati ;)

    Apapun lama2 pandai biasakan diri, dah boleh bagimasa. lama jugak xupdate bloggingstep, update yg lepas pun tak update. forum support pun lama gak x masuk, ada jugak sikit2 nak tanya gak ni.

    selamat datang 2009.

  23. saramsak says:

    saya rasa perancangan saya utk 2009 ialah menjayakan perancangan sya pada tahun 2008…huhuhuh…

    bnyk kesilapan yg telah saya lakukan pada 2008…
    saya tahu dan minat mengenai IM & IB sudah lama…tetapi tiada tindakan yg serius telah saya ambil…

    walaupon perancangan tu sudah ada, tetapi disiplin tu perlu ada…
    x guna kalau ada perancangan yg detail kalau tiada disiplin (Contohnya saya sendiri :p)
    sekarang saya dah belajar dari kesilapan dan ingin merubah hidup menjadi lebih baik hari demi hari…
    doa2 dari anda semua amatlah dihargai… :)

    Jadi yg paling utama utk berjaya ialah….DISIPLIN

  24. khadijah says:

    salam. matlamat dan perancangan memang perlu untuk memastikan kita seorang usahawan yang berjaya. Tambahan pula dengan ekonomi yang tidak menentu kita harus membina tapak dari sekarang agar lebih fleksibel dengan setiap situasi. Sama2 la kita merancang ke arah kebebasan kewangan.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)