Penyertaan Agen Baru Untuk Program Affiliate KitBlogger Ditutup

Sekadar makluman kepada semua,

Saya telah menutup penyertaan untuk agen-agen baru bagi program affiliate KitBlogger saya di http://bloggingsteps.com/kit/agen.

Penutupan ini kerana jumlah penyertaan sudah banyak dan saya akan ‘melatih’ agen-agen sedia-ada ini untuk promosi dan pemasaran bagi produk affiliate saya (ebook panduan wordpress).

Saya hanya tidak mahu melihat kepada banyaknya kuantiti agen tetapi saya lebih suka melihat kepada kualiti. Jelas, begitu ramai agen-agen yang tidak bertindak dengan konsisten dan efektif untuk promosi produk bagi program affiliate ini.

Analisis Program Affiliate : “Kenapa Komisen Aku Sikit?”

Saya baru sahaja membuat bayaran komisen kepada agen-agen program affiliate saya untuk bulan kedua. Kali ini, jumlah jualan ebook oleh agen meningkat sedikit tetapi secara purata setiap agen hanya membuat satu sale sahaja iaitu RM15 untuk satu jualan dan paling tinggi adalah 2 jualan. Kenapa ini berlaku?

Daripada pemerhatian saya, kebanyakan agen hanya bersungguh di saat awal sahaja dan hanya melakukan satu atau dua cara promosi sahaja dan ini merupakan satu kesalahan yang perlu diketahui ramai. Dalam perniagaan, jangan hanya menghabiskan banyak masa dengan hanya satu cara dan cara-cara lain tidak diguna-pakai.

Antara sebab lain kurangnya ‘sales’ yang dilakukan oleh agen adalah, mereka tiada ghairah yang tinggi dalam mempromosikan produk. Ini disebabkan salah anggapan mereka bahawa, produk yang dipromosikan bukan produk mereka, tetapi produk orang lain. Memang betul, tetapi program affiliate di internet coraknya lebih kurang sama dengan agen di dunia konvensional (offline). Perhatikan, seorang agen atau pengedar berdaftar syarikat MLM. Mereka akan melakukan apa sahaja cara untuk membuat jualan bagi produk syarikat MLM yang mereka sertai + menaja orang baru. Mengapa mereka ghairah (bersungguh)? Sebab mereka sudah menjadi satu entiti bagi syarikat tersebut dan menganggap itulah produk mereka..

“Tanpa ghairah (kesungguhan), susah untuk mencapai sesuatu target..”

Fokus. Ramai yang tidak fokus… Di blog atau laman webnya, begitu banyak produk affiliate. Produk ubat kuat, produk ebook, produk itu dan ini, semua ada dan bermacam-macam jenis. Saya pernah menyatakan, jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet, anda mesti fokus kepada satu bidang untuk satu laman web. Dalam kata mudahnya : NICHE.

Caranya mudah, jika produk affiliate anda mengenai blog (seperti ebook panduan wordpress), maka wujudkan satu laman web atau blog yang membicarakan mengenai tips-tips yang berkaitan dengan blog atau perniagaan internet, iaitu topik yang berkaitan yang ada kena mengena dengan blog. Jangan cuba sesekali melanggar ‘hukum’ ini kerana niche sudah terbukti berkesan dan memberikan keuntungan yang besar. Tidak susah bukan? 😉 Ken Evoy dalam ebooknya “The Affiliate Master Course” ada mengatakan, “..Online, people search for solutions through information, information, information. So, build a tightly-niched Theme-Based Content Site..“. Ya, pengguna internet mencari maklumat, dan anda perlu ‘menarik dan memujuk’ mereka dengan cara yang efektif agar membeli produk affiliate yang berkaitan.

Pengetahuan. Sudah semestinya jika ingin berjaya, kita perlu belajar dan belajar. Membaca, mengkaji, berbincang, belajar, bertanya, lakukan semua ini. Untuk program affiliate, saya rekemenkan anda membaca ebook ini iaitu “The Affiliate Master Course” untuk mempelajari teknik yang berkesan untuk program affiliate secara langkah demi langkah. Boleh download di sini: http://aff-masters.sitesell.com. Di akhir ebook itu ada satu kata-kata, “How to succeed? Try high enough” – Marcom Forbes. 🙂

Produk. Tiada produk yang terbaik di atas muka bumi ini, tetapi apa-apa produk sebaik mungkin perlu sentiasa dikemas-kini dan dihasilkan dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu. Untuk produk saya iaitu Ebook Panduan WordPress, saya telah membuat kajian terlebih dahulu sebelum menghasilkan ebook ini di dalam Bahasa Melayu. Point utama di dalam kajian adalah PERMINTAAN. Didapati, begitu ramai yang ingin membina blog menggunakan sistem wordpress tetapi tiada satu pun rujukan mudah dan berlangkah di dalam Bahasa Melayu.

Di sisi kajian lain, didapati ada beberapa pihak juga yang sedang dan sudah menghasilkan ebook topik yang sama TETAPI saya dahulu yang berjaya mendominasi peluang ini. Apakah point di sini? Ternyata, ramai juga yang melihat adanya permintaan terhadap panduan membina blog wordpress dan mereka mula menghasilkan panduan untuk ini. Inilah cara kajian pasaran iaitu melihat kepada sisi permintaan oleh mereka yang memerlukan dan juga pesaing. Jika kedua-dua sisi ini wujud, maka ia salah satu petanda adanya peluang menghasilkan keuntungan bagi permintaan tersebut. Akhirnya, ebook panduan wordpress (pakej kitblogger) sayalah yang pertama di dalam bahasa Melayu.. 😉

Maka, teruskan usaha anda (bagi agen yang telah berdaftar) untuk promosi ebook ini. Saya amat yakin, walaupun sekarang pasaran internet di Malaysia untuk bahasa Melayu masih perlahan, kelak insyaAllah suatu anjakan akan berlaku dalam bidang perniagaan internet ini di Malaysia. Dan, sudah pasti blog amat diperlukan untuk pemasaran dan ‘jalan pintas’ untuk cepat membuat blog adalah merujuk ebook yang mengajar langkah demi langkah.. Inilah yang ebook saya berikan dan ia terbukti ramai yang berjaya membina blog sendiri dalam waktu yang singkat. Selain itu, saya sentiasa memikirkan pelbagai strategi agar ebook saya ini antara yang terbaik dan boleh menyaingi produk ebook pesaing yang lain.

Jangan ambil remeh akan hal ini. Saya berikan anda komisen RM15 untuk satu jualan ebook! Ia agak besar juga nilainya. Jika anda berjaya membuat 10 jualan, anda dapat RM150, dan jika membuat 20 jualan, anda menghasilkan RM300. Tanpa perlu urus pembeli, tanpa perlu pening memikirkan sokongan kepada pembeli, tanpa perlu melayan emel-emel pertanyaan, tetapi anda sebagai agen hanya perlu mempromosikan link affiliate anda sendiri. Itu sahaja! Maka, tingkatkan kemahiran anda dalam bidang affiliate ini iaitu salah satu cabang perniagaan internet yang mana sudah ramai yang berjaya. Mana tahu, anda kelak menjadi seperti Rosalind Gardner? Beliau begitu berjaya dalam bidang perniagaan affiliate ini..

Apa yang saya tulis di atas bukan hanya untuk produk saya sahaja, tetapi jadikan panduan tersebut untuk mana-mana program affiliate sekali pun.. Banyak lagi nak tulis, tetapi lain kali pula lah yer. Semoga berjaya.

Sekian.

PS. Jumpa saya dan Sham RajaAdsense di UKM Bangi pada 27/1/07 ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.. Jumpa kami di bengkel perniagaan internet itu dan anda akan mendapat ebook panduan wordpress saya dan Panduan Google Adsense secara percuma + pelbagai ‘tools’ yang lain!

PPS. Saya berjaya juga akhirnya membuat 10 jualan untuk ebook Panduan Google Adsense dan mendapat bonus RM50.00 (total komisen = RM150). Terima kasih Sham! 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Penyertaan Agen Baru Untuk Program Affiliate KitBlogger Ditutup

  1. Rasanya zul dah 3 kali dapat bonus RM50 dari Affiliate Raja Adsense.. Bulan ni RM420 komisen telah dibayar pagi tadi. All the best kepada semua affiliate yang berjaya..Kepada yang tak berjaya terus berusaha! Affiliate pun dah mencapai 700 orang..Saya akan tutup bile dah ada 1000 orang affiliate.. Lagi 3 bulan untuk Rajaadsense.com menyambut ulangtahun yang pertama.

  2. zul, tq for tips.
    tahniah di atas komisen drpd sham, semoga zul terus dimurahkan rezeki.

    betul apa yg zul coretkan hari ini, buat masa skrg, saya akui kesilapan saya buat promosi utk affiliate ebook zul, namun sbg “part time” ebiz, saya redha. tapi slps bulan mac 2007 nanti, saya akan mulakan strategi baru utk promosikan affiliate zul tersebut,
    dan tumpuan saya setakat hari ni ialah; menulis di blog saya sambil menaikkan trafik blog ini. takper kan zul?

  3. Tahniah Zul kerana dapat jumlah komisen byk mcm tu . 🙂

    Saya sangat teruja melihat anda berjaya dalam bidang affiliate.

    Sebenarnya saya pun baru lagi dalam bidang affiliate dan banyak mencuba beberapa kaedah dari ebook2 yang saya baca tapi belum menampakkan hasil..mungkin kaedah yang saya gunakan salah atau ada perkara yang tertinggal yang belum saya lakukan.

    Saya harap, bila Zul dah mula fokus dengan agen2nya, saya dapat mempelajari sesuatu dan berjaya dalam bidang affiliate.

    Thanks for your commitment, Zul!

  4. hurm..post ini membuatkan saya terfikir, adakah sesuatu produk hanya ‘panas’ untuk sementara waktu sahaja? mungkin ya nampaknya, Oh ya zul, kalau boleh installlah plugin subscribe to comment– (maaf, link ke blog saya).

    InsyaAllah mudah sket untuk buat perbincangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *