Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet

Kerjaya sebagai seorang usahawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan komputer sebagai pejabat peribadi mereka. Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan.

Jangan sangka bekerja di bawah bumbung yang terlindung dari cahaya matahari dan sentiasa berhawa dingin bermakna anda akan sentiasa selamat. Tahukah anda bahawa di sebalik ruangan pejabat anda yang selalunya cantik dan tersusun kemas sebenarnya tersembunyi ancaman penyakit yang boleh membahayakan kesihatan?

Buat anda yang berkarier sebagai usahawan internet dan banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, telitikan beberapa penyakit di bawah dan lihat samada anda berpotensi untuk mengidapnya atau tidak:

Batu karang

Sering berlaku kepada anda yang mencari info di internet atau idea datang mencurah-curah semasa menulis di blog akan abaikan apabila terasa mahu membuang air kecil. Selalunya mereka akan terus ke tandas apabila terasa benar-benar mahu menunaikan hajat tersebut tetapi ini boleh mengundang bahaya yang amat besar iaitu penyakit batu karang.

Gastrik

Gastrik berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur. Mungkin anda terlalu ‘excited’ dengan satu-satu projek untuk disiapkan sehingga mengabaikan makan dan minum. Kebanyakan mengganggap makan tidak teratur itu tidak mengapa asalkan hati menjadi puas dan akan mengambil makanan apabila betul-betul lapar.

Ini adalah satu perkara yang sering berlaku tanpa kita sedari dan boleh mengundang bahaya penyakit gastrik dan menjadikan kita tidak terurus dari segi pengurusan masa.

Gangguan penglihatan

Tumpuan mata ke arah komputer dalam tempoh yang lama sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan mata. Penumpuan ke arah skrin komputer menyebabkan anda jarang mengerdip mata. Semakin kurang anda mengerdip mata maka semakin kering keadaan mata anda.

Keadaan mata yang kering berpanjangan juga boleh menyumbang kepada risiko kebutaan. Selain itu penumpuan terhadap komputer dalam jangka masa yang lama mungkin menyebabkan mata anda berair dan perlahan-lahan mata akan menjadi kabur. Ia dikenali ‘computer vision syndrome’.

Tanda anda mengalami masalah ini adalah sering sakit kepala, sukar menumpukan perhatian, terasa hendak muntah dan juga sakit perut. Elakkannya dengan merehat mata sejenak selepas setiap setengah jam anda berhadapan dengan skrin komputer. Alihkan pandangan anda pada satu sudut jauh dan dekat di luar jendela secara berulang kali, pandang pemandangan yang hijau dan sebagainya.

Stres atau tekanan

Bagi wanita yang berkarier sebagai usahawan internet sememangnya lebih berisiko untuk menghadapi stres. Urusan kerjaya anda, urusan rumah tangga dan anak-anak sering kali menyebabkan ramai wanita tertekan. Awasi jika anda sering sakit kepala, jantung berdegup kencang, sakit leher dan pelbagai simptom lagi.

Ini sebenarnya petanda anda dalam keadaan stres. Rentetan daripada stres yang dialami anda mungkin mengalami gangguan kesihatan dan menyebabkan penurunan prestasi kerjaya anda.

Sukar tidur

Ia adalah lanjutan daripada masalah stres yang anda alami. Sekiranya anda sukar untuk melelapkan mata selama lebih dua minggu bermakna anda mengalami insomnia. Kekurangan tidur menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Prestasi kerja anda juga makin menurun kerana tumpuan anda lemah selain daya tahan tubuh yang makin berkurang.

Oleh itu, tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

Senaman

Adakah anda cepat berasa letih? Jika ya, ini bermakna anda perlu meneliti semula rutin harian anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walaupun sesibuk mana pun rutin harian anda sebagai usahawan internet, anda tidak seharusnya lupa untuk bersenam.

Tidak bersenam bukan sahaja akan membuat kesihatan tubuh anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekaligus nampak tidak bermaya. Ini boleh mengurangkan prestasi anda daripada mendapatkan idea yang segar.

Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam. Antara senaman senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah :

1. Menaiki tangga – sekiranya rumah anda atau tempat kediaman anda ada tangga, anda boleh lakukan ini secara berulang-ulang kali.

2. Skipping – ‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging.

3. Berkebun atau mencuci kereta – ini adalah salah satu aktiviti riadah yang boleh menyihatkan badan anda. Kalau boleh amalkan aktiviti ini bersama keluarga.

4. Senamrobik – senamrobik adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang telah diamalkan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Mulai sekarang apa kata cuba amalkan aktiviti ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Kesihatan anda adalah aset utama anda. Kekayaan harta benda tidak mempunyai makna sekiranya kesihatan anda terabai. ‘Kesihatan Asas Kehidupan’

================================

Penulis artikel, Mohd Rozmie (JimieRay) adalah pengasas Blog JagaKesihatan.com di http://tips.jagakesihatan.com. Dapatkan “tip, nasihat dan panduan kesihatan” secara percuma di blog tersebut setiap minggu. Beliau akan menerbitkan artikel di blog tersebut pada setiap hari Isnin dan Khamis. Dapatkan juga ebook secara percuma (panduan kesihatan) di http://www.jagakesihatan.com.

================================

Nota 1: Anda boleh mengambil artikel ini dengan syarat tidak membuang atau mengedit mana-mana bahagian di dalam artikel ini. Dan anda juga mesti meletak info mengenai penulis asal artikel ini.

Nota 2: Peluang untuk memenangi hadiah yang menarik dan lumayan. Dapatkan info selanjutnya di http://www.jagakesihatan.com.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

37 thoughts on “Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet

  1. Memang betul apa yang zul katakan..

    Penyakit tersembunyi ni akan datang secara perlahan-lahan dan mengambil masa. Kesannya hanya akan nampak dalam tempoh yang panjang..

    Kesihatan diri sendiri perlu dijaga.. amalkan 5 M 😆

    1. susah juga nak hindarkan bila dah jadi habit,en dlie. Saya bila mengadap komputer,berjam-jam. Cuma setiap sejam atau setengah jam,saya akan baring sekejap tak pun jalan-jalan minum air. Risaukan mata je

      1. saya dah menghadap komputer memang dah tak bergerak dah pungung ni…hehe
        air dah sedia kat tepi saya…sebotol besar…
        telifon pun duk tepi…hehe
        boleh kata, semua duk tepi saya…hahaha

        han

  2. slmt tgh hari zul,
    hari cakap pasal kesihatan pula…hehe
    bagus juga tu…
    memang betul ramai yang sampai terlupa makan semasa menghadap komputer tu…
    mcm saya ni…hehe..

    han

        1. saya biasanya breakfast kul 10pg ( jimat skit ..bukan bangun lambat ek 😆 )

          launch plak jam 5 ptg.

          iu le time makan saya

          ps: boleh jadi ahli sufi ni..hohoho..baru sekrang faham apa itu makan bila perlu

        1. Agaknya gitulah.

          Memang kena pakai jenis kanta ekstra nipis. Kalau tidak, terlalu berat sampai cermin mata tak seimbang. 😮

          Pernah sekali bilik saya terkunci dan cermin mata ada kat dalam.

          Memandangkan masa tu Tahun Baru Cina, masih banyak jiran yang belum balik lagi, jadi tak leh lah minta pertolongan.

          Akhirnya kena pandu kereta untuk cari tukang kunci dalam keadaan separuh buta tu. 😀

          Masa tu belum tahu Law of Attraction lagi.

        2. Takde ke tips nak kurangkan masalah penglihatan bila terlalu lama menghadap komputer? maybe ada alat menapis cahaya monitor ke… Atau kene pakai “sunglass”? 🙂

  3. 1 lg nak tambah,
    sindrom lewat solat…
    hehehe
    mmg melanda especially bila leka mengadap komputer.
    kdang2 2 solat isya pukul 1 pg..
    solat2 lain confirm hujung2 waktu…
    effek 2 pd kesihatan…kesihatan rohani 😎

  4. Hoo…. Saya baru baca tajuk, dan perenggan pertama “Batu Karang”, saya dah tak sabar nak komen.

    Angle yang bagus, kreatif dan idea yang unik. Keep it up!

    Nak gelak ada, nak insaf pun ada baca.. Tapi memang bernas dan bagus! 🙂

    Sabri

  5. Benda selalu jadi adalah nak terkencing tapi tahan sebab excited nak siapkan projek.Tambah pulak projek tu baru jer dapat.memang pulun abis la 🙂
    Zul bagi cadangan tentang penyakit dan senaman,kalau berkesan boleh buat ebook ni.Amacam? hehehe.cadangan jer 🙂 💡

  6. Batu Karang? Dulu adalah saya terpaksa pegi klinik dalam pukul 5.30pagi sebab belakang pingang saya sakit sangat. tak boleh nak tido…nak buang air..tak tak boleh buang..

    Rupa-rupanya, doktor check saya ada batu karang tapi masih kecik lagi la….alhamdulillah… Doktor dah bagi ubat. Dan sekarang dah ok. Minumlah air secukupnya…kalau nak buang air tu ..buang aje la, jgn tahan-tahan.

    –> begitulah cebisan kisah hidupku..

  7. Betul tu zul dan Jimie..

    PENYAKIT datang dalam senyap… menyelinap,lambat macam semut….
    Tapi ada datang macam ribut… lintang-pukang,Serentak menyentap,
    jem sana-sini, terkejut……jantung terhenti.

    Sebelum terjadi HATI-HATI.

    Isman

    1. ada yang hari-hari berdepan dengan kesihatan yang terjejas…

      mengeluh memanjang lantaran kesihatan yang terjejas teruk… namun bersyukurlah …. mungkin masih ada hikmah di sebalik ruang kesihatan yang teruji dengan kesakitan yang mengiringi kehidupan…

  8. moga sihat sokmo. kesihatan kena jaga untuk melancarkan kehidupan yang tersedia dengan pelbagai cabaran yang semakin sengit sekarang. seandainya kesihatan sudah terjejas memang takleh nak buat apa dah… dah tentu terpaksa pergi ke pejabat kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan… maka tertangguh2 laa apa jua kerja yang kita nak buat lantaran tiada kesihatan yang maksima tatkala sakit datang menyapa…

    jaga kesihatatan dengan sebaik mungkin… memang meriah tema kesihatan untuk tahun 2008. kesihatan yang menggegar dunia…

    eh eh eh bleh approve ke nih?

  9. Kalau kita selalu guna internet buat bisnes memang akan amik masa yang lama duk mengadap kat “kedai” ni.Ye la macam-macam kena buat.

    Tak guna jugak kalau duit bertimbun hasil dari bisnes internet ni kalau kita sakit :mrgreen:

    Jaga la kesihatan macam kita jaga bisnes kita 😛

  10. Artikel ini ada benarnya,(saya tahu bab saya study sains kesihatan). Bisnes-bisnes juga, tapi kesihatan kena jaga. Kaya pun tak guna jika tak sihat. Jika anda nak umur sampai 80 tahun, amalkan cara hidup yang sihat. walaupun gastrik terjadi pada perut, namun boleh menyebabkan penyakit kanser usus kerana asid gastrik akan bergerak ke usus apabila kita makan (dalam keadaan pemakanan yang tidak teratur).

  11. Berkenaan artikel kat atas tu “Sukar Tidur”, Rabun, dan “stress” sudah menjadi penyakit saya, tapi rasenye ble dikawal lagi. TApi kene check kat Hospital la, macam batu karang, dan gastrik 2 betul2 menakutkanlah! … Tapi bagus la artikel Jimieray ni 😛 good afford!! Tahniah 😆

  12. Penya kit yang lain tu aku tak tahu.

    Yang aku tahu, aku ni memang akan tertidur selepas lelapkan mata tak lebih daripada 5 minit. (Pasal dah terlalu letih)

    Pasal bersenam pula, aku hanya buat sit up setiap pagi je. 😛

  13. Lepas penat bekerja. Rehat yang terbaik adalah tidur.

    So, lepas 4-5 jam hadap PC lama ni. Better tido. Esok banyak lagi keje nak buat.

    Untuk student, jangan abaikan tido malam. :mrgreen:

      1. Ler patutla..camna pensyarah nk semangat ngajo. Tengok muke seposen je anak murid dia..

        Jangan riso. Aku kat kolej dulu pun camtu. Lepas grade. Ouh.Amannya dunia..

  14. sangat setuju dengan artikel ni terutamanya bab “stress dan tekanan” . memang terkena dgn akak sendiri.

    tu yang sekarang ni slow sikit, kalau blood pressure naik, memang satu kerja pun tak jadi. kalau sakit nanti, siapa nak jaga anak-anak? 😥

  15. eshhh memang komputer ni boleh meyebabkan orang ketagih..salah seorangnya saya :)..kalau mengadap tu tak ingat makan dan minum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *