Penulisan & Penerbitan Ebook SmartUsaha.com
Penulisan dan penerbitan ebook oleh SmartUsaha.com sedaya mungkin akan mematuhi beberapa prinsip berikut:
1. Surat jualan di laman web tidak terlampau hype dan menipu daya. Berterus terang adalah jalan terbaik. Bakal pembeli berhak mengetahui apa yang akan mereka beli dan dapat. Hal ini dinyatakan oleh para ulama mengenai perniagaan internet di mana, penjual di internet haruslah menerangkan sepenuhnya apa yang bakal pembeli perolehi.
2. Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Penggunaan Bahasa yang betul akan memudahkan pelbagai bangsa dan suku sakat selain Melayu mudah memahami kandungan ebook. BMT bukan bahasa baku, tetapi ia adalah penggunaan bahasa yang betul.
3. Kandungan yang syariah compliant (patuh syariah), di mana tiada kandungan ebook yang akan bertentangan dengan hukum Islam. Termasuklah cara pemasaran, hak-hak pembeli, semuanya sedaya mungkin akan mematuhi syariah Islam. Patuh syariah bukan sekadar pada kandungan ebook, tetapi pada kaedah pemasaran, tiada tipu daya, trik yang menyusahkan pembeli dan sebagainya.
4. Hanya ebook yang betul-betul berkualiti sahaja yang akan diterbitkan. Ebook yang ‘kosong’ sekadar melepas batuk di tangga atau indah khabar dari rupa akan cuba dielakkan.
5. Harga: Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi agar ia mampu dimiliki oleh kebanyakan orang dan lapisan. (Untuk ebook yang ada hak jualan seperti Resell Rights, Master Resell Rights dan PLR, harganya perlu diletak tinggi. Ini kes yang berbeza berbanding ebook Personal Use.)
6. Menunaikan janji. Walaupun lambat ditunaikan, namun kami tetap berusaha menunaikannya. Sebagai contoh, kami menjanjikan satu ebook sebagai bonus tanpa meletak tarikh bila ia akan diberikan. Salah satunya adalah Ebook Teknik Mudah Affiliate yang dijanjikan hampir setahun yang lepas, kini baru diedarkan kepada yang berhak mendapatnya secara percuma. Begitu juga dengan janji-janji yang lain dengan pihak selain pembeli (agen, reseller, rakan JV dan pembekal perkhidmatan).
InsyaAllah, semoga SmartUsaha.com terus mengeluarkan produk-produk yang bermanfaat untuk rakyat Malaysia, manusia umumnya dan umat Islam khususnya.
Jika pihak kami ada melanggar mana-mana prinsip di atas, kami amat mengalu-alukan komen yang membina dan bernas. Hubungi kami melalui ‘contact form’ di atas.
Terima kasih.








Setakat hari ini. Tiada ebook dari saudara zul yang mengecewakan saya
Dari pengamatan saya, sdr. Zul seorang yang jujur dan ikhlas dalam menyampaikan maklumat pada semua yang berminat.
Terima kasih Man68. Saya berusaha setakat yang termampu.
betul tu bro… yang paling penting ialah keikhlasan kita dalam perniagaan
Melalui prinsip-prinsip yang akan SmartUsaha.com amalkan, saya yakin bakal pelanggan akan yakin dengan sebarang produk informasi yang diterbitkan.
Dengan ini, saya ucapkan tahniah dan semoga terus mencapai lebih banyak kejayaan.
Terima kasih Tuan Aqif.
Salam en Zul,
Memang bagus kalau lebih ramai para IM mengaplikasikan prinsip yang sama untuk produk mereka. Saya rasa prinsip yg en Zul utarakan kat sini sudah cukup menyakinkan pelanggan. Apatah lagi ianya bukan sekadar tulisan, tapi turut dipraktiskan.
Terima kasih atas perkongsian ini.
Terima kasih Lanchini. Semoga saudara semakin maju dan berjaya dalam IM.
Semoga SmartUsaha.com dan Saudara Zul terus sukses
Terima kasih saudara Amir. Semoga saudara juga sukses.
SmartUsaha.com – kau tetap di hatiku
Terima kasih Cikgu Nayan untuk sokongan selama ini.
Pemuda yang berwawasan dan beretika agak kurang hari ini. Teruskan usaha tu..
Salam..
Syabas dengan usaha yang cuba diterapkan.. Tak saya nafikan memang ada yang mengambil kesempatan dalam menghasilkan ebook. Sebab saya pernah terkena sekali. Memang sakit, dah la tu nak mintak refund disable plak.. Apa nak jadi tak tau..
Jadi dengan adanya usaha sebegini diharap pengeluar ebook dapat menjadikan contoh yang baik.
Betul. E-book punya sales page memang banyak sangat hype. Saya pun dah berapa ribu ringgit kena tipu. Tapi itu dulu.
Saya percaya sesebuah ebook yang betul-betul bermanfaat dan mempunyai banyak tips-tips yang orang tak tahu boleh banyak membantu rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi untuk orang Melayu kita yang terlaul inginkan sesuatu yang memberi ‘jalan mudah’ untk mencapai kekayaan. Mindset kene ubah. Setiap sesuatu memerlukan usaha, doa dan tawakal.
Thanks Faiz.
Mindset yang betul amat penting.
Salam / Mari teman berteman bersama saya..
Tidak dinafikan segal produk Tuan Zul mempunyai kualiti yang bagus, sentiasa penuhi apa yg pelanggan cari..
Teruskan usaha murni Tuan Zul…
Tq..
Jadi dengan adanya usaha sebegini diharap pengeluar ebook dapat menjadikan contoh yang baik.
pemikiran yang macam inilah yang membuatkan saudara smartzul boleh berjaya sehingga sekarang..tahniah saya ucapakan..semua IM seharusnya befikiran sebegini barulah semua boleh berjaya..