Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog

Bagaimanakah kita dapat menulis sesebuah artikel atau post di blog dengan cara yang mudah? Berikut adalah tujuh cara mudah untuk menulis artikel di blog:

1. Gunakan emel jawapan terhadap soalan yang ditanya kepada kita melalui emel.

2. Memberi pendapat terhadap tulisan di blog lain. Ini juga amat bagus untuk membuat ‘connection’ dengan blog dan juga blogger tersebut.

3. Lawati forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Lihat apakah soalan-soalan yang ditanya di sana dan tulis satu artikel di blog yang berkaitan dengan persoalan tersebut (jawapan, saranan, pendapat..).

4. Lawat laman web artikel seperti ezinearticles.com dan masuk ke bahagian kategori yang sama dengan topik blog anda. Di sana banyak artikel yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan idea penulisan.

5. Tulis artikel dalam bentuk senarai. Contohnya seperti 10 Perisian Yang Wajib Diguna Untuk Perniagaan Internet, Lima Langkah Memulakan Perniagaan Internet dan Tujuh Sebab Mengapa Gagal Dalam Bisnes. Apabila menulis dalam bentuk senarai, ia tidak perlu tulisan yang panjang. Jadi ini memudahkan penulisan kita. Sama seperti artikel yang sedang anda baca ini. :D

6. Senaraikan semula beberapa artikel terbaik yang pernah anda tulis di blog. Contoh yang saya lakukan seperti di sini: 13 Artikel Terbaik SmartUsaha.com.

7. Jika anda ada memberikan tip, pendapat, saranan atau berbentuk nota ringkas sama ada di forum atau di Facebook, kumpulkan beberapa daripadanya ke dalam satu post di blog.

Tip Bonus: Ambil sedikit kandungan daripada mana-mana bab buku/ebook berbayar dan letakkan di post blog. Di akhir artikel nyatakan untuk pembacaan sepenuhnya, sila beli buku atau ebook anda. :lol:

Kesimpulan

Apa pun, semuanya bergantung kepada kemahiran penulisan seseorang. Banyak mana idea pun, tapi kalau tidak biasa menulis susah juga. Tip di sini, tulis sahaja. Soal ayat yang tunggang langgang, itu biarkan dahulu. Lama-kelamaan rentak penulisan akan diperolehi, malah kita akan dapat menulis tanpa sebarang masalah.

Keduanya, belajarlah cara penulisan. Penulisan pun ada teknik-tekniknya. Jangan tiru gaya penulisan orang lain. Jadilah diri sendiri kerana setiap orang ada keunikan tersendiri.

ps. Jika mahukan pelbagai tip mengenai blog dan blogging, sila ke blog berikut:

http://bloggingsteps.com/tips/

Iklan: Mahu membina blog dot com sendiri sama ada untuk perniagaan atau peribadi? Dapatkan panduan membina blog dot com sendiri di sini.

Facebook comments:

27 Responses to “Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog”

  1. luqiem says:

    Bidang penulisan memerlukan seseorang itu mahir pelbagai perkara… Untuk permulaan kita tulis apa yang kita cakap… dan itulah bahasa penulisan yang sebenar…

  2. adrenal says:

    salam bro smartzul..

    artikel ni lah yang paling sy tunggu2..hohoho..trima kasih bro smartzul..

    cukup bermanfaat kepada sy..masih tgh cari rentak dan gaya penulisan tersendiri..hurrmmmm…

  3. terima kaseh kerana info zul..
    ahh lama tak komen.

  4. msarbin says:

    Saya suka no 5 dan juga tips bonus.

  5. Kobot says:

    Tips yang sangat menarik dan mantap, ia menambahkan lagi idea saya bagaimana untuk menulis artikel.

    Thanks saudara Zul. :)

  6. kita says:

    tq bro….tip yg berguna ini…kebolehan mengolah ayat hasil bacaan dan praktikal kita sahaja yg menentukan

  7. abrablog says:

    hoho..janji, kita jujur. Itu dah cukup untuk tarik orang baca blog kita.

  8. paklong says:

    boleh ikut semua idea ini. Cara penulisan bergantung kepada skill dan tahap penguasaan bahasa sendiri….. *saya selalu tulis report je…….

  9. AAA says:

    Salam perkenalan,

    Terima kasih dengan beberapa tips yang diberikan untuk mendapatkan idea penulisan. Banyak idea yang boleh kita dapati mengikut tema blog kita yang ada disekeliling. Pembacaan, pembelajaran, pemerhatian, perbincangan, dlm suasana bekerja hinggakan dari televisyen pun sudah banyak memberikan idea untuk dikongsikan dengan pembaca asalkan tahu mengolahkannya.

  10. UstazCahaya says:

    Saya masih hijau dalam penulisan blog. Sebagai guru agama yang ada kuliah mingguan di surau/masjid dan kadang2 berceramah untuk majlis/ program tertentu, saya amalkan teknik bertanya untuk merancang kuliah/ ceramah saya.

    Tanya 5 soalan apa, siapa, di mana, bagaimana, mengapa? Berkaitan tajuk.

    Ps; Betul kata Zul, yang penting originaliti.. Dan tentu originaliti itu diperoleh dengan latihan..

  11. Terima kasih kerana share, tip yang amat2 baik, nanti banyaklah blog akan selalu update.

    Ramai rasanya mempunyai masalah kekeringan idea.

  12. titan says:

    tulis apa yang kita nak tulis. Biarpun pahit tapi janji kita jujur.

  13. Zahrul Azua says:

    Dulu saya dikategorikan sebagai orang yang mals membaca apatah lagi menulis… jauh sekali. Tapi sekarang kalau tak menulis sehari rasa tak lengkap hidup ni. Saya dah ketagih menulis. Macam mana saya boleh terjebak dengan penulisan semuanya secara bidan terjun. Dan sebab dengan penulisanlah saya terpaksa beli almari untuk susunkan buku2 yang saya beli. Orang cakap menulis ni kena ada minat. Tapi bagi saya minat boleh dibentuk kalau kita tahu apa potensinya. Saya minat sebab saya dah tahu apa potensi MENULIS…

    • smartzul says:

      Dulu saya MINAT menulis.

      Tapi sekarang saya meletak ia sebagai satu TANGGUNGJAWAB. Lebih daripada sekadar minat.

      Tulisan yang bermanfaat boleh mengubah seseorang. Pemikirannya, kelakuannya, sikapnya, hala tujunya…

      Buat masa ini, sebahagian besar masa saya akan diluangkan untuk menulis.

  14. ShueQry says:

    Thanks Zul, panduan ringkas ni banyak membantu. Tips nombor 2 setakat ni tak banyak saya lakukan. Artikel ni satu peringatan juga buat saya. Terima kasih sekali lagi.

  15. asmid says:

    Info yang bagus, yang dicari-cari.
    Bolehlah tiru tiru 7 cara nie…

    Tip 1 ada saya gunakan dalam blog. Sbb dah tak ada idea, tak tahu nak tulis apa.

    Apapun terima kasih dengan info ini…

  16. Rosli says:

    Salam Zul,

    Betul tu, write from your heart; make it simple to understand; write best about what your know best; always write, as practice make perfect.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bagaimana Menulis Artikel Yang Panjang? | Blog Perniagaan Internet
  2. Plagiat Oleh Internet Marketer Tersohor | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  3. Title Post Dah Ada Tapi Nak Tulis Pula Jadi Masalah | Hafiz Ahmad

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)