Mengapa Penulis Tidak Hebat Berbicara?

Pernahkah anda teruja dan memandang tinggi seorang penulis sama ada penulis blog dan buku?

Namun mungkin perasaan anda itu berubah sedikit ataupun sepenuhnya apabila mula melihat dan mendengar sendiri penulis itu memberi ceramah, berbicara atau bercakap di depan khalayak ramai. Ya, mereka bercakap dalam cara yang kurang menarik dan tidak bertenaga.

Mengapa ini berlaku…?

Jawapan: Kerana mereka hanya memfokus kepada penulisan. Mereka hanya biasa menulis pada setiap hari dan berlarutan sehingga bertahun-tahun. Bermaksud, mereka menjadi penulis yang hebat kerana mereka kerap dan sentiasa menulis. Sebaliknya mereka jarang sekali bercakap terutama di depan khalayak ramai (berceramah).

Masa mereka (penulis) banyak dihabiskan untuk membaca, membuat kajian dan berlatih menulis. Mereka jarang berlatih berceramah dan berbual-bual.

Hal ini juga berlaku kepada saya. Seringkali apabila saya memberikan ceramah, saya tertanya kepada diri sendiri, mengapa ceramah ini seperti kurang menarik? Akhirnya saya mendapat jawapan seperti yang dinyatakan di atas.

Jadi… Jika anda seorang penulis tegar, ada baiknya mula belajar dan berlatih untuk bercakap di khalayak ramai (berceramah). Kemahiran berceramah ini berguna apabila kita dijemput memberikan ceramah ataupun paling kurang sesi book talk.

Selain ceramah, kemahiran berbual-bual dan berkomunikasi juga adalah penting. Ia amat berguna apabila kita ditegur sapa oleh peminat, pembaca dan pengikut kita, maka kita tahu cara berinteraksi dengan mereka.

Antara ciri-ciri kebanyakan penulis adalah:

  • Lebih banyak masa dihabiskan bersendirian (untuk menulis / berkarya)
  • Kurang bercakap / kurang kemahiran berbual-bual
  • Pendiam
  • Pemalu
  • Penampilan diri yang ringkas / kurang kemahiran penggayaan diri
  • Kurang kemahiran berceramah

Pendek kata, setiap sesuatu kemahiran boleh dipelajari dan perlu dilatih secara berterusan agar ia sebati dengan diri kita.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Mengapa Penulis Tidak Hebat Berbicara?

  1. Penulis yang petah bercakap selalunya mereka yang menceburi bidang pengucapan awam dahulu, kemudian baru memasuki bidang penulisan.

    Seperti pakar-pakar motivasi yang mahir dalam pengucapan awam, setelah sekian lama baru menulis.

    Mereka yang menulis seiring dengan pengucapan awam adalah mereka yang hebat. Seperti kata tuan, semua ini boleh dipelajari dan dilatih.

  2. Ya memang benar. Sesiapa yang cenderung dan berkemahiran bercakap akan kurang mahir menulis. Begitu juga sebaliknya, sesiapa yang mahir menulis akan kurang bercakap. Penulis biasanya lebih banyak berfikir, mencari dan menghayalkan sesuatu sebelum ditulis. Biasanya mereka lebih cekap mengeja dan jari-jemari lebih cekap menaip sesuatu. Penulis atau orang seni biasanya berjari panjang dan lebih suka mendiamkan diri. Mereka introvert sebab lebih banyak yang difikirkan dan diproses secara dalaman. Bercakaplah sesuatu yang hak. Mungkin lebih banyak salah jika lebih bercakap dan lebih banyak dosa. Oleh itu, jika tiada keperluan, lebih baik diam. Pelihara lidah daripada berkata sesuatu yang rugi dan lagha.

  3. Semasa belajar dan berkerjaya dahulu saya seorang yang alergi dengan mikrofon. (Kalau sudah mula bercakap susah hendak berhenti).

    Tetapi peliknya, kini saya lebih suka menulis.

    Tahun lepas saya diminta mengisi slot tazkirah untuk murid sekolah. Akibatnya selepas itu, dua hari tidak boleh bangun. Terasa sungguh penat.

    Hebatnya Allah yang boleh mengubah kerektor dan kecenderungan hamba-Nya semudah membalik tapak tangan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *