Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pentingnya Tahu Teknikal Komputer

Assalamu’alaikum.

Apa khabar semua? Semoga sihat semua hendaknya.

Semalam, sambil khusyuk buat kerja di komputer, tiba-tiba skrin komputer menjadi gelap. Kemudian saya off komputer sebab biasanya itu berpunca dari sistem windows. Biasalah windows ni, bila ada problem kita kena restart. :) Tapi, sebaik sahaja ON balik, komputer saya tak mahu hidup. MasyaAllah, harap-harap hard-disk tak rosak. Alhamdulillah, dengan ilmu yang ada sikit kat dada ni, saya dapat tengok-tengok sikit dan buat troubleshoot. Namun, kecewa, tak jumpa masalah dia. Lagipun, hari dah malam, menjadi cara saya, bila “stress”, saya tidur untuk mencari “ilham”. hehe..

Bangun pagi, dengan harapan menggunung (magic la tu.. Biasanya berlaku!). Terus ON suis utama dan On PC. Juga tidak mahu hidup. Takper, kali ni saya buka semua benda yang ada dalam komputer tu. Bedah lah tu kiranya.. :) Mungkin komputer dah tua dan lama tak cuci, so saya cuci lah mana yang patut terutama debu di celah-celah kipas penyejuk dan power supply. Pasang balik, tak dapat juga.. :( Kalau anda nak tahu, dalam proses troubleshoot komputer, dia ada beberapa cara. Salah satunya, kita tanggalkan semua komponen dan pasang balik. Kalau tak berjaya, baru buat cara lain.

Then, saya dah dapat syak yang problemnya adalah power supply. Sebab power nak tak nak jer masuk. Lagipun kipas power supply tak berpusing. Tengok motherboard ok jer. Komponen lain pun ok jugak. Kemas, takder tanda terbakar ke apa. Ya, 90% saya yakin power supply dah K.O. So, saya gunalah satu teknik lagi iaitu tukar ganti. Maksudnya, kita guna komponen yang disyak bermasalah tu dengan yang ok. Jadi, saya pinjam power supply kawan saya dan pasang di komputer saya. Jeng jeng jeng!! Alhamdulillah, 100% sah yang power supply saya perlu diganti yang baru. :)

Hehe, itulah cerita daripada saya untuk anda. Apa yang saya nak bawakan kepada anda adalah, begitu menjimatkan jika anda tahu troubleshoot komputer anda sendiri apabila berlaku masalah seperti yang saya contohkan. Jika anda hantar ke kedai, mungkin kos yang perlu anda bayar mencecah RM100. Tapi, dengan buat sendiri, paling tidak anda hanya perlu membeli komponen yang rosak sahaja. :)

Hikmahnya jika anda tahu selesaikan masalah yang mudah pada pc anda, di saat “technician” tengah tidur di lamun mimpi, dan anda pula banyak kerja perlu disiapkan, dan pc pula problem. Maka, anda dapat repair sendiri tanpa perlu mengupah orang lain. Di sinilah lebihnya seorang usahawan internet yang tahu soal teknikal seperti ini. Seorang usahawan yang bijak, biasanya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjimatkan kos atau perbelanjaan. Pokok pangkal, anda perlu belajar. :)

PS. Tahukah anda. Pelajar degree sains komputer tidak diajar “bagaimana membaiki komputer”. Kami hanya diajar, “ini adalah mouse”, “ini adalah hard-disk”…, sebaliknya kami belajar sendiri!! Kalau kami boleh, masakan anda tidak? Nak seribu daya..

AWAS: Walaupun membaiki komputer sendiri mudah, tapi dapatkan nasihat pakar jika anda was-was dan ragu-ragu. Saya sendiri pun meminta nasihat kawan-kawan jika saya ragu. Bukan nak menakutkan, tetapi langkah berjaga-jaga sebab kita ‘bermain’ dengan elektrik. Namun, dengan mengamalkan langkah keselamatan, insyaAllah, kita akan selamat. :)

Wassalam.

Facebook comments:

33 Responses to “Pentingnya Tahu Teknikal Komputer”

  1. Azahari says:

    Ada sesuatu tak kena dengan blog ni…bukan masalah komputer je ni…masalah blog plak…hehehe… cuma nak pesan kepada pengguna komputer kalau nak letak main CPU samada tower atau desktop adalah digalakkan diletak di atas meja atau tempat yang lebih tinggi sebab kalau letak dibawah,habuk lebih senang masuk tambahan pulak banyak pengguna komputer di rumah menggunakan kipas siling.Kalau letak atas,habuk masuk juga tapi kurang la so bila kurang habuk,kemungkinan rosak pun kurang lah.. itu pendapat peribadi je :)

  2. abdfatah says:

    pc memang sensitif kalu tak tahu nak baiki sana sini… silap hari bulan hancuss dibuatnya. berganti yang baru. memang kena tahu pasal teknikal komputer.

    kalu tak tahu kena bawak je ke klinik komputer. selesai masalah.

  3. sara says:

    masalah yg sama..tiba-tiba je komputer jadi gelap gelita..
    off..terang balik pas tu gelap balik..off terang berkedip-kedip..
    sakit mata dibuatnya..
    pas tu masuk kat c.panel klik..klik..baru la ok..
    skarang ni da tak kedip-kedip lagi..

  4. aku says:

    zul, aku tak tahu sama ada cc ni bermasalah atau blog ko nih.. sebab aku tekan tab untuk ke ruang Website, ruang Mail yang aku dah isi akan terpadam… terpaksalah guna mouse ntuk isi data Website.

    ” Tahukah anda. Pelajar degree sains komputer tidak diajar “bagaimana membaiki komputer”. Kami hanya diajar, “ini adalah mouse”, “ini adalah hard-disk”…, sebaliknya kami belajar sendiri!! Kalau kami boleh, masakan anda tidak? Nak seribu daya.. ”
    Hahah.. sangat betul tu… tak diajarnye nak baiki komputer.. kena belajar sendiri.. Tahukah anda, ada juga pelajar sc comp yang tak mahu belajar sendiri dan menjejaskan imej kita sebagai pelajar sains komputer :P :)

  5. smartzul says:

    ok ok, saya pun hadapi masalah yang sama mcm aku.. Hmm, takper.. Nanti saya cuba tengok apa yang masalahnya.

    Thanks all.

  6. smartzul says:

    Ok guys.. Semuanya dah ok. Tak tahulah bagi anda. Fungsi tab dah kembali ok. Kalau ada apa-apa masalah kat blog saya ni bagi tahulah yer.

    Thanks.

  7. zali says:

    Banyak kali dah PC saya lingkup Zul, virus lee , hard disk lee dan macam2..sensitif sungguh dia, tapi nasib baik ada kengkawan Tok Bomoh Computer, kurang kena keluar belanja- kalau tidak boleh jadi macam org bodoh dibuatnya… nampaknya bukutu bagus …saya rasa nak cuba beli…
    Tima kaseh zul citer masaalah Pc ni…bagus jugak…

    zali

  8. pusak82 says:

    Kat Universiti cuma diajar secara teori sahaja … praktikal sgt kurang… Kadangkala ade jgak pensyarah yg x tau mcm mn nak baiki komputer dan jugak programming esp pompuan(X semua yer … kebanyakan :D )

  9. sAf-OnE says:

    Tahniah Zul sbb berjaya mengatasi masalah komputer..

  10. ambsmart says:

    eh.. en. aku.. ko pun malas jugak belajar dulu kan.
    Heh. Gurau je..

  11. stongkol71 says:

    Abis… kalu pc tu tak rosak macamana juruteknik komputer tu nak cari makan.. sian dia. Tapi kalu tahu baiki sendiri lagu bagus he. he.. he…

  12. smartzul says:

    stongkol, kalau nak tahu saya juga buat servis ni. Tapi kalau ada orang mintak jer. Sebab kerja repair pc ni letih sikit.. Jangan takut persoalan tu, sebab tak semua orang “mampu” nak repair sendiri especially problem yang kritikal. :)

    • abdfatah says:

      kalo gitu kena pergi try masuk kursus baiki komputer laa 2,3 bulan dulu sebelum memulakan apa-apa ebiz sebagai menjimatkan kos pengurusan kewangan suatu hari kelak jika berlaku apa-apa problem dengan pc kita tu… hihiiiiiii

      kursus sambilan pun okeh jugak…

  13. Galadriel says:

    betul Zul… susah kalo tak tahu teknikal komputer. Nasib baik Zul dapat gak recover …
    alhamdulillah suami saya pandai pasang komputer… so kalo ada problem, kami tak perlu ke kedai. Mmg penting belajar cara baiki atau pasang sendiri PC coz kalo ada apa-apa hal senang sikit, especially kalo PC tiba2 ‘kong’ tengah malam, susah coz malam2 takde kedai buka….
    tapi memang meletihkan nak repair, kena check semua component, kena reinstall Windows dan software lain kalo corrupted. Tapi SEBELUM berlaku masalah teknikal, pastikan semua file2 penting dah back-up kat DVD … itulah penting ada DVD-writer dan DVD kosong…. back up! Jgn tak back-up!

  14. hapisol says:

    zul,

    tq for info.
    saya pun nak beli ebook tu satu. baik saya labur RM20 drpd bayar RM100 lebih.
    dan yg penting sekali, saya akan dpt ilmu baru tentang baiki pc.

  15. sham says:

    Masa kat U,dulu saya ada wat servis repair komputer…Lepas konvo pun saya keje sebagai branch supervisor..kalo boring,masuk bilik technician tolong repair pc & laptop..sekarang ni pun kat rumah ada jugak wat servis ni..

    Memang satu keperluan tau skit² pasal nak repai komputer..sebab kalo hantar ke kedai pun,komfim rm100 habis..kalo mcm zul,rosak power supply..harga power supply rm50,pasang sendiri,free..dah save duit kat sini.. ia jugak boleh mengelakkan anda kene tipu..

    PC saya ni pun bari format sebab terkene virus dari YM..gatal sangat nak buka link yang keluar..nak regedit pun xboleh…semua dia disable..terpaksa la format sebab virus ni boleh curi password..

    • abdfatah says:

      yea betul servis komputer memang boleh dikatakan lumayan jugak. kalo dh tahu serba sedikit boleh laa buat servis pc secara sambilan. kebanyakannya reti guna aje… habis guna dan bermasalah dengan pcnya itu mulalah gelisah nak hantar ke kedai…

      power supply aje yang rosak? berapa kena bayar kalo caj tukar power supply aje…? rm10? rm20? rm30?

  16. smartzul says:

    Betul tu Sham. Ehem, insyaAllah bila beberapa perkara saya settle nanti, maybe saya akan buat balik servis komputer ni. Lumayan wooo.. Rezeki jangan ditolak. tak kiralah online atau offline, yang penting duit masuk.. ;)

  17. BAGAK says:

    Saya rasa PC yang rosak lepas raya ni….mungkin merajuk. Rujuk ke
    http://bagak.com/bizblog/2006/10/31/aahhlega-rasanya/

    Ilmu baiki komputer adalah penting, jangan diabaikan. Memang betul ianya meletihkan untuk buat kaedah cuba jaya. Kepuasan akan tetap terasa bila dah elok.

    Ada 2 perkara jer yang perlu anda ingat bila membuka ‘casing’
    (JANGAN sesekali anda buka VDU @monitor @ paparan)

    1. Berani Mencuba
    2. Keselamatan

    p/s Zul cubalah ulas sikit tentang tag tu. Tak pandai nak guna.
    You can use these tags :

    edited by zul: bagak, nanti saya ulas yer..

  18. soulof99 says:

    Erm.. betul tu bro. Asas2 teknikal tu memang patut ada. Takkan setiap kali rosak nak anto kedai.

  19. halim says:

    kenapa dengan laptop saya….setiapkali on apabila sampai dah display icon semua laptop akan heng(terhenti) buat seketika …adakah laptop saya terkena virus….?bagaimana nak megatasinya….?tolong bro…

  20. smartzul says:

    hang sahaja kan? Maybe kena format balik hard-disk dan install semula windows. Tapi 1st step, try dulu buat scandisk atau defrag. Tapi kalau masa start dah hang, rasanya the best way adalah format. :)

  21. Fai says:

    Assalamualaikum zul..

    Nak tanya sikit kalau hard disk pc atau laptop asyik corrupt je mcmana nak settle? Pening kepala skit sbb bnyk fail penting hilang.. :(

  22. smartzul says:

    Wa’alaikumussalam.

    huhu, Fai. Tukar hardisk baru dgn segera. Dan copy file dari hdisk lama tu ke yg baru. Bukan apa, corrupt tu antara tanda2 hdisk tu dah nak mengakhiri hayatnya.. ;) Atau, try format dulu.. Tapi kalau file hilang tu rasanya sebab hdisk dah nak mati.. hehe.. Hanya pandangan saya sahaja.

    Before that, try buat scandisk.

  23. Fai says:

    Wah, kena tukar yg baru la ni.. Huhu.. Thanks zul..

    PS: Kalau tak tak tau le apa nak buat.. Thanks zul..

  24. sham says:

    saya ingin meminta pandangan berkaitan ngan masalah ini.. Laptop brabd Palette telah retak cerminnya kalau saudara tahu kat mana pusat repair atau kedai spare partnye bleh beritahu saya..

  25. abdfatah says:

    kalo tak tahu masalah komputer dah tentu jawapannya kena hantar ke kedai komputer. kalo banyak kali bermasalah dengan komputer maka banyak jugaklah belanja yang terpaksa dikeluarkan untuk perbaiki komputer tersebut…

  26. kita says:

    ramai yang tak pandai repair komputer kerana takut…sebenar repair komputer amat lah senang jika ada keberanian

  27. nuva_86 says:

    best r ko..ko bleh x ajr aku cara2 nk baiki komputer.

  28. jue says:

    salam..ble sy mnta ajar cara mformat…

  29. rohadi says:

    salam….
    bagaimanakah cara untuk menentukan motherbord kita rosak atau tidak

  30. Hafizi says:

    kalau semua drive di PC dapat virus,korang kena format semua sekali,kalau buat drive c je,bila dah siap format & instaal windows,akan merebak balik….jadi nak format,kena tengok & scan antivirus dulu….kalau tak,buang masa kena buat dua tiga kali kerja…(pendapat saya la,kalau tak setuju,xpe)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)