Mengapa Pentingnya Memiliki Minisite?

Terdapat banyak strategi boleh digunakan untuk mengiklankan produk anda di Internet. Antara opsyen yang boleh diterima pakai ialah membuat “banner” pengiklanan, mengatur kempen pemasaran email, dan secara bijaksananya menyatakan perihal produk anda dalam forum, juga mungkin peti pesanan (message board) industri yang berkenaan. Pemasaran di Internet juga melibatkan penciptaan dan pengiklanan minisite bagi tujuan mempromosi produk anda.

Apa itu Minisite?

Minisite adalah sejenis laman web yang ringkas dan memiliki minimum satu halaman (page) sahaja. Tujuan minisite bukan untuk memberikan maklumat seperti artikel, tetapi adalah untuk meminta pelayar membuat satu keputusan sahaja sama ada “beli” ataupun “tidak”, “daftar” ataupun “tidak”.

minisite

klik untuk paparan

Anda boleh menggunakan minisite ini dengan pelbagai cara, antaranya:

  1. Menyalurkan lebih maklumat dan informasi tentang produk anda dan servis yang ditawarkan.
  2. Memberi tahu bagaimana bakal pelanggan dapat menghubungi anda.
  3. Menjual produk dan servis anda melalui minisites ini.

Melalui artikel ini, anda akan didedahkan pada kepentingan menggunakan minisite bagi tujuan pemasaran produk dan juga beberapa garis kasar tentang bagaimana minisite ini sangat membantu.

Salah satu faedah menggunakan minisite untuk memasarkan produk anda di internet ialah anda dapat memaparkan penerangan dengan lebih jelas mengenai produk anda beserta gambar. Mengapa ini penting?

Ini kerana kebanyakan pengguna dan bakal pelanggan menggunakan internet untuk mencari produk yang diingini kerana ia lebih senang dan memudahkan berurusan dalam talian. Sekiranya anda menawarkan perkhidmatan secara online sudah tentu pengguna itu tadi akan cenderung memilih produk anda berbanding pesaing anda yang tidak mengiklankan produk mereka di Internet.

Seterusnya, anda bukan hanya sekadar dapat membuat pemasaran, malahan secara tidak langsung menjual produk secara terus kepada pelanggan. Sekali lagi, anda telah mendapat kelebihan daripada persaingan secara terus.

Kebiasaannya, pengguna yang menggunakan Internet untuk mencari produk yang diingini lebih teruja untuk membuat pembelian dan cenderung memilih peruncit (retailer) dan penjual produk yang menawarkan perkhidmatan jual-beli secara dalam talian (online), berbanding mereka yang hanya membenarkan jualan dalam gudang (in store purchase) atau melalui telefon.

Strategi pengiklanan melalui medium yang lain seperti televisyen, radio dan media cetak hanya mampu mencapai pasaran yang terhad, terbatas dan tidak tentu kerana mungkin hanya dapat menggapai potensi pelanggan dalam kuantiti kecil dalam sesebuah komuniti dalam kawasan geografi yang tertentu sahaja.

Penggunaan Internet yang mana meliputi 24 jam sehari di merata dunia menjadikan perniagaan produk anda di minisite memberi peluang yang lebih cerah. Ini bermaksud anda dapat menyediakan perkhidmatan menjual produk selama 24 jam sehari berbanding pesaing yang mungkin mempunyai masa yang terbatas mengikut waktu perniagaan biasa.

Tetapi dengan minisite, anda menjamin kebolehan anda dihubungi dan melayani pelanggan setiap jam dan masa. Hal ini adalah amat perlu dititikberatkan sekiranya anda mempunyai potensi pelanggan yang berlainan waktu atau zon masa dengan tempat anda berada dan mungkin juga pelanggan yang terlalu sibuk untuk membeli-belah pada waktu biasa yang anda tetapkan untuk urusan perniagaan penjualan produk tersebut.

Lantaran itu, pelanggan seperti yang dinyatakan di atas akan lebih menghargai dan menggunakan peluang untuk mencari produk dan membeli-belah sekiranya terdapat mana-mana kedai (dalam kes ini minisite) yang memberikan perkhidmatan selepas waktu bekerja.

Kepentingan seterusnya yang dapat anda perolehi daripada kaedah pemasaran menggunakan minisite ialah anda berpotensi menjana pendapatan daripada minisite selain daripada hasil jualan produk anda kepada pelanggan. Bagaimanakah caranya? Anda boleh menggunakan minisite untuk menjana pendapatan dengan menyediakan atau menyewakan ruang pengiklanan kepada mana-mana usahawan Internet yang mahu memasarkan produk atau servis mereka di Internet.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati sewaktu mengiklankan sesuatu di dalam minisite anda. Sebagai contoh, anda tidak digalakkan menyewakan ruang iklan di minisite anda kepada pesaing. Ini adalah penting kerana anda mungkin sahaja kehilangan pelanggan berpotensi disebabkan mereka memilih untuk membeli produk yang diiklankan oleh pesaing yang terdapat dalam iklan di minisite anda berbanding daripada mendapatkan produk anda.

Bagaimana membuat minisite?

Setelah kita mengetahui kehebatan dan kelebihan memasarkan produk menggunakan minisite, akan timbul satu soalan: Bagaimana cara membuatnya?

Berita baik untuk anda, ada satu perisian yang dapat memudahkan kerja-kerja anda membina minisite. Walaupun anda seorang yang masih baru dalam dunia Internet Marketing ataupun teknikal, anda boleh hasilkan minisite profesional dengan surat jualan yang “killer”.

Maklumat lanjut klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *