PENTING: Tidak Menerima Link Download Ebook?

Makluman kepada pembeli-pembeli ebuku (versi digital), sama ada membeli daripada saya atau mana-mana penjual. Perkara ini penting untuk difahami dan dipraktikkan bagi mengelak salah faham.

Kalau tidak menerima emel link download ebook atau apa jua produk berbentuk digital, cuba lakukan beberapa cara ini:

  1. Semak dalam folder SPAM. Kadang-kadang emel masuk ke situ. Kalau Ya, pastikan klik pada Not Spam pada bahagian atas emel itu agar di lain masa, emel daripada penjual terus masuk ke Inbox.
  2. Emel YAHOO. Elakkan guna emel Yahoo untuk urusan jual beli. Ia terkenal dengan masalah tidak menerima emel.
  3. Hubungi penjual: Emel, SMS atau Facebook (komen di status mereka, Wall atau Send Message).
  4. Jika URGENT dan perlukan “bantuan” atau saranan dengan segera, SMS penjual atau usahawan tersebut. Jangan malu dan segan untuk SMS.
  5. Komen di blog mereka (jika ada).
  6. Jika mereka tidak berjaya dihubungi, cari kenalan mereka. Beritahu masalah anda dan minta bantuan orang itu maklumkan kepada penjual (rakan mereka itu). Biasanya, mereka tahu No telefon dan juga emel peribadi rakan mereka.

Daripada pengalaman saya, ada pembeli yang menghubungi saya selepas seminggu menunggu. Kemudian memarahi saya dan menuduh saya menipu. Padahal, di laman selepas pembelian, telah dinyatakan “sila hubungi kami jika tidak menerima emel link download dalam tempoh 24-48 jam”.

Bagi saya sendiri, kalau saya Online, emel download akan dihantar paling lambat pun 24 jam. Tapi selalunya tidak sampai 3-6 jam untuk kami respon pembelian pelanggan.ย Pihak saya boleh dihubungi melalui emel dan juga SMS. No telefon akan diberikan selepas pembelian selesai dilakukan.

Bagi proses penghantaran link download secara manual, kadang-kadang penjual juga “terlepas pandang”. Sebab itu pembeli perlu hubungi dengan segera jika tidak menerima link download dalam masa 12-24 jam.ย Dan sebab itu PENTINGNYA penjual memberikan emel dan No. Tel (SMS) agar pembeli mudah untuk dihubungi. Seperti saya, saya juga boleh dihubungi melalui FB, termasuk emel dan SMS.

Customer Service

Seringkali saya melihat, ramai pembeli yang beremosi (bukan pembeli-pembeli saya), mereka menceritakan masalah mereka di forum-forum secara terbuka.

Padahal, mereka belum menghubungi pihak penjual. Ini merupakan satu tindakan yang tidak adil kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan memburukkan pihak penjual.

Setiap masalah, sama ada disebabkan oleh penjual atau pembeli, kita mesti saling meredhai jika ia berlaku bukan atas sebab disengajakan. Jalan penyelesaian terbaik sentiasa ada. Dan sebagai pembeli, anda punyai hak untuk menghubungi pihak penjual pada bila-bila masa.

Kepada usahawan, peniaga dan penjual, bisnes kita akan menjadi GAGAL jika bahagian sokongan pelanggan diabaikan. Walaupun kita kaya-raya dan untung besar, namun ia adalah kejayaan kita sahaja, bukan kejayaan pelanggan. Perniagaan yang baik adalah sentiasa berusaha untuk memperbaiki bahagian sokongan pelanggan, dari semasa ke semasa.

“Dalam perniagaan, hanya 1/10 sahaja faktor kejayaan terletak pada jualan dan lain-lain faktor. Manakala 9/10 lagi terletak pada sokongan, layanan dan khidmat pelanggan.”

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “PENTING: Tidak Menerima Link Download Ebook?

  1. Salam sejahtera.

    Penerangan yang begitu jelas dan bersemangat.

    Saya bersetuju bahawa ‘pergaduhan’ tidak akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Jalan yang paling baik adalah melalui cara yang betul dan elok dan itu yang terbaik. ๐Ÿ˜‰

    Saya juga bersetuju kejayaan yang sebenar di dalam perniagaan adalah kejayaan daripada pihak penjual dan pembeli.

    Berjaya di dunia dan akhirat. ๐Ÿ™‚

    Terima kasih SmartZul.

    Salam maju jaya.

  2. Dalam bisnes, pelanggan adalah ‘Raja’. Sehebat manapun promosi dijalankan, tiada maknanya jika tiada pelanggan yang datang! ๐Ÿ™‚

    Oleh sebab itu, saya sangat setuju bahawa 9/10 daripada kekuatan sesuatu perniagaan adalah terletak pada sokongan, layanan dan khidmat pelanggan yang diberikan oleh pihak penjual.

    Mungkin kadangkala terdapat masalah2 tertentu yang timbul semasa urusniaga, tetapi itu adalah lumrah dalam bisnes.

    Apa yang penting, pihak penjual perlu tenang, sabar, bekerja secara profesional dan mengekalkan kualiti khidmat pelanggan secara konsisten.

    Just my 1 cent ๐Ÿ™‚

    1. Betul saudara Hamirul.

      Salah satu amalan yang saya amalkan adalah, BERSANGKA BAIK.

      Katakan pelanggan itu menggunakan banyak tanda seru seperti !!!!!!, ia mungkin maksud marah, tapi ia juga boleh bermaksud GEMBIRA dan TERUJA SANGAT-SANGAT. Jadi perlu melihat dari pelbagai segi sebelum hanya menganggap mereka sedang beremosi.

      Lakukan sahaja yang terbaik di sisi kita iaitu layan mereka sebaik-baiknya. Kalau pelanggan itu mahu marah dan emosi, biarkan mereka begitu. Lakukan sahaja tanggungjawab kita. Selebihnya, biar ALLAH yang urus mereka.

  3. salam,

    saya ialah newbie, baru jer belek2 e-book panduan bina blog yang saya beli 2 minggu lepas. saya ada masalah untuk mendaftar,email saudara tidak berjaya dihantar,samada melalui gmail atau menggunakan emel company saya. malah, saya juga telah membuat panggilan ke no saudara tapi malangnya panggilan telah disekat. jadi, cuba nyatakan dengan jelas, bagaimana saya harus mendaftar?
    kalau boleh, tolong respon secepat mungkin,kerjasama saudara amat dihargai

    1. Salam djuhana,

      1. Tidak berjaya? Sudah semak folder Spam emel Gmail saudara? Setakat ini, tiada lagi pembeli yang gagal mendaftar.

      2. Panggilan disekat? Saya lebih galakkan SMS berbanding telefon. No telefon sokongan oleh pihak saya untuk SMS sahaja, buat masa ini.

      3. Jika lain-lain cara komunikasi tidak berjaya, ada satu lagi cara iaitu emel: sokongan@smartusaha.com

      Solusi: Hubungi saya di emel itu dengan memberikan nama penuh saudara, emel dan No telefon semasa pembelian dilakukan. Maklumkan juga dengan siapa saudara membeli ebook itu? Melalui saya atau Reseller saya? Jika Reseller, nyatakan nama Reseller itu. Nanti saya akan buat semakan.

      Terima kasih.

  4. “9/10 lagi terletak pada sokongan, layanan dan khidmat pelanggan.”

    Saya sokong 100% kenyataan ini. ๐Ÿ˜€

  5. “Emel YAHOO. Elakkan guna emel Yahoo untuk urusan jual beli. Ia terkenal dengan masalah tidak menerima emel.”

    Pertama kali saya dengar ni. Tuan Zul ada pengalaman dengan emel Yahoo ke? Saya skrg memang guna Yahoo sebagai emel utama blog saya. Kalau betul saya perlu tukar ke Gmail atau lain2 lain emel.

    1. Benar Tuan,

      Sudah banyak kali berlaku kes pembeli saya tidak menerima emel saya. Jika mereka terima pun, mudah masuk ke dalam SPAM folder.

      Boleh teruskan guna Yahoo jika mahu, tapi boleh utamakan Gmail sebagai emel utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *