Mengurus Penipuan Pembelian Online

Tip berikut saya petik dari Facebook MohdZulfadli-IM.

Jika bukti pembelian meragukan atau tidak cukup, jangan terus menguruskan tempahan mereka. Hubungi mereka dahulu dan minta butir transaksi bayaran yang lengkap. Sebagai penjual, kita ada hak untuk bertindak sebegitu. Berikut adalah beberapa situasi yang biasa berlaku:

Kes 1: Isi borang dahulu tapi belum bayar. Biasanya tidak sertakan butir transaksi bayaran. Ada dua keadaan kes ini. Satu, mereka isi dulu bayar kemudian. Atau memang saja-saja isi. Penyelesaian: Hubungi mereka. Tunggu sampai mereka respon. Kalau mereka tidak respon, tidak perlu lakukan apa-apa. Pembeli yang benar akan cuba hubungi kita sampai dapat.

Kes 2: Isi borang tapi tidak buat bayaran. Kes ini memang jelas mahu menipu. Kita dapat hidu penipuan pada bukti bayaran yang mereka berikan pada borang pesanan (emel) dan juga rekod di akaun bank. Kalau meragukan, hubungi mereka. Penipu biasanya tak akan balas emel kita.

Kes 3: Bayaran melalui MESIN DEPOSIT (offline). Ada juga kes di mana pembeli bayar pada sebelah siang dan isi borang pada sebelah malam. Dan si penipu pula memang bernasib baik isi borang pada sebelah siang pada hari itu itu. Jadi kita sangka mereka buat bayaran, tetapi orang lain yang buat bayaran (yang akan isi borang pada waktu malam).

Untuk kes ini, cadangan saya adalah, bagi sesiapa yang mahu buat bayaran dahulu (memasukkan wang ke akaun bank kita), MINTA MEREKA SMS dengan segera maklumat bayaran.

Kes 4: Sama seperti Kes 3 tetapi bayaran secara Online. Pembeli A bayar dahulu, tetapi lupa mengisi borang. Kena pula ada seorang penipu pada waktu yang sama yang mengisi borang. Untuk kes ini, semak bukti bayaran dengan teliti. Hubungi mereka jika butir bayaran meragukan.

TIP TAMBAHAN:

1. WAJIBKAN pembeli memberikan maklumat yang penuh seperti NAMA PENUH, NO. TEL, NO I/C (jika perlu). Kalau mereka tidak berikan NAMA PENUH, tempahan tidak akan diuruskan.

2. Ini TIP PENTING, terutama untuk penjual ebook. Jangan terlalu cepat respon tempahan pembelian. Kita sudah beritahu awal-awal di laman pembelian bahawa urusan penghantaran link download akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.

3. Perlu buat satu page khas untuk polisi. Atau paling kurang nyatakan di page maklumat bayaran. Nyatakan: Pesanan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Bayaran tidak akan dipulangkan kembali.

*Macam mana mahu pulangkan balik, maklumat mereka pun tidak lengkap. 😉

4. Berikan No. Telefon bimbit kita agar mereka boleh hubungi andaikata mereka benar-benar telah melakukan bayaran. Letak nombor di laman web jualan. Biasanya penipu tidak akan SMS atau menelefon. Mereka hanya berani melalui emel sahaja.

Berikan masa untuk anda melakukan semakan dengan teliti. Jangan terlalu ingin menunjukkan servis kita cepat, akhirnya penipu dapat ganjaran.

KESIMPULAN: Semuanya bertitik tolak pada diri kita sendiri. Kita ada hak untuk TEGAS dan “menyoal siasat” pembeli yang meragukan. Sebagai penjual, kita perlu sederhanakan sikap terlalu teruja semasa menerima bayaran. Lakukan dengan PENUH TELITI, sabar, buat dalam keadaan SEDAR dan yang penting, mulakan dengan BISMILLAH.

Daripada pengalaman saya, para penipu sebegini tidak akan membalas emel SOAL SIASAT dihantar.

Semoga perkongsian ini tidak melemahkan semangat mereka yang baru ingin memulakan perniagaan Internet. Seperti mana perniagaan OFFLINE, perniagaan ONLINE juga ada 1001 ujiannya tersendiri.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “Mengurus Penipuan Pembelian Online

  1. Tips yang cukup bagus untuk elakkan penipuan online. Terkadang kita hantar link download terlalu cepat untuk memperlihatkan servis kita pantas, rupanya silap cara. Kena buat semakan betul2 dulu ya. Pas nie saya kena hati-hati…

    1. Tuan Asmid,

      Situasinya lebih kurang sama. Malah produk fizikal lebih mencabar jika menerima bayaran secara manual. Jika tuan ada modal lebih, boleh gunakan perkhidmatan online Payment seperti NBePay, ipay88 dan lain-lain seumpamanya untuk menerima bayaran secara automatik.

  2. Salam, saudara Zul saya ada cadangan, apa kata kita suarakan kepada pihak maybank. Saya telah membuat complaint kepada pihak Maybank supaya upgrade system Maybank2u mereka. Memandangkan ramai penjual menggunakan akaun Maybank. Berikut adalah aduan yang telah saya berikan kepada pihak Maybank mengenai kemudahan pengesahan pembayaran dari pihak penjual. So apa pendapat saudara ?

    Dear Sir, We want to complaint about Maybank2u Personal Banking System. Actually we encounter a hard way to verify ATM Transfer, Cash Deposit and internet banking transaction from the Transaction History. The problem came out when 3 persons has send the money with the same Date and Amount. Let say each amount of the money is RM 10 and they have submitted the Verification Form in our web. Let say in our web verification database, PERSON1 has transfer the money around time 1.00 pm, PERSON2 around 1.30 pm, and PERSON3 around 2.00 pm.

    Just to let you know, our web Verification Form has Time, Date, Amount of the payment. We will match it manually in our Maybank2u Transaction History.

    Logically in our Maybank2u Transaction History should have RM 30 right now. But the reality is, in our Maybank2u Transaction History it has only RM 20. Thats mean 1 person is a fraud. So how we can verify and match it with only Date without the Time of payment in the Transaction History ? We see in this is a lack of Time Field in the system ! This is clearly weakness in the Maybank2u Personal Banking System!

    Why your system doesnt have Time of payment and From Whose account ? This if the sender of the money using Maybank2u Internet Banking or The sender go to ATM machine and make ATM Transfer to our account.

    Just make an example CIMBCLICKS have a very good Transaction History interface, that bank have Time, and Whose Account that send the money to us. In this way it easier for us to verify the money better.

    Next case, If the Sender of the money using the Cash Deposit machine, In our Maybank2u Personal Banking Systems Transaction History it should atleast has Time and Location of the Deposit Machine of the payment has been made. With this information it easy for us to verify the Sender money online.

    PLEASE FORWARD THIS COMPLAINT FOR YOUR ACTION. WE AS MAYBANK2u CUSTOMER HAS SEEN THIS IS A VERY GOOD AND BRIGHTEST IDEA TO HELP MAYBANK2U GROWTH.

    1. Salam,

      Tahniah di atas usaha tuan. Untuk makluman, telah ramai yang mencadangkan seperti di atas, tetapi pihak Maybank masih belum lakukan apa-apa. Hampir dua tahun yang lepas, saya sarankan pihak Maybank tambah satu bahagian sahaja pada bahagian statement iaitu MASA (time). Tapi mereka belum lakukan apa-apa.

      Harapnya mereka usahakan secepat mungkin seperti mana CIMB yang telah lama menyediakan statement yang lengkap, termasuk nama orang yang transfer wang secara online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *