Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Sibuk atau Penyibuk?

20 04 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Adakah kita sibuk? Atau hanya penyibuk? Saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku yang bertajuk “Sibuk atau Penyibuk?” tulisan Ahmad Fadzli Yusof, terbitan PTS. Bila difikirkan balik, apabila kita mengatakan kita sibuk, benarkah kita sibuk? Atau kita yang buat-buat sibuk?

Tak ada masa nak jalan-jalan dengan kawan, tak ada masa nak bersosial, tak ada masa dengan keluarga (kononnya sibuk dengan bisnes!), tak ada masa nak beristirehat, tak ada masa nak riadah… Sebaliknya, kerja kerja kerja kerja…..

Pengalaman saya di saat awal melakukan perniagaan Internet, soal masa memang tidak terurus. Ini saya tak mahu menafikannya sebab perniagaan bukanlah bidang saya (saya jurusan Sains Komputer). Jadi sebab baru melangkah masuk ke bidang perniagaan, saya start dari zero tanpa ada perancangan dan ilmu yang mencukupi. Saya hanya main buat sahaja. Bila rasa nak buat, saya buat, bila rasa bosan, saya tak buat. Sebabnya, saya tak ada perancangan masa.

Sehinggalah ke hari ini, saya masih sentiasa meng’optimize’kan penggunaan masa saya agar ada masa untuk semua perkara yang diperlukan sebagai seorang manusia. Ada masa untuk ibadat khusus, ada masa untuk beriadah, ada masa nak rehat, ada masa untuk kawan-kawan, ada masa untuk buat research dan yang penting bersama keluarga.

Jadi, jika anda baru memulakan bisnes atau ingin melakukan perniagaan, PASTIKAN anda sudah ada perancangan yang sekurang-kurangnya ada rangka pengurusan masa. Senaraikan apakah perkara-perkara yang perlu dan yang utama untuk dilakukan.

Elakkan menjadi kaki penyibuk iaitu semua benda nak buat. Elakkan juga menjadi seorang yang ada penyakit nak buat semua perkara dalam satu masa. Rancang apa yang nak dibuat di hari esok sebelum tidur agar anda dapat tidur dengan tenang.

Kepada bakal usahawan, jangan jadi macam saya yang bermula tanpa perancangan yang rapi… Mulalah dengan langkah kanan dan persiapan yang mencukupi. Kita adalah usahawan, bukan hanya peniaga. Seorang usahawan, perlu ada perancangan dan strategi yang baik walaupun ’simple’, tetapi ia tetap ampuh.

Jadilah diri sendiri dan utamakan yang utama. Buatlah sesuatu yang perlu sahaja dan usah sibuk dengan perkara yang tak ada kena mengena dengan kita. Lakukan sahaja tanggungjawab yang perlu kita buat dan biarkan perkara lain dilakukan oleh orang lain. Mudah bukan?

Ingat pesan saya: Jika anda menjadi usahawan tanpa ada perancangan yang baik (tak advance pun tak apa, janji clear, ada rangka dan flow), anda pasti akan kelam-kabut, keliru, kerja tak tersusun, tak tahu mana satu yang perlu diutamakan, fokus akan kurang, kerja tak berkualiti, sering terkejar-kejar, dan akhirnya….. Anda akan jadi PENYIBUK.

PS. Jika anda tanya saya, bagaimana cara menguruskan masa untuk anda, jawapannya adalah setiap orang perlu melihat (menilai/mengukur) kepada diri sendiri kerana lain orang, lain yang perlu dilakukan dan lain jalan hidupnya. Saya adalah diri saya, anda adalah anda. Saya ada jalan hidup saya, anda ada jalan hidup anda. Be yourself.

Wassalam.

usahawan internet

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Seminar Perniagaan Internet
  • ‘Sibuk’ + Update Blog
  • Apa Yang Saya Sedang Buat?
  • SmartZul Sedang ‘Cuti Bekerja’
  • Serikandi Usahawan Internet Malaysia
  • SmartZul ‘Sibuk’…
  • Tulisan Terakhir…
  • Laman Web Artikel Percuma SmartUsaha.Com
  • Tiga Tanda Orang Yang Berjaya
  • Hakikat 5: Anda perlu jauhkan diri daripada mereka yang negatif

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    22 Comments »

    Comment by nuwa
    2007-04-20 09:54:25

    Bagi saya yang baru menceburi dunia perniagaan internet, rasanya dah begitu beruntung kerana ramai usahawan internet sudi berkongsi ilmu di blog2 mereka.. LOL Dari segi perancangan sudah tentu menjadi semakin mudah dengan perkongsiaan pengalaman dari senior2 nie.. Saya setuju utk menjadi seorg usahawan perlukan ilmu pengetahuan dan input yg cukup walaupun senior2 begitu sudi membantu! Alien

    Comment by Hamid
    2007-10-19 10:36:28

    Betul tu nuwa,
    nak jadi usahawan kita perlu ada ilmu.
    oleh itu kita perlu la belajar dan terus belajar kerana ilmu itu aaaamat luas.

    Comment by Han
    2007-10-23 12:01:56

    terus belajar adalah perkara yang harus ada di dalam diri kita…
    tambah lagi kalau nak lebih berjaya…
    belajr tu penting…untuk tingkatkan lagi kemahiran kita…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Sabri SaifulSham
    2007-04-20 12:34:13

    Sebenarnya Zul, saya ada satu soalan nak tanya nih… Dah lama sangat dah ni… Alien

    Font kat sign zul tu font apa ye? Saya cari2 tak jumpa. Font macam tu baru nampak handwritten betul…

    ngeh3… sori salah topik komen.. tapi perasaan ingin tahu tu dah membuak2… Smile

     
    Comment by naem
    2007-04-20 15:38:52

    Alien nampaknya say ni seorang penyibuk la kan..hehehe tak sibuk tapi buat-buat sibuk..hari-hari ngadap komputer lebih dari 8 jam sehari

    mata pun jadi berpinar..nak cari ilmu kononnya..lastly tak di amalkan pun..rugi-rugi..

    planning memang ada, tapi disiplin kurang..tu yang sepoi tu..

    oh ya..tertarik jugak saya dengan signature tu..yang tu berbayar ke percuma?

     
    Comment by smartzul
    2007-04-21 02:50:38

    Nuwa, betul tu. Saya dulu ambil 4 tahun gitu sebelum jumpa ilmu yg sebenar. utk mahir blog pulak, hampir 1 tahun. Tapi skrg dah ada Kit Blogger. Wink Kalau kita tengok, ramai usahawan2 internet baru muncul dan berjaya sebab ramai yg kongsi ilmu. Kalau saya jadi mereka, “oh, bertuahnya!”. Tak perlu bersusah2 nak cari sana situ maklumat. Sebab ‘guru’ dah ada!

    Sabri, nanti saya emel yer.

    Naem, pilih satu model, fokus. Itu jer formulanya. Ebook, adsense, affiliate, servis, webmaster, drop ship, ebay…??? Pilih satu, study betul2, cari guru dan istiqamah. InsyaAllah berjaya. Cuba tengok mereka yg dah berjaya. Mereka betul2 fokus pada bidang pilihan mereka. Agak sukar utk kita buat semua model dalam jangka masa yg pendek.

    Comment by Hamid
    2007-10-19 10:15:52

    saya pun nak tahu Font kat sign zul tu
    leh bagi tahu font apa yang zul guna?

    Comment by Han
    2007-10-19 10:59:07

    saya suka juga sign tu…
    dah lama rasa nak buat juga…
    tapi kalau buat mcm tu juga, jadi sama mcm zul pun…
    tak unik la pula…

    han

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Hamid
    2007-10-19 12:20:50

    tak per han,
    asalkan nama kita lain. Wink

     
    Comment by Han
    2007-10-19 17:36:05

    dah tahu ke font apa sign tu hamid?
    kalau dah tahu, kongsi lah di sini…

    han

     
     
     
     
    Comment by abdfatah
    2007-04-21 19:05:18

    waaaaaaaaa… kalu semua nak cekup dalam tangan keciciran nanti, yang dikendung berterbangan yang dikejar tak dapat-dapat…

    haha… memang bertuah betul bagi mereka yang tak perlu susah payah seperti zul. susah payah beliau dengan dunia peniagaan internet cukup besar bagi mereka yang dah beli kit bloggers.

    sebelum ada kit bloogers nih dah tentunya terkebil2 tak tahu apa sebagaimana sebelum keluarnya buku2 berkaitan perniagaan internet oleh mereka yang telah berjaya… contohnya…?

     
    Comment by Jebat Mesranet
    2007-04-21 20:32:02

    Pengurusan masa.. Memang amat-amat penting. Lebih-lebih lagi jika anda memilih untuk serius dalam perniagaan internet ini. Saya kini merasa masa begitu suntuk untuk semua perkara. Sebelum melibatkan diri dalam e-biz ini, masa saya begitu banyak terluang, hingga satu tahap tu, sampai tidak tahu apa yang nak buat masa terluang tu.. boring.. boring.. lastly tido la Smile .

    Kini masa saya begitu singkat. Sampaikan rasa macam nak cuti kerja nak siapkan semua kerja-kerja yang tertangguh. Kerja OT pun sudah jarang ambil.. sampaikan supervisor tempat kerja saya tegur perubahan saya Smile . Kenapa jadi macam ni?? Salah satu jawapannya tiada pengurusan masa. Kini saya sudah agak pandai sedikit membahagikan masa e-biz dan kerja saya. Buktinya hari ini saya OT he..he..

    Tapi saya tabik kat Zul.. dalam sibuk-sibuk Zul.. buat ebook percuma, buat report e-biz, forum support, setup affiliate, auto pilot dan macam-macam lagi.. tapi masih ada masa untuk orang lain. Mungkin ini yang dikatakan “pandai menguruskan masa dengan baik”.. tabik kat Zul Wink

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-05 01:20:30

    tak berapa sibuk sangat. tetapi selalu laa buat-buat sibuk. jangan jadi penyibuk dah laa.

     
    Comment by waka
    2007-10-05 22:46:54

    hmm..dah lama rasenye jadik penyibuk…nasib baik zul tulis perbezaan antara sibuk dan penyibuk, kalau tidak xperasan lagi aku ni penyibuka Confused

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-19 11:15:19

    tumpang sibuk ada jugak laa kalo tak berapa sibuk. tumpang sibuk di jalan raya di hari raya…

    Comment by Hamid
    2007-10-19 12:22:29

    tumpang sibuk di jalan raya di hari raya??
    salah tu…
    mereka semua nak balik kampung
    so, masing² ada tujuan.

    Comment by Han
    2007-10-19 17:37:50

    kalau buat sibuk di jalan raya, rasanya tak salah…
    yang penting ikut peraturan jalan raya…
    baru semua pengguna selamat di jalan raya…
    utk sapa2 yang nak balik dari kampung tu, hati2 lah di jalan raya…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Hamid
    2007-10-19 23:41:33

    Han
    kalau buat sibuk di jalan raya, rasanya salah Alien
    sebab boleh mengganggu jalan raya, dan boleh menyebabkan kesesakan.

    Comment by Han
    2007-10-23 12:03:37

    kenapa lah nak buat sibuk di tempat yang sesak tu…
    membazir petro…hehe…
    baik pergi kat tak sesak tu…
    shopping ke…bagus juga tu…

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-23 09:39:38

    pengurusan masa itu penting agar kita nanti tidak kelihatan sibuk yang dibuat-buat atau memang benar-benar sibuk dengan situasi yang tertentu… kalo gitu kena buat pengurusan masa yang tersendiri mengikut ukuran baju yang telah siap ditempah… hihiiiii

    Comment by Han
    2007-10-23 12:05:02

    apa maksud ukuran baju yang telah siap ditempah tu?
    tak faham pula..hehe..

    han

    Comment by abdfatah
    2007-11-23 23:06:16

    ukuran baju yang siap ditempah?

    rasanya macam kita buat baju raya saat akhir laa. dah dekat raya baru nak sibuk buat baju raya… akhirnya kena tempah yang dah siap…

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: