Pengumuman Ringkas Dari SmartZul
Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya. Saya di sini masih demam dan insyaAllah akan pulih dalam masa terdekat. Tapi menggagahkan diri sedikit untuk menulis di sini. Sekarang musim demam, jadi jaga diri baik-baik.
Sekadar pengumuman di sini:
1. Ramai yang bertanya walaupun saya telah memberitahu mengenai produk yang akan dilancarkan nanti. Ada yang bertanya, “bila nak launch ni?”, “jadi ke projek ni?”.
Kepada yang bertanya, ini jawapan saya: Satu atau dua minggu lagi.
Ada juga yang bertanya, “dah habis ke pendaftaran utuk 175 tu?”. Soalan ini tak perlu ditanya sebab saya telah berkali-kali juga menyatakannya termasuk di laman web pendaftaran. Sekali lagi, pendaftaran telah ditutup.
Kepada yang telah mendaftar, jangan risau dan harap bersabar. Bila sampai masanya, maka ’sampailah’ produk tersebut.
Don’t worry.
2. Saya tidak akan Online mulai hari ini, Khamis sehingga Ahad, 9 Sept 2007 ini kerana saya ada urusan di luar. Jadi, sebarang support, pertanyaan dan yang berkaitan akan saya uruskan sekembali saya nanti.
*Satu perkara yang perlu anda tahu, saya tidak akan melayan Emel, SMS, Call atau Online untuk urusan perniagaan pada hari Sabtu dan Ahad sebenarnya. Saya pun bercuti juga pada hari tersebut seperti orang lain. Ini polisi saya.
3. Jika anda mahu berita terus ke Emel anda, sila daftar Newsletter SmartUsaha di sini:
ATAU, anda boleh daftar RSS (cara ini amat digalakkan). Bagaimana? Klik di sini untuk caranya.
Itu sahaja untuk kali ini.
Salam bahagia dan semoga sihat hendaknya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







semoga berehat zul..
dan kembali dengan berita yang baik.. AMIN
semoga cepat sembuh zul..
usahawan internet pun kena berehat jugak… ada masanya untuk berehat dan bersantai merehatkan minda… itu belum lagi bab kekeluargaan dan maslahat yang lain…
betul tu abdfatah…
usahawan internet pun kena rehat juga…bukanlah bekerja 24 jam…
moga zul cepat sembuh… tak sabar rasa tunggu produk baru zul tu…
han
Semoga cepat sembuh, dan selamat bercuti ye…!!! Insya-Allah, sabar tu pahit ketika menghadapinya tetapi manis apabila mendapat hasilnya atau berjaya melepasinya….saya sabar menunggu produk tersebut.
Rajin2 makan ubat baru cepat sembuh.
Kije sendiri memang best bole amik time-off ikut suka hati, yang penting kije jalan ye tak … dan kita cuti time orglain pun cuti … best giler.
Sekarang ni musim hujan.. Doktor pun tak senang duduk (tp hati senang
) hari2 ramai pesakit..
Saya pun salah sorang yang kena, tp 1 hari je.. Alhamdulillah boleh bangun dan berenang memukat ikan semula hehe..
Zul, ni petua saya kalau demam, banyakkan minum air suam, selimut tubuh sampai kebah, makan sup ayam (sup kat Restoran Ayub tu sempoi).. Ambil 20 biji spirulina terus dan kurangkan ambil ubat yang ade drug.. InsyaAllah mudah-mudahan kembali sihat..
demam rupanya! patutlah senyap jer minggu lepas.
Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu DhuhaMu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatan Mu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya, jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh perdekatkannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran DhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Amin.
Ya Allah sembuhkan Zulfadhli dari segala penyakitnya . Amin.
Terima kasih semua. Saya dah Ok dah.
Actually, saya bukan bercuti. Demam2 saya tetap kena buat kerja juga. Saya ke KL, ada urusan, then berehat spt biasa pada hari minggu.
Terima kasih semua. Kepada Pyan, terima kasih untuk doa tersebut. Amin.
Kepada Mat, haha, memang pekena sup pun. Tapi bukan kat Ayublah, kat Alif.
Sekali lagi, terima kasih semua!
- zul