Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pengumuman: Status Projek dan Perkembangan Semasa

Berikut adalah pengumuman penting sebelum saya pulang ke kampung. InsyaAllah, kalau ikut perancangan, saya akan bercuti selama seminggu sahaja dan terus kembali ke Kuala Lumpur.

*Masih ada yang belum tahu? Saya telah pun berpindah ke KL sejak bulan Mac 2010 lagi. :D

Baik, kembali kepada pengumuman yang diperkatakan:

1. Saya memohon maaf di atas segala salah silap dan kekurangan sama ada yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan. Kalau ada tersilap dan terlebih kata, harap tiada dendam di hati. Kalau ada janji yang belum tertunai, boleh hubungi saya melalui emel atau SMS.

2. Saya sedang berusaha untuk menyiapkan beberapa projek yang pernah diumumkan sebelum ini. Selepas semuanya selesai, saya akan memulakan ‘misi’ baru.

3. Jika saya ada berhutang dengan anda sama ada wang ringgit atau janji tertentu, mohon emelkan kepada saya mengenai perkara tersebut.

4. Kepada pembaca blog ini, subscribers, ahli-ahli forum WC, para pelanggan SmartUsaha, rakan-rakan FB dan rakan seperjuangan, saya ucapkan jutaan terima kasih untuk sokongan anda selama ini.

Khas Untuk Pembeli Pakej 101

Pada tahun 2008, saya ada menjual satu pakej yang diberi nama Pakej 101. Untuk pakej itu, saya ada janjikan dua buah produk secara percuma sebagai bonus. Akibat masalah yang tidak terjangka, dua buah produk ini tergendala penerbitan dan penyempurnaannya.

Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2008 hingga pertengahan 2009, saya telah ditimpa sakit yang amat kritikal juga. Perkara ini saya tidak dedahkan kepada umum, termasuklah rakan-rakan IM terdekat. Kalau mahukan bukti, saya boleh letakkan resit-resit klinik dan hospital sepanjang saya berulang-alik ke sana.

Jadi bagi mereka yang tertanya-tanya, mungkin sedikit terjawab mengapa sesetengah projek tergendala begitu lama. Saya mohon maaf atas kekurangan ini yang tidak dijangkakan. Namun saya sama sekali tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji. Saya tetap berusaha menyiapkannya.

Sedikit mengenai sakit itu, saya telah pulih 80% tanpa terlalu mengambil ubat. Tiga kotak ubat yang doktor berikan saya simpan dengan rapi. Hanya makan beberapa biji sahaja sebelum tidak meneruskannya. Hanya semangat dan doa kepadaNYA yang menjadi penawar utama. Sekarang sebenarnya masih ada sedikit sakit itu, namun dengan semangat yang ada, hidup perlu diteruskan.

Di sebalik senyum, gelak ketawa, kesungguhan, langkah dan kegembiraan saya, sebenarnya terselit sakit yang mungkin tidak disedari oleh sesiapa pun. Saya memang pandai berlakon. :D

Saya, malah doktor sendiri tidak tahu apakah sakit itu, termasuk puncanya. Hanya boleh dibuat kebarangkalian sahaja apakah sakitnya. Namun saya tidak berputus-asa. Dengan ‘mengembalikan’ diri kepadaNYA dan yakin sakit ini pasti akan sembuh walaupun mengambil masa hampir 2 tahun, saya beransur pulih sedikit demi sedikit walaupun masih ada lagi ‘rasanya’.

Jika boleh, saya tidak mahu mendedahkan perkara peribadi sebegini kepada umum kerana ia kurang profesional untuk bisnes, tetapi untuk mengelak fitnah dan kata-kata belakang, saya perlu menceritakannya serba sedikit. Dan tidak perlu saya ceritakan secara mendalam. Biarlah ia menjadi sejarah dan dilalui oleh saya sendiri.

Baik, berbalik kepada Pakej 101 itu, salah satu produk percuma (bonus) itu telah pun siap sepenuhnya. Cuma satu produk (projek) lagi, hampir 60% perlu disiapkan. Kedua-duanya adalah Produk Resell Rights dan berbentuk Video. Ia adalah ‘bikinan’ saya sendiri 100%. Bukan produk terjemahan atau PLR yang dibeli.

Untuk memuaskan sedikit hati pembaca semua dan yang berkaitan, berikut adalah design produk pertama yang diberi nama “KuasaFTP“. Terima kasih kepada Nurul Luvley untuk design ini:

kuasaftp

order

Untuk produk ini, lebih daripada 40 video yang meliputi topik (modul) Asas Internet, Domain & Hosting, Cpanel dan FTP. Empat modul dalam satu produk. Size kesemua file (dalam format Flash+Web) adalah lebih kurang 640MB. Muat untuk satu CD kosong.

Manakala produk kedua sudah lama siap design minisite dan ecovernya. Pembeli Pakej 101 tahu apa tajuk projek itu. Produk kedua ini juga akan diberikan secara percuma kepada mereka yang berhak.

Dan… Untuk pembeli-pembeli produk tertentu (produk Internet Marketer lain) yang saya janjikan bonus bernama Projek CD, produk KuasaFTP di ataslah Projek CD tersebut. Anda juga akan mendapatnya secara percuma. Saya akan uruskan penghantaran produk secara berperingkat nanti.

Pembeli Pakej 101 dan yang berhak mendapat produk ini secara percuma akan dihubungi selepas saya kembali daripada cuti raya nanti dan selepas produk kedua yang dinyatakan itu telah siap. Berikan saya masa untuk menghubungi anda dan menguruskan hal ini secara beransur-ansur.

Itu sahaja pengumuman untuk kali ini. Semoga dengan serba sedikit penerangan di atas (walaupun sedikit menyentuh hal peribadi saya), sebahagian persoalan selama ini telah terjawab.

Akhir kata, utamakanlah kesihatan kerana ia adalah nadi utama untuk para usahawan solo seperti kita semua. Sakit kita, terhenti usaha dan tergendala segala perancangan. Selalulah beriadah, jaga pemakanan, cukupkan rehat/tidur dan jangan terlalu workaholic.

Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri.

Yang Ikhlas,
SMARTZUL

-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



22 Responses to “Pengumuman: Status Projek dan Perkembangan Semasa”

  1. Sham says:

    owh. mati2 saya ingat projek tu tak jalan sebab tuan bz dengan bisnes internet :)

    Semoga disembuhkan dari penyakit dan dikurnia kesihatan yang baik.

    • smartzul says:

      Saya terpaksa dahulukan projek lain dahulu (yang telah dirancang lebih awal) dan selang seli menyiapkan projek tersebut (yang dijadikan bonus Pakej 101).

      Alhamdulillah, tunggu projek kedua sahaja selepas kembali dari cuti raya nanti.

      ps. Saya akan tetap tunaikan janji. Tak boleh biarkan begitu saja.

  2. zool says:

    ala.. sakit ke Zul.. harap2 sihat selalu.. walaupun jarang singgah sini tapi tetap singgah bila kelapangan..

  3. sufian says:

    semoga cepat sembuh…

  4. Thoha says:

    salam tuan zul..semoga tuan bersabar dengan ujian yang dihadapi..semoga cepat sembuh dari penyakit yang sedang tuan hadapi..

  5. bluedianthus says:

    Semoga pulih sepenuhnya daripada sakit yang tuan alami…selamat berpuasa dan semoga bertambah rezeki dari segala aspek..

    • smartzul says:

      Terima kasih Bluedianthus. Ujian sakit pada diri saya sejak dari kecil lagi. Saya pegang pada satu kepercayaan, “semakin kita teruji satu demi satu bersilih ganti, ia akan diakhiri dengan kejayaan yang setimpal (baca: hebat/besar).”

  6. akubiomed says:

    Saudara Zul saya antara yang memiliki ebook panduan asas wordpress kit. Masih lagi guna rujukan ebook tuan bila saya kembali blogging. Harap saudara dapat sembuh cepat. Kesihatan perlu diutamakan

  7. Razali Zecka says:

    Tuan, ada yang terbaik sedang dipersiapkan untuk tuan. Saya doakan somoga cepat sembuh dan dapat menyempurnakan segala projek yang tergendala seterusnya mencapai target yang disasarkan. Aminn..

  8. catzer says:

    semoga bro cepat sembuh, adatlah dlm hidup kita ada masa kita sihat ada masa kita akan sakit.

  9. ida says:

    salam abg zul

    firstly nak cukup semoga cepat sembuh :)

    2ndly, nak tanye kalo abg zul tau camne nak kasik rent iklan kat blog sendiri

    TQ

  10. Azham Zanal says:

    paling penting jaga pemakanan sebab silap makan macam2 sakit datang.. btw bro, selamat beristirehat dan cepat sembuh..

  11. plr genius says:

    owh…selamat beristirehat…kena slow-slow kalo nak sembuh nih…pendek kata, sakit jangan merungut..kuatkan syahadah

  12. Fai says:

    Eeeeehh.. Zul dah pindah KL rupanya.. Baru le saya tau.. hehehe..

    Semoga kembali sembuh & sihat dengan segera.. :)

  13. Azizuk says:

    Salam tuan, kenapa FB tuan dah tiada?

  14. khairole says:

    wah..bestnya..tak sabar untuk mendapat produk percuma ini..:-)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Produk KuasaFTP Dilancarkan + Resell Rights | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)