Pengumuman PENTING – 16 Ogos 2014

Setiap perniagaan akan berubah. Prinsip seseorang juga akan berubah. Jalan yang dipilih sebelum ini juga boleh berubah. Sesiapa sahaja…

Begitu juga saya.

Di sini saya ingin lakukan pengumuman penting.

Bermula dari 16 Ogos 2014, segala urusan jual-beli, perniagaan dan apa jua urusan yang telah saya lakukan SEBELUM dari tarikh itu, dengan rasminya telah saya “TUTUP” (tamatkan).

Saya mahu membuka jalan yang baru dalam perniagaan dan saya akan bermula dari “kosong”. Saya lakukan ini kerana dunia perniagaan pada zaman sekarang begitu cepat bergerak dan berkembang. Jadi saya perlu lakukan sesuatu untuk lebih aktif dalam bidang ini.

Antara sebab lain, pada peringkat permulaan dahulu, saya masih muda. Banyak keputusan-keputusan yang dibuat secara spontan, tidak fokus, banyak website yang dibuat dan kemudian ditinggalkan dan banyak projek tidak diurus dengan baik. Walaupun hasil perniagaan adalah bagus, namun akibat daripada projek-projek terdahulu yang dilaksanakan tanpa perancangan baik, ia menyebabkan saya sukar untuk melaksanakan idea-idea baru. Jadi jika saya tidak menamatkan kesemuanya, saya sukar untuk terus bergerak. Jadi saya perlu mula dari KOSONG.

Bagi anda yang mempunyai sebarang tuntutan, ataupun urusan yang belum selesai, sila hubungi saya dengan klik menu Hubungi Saya di atas atau SMS 01132324226 (SMS/WhatsApp sahaja). Jika saya mempunyai sebarang hutang (wang, bayaran, perkhidmatan tertunggak, produk dan lain-lain), sila hubungi saya. Dan saya juga mohon anda halalkan dan maafkan mana-mana yang terkurang dalam apa jua urusan, perkongsian ilmu dan sebagainya.

Begitu juga dengan penulisan di blog ini, mungkin ada tulisan yang sudah tidak lagi relevan. Sejujurnya, saya ingin saja edit ataupun unpublish tulisan yang tidak bagus, tidak relevan ataupun mungkin ada tulisan yang mengguris hati dan sebagainya, namun untuk melakukannya, ia mengambil masa yang lama. Saya akan usahakan mana yang termampu.

Jadi sehubungan dengan itu, jika ada apa jua tulisan dan perkongsian saya yang mungkin tidak betul, salah di sisi agama dan seumpamanya, tetapi masih diamalkan oleh anda, saya berlepas diri daripadanya. Tulisan saya di blog ini atau di mana-mana blog/web/FB dan lain-lain hanyalah sebuah tulisan semata-mata. Anda baca, tetapi setiap keputusan yang anda lakukan adalah di atas tanggungjawab anda sendiri.

Saya juga akan menutup semua website jualan, blog dan mana-mana yang berkaitan kecuali blog utama ini. Kesemua produk dan perkhidmatan yang saya lakukan sejak dulu (2006) hinggalah sekarang akan DITUTUP sepenuhnya. Saya akan mulakan dengan projek baru seumpama saya “bermula semula”.

Bagi “email list” (subscribers), saya juga akan menyediakan pendaftaran baru. Manakala senarai emel yang lama akan saya padam sepenuhnya (delete). [Sebahagian besar yang membaca post ini adalah dari email list. Anda boleh daftar semula jika mahu. Tunggu pengumuman saya dalam masa terdekat.]

Dengan pengumuman ini, saya mengganggap diri saya dan perniagaan saya tidak mempunyai sebarang urusan lagi dengan sesiapa bermula tarikh yang dinyatakan [16 Ogos 2014], melainkan pelanggan-pelanggan yang baru saya perolehi melalui saluran perniagaan saya yang baru.

Saya adalah “baru” bermula 16 Ogos 2014 dan saya yang sebelum itu “sudah tiada”.

Namun saya tetap sama. Identiti saya tetap sama. Matlamat dan hala tuju saya masih tetap sama. Cuma jalan, cara dan prinsip telah saya ubah haluannya.

Teruskan bersama saya di SmartUsaha.com.

SEKIAN, HARAP MAKLUM.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Pengumuman PENTING – 16 Ogos 2014

  1. Saya masih terkenang bagaimana saya bermula dengan perniagaan di internet, syukur sebanyaknya Allah izinkan saya mengenali Tuan Zul.

    Bermula dengan produk ‘killer’ bloggingtips Tuan itulah saya merangkak perlahan-lahan, sangat mentah pada masa itu..

    Saya tidak boleh lupakan forum yang Tuan asaskan dulu.

    Terima kasih Tuan Zul, guru dan sumber inspirasi saya dalam perniagaan online.

    Saya doakan Tuan akan terus membantu lebih ramai orang.. berjaya di dunia dan kaya di akhirat.

    Terima kasih Tuan Zul!

  2. Semoga tuan terus sukses dalam apa jua bidang yang ingin diceburi. Jujur saya katakan, tuan adalah antara IM yang mula-mula saya kenal pada tahun 2008. Saya mula kenal blog wordpress melalui produk tuan. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. Minta halal ye tuan

  3. Terima kasih tuan. Disebabkan tuan saya mula kenal online bisnes, ebook, wangcyber & internet marketing.

    Banyak info berguna. Dalam blog ini sahaja pun rasanya cukup untuk kembangkan bisnes online.

    Jasa baik tuan memang menjadi sebahagian perjuangan saya dalam online bisnes.

    Berubah itu bagus tambah pula kepada lebih baik.

    Kalau tak keberatan, nanti tuan kongsi la bersama dalam blog apa projek baru?

    Doa saya moga tuan lebih berjaya. Amin.

  4. Good luck tuan.

    Saya dan kawan saya masih follow tuan. Rasanya lebih seronok follow orang lama. The real IM tak de belok sana sini termasuk konar baring.

    Orang baru pun ada yang kami follow, tapi tak ramai.

    Didoakan tuan lebih sucsess dengan penghijrahan ini. Pasti ada sesuatu yang dapat kami pelajari nanti, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    All the best!

  5. Sokong. Setuju. Fresh start semula. Fokus pada less is more. Mesti dpt apa yg dikejar tu.

    Puas hati dgn semarak hosting. Thank you

  6. Syabas tuan kerana sentiasa datang dengan idea segar. Produk pertama tuan yang saya beli adalah CD Panduan Buat Duit rasanya dalam tahun 2006 (kalau tak silap) dan sejak itu saya sentiasa follow perkembangan tuan sehinggalah ‘hilang’ beberapa ketika. Sekarang tuan telah muncul kembali di persada dunia IM kita di Malaysia..dan rasanya ramai yang lega dengan kehadiran tuan semula kerana kami sentias rindukan ILMU daripada tuan 🙂 saya akan setia follow tuan Zul..Jaza-Kallah Khairan Katsiiraa.

  7. Saya juga doakan Tuan Zul sentiasa sukses dan cemerlang di masa hadapan. sukar nk jumpa IM mcm Tuan Zul. Bnyk yg Tuan Zul dh curahkan dan buka mata orang-orang yang cuba mahu kembangkan ilmu di dunia bisnes online. TQ Tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *