Pengiklanan Banner SmartUsaha Akan Dibuka – Siri 2

Pertama sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas komen-komen yang membina daripada anda yang telah membaca ebook saya yang dilancarkan semalam. Jika ada kesalahan atau kekurangan, usah segan silu beritahu kepada saya. InsyaAllah, saya akan perbetulkan.

Saya teramat gembira kerana matlamat ebook tersebut hampir mencapai matlamatnya iaitu memudahkan pembaca memahami sesuatu dengan senang dan tidak teknikal. Ada satu bahagian yang amat teknikal iaitu RSS, telah dapat difahami dengan baik oleh pembaca. Jika anda cari di internet, tidak banyak keterangan mengenai RSS di dalam bahasa Melayu dan jika dalam english pun, anda susah memahaminya kerana kebanyakan penerangan amat teknikal. Ada yang dah bagi testimoni seperti, “sebelum ni pernah baca dan dengar pasal RSS, tapi lepas baca ebook zul ni, saya terus faham..”. Di dalam ebook tersebut, saya hanya sentuh secara ringkas sahaja dan mungkin di lain masa saya akan kongsikan lagi. Anda tak tahu apa itu RSS? Kalau nak tahu, download ebook percuma “buat duit dengan blog” sekarang di http://smartusaha.com/news (perlu daftar).

================
PENGIKLANAN BANNER
================

Sebelum ini saya telah menyatakan akan hal ini. Namun di kali ini, saya akan menyatakan lagi sebelum saya melancarkan ‘peluang’ ini.

Jika ada orang mengatakan bahawa teknik pengiklanan banner telah ketinggalan zaman, lapuk, merugikan dan tidak berkesan, bagi pendapat saya, mereka perlu memberikan bukti dan fakta yang konkrit. Jika anda lihat di laman web microsoft, amazon, yahoo, dan lain-lain, cuba perhatikan apakah salah satu ‘benda’ yang ada di dalam laman web atau portal mereka? Ya, banner! Begitu juga dengan forum-forum terkenal di international, atau portal bagi komuniti tertentu, banner wujud di atas, tepi, tengah dan bawah. Nak lagi? Cuba masuk ke mana-mana blog, ada juga banner.. 😉 Nak lagi?? Ya, google Adsense juga ada iklan berbentuk imej (banner lah tu..) bagi program mereka.

Maka, daripada penggunaan meluas itu terutama oleh gergasi-gergasi yang besar seperti google, amazon dan yahoo, ia memberi isyarat bahawa pengiklanan melalui banner masih boleh digunapakai! Nak lagi ‘bukti’ mudah? Kalau anda join program affiliate, apakah salah satu ‘tool’ yang akan diberikan? Ya, banner!! 😉

Namun, pengiklanan banner bagaimana yang sesuai? Di tempat mana? Dan yang penting, apakah asas-asas pengiklanan banner yang perlu kita tahu? Orang yang betul-betul buat bisnes, mereka akan tahu apa itu ROI (return of invesment) dan mereka akan utamakan hal ini bagi setiap ‘pelaburan’ mereka dalam sesuatu aktiviti seperti promosi dan pemasaran. Jika ROI itu besar (pulangan lebih dari modal), maka teknik promosi yang digunakan dengan kos tertentu itu sudah tentu sesuai dan berbaloi. Maka, teknik itu akan terus digunapakai dan dioptimakan..

Antara istilah yang berkaitan dengan pengiklanan banner adalah CTR, CPM dan impression. Perkara-perkara ini amat penting diketahui sebelum anda ‘melaburkan’ wang untuk tujuan promosi melalui banner. Anda perlu tahu, bisnes bukan satu perkara cuba-cuba, ia adalah “sains, matematik dan seni”. hehe, apa tu? Entahlah.. Sama-sama kita fikirkan. Jadi, anda perlu tahu selok-belok mengenai pengiklanan banner sebelum anda melanggan perkhidmatan banner di mana-mana laman web, AGAR anda tidak RUGI!

InsyaAllah, di tulisan selanjutnya nanti saya akan nyatakan secara ringkas perkara-perkara wajib yang perlu anda tahu mengenai pengiklanan banner yang berkesan. Saya tak mahu saya dapat bayaran, dan saya ‘tinggalkan’ banner anda di blog ini, dan anda?? Tidak dapat apa-apa data, perkembangan, report, dan sebagainya yang boleh membantu anda untuk membuat analisis terhadap promosi banner anda di sini.

Semalam saya telah siap ‘setup’ sistem pengiklanan menggunakan satu sistem perisian open source, tetapi amat berkuasa. Saya yakin ada di antara anda tahu perisian tersebut. Anda sebagai pengiklan (yang bayar untuk letak iklan) akan dapat melihat data seperti berapa kali banner anda telah dipaparkan (view), berapa bilangan klik, berapa lagi impression yang tinggal dan berapa nilai peratus CTR kempen promosi banner anda tersebut. Dan yang hebat, apabila sampai satu tahap yang iklan banner anda akan habis tempohnya, sistem secara automatik akan menghantar emel kepada anda! Emel itu menyatakan bahawa, ‘tempoh’ untuk banner di ruang iklan akan tamat.

Woww, menarik bukan? 😉 Ya, melalui pengiklanan banner di blog ini, anda akan dapat apa yang telah saya sebut itu. Dan anda juga akan mendapat satu panduan ringkas (ebook) mengenai pengiklanan banner, KHAS dan SPECIAL untuk pembeli ruangan banner smartusaha sahaja. Eksklusif.. 😉 Panduan mudah ini tidak dapat diperolehi di mana-mana ruangan iklan lain.. 😉 Maka jelas, saya bukan sahaja menerima bayaran daripada anda dan kemudian ‘berjoli’, tetapi anda juga dapat apa yang PATUT anda dapat. Saya pastikan kebajikan anda terjaga dan saya hanya bukan mahu melepaskan batuk di tangga sahaja atau mengaut keuntungan secara mudah (tak untung besar pun).

Dah banyak yang saya huraikan, dan tunggu satu lagi tulisan lain yang akan membuat overview secara ringkas mengenai pengiklanan banner yang berkesan. Apa yang saya nyatakan di sini, adalah sesuai juga untuk anda aplikasikan apabila anda mahu melakukan bentuk promosi melalui banner.

Sekian dahulu, jumpa lagi di siri ke-3 pengiklanan banner.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Pengiklanan Banner SmartUsaha Akan Dibuka – Siri 2

  1. Zul,takde buka iklan jenis lain ke? Text ke atau iklan kecil (80*30)ke macam wangcyber?
    Saya pun tak sabar nak tunggu pelancarannya.Baguslah pakai perisian open source ni…kita pun jimat 🙂 Lagipun open source tak kurang hebatnya dari perisian komersil.

  2. Satu perkara saya nak bagitahu, saya utamakan laman web yang relate kepada perniagaan internet sahaja seperti komputer, software, ebook ebiz, bengkel ke, dan yg seumpama dengannya. Jadi, kalau laman web anda pasal bola sepak contohnya, AMAT tidak digalakkan sebab saya tak mahu anda ‘rugi’. TAPI, kalau anda nak juga (maybe untuk tujuan testing), saya tidak kisah. Cuma, saya tak galakkan. So, pastikan laman web anda untuk iklan banner ni relate dengan blog saya. Ia lebih berkesan..

    Azahari, ada dalam perancangan.. Saya buat dua ruang dulu, atas dan tepi atas. Ada satu lagi ruang / bahagian (juga berkesan), tunggu… 😉

  3. Hmm leh try apply nih.. patik pon mmg nak promote first ebook free patik nih 😉

    Cuma yang patik sket konfius… camner nak handle banyak2 banner kang… rotate2 eh per view?

  4. Web saya layak kot utk diiklankan di sini. Kalau kena dgn bajet, nak jugak apply… tapi nampaknya kena tunggu giliran lah ni ;). Thanks!

  5. hi… sy baru dlm online biz ni n perlu byk belajar untuk terus maju dlm biz. idea2 encik zul amat bernas dan berfaedah untuk di aplikasikan dlm buat duit dgn internet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *