Penerbitan Ebook Cara Mudah

Bagi anda yang tiada kemahiran teknikal untuk menyiapkan ebook sendiri tetapi mahukan pendapatan secara pasif dan mudah daripada jualan ebook, sebenarnya ada jalan ‘singkat’ bagi anda.

Cara ini tidak memerlukan anda uruskan kesemua perkara, sebaliknya anda hanya perlu menulis sahaja. Ya, menulis draf (manuskrip) ebook sahaja. Caranya adalah dengan menggunakan khidmat penerbit ebook.

Selama ini kita hanya mendengar penerbit buku sahaja dan memang banyak penerbit buku di Malaysia. Namun penerbit ebook di Malaysia masih lagi di peringkat awal dan saya lihat hanya beberapa pihak sahaja yang baru menyediakan khidmat penerbitan ini.

Setelah anda menyiapkan ‘manuskrip’ ebook, anda serahkannya kepada pihak penerbit dan mereka akan lakukan segalanya untuk anda daripada proses proof reading, editing, layout, design ecover, minisite, sales letter dan beberapa perkara teknikal yang lain.

Setelah ia siap, sudah pasti pihak penerbit akan melakukan promosi untuk anda, namun anda juga perlu melakukan promosi untuk ebook anda tersebut. Yang pasti anda hanya perlu tunggu ebook anda siap sahaja tanpa perlu pening memikirkan semua perkara. Anda hanya perlu menulis dan bekerjasama dengan pihak penerbit.

Saya juga akan menawarkan khidmat penerbitan ebook ini kelak. Dari segi pembahagian keuntungan, apa yang saya dapat nyatakan ia seperti pembahagian keuntungan penerbitan buku. Sebahagian untuk penulis, sebahagian untuk penerbit dan jika dibuka peluang agen (affiliates), maka diberikan sebahagian komisen untuk mereka.

Dua contoh terbaik ebook yang diterbitkan melalui penerbitan sebegini adalah:

1. Ebook Rahsia Kambing (www.RahsiaKambing.com)

Ebook ini diterbitkan oleh Extreme D Enterprise. Penulisnya adalah Mohammed Farid Sulaiman.

2. Ebook Panduan Cinta (www.PanduanCinta.com)

panduan-cinta2

Ebook Panduan Cinta ini diterbitkan oleh Flarebiz Network (Team Flarebiz) dan penulisnya adalah Richie.

Kesimpulan

Peluang untuk anda yang inginkan pendapatan pasif tanpa perlu bertungkus-lumus adalah terbuka luas jika ada penerbit setuju menerima manuskrip ebook anda. Saya juga akan membuka peluang ini kelak di bawah nama perniagaan Inspirasi Maya Enterprise.

Semoga berjaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

30 thoughts on “Penerbitan Ebook Cara Mudah

  1. Salam!

    Tak tahu pulak saya ada Ebook Panduan Cinta. Tergelak pulak dibuatnya….Saya yang ketinggalan rasanya. Rasanya panduan ngan reality for sure banyak beza…

    Betul jugak tu, kalau dah pening sangat dan tak mampu nak buat sendiri lebih baik dapatkan bantuan pakar. Ni pun pesan Nabi, ‘dapatkan bantuan dari yang ahli’ untuk permudahkan urusan. Penulis cuma perlu fokus untuk hasilkan ‘isi’ yang betul-betul berkualiti tanpa payah memikirkan yang lain. Yang pasti adanya ada kosnya!

    Wassalam.

  2. wah bagus nyer tak payah fikir pasal teknikal. Ketingggalan rupanya saya yea. 🙂

    ni baru org kata “mudahnya buat duit melalui internet”… tepi ongkosnya perlu lebih la….

    1. Abu Jarir. Check emel ya.

      Secara ringkas:

      1. Dua-dua pihak boleh lakukan peranan. Kalau diautomasikan dengan sistem Maybank atau kad kredit lagi bagus. Kalau secara manual, pihak penulis juga digalakkan terlibat.

      2. Berapa peratus tu bergantung kepada pihak penerbit. Tu kena bincanglah. Tak ada pembahagian yg tetap. Tapi sebab pihak penerbit yg banyak buat kerja, so penerbit dapat lebih lah. 😀

  3. zul, boleh terangkan sikit cara pembahagian keuntungan, adakah penerbit ebook ambil secara lum sum atau ada kelainan kaedah pembahagian keuntungan berbanding dgn penerbit buku biasa?

    1. Mungkin kaedah peratus atau nisbah keuntungan. Disebabkan produk adalah ebook, maka pembahagian keuntungan adalah pada setiap bulan. Pembahagian keuntungan dilakukan selepas menolak kos yg terlibat seperti kos pembayaran komisen agen. Dah tolak semua tu, jumlahnya dibahagilah mengikut kadar yg telah ditetapkan.

  4. Peluang menarik untuk newbies menghasilkan penulisan ebook sendiri dengan cara yang lebih teratur. Harap SmartZul@IME dapat membuka peuang ini seberapa segera..

  5. Salam Zul,

    Nampaknya fenomena baru dalam perniagaan internet akan terus berkembang…idea yang menarik!

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

    p/s: terbit sendiri buku fizikal kosnya memang tinggi…royaltinya agak kecil …tetapi berbaloi juga…manakala terbit sendiri ebook kosnya lebih rendah..tapi untungnya lebih besar..!

    1. Yup, betul. Profit biz ebook amat besar.

      Tapi bagi yg nak bina kredibiliti dan ambil ruang di market offline, bolehlah guna buku cetakan.

      Bagi saya, buat kedua-dua lagi bagus. 😀

  6. Salam..

    info yang sangat bermanfaat untuk saya. Sebenarnya, nak wat ebook ni bukan susah pun. Taip kat MS Word 2007 or Open office then ‘export as pdf’. Siaplah sebuah file pdf=ebook:)

    Tapi, nak terbitkan ebook untuk dijual tentulah xsemudah itu. Mcm buku fizikal gak, bukan susah nak terbit sendiri, tapi proses yang perlu dilalui sume tu yang wat orang lebih memilih hantar ke penerbit.

    Thank sifu blogku:)

    1. Oh, kalau orang seperti Afyan, saya rasa PTS atau penerbit buku lain tak ada masalah nak terima. 😀

      Better buat buku lah. Lebih menyengat berbanding ebook.

      ps. Saya sentiasa menunggu orang tulis buku pasal “cabaran” seorang agen takaful dari ‘merangkak-rangkak’ sehinggalah berjaya. Tak ada lagi kat pasaran rasanya.

  7. ohhh lepas nih nak kumpul idea nak menulis plak …. kalo nak tulis pasal kejayaan online internet rasenyer dah banayk sangat ebook yang dikeluarkan …. macamaner yer nak dapatkan idea yang betul2 lumayan dan mengempakkan.? Pasti jawapan yang biaser didengar adalah tulislah aper yang kiter minat kan … cuma masih tak dapat fokus minat kiter tuuh

  8. Aiseh Smartzul,

    Saya baru je siapkan ebook panduan cendawan saya. Berbulan jugak pening kepala belajar pasal php la, MySQl la dan macam2 lagi. Kalau tau pasal khidmat ni, mesti dah kontek awal2..

    InsyaAllah lain kali kalau rajin tulis ebook, kita boleh bekerjasama.

    Terima kasih

  9. Apa lagi sahabat2

    let’s bang our head , cari idea-idea menarik untuk tulis ebook…

    Bila ke MPH, bila lihat ruangan bahasa melayu, macam-macam buku dah ada….sebenarnya macam-macam benda boleh tulis…tapi nak dapat idea tu mencabar sket…kena rajin explore…dan explore…

  10. Saudara Zul,

    Tahniah!! saya rasa ni mungkin salah satu dari ‘projek’ yang diorang duk katakan tu… huu… memang best la idea ni…

    Saudara,

    Sebenarnya pada saya, idea ni lebih bagus bila dikelolakan oleh orang yang kita tahu tahap kredibilitinya.. kerana ianya melibatkan buah fikiran orang lain..jadi jika saya disuruh untuk memberi testimonial, Saudara Zul adalah orang yang terbaik untuk dipilih… bukan nak puji, tapi bila dah cuba merasai dan menggunakan produk beliau, tahap servis after sales beliau adalah antara yang terbaik.. dari situ kita akan tahu sejauh mana kredibiliti seseorang…. dan yang lebih penting, sape pun kita newbie/oldbie, layanan beliau tetap yang terbaik… takde pilih2 punya…

    Tahniah Saudara…

    1. Naseffa ni guru ke?

      Anda perlu hati-hati jika menulis ebook bertajuk sedemikian sebab ia melibatkan kerjaya dan jika ada isi kandungannya yang tidak disenangi oleh pihak atasan, ada kemungkinan tindakan disiplin boleh di ambil.

      Ia mungki tidak menjadi masalah jika kandungannya baik, tapi persoalannya, adakah permintaan terhadap ebok sebegini?

      Bagus lagi buat buku, Rahsia Lulus PTK untuk Guru…sure laku punya.
      Buku2 berkaitan PTK adalah paling laris bagi kategori buku fizikal, tetapi setakat ni belum ada orang yang cuba hasilkannya dalam bentuk ebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *