Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pendapatan Tambahan : Tak Perlu Berhenti Kerja

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Saya pernah berjumpa, diberitahu dan mendengar, ada mereka yang ingin berhenti bekerja akibat begitu teruja dengan perniagaan internet ini. Kononnya bagi mereka, mudahnya buat duit di internet, lantas, mereka ingin ‘memecat’ bos mereka. ;) Maksudnya letak jawatan lah tu (berhenti bekerja)..

Saya tahu, anda tidak tahan bekerja di bawah suruhan dan arahan orang, tak tahan dengan makian bos, tak tahan dengan politik pejabat, tak tahan, tak selesa…… Pelbagai lagi… Betul kan? Saya tahu sebab saya pun pernah bekerja dengan orang. Selain itu, anda juga teruja dengan kata-kata, “nak duit banyak, buat bisnes”, “cara mudah buat duit, melalui internet”. Oh, ini adalah mitos.. Sila baca tulisan saya sebelum ini atau download special report saya melalui pendaftaran di http://smartusaha.com/news.

Ya, walaupun begitu, saya menasihatkan anda bersabar banyak-banyak dan tenangkan diri dahulu sebelum membuat keputusan yang boleh merugikan anda kelak. Ramai yang mengambil jalan mudah untuk berhenti kerja dengan membuka bisnes, tak kisahlah bisnes internet atau bisnes biasa. Namun, ramai juga yang gagal dan mengambil masa yang lama untuk merasai hasil yang memuaskan. Malang lagi, pendapatan bulanannya melalui bisnes lebih sikit berbanding dengan gaji kerja asalnya.

Berita gembira untuk anda adalah, perniagaan internet boleh dilakukan walaupun anda bekerja 8 pagi – 5 petang. Lagi-lagi jika pasaran anda adalah luar negara seperti US dan UK, sebelah malam di sini adalah sebelah siang di sana. Maka, dari segi masa tiada masalah untuk anda. Yang perlu adalah, anda meluangkan sedikit masa di sebelah malam atau pagi untuk menguruskan perniagaan anda.

Dan, berita gembira lagi adalah, jika anda tiada produk sendiri, anda boleh menyertai program-program yang sah seperti program affiliate dan google adsense. Kerja anda hanyalah melakukan promosi dan pemasaran, lain-lain hal, anda tak perlu pening-pening. Kena cara, hujung bulan duit masuk samada ke akaun bank, paypal atau cek.

Jadi, katakan kerja anda sekarang bergaji sebanyak RM1500, perniagaan internet anda pula memberi pendapatan sebanyak RM1000 (contoh jer), program affiliate RM500 dan adsense RM300, maka pendapatan bulanan anda adalah RM3300. Jika dilihat, perniagaan internet anda sendiri, program affiliate dan adsense adalah pendapatan tambahan kepada anda bagi setiap bulan.

Ingat, itu hanya gambaran sahaja, bukan perkiraan sebenar. Nasihat saya, pilih satu model cara buat duit di internet yang paling sesuai untuk anda. Adakah produk sendiri? Join affiliate? Adsense? Sekali lagi, pilih satu dulu dan usaha untuk capai prestasi yang memuaskan.

Sepanjang penulisan saya, saya tidak pernah menyuruh sesiapa berhenti kerja mahupun memecat bos mereka. hehe.. Tapi, jika jiwa anda dah tak tahan sangat, jika boleh bagi kesan buruk kepada kesihatan, fikirlah jalan terbaik samada mencari pekerjaan di tempat lain di samping berusaha mencari pendapatan melalui internet.

Jika anda ingin buat perniagaan internet secara sepenuh masa, pastikan anda mempunyai sokongan kewangan yang cukup sekurang-kurangnya untuk 5 bulan bermula dari anda melakukan secara sepenuh masa. Ya, lima bulan. Tapi, sekali lagi saya ulangi, ini adalah cadangan saya, bukan nasihat rasmi atau satu formula yang tepat untuk anda.

Kesimpulan:

1. Internet mempunyai pasarannya tersendiri yang boleh anda terokai untuk menjana pendapatan tambahan

2. Perniagaan internet, program affiliate atau adsense boleh dilakukan tanpa perlu menjejaskan dan menganggu kerja rasmi / harian anda. Ia boleh dilakukan secara sambilan

3. Jangan berhenti kerja / meletak jawatan jika anda tiada sokongan kewangan yang kuat, lagi-lagi jika anda sudah ada isteri dan anak-anak untuk disara. Lain laa bujang dot dot macam saya nii… ;)

Nasihat Ikhlas dari,

SmartZul.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

52 Responses to “Pendapatan Tambahan : Tak Perlu Berhenti Kerja”

  1. Walikard says:

    Seseorang tu perlu berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan yang penting sebegini…sebaik-baiknya, bagi Muslim, ambillah kesempatan ini dengan menggunakan “senjata” kita iaitu dengan memohon petunjuk dari ALLAH SWT setelah berusaha mengumpul input-input dalam nak buat sesuatu keputusan tu…maklumlah, keputusan yang bakal dibuat, bakal juga merubah keseluruhan wajah kehidupan anda

    • abdfatah says:

      bukan mudah nak cari kerja ngan kerajaan semula kalo dah berhenti dengan muktamadnya… masa depan adalah pilihan anda sendiri untuk berjaya atau tidak…

      • Han says:

        baik jangan berhenti kerja dulu sebelum ada income kukuh yang lain…
        azizi ali pernah berkata kalau income boleh hidup untuk 3 bulan baru boleh berhenti kerja untuk teruskan perniagaan internet dengan bersungguh2…
        kalau income tak cukup untuk 3 bulan tu, jangan pandai2 berhenti kerja pula…
        income cukup 3 bulan makan pun saya rasa susah nak jamin…hehe…
        bukan senang nak buat perniagaan internet ni…

        han

  2. hustlesoft says:

    ye betul tu …kalo kerja tak semestinya berenti kalo nak buat perniagaan internet,,,

  3. siantan says:

    setuju dengan zul,

    kalau rasa kita takde backup dari mana-mana sumber sebaiknya jangan berhenti dulu. Sebab bidang ni tak semudah yang disangka. banyak yang
    perlu dipelajari dan dilaksanakan.

    • abdfatah says:

      kalo backup tu dah habis sebelum perniagaan kita berjaya dah tentunya kita akan rugi sakan. berniaga entah ke mana… modal entah ke mana-mana… termenung sendirian laaa….

      • Han says:

        tu la kena bersedia dari awal…
        kena rancang betul2 pelan kita tu…
        apa yang perlu buat…
        kira betul2 backup tu cukup ke tidak…

        han

  4. shuth says:

    He.. he.. he… 5 bulan tak cukup zul…
    Saya tgh kumpul backup untuk 2 tahun sekarang nie.. sebab.. kalau buat biz, normally 2 tahun baru stabil..

  5. irwan.dahnil says:

    Satu lagi masalah timbul bila produktiviti kakitangan menurun apabila terdedah dengan ‘alway connected’. Ramai yang sibuk buat ‘kerja sendiri’ dari kerja pejabat…

    Pernah dulu, saya block semua internet connection kat opis bila ramai staff yg sibuk berYM dari buat kerje.. :) ) …

  6. ZeMMs says:

    Aku mmg setuju dengan posting ni. Aku pun membuat perniagaan internet secara part-time di samping bekerja dengan sebuah syarikat internet security.. malah time keje ni pun aku boleh uruskan mana-mana urusan internet biznes sebab tak memakan masa yang lama. ;)

  7. Abd Rahman says:

    lebih baik kawin cepat zul, rezeki lagi bertambah…

    • abdfatah says:

      kita tunggu kad jemputan dari zul nanti. moga murah rezeki berlipat ganda kalo zul dah kahwin dan beranak pinak nanti… wiahahahahaa

    • Han says:

      isk…kahwin rezeki boleh bertambah ke?
      tambah beban tu…hehe…
      kalau ada anak pula, lagi lah berat…
      tapi kalau income ok, memang boleh sangat lah…

      han

  8. smartzul says:

    1. Irwan,

    Kalau saya jadi bos mereka, saya galakkan mereka buat bisnes sampingan dengan syarat tak buat kerja lain (bisnes tu) pada waktu kerja.. ;) Kita sebagai bos tak boleh kata JANGAN, bagi saya, kita juga kena memahami keadaan mereka yang tak cukup duit.. Lain ler kita naikkan gaji dan bagi macam2 insentif.. hehe.. ;) Nak guna internet di pejabat? Boleh, time rehat jer ok.. :p

    Pssst, apa yang saya perhatikan, kebanyakan orang yang berchatting tu banyak chatting kosong..

    Pengalaman saya kerja mendapati, chatting kosong dan surf internet saja2 atau untuk bisnes masa waktu kerja, MEMANG menurunkan kualiti dan produktiviti kerja.

    2. Seperti yg saya nyatakan, kita boleh gunakan masa lepas pejabat, dan ini biasanya boleh diaplikasikan untuk produk bukan fizikal, lebih2 lagi jika pasaran tumpuan kita luar negara. SIni malam, sana siang.

    Shuth,

    Yup, betul tu. Kumpul banyak-banyak. Tapi bagaimana pula simpanan (sokongan kewangan) sebanyak RM50,000 untuk 5 bulan? Cukup tak? Kalau tak cukup, saya up lagi 2 kali ganda.. hehe.. ;)

  9. smartzul says:

    hehehe, en rahman, insyaAllah.. ;)

  10. fai says:

    Nampaknya saya kena cari kerja ni..
    Keadaan saya jd xstabil..

    Errr.. Zul ni pnah pecat bos ke?? Ha ha

  11. shuth says:

    he.. he.. RM50k tak cukup zul… 2 kali ganda pun tak cukup.. paling kurang pun 4 kali ganda.. lebih2 lagi keadaan ekonomi yang sedang menuju kepada kelembapan sekarang nie.. :)

  12. BAGAK says:

    Jangan pecat boss anda, kerana anda akan menyesal.
    dapatkan momentum yang sesuai untuk sebelum berhenti kerja.
    momentum=pendapatan yang sesuai

    tapi kalau anda mmg dah kerja dengan kompeni IT dan 24 jam online, itu dah kira bisnes sambil bekerja atau atau cari makan semasa rezeki dah di depan mata :) tak payahlah berhenti kerja.

  13. smartzul says:

    Shuth, ok, 50,000 x 4 = 200,000. Nanti saya bagi cek kat shuth yer.. Cek tendang.. tendangan maut punya.. :lol: hehe.. Gurau jer..

    Hmm, ia depends pada keadaan seseorang. Pengalaman saya, kita kena pandai urus wang dan kena berani survive. Contohnya saya, i’m bujang man. Tak makan 3 hari pun takper. :p hehe.. Tapi kalau yang dah kawin tu, jangan laaa pecat bos anda, nanti nak bagi makan apa kat anak dan isteri.. ;)

  14. meon says:

    saya setuju…dulu saya pernah rasa 3 bulan takde income masuk..3 bulan je, itupun dah separuh mati so jgn ambil langkah terburu-buru. Ingat – ‘Langkah Pendekar’ langkah yang bijak,berhati2,mantap dan mendatangkan hasil yang menguntungkan.

  15. Labanon says:

    Setuju… tp x payah laa berhenti kerja sehingga perniagaan internet anda betul-betul stabil :D

  16. tazamfn says:

    Setuju ngan lebanonnnnn

  17. san says:

    jgn berhenti kerja,saya sekarang ni pun sedang bekerja , perancangan saya pun , kalau betul2 dah stabil, barulah saya betul2 step down.

    Dulu saya memang berfikir mcm ni,nak berhenti kerja supaya dapat fulltime dlm perniagaan Internet,tapi bila fikir panjang-panjang,lebih baik saya teruskan saja.Kerja ni pun just backup ja , tak ada backup, mcm mana nak cover itu dan ini , : ), saya sarankan juga kepada internet marketer,jgn step down lah, lainlah kalau betul2 stabil income, All the best for your “Peniaga internet”

    • abdfatah says:

      kalo dah stabil barulah boleh buat fulltime bisness internet kita itu dengan jayanya sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk masa depan diri dan keluarga anda…

    • Han says:

      kalau tak berhenti kerja dapat 2 income…hehe..
      dari kerja satu dari perniagaan internet satu…
      kan bagus tu dapat 2 income…
      kalau dah dapat rm10000 sebulan tu untuk perniagaan internet, memang boleh berhenti kerja sangat lah untuk kembangkan lagi perniagaan internet tu…

      han

  18. fai says:

    Kerja jgn tak kerja ye..

    Err saya tgh cari kerja tp kerja plak xnak kat saya.. He he.. :-)

  19. SmartZul says:

    Saya pulak akan tetap full time internet marketer? :) InsyaAllah. Doakan saya agar dapat rezeki yang murah dan kawin cepat.. hohoho… ;)

  20. sham says:

    Hehehe..pecat bos?..saya penah..

  21. muhdmuax says:

    Bang zul, ami sini aku cari kan , kak sedara aku ramai tak pun kak kat sekolah ngan U kat USM tuh pun boleh, ko nak yang pendidikan camner? hehe,

  22. fai says:

    Ohh.. Sorila.. Jangan salah faham maksud saya cari kerja tadi ye..

    Maksud saya, saya nak cari kerja kat internet ni.. He he.. mcm usahawan internet sepenuh masa la.. Kalau nak buat kene spenuh hati..

    Btul zul?? He he.. Nak jadi mcm zul, usahawan internet sepenuh masa.. Itulah saya..

    PS: Err.. akan datang saya akan ceroboh market international tp projek lps raya.. he he.. Thanks zul..

  23. smartzul says:

    hohoho Muax, satu tawaran yang baik tu.. :lol: Kim salam jer lah kat dia orang.. ;)

    Fai, good luck dan baguslah. Saya suka orang yang berani hadapi cabaran. :)

  24. cikgubiz says:

    Mesti smartzul dah ada buah hati tu….. muax.

  25. muhdmuax says:

    kirim salam, diorang pun tak kenal abng , nanti apa saya nak bagi tau, oh camni ” Kak bakal Jutawan Internet kirim salam kat kak, nama di Zul, “

  26. muhdmuax says:

    Buah hati, eh Zul ni ada buah hati ker, cepat cepat skit kahwin , bang Zul nih umur baper?

  27. suhaimy says:

    salam,

    berapa yang perlu backup ni….bergantung pada seorang…kalau jenis lasak 50k dah cukup.Tapi kalau banyak hutang,tanggungan 200k pun tak cukup.Lagi satu backup tu pastikan sumbernya berkat dan halal.Kalau sumber tak menentu lama2 habis juga.

    memang nak buat keputusan berhenti tu sukar juga.Sebab orang melayu macama aku ni memang syok terima gaji bulan2.Tapi kalau dah nekad dan pasti boleh pergi.. teruskan.

    • abdfatah says:

      sediakan modal yang secukup rasa sebelum anda berhenti. tatkala anda berhenti bermakna anda telah siap sedia untuk berdepan dengan segala ujian dan rintangan yang bakal melanda… gaji dah takder kerja jugak takder… yang tinggal hanya modal yang boleh digunakan dengan sebaik mungkin…

      • Han says:

        azizi ali cadang kan income untuk 3 bulan baru boleh berhenti kerja…
        tapi saya rasa masih tak cukuplah…
        sebab perniagaan internet ni bukan mudah…
        yang penting rancang dulu apa kita nak buat tu…
        baru fikir2 kan…

        han

  28. fatah says:

    kerja? kerja kejap berhentiii… pastu kerja balik… berhenti… kerja semula… alihnya tak buat apa2… wehwhhee

  29. azizi says:

    assalamualaikum,
    hmm pandangan awk tu bagus tp saya ada yang lagi bagus.saya nak cari pelabur yang ingin melabur duit mereka. . *komen terpaksa di-edit kerana mengandungi unsur splogs (spam blogs). :)

  30. sifuu says:

    azizi, kami kat sini tidak akan melibatkan dalam pelaburan yang sangat2 meragukan kesahihannya. kalau nak melabur, melaburlah pada yang benar-benar di sahkan oleh kerajaan dan halal. dah banyak pelaburan halal di malaysia ni. janganlah kita selalu bermentaliti hendak cepat kaya sahaja. biarlah kita bersusah payah dahulu, baru kita rasa puas dan merasai keberkatan duit yang kita dapat…coz jika hasil yang kita dapat tidak berkat, sampai bila2 dan banyak mana pun kita x rasa cukup :)

  31. smartzul says:

    Wa’alaikumussalam Azizi.

    Hehe, en Azizi, komen anda terkategori sebagai spam, maaflah saya edit. :)

    sifuu, betul tuu.. ;)

    PS. Nak berikan komen, kena berkaitan dengan topik. :D

  32. abdfatah says:

    kerja? kenapa perlu berhenti sedangkan kerja perlu diteruskan seperti biasa untuk menampung keperluan harian yang sentiasa meningkat. kalo dah berhenti kerja memang duit gaji anda akan terputus secara tak langsung sedangkan perniagaan yang anda ingin bina belum stabil dan kukuh…

    kalo dah kukuh baru laa boleh berhenti kerja dan buat secara sepenuh masa. jika tidaknya anda akan kerugian lantaran berhenti kerja tatkala masa yang tidak sesuai…

    • Han says:

      kalau perniagaan dah stabil,
      memang tak salah kalau berhenti kerja…
      kalau berhenti kerja, mungkin boleh mengembang lagi perniagaan kita…

      han

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)