Home » Perniagaan Internet » Cara Tambah Pendapatan Dengan Mudah. Dua Cara!

Cara Tambah Pendapatan Dengan Mudah. Dua Cara!

Pertama sekali, hari ini adalah hari pertama kita umat Islam berpuasa. Ia perlu disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Gembira kerana bulan ini penuh dengan rahmah, dan syukur kerana kita bertemu lagi dengan bulan ini. Berpuasalah sebaik yang mungkin kerana kali ini mungkin yang terakhir untuk kita…

Tambah Pendapatan

Usahawan adalah istilah bagi mewakili seseorang yang ada produk sendiri yang diniagakan. Ini kita sudah tahu dan belajar di sekolah. Dan anda perlu faham maksud keusahawanan yang sebenar. Ia berbeza dengan peniaga yang biasanya meniagakan produk orang lain sahaja.

Baik, bukan perkara itu yang saya mahu ‘debatkan’, tetapi sebagai seorang usahawan Internet yang mempunyai produk sendiri, adalah amat rugi jika anda tidak berusaha menambah pendapatan dengan beberapa cara yang ‘mudah’.

Saya amat suka mengeluarkan produk sendiri. Ini kerana, 100% keuntungan adalah milik saya tanpa dibahagi-bahagikan dengan orang lain (kecuali bayaran untuk agen/affiliate).

Namun, di dalam kenikmatan merasai keuntungan tinggi melalui produk sendiri, ia ada kekurangannya tersendiri. Salah satunya ialah masa yang perlu diluangkan untuk menghasilkan produk amat panjang (lama). Bergantung kepada bentuk produk tersebut. Selain itu, banyak perkara atau aspek yang perlu dilakukan ‘serentak’, multiple tasks.

Kali ini, saya bukan mahu menulis mengenai menghasilkan produk sendiri, tetapi saya mahu tujukan tulisan ini kepada anda yang telah memiliki produk sendiri, atau yang anda yang bakal mempunyai produk sendiri kelak. Bagaimana di samping menjual produk sendiri, anda boleh menambah pendapatan dengan menjual produk orang lain.

Antaranya adalah dua cara berikut:

1. Produk Affiliate

Yang ini saya dah buat. Selain saya mendapat income daripada produk saya sendiri, saya juga mendapat bayaran untuk produk Affiliate yang saya promotekan. Boleh dikatakan hanya melalui blog ini, paling kurang pendapatan yang saya dapat ialah RM100.00. Oklah tu untuk pasaran Malaysia.

2. Resale Rights/Master Resale Rights/Private Label Rights

Yang ini saya telah banyak tulis di blog ini. Produk-produk sebegini amat mudah dan menguntungkan jika anda tahu tip dan triknya. Paling mudah, dapat sahaja produk ini dan jual balik (as-is). Atau, anda ubah design web dan surat jualannya agar lebih unik daripada yang asal.

Keuntungan untuk cara kedua ini adalah 100% milik anda. Cuma perlu buat kerja sedikitlah seperti edit web, upload ke server dan setup payment seperti paypal. Bayangkan, dengan hanya membayar $27 sahaja katakan untuk membeli satu produk Resale Rights, dan dengan menjual produk ini dengan harga yang sama dan anda mendapat 10 pembeli katakan, anda sudah dapat semula modal dan sudah pasti mendapat untung.

Saya juga telah melakukan cara ini dan ia memang salah satu strategi ‘fast money’. Kita beli hasil kerja penat lelah orang lain dan dapatkan hak jualan untuk produk itu, dan kita menjana keuntungan tanpa melakukan banyak kerja.

“Tapi saya buat tak dapat hasil pun Zul!”.

Jawapan saya amat mudah, “bagaimana dengan Marketing anda?”. Jika berkesan cara promosi dan pemasaran anda, biasanya amat mudah untuk mendapat sekurang-kurangnya satu jualan.

Belajarlah lebih banyak mengenai pemasaran, jangan terlalu fokus kepada perkara teknikal seperti pembinaan laman web dan sebagainya. Ingat, 90% tugas dalam perniagaan adalah promosi dan pemasaran.

Produk terkini yang saya sedang siapkan ialah yang saya hebahkan tempoh hari. Anda boleh melihat infonya di sini:

http://smartusaha.com/peluang-perniagaan-internet

Dalam masa 7 jam sahaja, seramai 175 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi reseller pertama yang mendapat produk ini. Ya, produk ini adalah produk Master Resell Rights yang bermakna anda boleh jual kembali. Saya hasilkan produk ini untuk anda yang mahu menambah pendapatan, atau yang baru bermula dalam Ebiz.

Jika anda mahu menambah pendapatan anda yang sedia-ada, saya amat yakin produk saya ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Tunggukan kemunculannya.

Kesimpulan

Di samping menjual produk sendiri, anda perlu tahu bahawa, graf jualan yang pada mulanya tinggi akan mula mendatar dan kemudian menurun. Ini kerana kadar pembelian semakin berkurangan berselari dengan kurangnya usaha pemasaran produk.

Mengapa kurang usaha ya? Satu sebabnya ialah kurang motivasi kerana anda asyik promosi benda yang sama. Sebab itulah, hasilkanlah produk yang lain pula. Ini hakikatnya. Hanya jika anda melakukan usaha promosi yang berterusan sahaja memungkinkan jualan sentiasa stabil.

Maka, di samping menyiapkan produk lain atau mempromosikan produk sedia-ada, gunalah peluang yang ada untuk mencadangkan pelanggan sedia-ada anda membeli produk orang lain (affiliate). Atau, belilah apa-apa produk RR, MRR atau PLR dan tawarkan untuk mereka.

Lihat!

Produk sendiri + Produk Affiliate + Produk RR/MRR = $$$

Mari kita kira (contoh) dalam sebulan:

Jualan produk sendiri = RM1000.00

Komisen Affiliate = RM150.00

Produk Resell Rights = RM250.00

Jumlah = RM1400.00

Itu hanya contoh untuk menunjukkan dua cara untuk sumber pendapatan tambahan selain produk sendiri.

Inilah dikatakan pelbagai sumber pendapatan. Saya telah melakukannya, anda bila lagi? Jangan jadi golongan yang hanya melihat orang lain, tetapi sama-samalah melakukannya. :)

Jika anda mahukan tip yang best, jadikanlah blog ini sebagai ‘akhbar’ harian anda… Berita terkini, produk terkini, ulasan produk, tip, panduan dan apa sahaja, semuanya ada di sini. Saya galakkan anda menggunakan RSS Reader seperti Google Reader. Klik di sini untuk caranya.

Atau, anda boleh daftarkan diri secara percuma di sini:

http://smartusaha.com/news 

Sekian.

ps. Tercari-cari video di dalam Bahasa Melayu? Mengapa perlu beli jika anda boleh dapat secara percuma? Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. Saya setuju dengan Zul, di samping produk tersendiri, kita juga boleh menjual produk orang lain yang berkait rapat dgn produk, kemahiran dan pengetahuan. Saya mahu kongsikan manfaat jadi reseller kepada produk atau servis orang lain, contoh yang saya mahu ambil ialah reseller hosting.

    Setiap hari ada saya website yang di hasilkan memandangkan pada masa kini sudah ramai yang sedar potensi pemasaran melalui internet.

    Seperti mana produk keperluan yang di perlukan seseorang manusia apabila lahir ke muka bumi, website juga memerlukan produk keperluan tersendiri, yang paling utama ialah HOSTING dan DOMAIN.

    HOSTING dan DOMAIN adalah sesuatu perniagaan internet digital yang tidak memerlukan anda menyimpan stok fizikal, hanya membeli package hosting yang melayakkan anda menjadi reseller sudah memberikan anda peluang untung menjana pendapatan di internet. Malah, sesiapa yang sudah biasa dengan Cpanel membolehkan mereka membuat perniagaan di dalam hosting biasa (bukan reseller) tetapi menyediakan khidmat hosting dan domain pada sub domain kepada domain utama (teknik ini ialah teknik yang paling mudah dan murah serta menguntungkan).

    sebagai contoh, sebagai subscriber hosting exabytes.com.my menyediakan package minimum hosting dan domain dengan kos RM250 setahun (10 GB file/50GB bandwith/50 MYSQL) dengan kemampuan memasukkan 10 domain dalam hosting yang sama, melalui ini anda boleh mendapat pulangan sebanyak RM1000 setahun dengan menjual hosting & domain yang di pointkan (subdomain) kepada 10 pelanggan dengan harga yang di kira murah iaitu . Sebelum itu anda boleh menjadi reseller kepada domain registrar juga, maybe ada di sini biasa dengan penyedia domain http://www.godaddy.com yang menawarkan domain yang amat murah!.

    Ini secara ringkas, kalau mahu study idea ini..kena lah ambil insiatif jenguk2 yang mana patut..

  2. Han says:

    betul tu PioneerTeamDotNet… saya sgt setuju dengan idea PioneerTeamDotNet dan zul…

    tambah lagi…back end juga penting untuk meningkatkan lagi keuntungan anda…

    sebagai contoh:
    jika pelanggan anda telah beli produk anda, anda perlu follow up untuk dapat jualan seterusnya… kalau anda tiada produk kedua, anda boleh cadangkan produk affiliate atau RR yang berkaitan dengan produk anda…

    ini akan menjadikan anda mendapatkan keuntungan yang sangat lumayan jika kea dengan caranya…

    han

  3. Hamid says:

    Terima kasih
    InsyaAllah
    akan ku cuba teknik ini :wink:

    p:s nak kuar produk sendiri lambat lagi. Belajar dulu :wink:

  4. Amer says:

    Samalah kita Hamid. Masih lagi dalam proses pembelajaran :-P Kalau kat luar ini, macam masuk tadika balik :-) Insya Allah dengan adanya blog site seperti saudara Zul ini, proses pembelajaran ini mungkin menjadi lebih singkat. Tahniah Zul..

  5. abdfatah says:

    dua cara yang cukup berkesan dan bukannya dua cara untuk jadi cepat kaya dengan segera.

    maka promosi itu amat penting untuk diketengahkan dengan produk yang berkualiti untuk santapan masyakat yang mahukan menda yang berkualiti…

    sekian terima kasih… :grin:

  6. Han says:

    betul tu abdfatah,
    promosi ada benda yang terpenting dlm bisnes…
    kalau tak promosi, siapa tahu kita buka kedai kan?

    dalam kes promosi, kita kena kerja kuat untuk mencapai tahap yang kita sasarkan…

    han

  7. abdfatah says:

    dapat komisen dan dapat untung 100%.

    kita tunggu dan lihat hasilnya… namun kena usaha lebih giat lagi untukmenghasilkan income yang berbakul2 banyaknya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.