Jana Ribuan Ringgit Tanpa Produk Sendiri
Kali ini, saya ingin menyentuh mengenai buat duit di internet dengan program affiliate (tanpa produk sendiri) dan sedikit mengenai langkah ke arah kejayaan di dalam perniagaan internet.
Menjana pendapatan di internet memang menyeronokkan. Sekali anda tahu teknik dan strategi yang betul, anda boleh buat duit pada bila-bila masa sahaja. Tanpa perlu bersesak-sesak di jalan raya, tanpa perlu keluar rumah, malah sebaliknya hanya perlu menghadap komputer dan Internet sahaja.
Dalam sebulan dua ini, pendapatan saya melalui program affiliate semakin meningkat beberapa kali ganda walaupun ia hanya program affiliate tempatan. Saya hanya lakukannya tanpa begitu fokus sebab saya lebih utamakan produk sendiri.
Berikut adalah antara dua pendapatan yang saya perolehi:
RM194.00 melalui program affiliate JomSeminar.com. Terima kasih kepada pihak jomseminar.com. Saya tak promote secara agresif, tapi dapat juga buat dua sales.

RM402.49. Saya tidak dapat beritahu program affiliate apa yang saya sertai ini, sebab saya akan dedahkannya di dalam satu special report saya nanti. Secara jujurnya, jumlah tersebut adalah jumlah terkumpul. Tapi pada setiap bulan saya pasti akan dapat komisen.
Saya bukanlah affiliate marketer dan ia bukan bidang fokus saya. Namun, ia adalah sumber pendapatan kedua saya selepas produk dan servis sendiri. Jadi, jangan anggap saya pakar dalam bidang program affiliate ini. Mempromosikan produk orang lain ada sedikit perbezaan berbanding mempromosikan produk sendiri.
Namun bagi saya, seorang usahawan internet perlu mempunyai pendapatan tambahan selain daripada produk sendiri dan juga perlu mempunyai beberapa skills yang lain.
Polisi Terhadap Diri Sendiri
Jika anda perasan, walaupun banyak program affiliate di luar sana yang mana pada setiap bulan pasti ada sahaja produk baru dilancarkan, saya kurang mengambil bahagian. Dalam sebulan, saya fokus pada satu atau dua produk yang hot dan sesuai sahaja. Itu pun tengok pada keadaan juga.
Lagi-lagi sekarang saya sudah tetapkan polisi bagi diri saya sendiri, apa-apa produk yang akan saya promosikan, saya akan cuba aplikasikan atau fahami dahulu. Saya tidak akan lagi promosi tanpa saya sendiri mencubanya dahulu. Saya tidak mahu kredibiliti yang saya bina selama ini terhakis begitu sahaja akibat mempromosikan produk tanpa penelitian yang mendalam dan jujur di dalam ulasan.
Jadi selepas ini, kalau sesebuah produk itu ada kekurangan, akan saya bagitahu kekurangan itu. Kalau ada cacat cela, akan saya berikan pandangan dan cadangan. Saya tidak mahu kata sesebuah produk itu bagus, tapi apabila prospek membelinya, mereka kecewa. Saya tidak mahu makan duit yang tidak berkat sebab di dalam Islam, kita tidak boleh sembunyikan kekurangan produk.
InsyaAllah, selepas ini saya akan membuat susunan semula blog ini dan juga program affiliate yang saya sertai. Mana yang perlu dipromosikan dan mana yang tidak perlu. Saya mahu utamakan kualiti dan bukannya sensasi.
Nak Buat Duit Banyak di Internet?
Kepada yang baru bermula, berusahalah untuk dapat RM1.00 anda yang pertama. Jangan fokus untuk dapat ratus-ratus sebab kalau anda target besar, anda akan kecewa jika ia tak tercapai. Mulakan dengan satu program affiliate dan fokus pada beberapa kaedah promosi. Dari situ, anda akan belajar dan kemudian akan berjaya mempunyai ’sistem’ sendiri.
Biarkan diri anda mahir dengan teknik-teknik itu dan kuasainya sebaik mungkin. Kemudian, replicate atau ulang sahaja teknik yang telah anda kuasai itu untuk mana-mana program affiliate. Jika mahu cepat berjaya, belajarlah daripada mereka yang pakar atau mereka yang tahu.
Rahsia Perniagaan Internet
Kejayaan itu terlalu subjektif. Ada orang kata, kejayaan adalah sebuah perjalanan dan bagaimana kita melaluinya. Kalau kita melaluinya dengan baik dan usaha tanpa putus-asa, maka itulah kejayaan.
Tidak ada rahsia di dalam sesebuah usaha. Apa yang perlu anda lakukan untuk berjaya di dalam perniagaan internet atau usaha buat duit di internet ialah:
1) Selalu kemaskini diri anda dengan teknik-teknik pemasaran internet yang terkini. Jangan malas membaca sebab anda akan mudah ketinggalan.
2) Fokus kepada beberapa teknik promosi sahaja dulu. Ada mereka yang guna kaedah PPC sahaja tetapi menjana ribuan hingga ratusan ribu ringgit sebulan. Kemudian, tambah lagi dengan teknik lain seperti viral marketing, blog, forum marketing, list building dan lain-lain lagi.
3) Belajar daripada pakar. Saya lebih suka belajar daripada mereka yang benar-benar telah berjaya. Apa yang mereka cakap, biasanya ia betul sebab mereka berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Antara pakar perniagaan Internet yang amat saya kagumi ialah seperti Eben Pagan dan juga Frank Kern.
4) Rujuk sesuatu topik di tempat yang betul. Jika mahu belajar SEO, anda perlu tahu di mana tempat belajar yang betul atau dengan siapa. Salah merujuk sumber yang tidak betul menyebabkan anda faham sesuatu yang tidak betul atau tidak up to date.
Contoh: Salah satu tempat untuk belajar teknik SEO dan juga PPC ialah di laman web StomperNet.Net:
http://www.stompernet.net/goingnatural3/
Mereka bukan sahaja menyediakan video secara percuma, tetapi mereka telah menghabiskan banyak masa dan kos untuk mengkaji sesebuah teknik.
Kebiasaannya, untuk mendapatkan maklumat yang ‘fresh’, anda perlu keluarkan sedikit kos. Ya, bayar untuk belajar. Jangan kedekut untuk keluarkan duit bagi tujuan belajar. Itu pun jika mampu lah. Kalau tak mampu, cari sumber rujukan yang sepadan dengan kemampuan anda.
Pesanan: Jangan curi produk orang seperti ebook walaupun anda terdesak. Ilmu yang dipelajari dengan cara itu tidak berkat.
5) Jangan terlalu fokus kepada SEO. Utamakan juga teknik-teknik yang lain. SEO bagi saya amat sesuai untuk jangka-masa pendek, tapi tidak untuk jangka masa panjang. Bayangkan, bangun pagi esok, kedudukan laman web atau blog anda sudah hilang dari carta top ten enjin carian. Sumber trafik utama anda lesap macam tu sahaja. ??
6) Ada pengurusan yang baik bagi diri sendiri, masa, bisnes, kewangan dan sistem pemasaran anda. Maksudnya, ada kawalan dan dokumentasi. Bukan main redah sahaja tanpa sebarang perancangan dan panduan.
7) Belajar belajar belajar dan usaha usaha usaha sebaik mungkin. Never ever give up!
Itu sahaja yang ingin saya tulis pada kali ini. Beberapa topik sekaligus. Tak apa kan? Sebab dah lama tak menulis.







Artikel yang bagus untuk mereka yang baru ingin buat duit di internet..start small, dapatkan rm1 yang pertama dulu.
banyak tu zul…
lps makin meningkat lah komisen zul…
Assalamualaikum,
Tips yang bagus dalam article ni. Amat berguna kepada mereka yang baru nak try buat duit dlm internet macam saya & isteri saya. Yang paling penting kena ingat ialah jangan sekali-kali putus asa dan teruskan mencari ilmu. Terima kasih.
http://www.resumeweassist.com
Tips for effective career marketing program
Yap. Itu jugaklah yg aku cakap pada orang yg bertanya selalu. Takde cara mudah nak buat duit dari internet. Kalau ada orang tanya cara short-cut. Aku terus terang kata bahawa aku tidak ada cara short-cut. Kalau mahu long cut, itu aku boleh bagitau la..
Bagi aku, jika kau orang marketing power. Bagila apa-apa pun kau orang. Jika hati nih mahu, apa-apaun pun kau orang boleh capai. Tapi jika hati dah tak mau. Apapun tak jalan punye..
Nasihat aku. Marketing adalah point utama.
Eban Pagan dan Frank Kern memang hebat. Begitu juga dengan Ed Dale dan Andy Jenkin.
Saya amat suka akan kaedah ATM nya.
Lain daripada biasa.
Angkatan Tentera Malaysia?
Gurau jer. Adwords Triangulation Method kan?
Diaorang tu memang power la.
Hari ini datang pula dengan Stomper Site Seer.
Reportnya memang bestlah.
Berjam-jam aku cuba menganalisis report bagi blog aku.
Baru je habis buat analisis dan lepas ni kena ambil tindakan pula. Kalau tidak ilmu tu sia-sia je.
Saya belum sempat nak study lagi report dia tu. Macam2 diaorang ya. Dashyat.
Ya. mereka tu betul-betul dasyat.
ada report ke?
buka ke video dia bagi?
Tahniah Zul. Walaupun tak begitu fokus utk buat promosi tapi pendapatan berlipat ganda dari orang yang betul2 fokus.
Walaupun tidak fokus tetapi dengan mempunyai kredibiliti yang baik, list yang besar dan responsif mungkin senjata rahsia Zul mengatasi kita semua. Sesuatu yang kita juga perlu belajar dan praktikkan.
Internet marketer memang perlu mempelbagaikan sumber income, tidak hanya tertumpu pada satu source sahaja. Program affiliate salah satu cabang income yang lumayan. Walaupun tiada produk sendiri, kita boleh promote produk orang lain. Win win situation.
– rakanBlogger.com
Bagi pendapat saya, jika hendak menjadi affliate yang berjaya kita kena membina kredibiliti dahulu. Saudara Zul memang sudah ada benda tersebut. Tahniah
wow!!! tahniah zul. ko mmg tokoh im..hehe
Terbukti zul…
affiliate boleh buat banyak duit juga…
Afiliate juga merupakan satu kaedah yang boleh buat duit tetapi mestilah kena dgn caranya…
P/S : Newbie kena banyak belajar mcmana nak buat duit dgn affiliate
Tapi saya rasa produk affiliate tempatan tak byk la.. semuanya lebih kepada dunia IT. Untuk kami yg tak minat sangat IT ni mcm takde produk yg sesuai utk di jual.. hari tu ada la nampak satu berkaitan foodie, jual sate. Itu pun rasa mcm tak confident je nak market kan..
Min, banyak program affiliate tempatan.. Antara kita ingin cari atau tidak sahaja…
Dan bukan setakat IT je..
Jual soya pun ada..
Kalau Min ada idea buatlah produk n jadikan affiliate.. Saya akan jadi affiliater anda..
Zool & Mazlie, nanti kita fikirkan, nak buat produk apa ye.. kena research ni. Terima kasih semua.
Salam…
Min, kalau awak dah rasa camtu, apa kata awak hasilkan produk yang bukan IT pula. Macam mana? Masalah dah nampak, so, awak selesaikan dengan hasilkan produk anda sendiri.
Macam kawan saya buat(girl), dia jual produk Avon kat internet (saya tak tahu samada boleh atau tak)..tryla research…insyaAllah, jumpa nanti..
Saya pernah beli satu produk melalui link affiliate saudara zul, iaitu Rahsia Perniagaan Digital. Tapi saya amat kecewa dengan produk tersebut.