Pendapatan Affiliate – Hanya Sampingan…

Apa khabar anda semua. Semoga sihat selalu.

Pada kali ini, saya mahu berkongsi sedikit mengenai pendapatan program Affiliate yang telah saya sertai untuk ‘market’ Malaysia bagi Niche Internet Marketing.

Apa yang akan saya kongsikan ini, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sebagai perkongsian sahaja. Kalau nak menunjuk-nunjuk, tak perlu saya lakukannya kerana komisen yang saya dapat bukanlah banyak mana pun. πŸ˜‰

Secara mudah, saya sekarang lebih mempromosikan empat buah produk:

1) Ebook Panduan Raja Adsense

2) Panduan Penulis Ebook

3) Sistem Rahsia

4) Pakej Web Jualan

Ada lagi produk affiliate yang lain, cuma saya lebih suka mengutamakan produk yang:

1) Baru keluar di pasaran

2) Sentiasa ‘Hot’/ada permintaan (macam Ebook RajaAdsense)

3) Dihasilkan oleh usahawan yang ada kredibiliti dan terbukti kejayaannya

4) Jumlah komisen sekurang-kurangnya 40-45% daripada harga produk. Kurang daripada itu, saya kemudiannya. Harga produk pula, saya utamakan yang lebih daripada RM40.00. Lebih mahal produk, lebih tinggi komisen.

*’Syarat-syarat’ di atas ditetapkan oleh saya agar usaha promosi yang dilakukan adalah berbaloi.

Pertama sekali, ingin saya tekankan, program Affiliate hanyalah sumber pendapatan sampingan saya sahaja. Saya lakukannya secara ‘suka-suka’ dan jarang ‘memecut’. Sebab itu saya dapat sedikit sahaja. Kalau setiap bulan memecut, RM1000 sebulan tu tidak mustahil. InsyaAllah. Dan apa yang akan saya kongsikan di sini, adalah program affiliate untuk pasaran Malaysia.

‘Suka-suka’ yang saya maksudkan di sini ialah, saya cuma buat review di blog dan letak banner produk berkaitan. Itu sahaja. Tempoh hari, saya berjaya membuat jualan untuk satu produk berharga rendah dan mendapat komisen sekitar RM600.00 dalam masa 5 hari.

Kalaulah saya buat satu ‘pecutan promosi’ untuk satu produk yang komisennya RM30.00 untuk satu jualan dan berjaya mendapatkan 30 orang pembeli, saya akan dapat RM900.00 mudah-mudah. Tak perlu pening-pening uruskan jualan dan tak perlu pening-pening melayan karenah pelanggan. πŸ˜€

Pada artikel sebelum ini, saya ada sentuh perbandingan di antara produk sendiri dan produk Affiliate. Jika anda seorang usahawan yang keluarkan produk sendiri, anda akan rasalah betapa ‘susahnya’ untuk menjaga bahagian ‘Support’. Pelbagai soalan akan ‘dilontarkan’ kepada anda sama ada daripada pembeli atau bakal pembeli. Lagi banyak produk, lagi banyak soalan yang perlu anda layani.

Pendapatan Bulan Lepas (Oktober/November)

Apabila dikira-kira, pendapatan affiliate saya untuk bulan lepas ialah sebanyak RM255.00 sahaja. Sikit? Ya lah, memang sikit pun. πŸ˜€ Itu belum lagi termasuk untuk produk Amirol, iaitu Pakej Web Jualan yang kalau dilihat sekarang, jumlah tertunggak komisen saya ialah sebanyak RM159.60 :

pakej web jualan

*Saya belum betul-betul mempromosikan produk Amirol. InsyaAllah,
dalam bulan Disember nanti, satu ‘pecutan’ akan dilakukan.

Jika betul dan tepat jumlah itu, bermakna jumlah komisen keseluruhan untuk ‘sesi’ Oktober/November ialah sebanyak RM414.60. Banyak bagi anda, tapi sikit bagi saya. Namun syukur tetap no. 1. πŸ˜‰

1 – Pendapatan dari Ebook Raja Adsense:

Berikut adalah ‘sales tracking’ yang saya lakukan sebelum bayaran komisen dilakukan oleh Sham:

panduan raja adsense

Tapi Sham telah membuat bayaran sebanyak RM135.00 kepada saya. Jadi, pada anggapan saya, selepas saya ambil screenshot di atas, datang pula dua jualan melalui link Affiliate saya. Atau mungkin ia datang dari satu lagi link saya. *Saya ada terdaftar dua akaun untuk program Affiliate Raja Adsense.

Kiraan:

Komisen RajaAdsense x Jumlah Jualan = RM15.00 x 9 = RM135.00

Untuk makluman, komisen untuk satu jualan bagi Ebook Panduan RajaAdsense ialah RM15.00.

Dan ini pula makluman transaksi Maybank untuk jumlah bayaran komisen tersebut:

duit adsense

Dan ini di bahagian statement Akaun bank saya:

duit adsense

2 – Pendapatan untuk Panduan Penulis Ebook:

Produk ini juga adalah milik Sham. Untuk sesi Oktober/November, saya hanya berjaya mendapat komisen RM60.00 sahaja untuk jualan produk ini:

panduan menulis ebook

3 – Pendapatan Untuk Produk Sistem Rahsia:

Saya telah mendapat komisen sebanyak RM60.00 untuk produk ini.

sistem rahsia perniagaan internet

Untuk makluman, saya juga belum betul-betul promosikan produk ini. Kata Amirul (pemilik produk Sistem Rahsia), rakan IM kita iaitu Bitol berjaya membuat jualan sebanyak RM1000 dalam satu hari. Hmm, hebat. Jadikan ia sebagai satu motivasi.

Jadi, jumlah keseluruhan komisen yang telah dibayar (tidak termasuk yang tertunggak) kepada saya ialah:

RM (135 + 60 + 60) = RM255.00

Kesimpulan dan Resolusi

Setelah difikir-fikirkan, saya rasa sudah sampai masanya untuk saya ‘memecut’ pada setiap bulan. Saya perlu menambahkan kaedah-kaedah lain yang tidak pernah diguna-pakai. Saya mahu target income untuk program Affiliate yang saya sertai (bagi pasaran Malaysia) sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan.

Formula asas untuk mendapatkan target tersebut ialah:

Sertai banyak produk affiliate x komisen tinggi = Income besar

Untuk makluman semua, sumber pendapatan saya sehingga masa sekarang ialah:

1) Produk sendiri

2) Servis

3) Program Affiliate

Misi saya untuk tahun depan terutamanya, saya akan menambahkan lagi bilangan untuk ketiga-tiga ‘bidang’ tersebut. Tambah bilangan produk, servis dan program affiliate, maka secara automatik pendapatan akan meningkat.

Hmm, nampaknya seperti saya perlu menggunakan khidmat seorang ‘staf’ selepas ini sebab jika mengikut perancangan 2008, banyak produk dan servis akan saya keluarkan. πŸ˜€

Selingan:

Perancangan 2008

Saya ada menyatakan di forum WangCyber bahawa untuk tahun 2008, saya akan kurang keluar ‘jalan-jalan’ sama ada memberi ceramah, bengkel, seminar atau apa-apa program.

Sebaliknya saya akan lebih menumpu kepada bisnes yang saya lakukan. Jadi, tahun 2008 saya tidak akan begitu aktif untuk apa-apa program luar seperti memberi ceramah di mana-mana seminar atau bengkel. Ini keputusan muktamad saya.

Hakikatnya, saya ‘terlari’ sedikit daripada perancangan saya yang ditetapkan pada dua tahun yang lepas. Actually, saya ada “perancangan 3 tahun” yang mana tahun 2008 adalah penamat untuk rancangan tersebut. Tapi saya telah mengingkarinya. Hehe.. Jadi, saya perlu balik ke pangkal jalan sebelum terlambat. πŸ˜‰

Tip Program Affiliate

Baiklah, kita lupakan dulu pasal tahun baru dan perancangan baru. Berikut adalah sedikit tip tambahan bagi anda yang mahu menyertai program Affiliate:

1) Sertai program affiliate yang anda kenal siapa tuan punya produknya. Jangan sertai selagi anda tidak kenal kerana mereka boleh ‘lari’ bila-bila masa sahaja. Satu lagi, jangan sertai program skim cepat kaya yang menggunakan istilah program affiliate atau reseller berbentuk penajaan. Itu semua ‘karut’.

2) Mempunyai blog atau laman web sendiri untuk me’review’ produk Affiliate adalah teknik yang tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Buktinya, kebanyakan komisen yang saya dapat adalah datang dari blog ini.

3) Kombinasikan dengan teknik-teknik lain seperti Viral Marketing dan Email Marketing untuk mendapat lebih banyak komisen (jualan).

4) Promosikan produk yang tinggi komisennya atau berbaloi dan setara dengan usaha yang anda lakukan.

5) Jangan persalahkan produk jika tiada komisen terhasil. Persoalkan: “Kenapa orang lain dapat banyak komisen untuk produk tersebut, tapi tidak aku? Jelas, aku mungkin salah cara promosi..”. Jadi, tingkatkan keberkesanan kaedah promosi anda.

6) Jangan mengharap hasil yang cepat di saat pertama kali melakukan program Affiliate. Ia juga memerlukan usaha, ilmu, masa, strategi dan promosi yang betul.

7) Promosikan produk yang tinggi permintaannya. Jangan bazirkan masa mempromosikan produk yang tak ramai orang mahukannya.

Sebenarnya, tiada apa-apa rahsia pun untuk bidang program Affiliate ni. Dan tak perlu pakai banyak teknik dan cara pun. Mungkin di lain masa saya boleh ulas lagi topik sebegini..

Akhir kata, program Affiliate amat sesuai bagi anda yang tidak mahu pening-pening untuk melayan para pembeli dan support untuk mereka. Tugas anda hanya promosi dengan betul dan jika kena caranya, ribuan ringgit sebulan adalah jumlah yang tidak mustahil. Untuk usahawan Internet sedia ada, jadikan ia sebagai sumber pendapatan tambahan anda.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

33 thoughts on “Pendapatan Affiliate – Hanya Sampingan…

  1. artikel kali ni bagus utk memotivasikan IM2 utk berjaya dalam affiliate..
    walaupun hanya pandapatan sampingan, sekurang2nya dapat la gak..
    daripada tak dapat langsung..
    πŸ˜‰

  2. memang respek abislaa…Saya pun semangat tgk smartzul dapat sebanyak tu. Pada saya kira banyakla gak tu..Bukan senang nak dapat banyak tu. Dahsyat….dahsyat…. πŸ˜†

  3. Saya biasanya mencadangkan program affiliate untuk peringkat permulaan dalam IM.

    Sebab, ia tidak memerlukan modal yang tinggi serta kepakaran tertentu untuk menjana wang daripada internet.

    Lepas dapat income, boleh lah hadir seminar-seminar dan beli buku-buku untuk menimba lebih banyak pengetahuan, buat networking dan akhirnya dapat lah buat produk dan sistem sendiri.

    1. Yup, affiliate adalah yg cara pertama sesuai sebelum jual produk sendiri. Latih sesuaikan diri dgn persekitaran ebiz. Kalau tak sesuai, tinggalkan sahaja tanpa apa2 kerugian. πŸ˜€

  4. slmt pagi zul dan semua,
    banyak betul komisen affiliate zul bulan lepas…
    lepas ni mesti ramai yang nak buat affiliate pula…hehe
    sebab terpengaruh dgn artikel zul ni…
    mesti ramai yang bersemangat nak pecut affiliate mcm zul…

    bagi saya, betul kata raymond tu…
    kalau baru dalam IM, affliate paling sesuai utk mereka…

    han

      1. memang best kalo blog dah kukuh. kalo yang baru2 kena sabor laa untuk hari2 yang akan datang. banyak cara promosi boleh dilakukan dengan jayanya untuk berjaya dalam affiliate mengikut niche yang tersendiri….

  5. :mrgreen: Saya setuju pilih affiliate yang agak mahal tetapi hot sbb adakalanya promosi memerlukan kita melabur juga (cth cam adword, banner, website, etc) dan sudah tentu cara percuma viral, forum etc. Cuma cara percuma ni saya rasa kita perlu membina kredibiliti, kepercayaan baru cth cam tuan tanah MR Zul kita ni le ho ho πŸ˜€ πŸ˜‰

  6. salam tu la nk beli gak buk sistem rahsia n panduan affiliate n panduan wordpress nk tye care add google adsense termasuk dok dalam ke3 buk tu thx

  7. congrats zul di atas kejayaan tersebut… wow, bitol dapat 1k sehari ? wow, besar mailing list dia tu, ke mll blog visitors ? apa apa pun, nice reading…;)

    1. Dia guna mailing list. πŸ™‚ Market Malaysia ni susah nak dapat RM1000 sehari melalui blog.

      Income sy yg saya cerita tu 95% dari blog. πŸ™‚ Jarang guna list utk promote produk affiliate.

  8. Memang ada rancangan nak buat affliate serius dengan produk top author kit ni…tapi problem saya smartzul, blog saya ni majoriti visitor adalah luar dari Malaysia, visitor Malaysia iaitu kira-kira 14% per day. Lepas tu blog saya pulak tiada kaitan dengan buat duit le…….
    Ada tips lain tak smartzul

    1. Do what you can instead of focusing on what you can’t.

      There are millions of products from different niche out there.

      Focus on the possibilities. πŸ™‚

      Hope that helps. πŸ’‘

  9. Saya rasa kalau Abg Zul bersungguh-sungguh dalam affiliate ni,saya yakin abang zul boleh dapat banyak duit.

    Nak tanya sikit,klik yang dapat menghasilkan jualan tu dari klik dari banner atau text klik?

    Panduan yang abg zul berikan tu saya akan amalkan πŸ™‚

    1. Soal banner atau teks, itu no. 2. πŸ™‚ Kalau nak guna banner, buatlah banner yg buat org nak klik. Begitu juga teks. Banner yg terbukti berjaya ialah banner yg guna teks dan kurang animasi.

      Saya guna dua-dua cara, banner dan teks. Then, buat review juga utk produk tersebut.

  10. panduan hari ni memang penuh maklumat…. boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi jumlah jualan affiliate yg di sertai..

  11. sayapun nak buat aff secara serius laa kalo boleh. lagipun dah banyak dapat float income dari viewmalaysia namun takleh transfer selagi ada yang tak upgrade akaun.

    hahaaa… sapo2 yang join viewmalaysia tu… cepat2 laa upgrade. ( wah promote laaa pulok weiiiiiii…)

    apohalpun kena serius dan bersungguh2 jika nak berjaya dalam affiliate. jangan kecewa kata amirul… lebih2 lagi kalo dapat komisen tengah2 bulan… wohahahaha…

    1. Better fokus pada satu produk dulu untuk dapat menguasai teknik affiliate yg digunakan. Once dah berjaya utk satu produk, just guna teknik2 yg terbukti tu utk produk lain pula. Ini dikatakan duplikasi.

      Mcm tu juga utk blog. Bila dah berjaya satu blog, kita just buat apa yg telah dilakukan utk blog tu utk blog yg baru agar dapat hasil yg lebih krg sama.

      Satu kesilapan yg baru buat benda ni (affiliate) ialah, begitu gopoh mempromosikan banyak produk sehingga hilang arah dan fokus. Itu tak sebut lagi buat mcm2 ‘niche’ produk. Lagilah kurang hasilnya..

  12. saya banyak masuk affiliatte tapi x pernah dapat komisyen.adakah panduan lain atau cara penulisan untuk menarik perhatian pelawat utk membeli

    1. Satu sebab org tak beli melalui link kita ialah, kita tak berjaya meyakinkan mereka mgenai produk tersebut. Kena kena buat review yg boleh yakinkan mereka. Sebab lain pula, kita salah target. Kalau produk tu utk kaum lelaki yg dah dewasa, jgn pergi promote kpd lelaki yg masih remaja.

      Namun begitu, byk lg aspek lain yg menyumbang kepada keyakinan orang terhadap recommendation kita seperti faktor semasa dan mood membeli..

      Yg penting, teruskan mencuba dan mencuba.

  13. saya melayari internet dan mendapati banyak pelaburan melalui internet.sukar untuk saya mempercayainya kerana terlalu banyak saya takut ditipu

    1. Itu pelaburan, bukan perniagaan. πŸ™‚

      Lakukanlah perniagaan, sebab kita yg akan controlnya 100%. So, tak ada lagi soal takut ditipu atau tak sebab kita yg menentukan jatuh bangun untung dan rugi.

  14. Bagus artikel ni..

    Program affiliate memang boleh menghasilkan pendapatan.. walaupun tak banyak, tapi serba sedikit dapat la menampung perbelanjaan bulanan jika dilakukan dengan betul dan tepat..

    Thanks tips tambahan menyertai affilitae yang zul bagi tu.. πŸ˜‰

  15. Kalau kita tengok TOP internet marketer iaitu Ewen Chia sumber pendapatan utamanya ialah menjual produk orang lain. Ataupun dipanggil sebagai konsep affiliate. Yang utama dengan affiliate tak perlu laman web, tak perlu produk untuk dibuat cuma promosi sahaja.

  16. klu ada yang kata affiliate tak boleh dapat duit, bermakna orang tu tak tahu apa2. saya sendiri pun dapat sedikit duit dari affiliate, boleh lah bab saya nih masih student.

  17. hai, salam. saya ni org baru dalam blogger ni. dulu pernah cuba2 cara nak dapat wang dr internet ni.oleh kerna tiada pengalaman, sy beli la satu ebook ni lepas baca mcm claim. tak guna betul, lepas baca ebook org melayu ni, dia ckp pasal ASB, paid to click, last2 ajak org buat spam byk2 untuk promosi buku dia…. ( dia siap cakap lancarkan perang cyber untuk spam n promote ebook )

    tp buku dia tiada apa2 pun, kalau buku adsense tu rasa ok la jg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *