Pendapat Peribadi Berbeza..

Di dalam menulis blog, saya lebih suka berterus-terang sesuatu perkara tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Saya mengambil sikap atau jalan tengah, kerana bagi saya itu yang terbaik. Menulis atau menyatakan apa pendapat di hati secara jujur dan adil.

Namun, kadang-kadang kita didatangi mereka yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan kita lantas kadang-kadang kita dicemuh, dimaki, malah membawa kepada pergaduhan. Ini akan berlaku apabila tiadanya sikap terbuka dan “aku sahaja yang betul”. Sebenarnya, anda tidak perlu berselindung sesuatu jika anda tidak sependapat dengan mana-mana penulis seperti saya, sebaliknya anda perlu menyatakan pendapat anda dengan membina dan sopan. Itu sahaja.

Tetapi pengalaman saya hampir setahun menulis blog, membuatkan sesetengah orang rasa ‘tercabar’ dengan perkara yang mereka lakukan. Lantas, saya dimaki, dicabar malah diugut. Saya tidak kisah, cuma apa yang saya ingin nyatakan, jika inilah sikap kita di dalam bertukar pendapat, jalan penyelesaian akan menjadi buntu dan tertutup.

Anda perlu tahu, selagi sesuatu pendapat itu benar, ada fakta dan bukti, maka terimalah dengan hati yang terbuka bahawa itulah pegangan dia. Begitu juga jika pegangan anda benar, ada fakta yang kukuh, maka teruskan. Cuma, kita tidak boleh memaksa orang lain menerima pendapat kita, tidak boleh dipaksa. Apa yang tidak patut adalah, luahan pendapat dengan maki hamun, seperti ‘baling batu sorok tangan’ dan berkata belakang. Seperti di blog ini, ramai yang memberi komen tanpa memberikan emel sebenar, apa yang ditulis, adalah maki hamun. Maaf, saya delete sahaja komen sebegini. πŸ˜‰ Kita orang Islam dan orang timur, ada nilai adab tersendiri.

Kesimpulan di sini, jika pendapat orang lain berbeza dan pendapatnya benar bagi dia atau bagi orang lain, tetapi tidak untuk anda, terimalah dengan terbuka. Pegangan anda, teruskan, dan jika ingin memberi pendapat, pastikan anda menyatakan dengan pernuh adab dan ada akhlak, bukan dengan kata-kata kesat dan caci-maki. Be profesional. πŸ˜‰

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Pendapat Peribadi Berbeza..

  1. asalamualaikum zul……….. hai ekau konal oden lagi tak? ……… zul biasa lah lumrah masayarakat di dunia ini. Masyarakat yang suka maki sana sini abaikan saja mungkin mereka cemburu . Apa yang penting segala apa yang kita lakukan di dunia dan juga untuk akhirat biar dengan hati yang ikhlas. BERSABAR DAN IKHLAS KUNCI SEGALA DUGAAN UNTUK MEMBUKA SEGALA PELUANG UNTUK BERJAYA. INSYALLAH…….. biarkan mereka bahagia……….. tapi pertahanan kan harga diri zul untuk berjaya……INSYALLAH ……….. RINDU DAN SAYANGG KAT ZUL SELALU

  2. Oh… sampai diugut!! Dah melampau tu bro Zul.. Huhuhu anyway sabar adalah separuh daripada iman.. Jika kita ugut dia balik bermakna 50% dari iman kita berkecai πŸ˜€

  3. bab adab ni…hmm saya bagi perumpamaan sikit… ada sebuah kota…ada 3 layer:

    layer:
    1. Istana Raja di tengah2nya – umpama dirikan yang wajib
    2. Istana dikelilingi bangunan2 – umpama dirikan yang sunat
    3. akhirnya ada kubu dan menara disekeliling kota – umpama buat perkara yang beradab

    moralnya: kena jaga adab, sebab ia benteng pertama. Kuat adabnya kuatlah kota itu. psst.. anda boleh kaitkan dengan solat ni…

    sori zul menyimpang plak..

  4. Zul, beberapa nie post yang saya baca, berunsurkan geram @ bengang @ unsur2 tak puas hati … heheh.. sabar brader.. adat la tu .. kalau zul success sekalipun, diorg takkan berenti berkata2 :)…

  5. Teringin jugak nak tau apa yang diorang tu marah sangat. Kalau dah tak setuju pendapat orang baik diamkan saja.Ini sampai menyakitkan hati orang pulak.Pelik jugak orang tu tak berani pulak letak e-mail.Takut ke?ish…saya pulak tumpang geram…hehehe…mintak maap la Zul.. πŸ™‚ Stay Cool…orang nak berjaya kena banyak sabar..

  6. emm.. biasala tu zul, manusia ni ada pelbagai jenis.. kat sini saya akn cuba senaraikan beberapa jenis:

    1) yang senang melihat orang senang
    2) yang senang melihat orang susah
    3) yang susah melihat orang senang
    4) yang susah melihat orang susah

    so, kita kat mana ek ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *