AWAS Pemilik Blog WordPress : SPAM!!
Saya mempunyai blog lain selain daripada yang ini. Hampir setiap hari blog saya di-spam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan software automatik.. Saya pun tak tahu software tu macam mana.
Tapi, software atau tools yang dipakai itu akan menghantar komen SPAM ke blog kita secara automatik. Komen yang sama, tetapi dihantar banyak kali.
Tujuan mereka ialah supaya pemilik blog atau pelawat blog kita mengunjungi laman web mereka untuk keuntungan. Samada mereka menjual barang atau apa saja seperti judi/poker.
Namun anda jangan risau (samada anda sudah kena atau akan kena
). Terdapat plug-ins yang boleh anda gunakan. Seperti sekarang, saya menggunakan dua pelug-ins. Hehe, saja nak bagi kebal lebih sikit..
Salah satu plug-ins adalah pengguna yang ingin memberi komen, perlu menjawab soalan matematik mudah iaitu hasil tambah dua nombor. Satu lagi adalah pengguna perlu memasukkan kod yang terpapar ke dalam textbox.
Untuk install, mudah sahaja. Download dahulu plug-ins tersebut dan unzip-kan jika fail tersebut dalam bentuk zip. Kemudian upload ke dalam folder wordpress anda di /wp-content/plugins. Untuk upload, salah satu caranya ialah menggunakan FTP atau File Manager Cpanel Hosting anda.
Masuk ke dalam control panel (bahagian admin) blog anda dan klik menu Plugins. Anda akan dipaparkan senarai plugins yang ada. Activatekan plugins yang anda telah upload tadi. Ada plugins yang memerlukan anda setting di bahagian options. Sila baca file readme atau keterangan di laman web plugins yang anda download untuk cara gunanya.
Di sini saya berikan link plugins untuk kaedah satu tadi iaitu soalan matematik:
Lain-lain plugins anda boleh rujuk dan download di sini:
http://codex.wordpress.org/Plugins/Spam_Tools
Semoga anda BEBAS daripada serangan SPAM..









terima kasih zul,info yang sangat berguna
oh… ada software spam jugak? macam macam cara nak buat spamm nih. ada sahaja usaha yang mereka lakukan untuk menyepam… tengok spongebox okeh juga… spongebox yang jual coklat tuu… terfikir nak cepat kaya dengan menjual coklat…
software apa tu…
software begitu pun ada orang cipta…
kesian orang yang kena spam tu…
kalau nak elakkan kena spam, guna je plugin utk elak spam ni…
han
hendak seribu daya dan hendak seribu dalih laa kalo dah berusaha untuk buat spamm… ada sahaja cara yang akan difikirkan untuk spamm dan menyusahkan orang lain…
biasanya bukan spamer yang cipta software ni…
spamer tahu buat spam je…hehe…
buat software ni pula orang lain yang buat duit melalui spamer…
han