Tahap Pemikiran Kita Adalah Berbeza..

Sudah lama saya tidak menulis tip motivasi. Jadi pada hari ini, saya ingin berkongsikan satu perkara yang dihidapi oleh ramai orang di dunia ini… Teruskan membaca.

Mungkin anda pelik dan tertanya-tanya, atau kadang-kadang kecewa dengan diri sendiri,

“mengapa aku yang sudah dewasa ini tidak begitu bermotivasi seperti remaja itu?”

“mengapa pemikiran aku tak sama dengan dia?”

“dia begitu hebat berfikir dan melakukan perniagaan, tapi kenapa aku tidak begitu?”

“dia bijak merancang diri, hidup dan perniagaan, dah lah muda, tapi aku yang dah tua ini mengapa tidak begitu?”

“kenapa aku tidak seperti pelajar sekolah itu yang baru berumur belasan tahun tapi telah berjaya dalam perniagaan internet? Kenapa aku yang puluhan tahun ini masih terkial-kial?”

Saya tiada jawapan yang mutlak untuk persoalan-persoalan itu atau saya namakan ia sebagai ‘konflik perbandingan diri’ oleh empunya diri dengan orang lain. Apabila melihat orang lain yang lebih berjaya daripadanya, dia akan kecewa dan kemudian tercari-cari, “apa silap aku tidak berjaya seperti dia?”. Inilah ‘konflik diri’ yang jika tidak diuruskan dengan baik, boleh membawa keburukan kepada diri sendiri.

Bagi saya, setiap manusia mempunyai tahap pemikiran atau keupayaan yang berbeza-beza. Ada yang dari kecil lagi sudah pandai berfikir dan petah bercakap. Tapi berbeza dengan yang dewasa, hidup sendiri pun tidak tahu diurus, apatah lagi mahu membimbing orang lain.

Faktor Perbezaan

Persekitaran tempat kita membesar memainkan peranan siapakah kita. Cukup makanan yang sihat, insyaAllah menjadi seorang yang sihat. Kalau dari kecil ibu bapa tidak hiraukan pendidikan anak-anak, maka bila besar nanti tidak mustahil si anak akan bencikan perkara yang baik-baik.

Ada yang dari kecil sehingga besar dididik dengan setiap harinya penuh dengan didikan-didikan ilmu yang bermanfaat. Walhasilnya beliau menjadi seorang yang ‘lengkap’.

Sebab itulah jika kita lihat, begitu berbezanya setiap manusia di dunia ini. Yang berumur belasan tahun sudah pun bijak merancang dan berniaga, tapi yang sudah dewasa masih lagi mencari-cari jalan kehidupan yang mereka impi-impikan (masih keliru dengan kehidupan).

Seorang anak yang jika dididik cintakan buku-buku yang boleh membina diri dan jiwa, insyaAllah akan membesar dengan penuh semangat dan nampak jalan yang perlu dilalui. Maka tidak peliklah jika mereka masih remaja dan muda sudah pun berjaya berbanding yang sudah berumur separuh abad.

Namun pesan saya kepada mereka yang asyik membanding-bandingkan diri dengan orang lain sehingga memperlekehkan diri sendiri, hanya satu ubat sahaja yang boleh mengubati penyakit ini:

“jadi diri sendiri dan berusahalah untuk hidup sebaik yang mungkin”.

Jadilah diri sendiri, bergembiralah selalu dan orang lain tidak berhak untuk mengatakan anda sesuatu sebab hanya itulah sahaja kemampuan yang anda miliki. Yang pasti, anda sentiasa berusaha yang terbaik. Inilah antara sifat seorang yang beriman, redha dan merendah diri, tapi dalam masa yang sama tetap berusaha untuk yang terbaik.

Tip Tambahan

1. Kita tahu, setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Maka, saling belajarlah antara satu sama lain. Yang pandai, yang kaya, yang bijak, janganlah riak dan menyombong diri, ‘bantu’lah mereka yang belum seperti anda. Kepada yang belum berjaya pula, berusahalah dan belajarlah.

2. Banyakkan membaca. Sesuatu perkara yang kita tulis atau kata biasanya 90% sudah tidak relevan lagi pada waktu kita berkata itu JIKA kita berkata tanpa fakta, pengetahuan dan ilmu. Banyaklah membaca buku, anda pasti akan mempunyai pemikiran yang luas.

3. Banyakkan ‘berguru’. Jangan hanya berguru dengan hanya satu guru, nanti mudah taksub. Semakin banyak belajar dengan orang yang berjaya, semakin luas pemikiran anda. Dan ingat, setiap orang ‘guru’ mempunyai cara dan kemampuan tersendiri, maka janganlah dibanding-banding dengan yang lain. Jangan sesekali.

4. Tanya orang yang tahu sahaja untuk masalah yang anda hadapi. Umpama seperti bertanyakan arah jalan, anda akan tetap sesat walaupun sudah bertanya kerana salah bertanya kepada orang yang buat-buat tahu.

Contoh lain pula ialah, kalau anda mempunyai masalah kewangan, rujuklah (tanya) mereka yang boleh memberikan anda nasihat mengenai pengurusan kewangan, sebaliknya bukan bertanya kepada ‘Ah Long’.

Ketahuilah, setiap sesuatu itu boleh dipelajari dan dilatih. Kalau anda tak pandai berniaga, anda akan pandai jika tekun belajar dan mencuba tanpa putus asa. Jika hidup anda tidak terurus, ia akan sebaliknya apabila anda belajar dan mengubah sikap/tabiat kepada yang lebih baik.

Huraian saya untuk perkara ini adalah ringkas sahaja. Pandai-pandailah anda berusaha untuk memperbaiki diri. Jika anda ada membaca buku-buku berkaitan motivasi dan minda, anda mungkin pernah membaca bahawa manusia perlu seimbang dari segi IQ, EQ dan juga SQ.

IQ – Bijak berfikir, menganalisis, membuat keputusan

EQ – Bijak mengawal emosi/perasaan diri sendiri dan orang lain

SQ – ‘Amalan’ spiritual yang sempurna (mengerti tujuan utama hidup di dunia ini)

Seorang pakar motivasi mengatakan, “manusia ini apabila sudah sempurna IQ dan EQnya, maka mereka akan mula mencari-cari, apakah tujuan kehidupan ini? Sebab itulah ada si kaya atau si bijak yang membunuh diri kerana tertekan dengan kekayaannya. Maka, itulah peranan SQ: Mengerti tujuan awal dan akhir hidup ini.

Dan untuk memiliki hidup yang ‘sempurna’ dari kesemua aspek itu, tidak ada jalan lain selain BELAJAR dan MENGAMALKANNYA. Namun sedikit lagi pesanan saya, binalah sesuatu yang baik itu sedikit demi sedikit secara istiqamah. Ini lebih baik daripada melakukan secara drastik tetapi akhirnya sejuk kembali.

Akhir kata, “laluilah ‘lorong-lorong’ kehidupan anda sendiri dengan sebaik-baiknya”.

Be yourself!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Tahap Pemikiran Kita Adalah Berbeza..

  1. Hi semua. πŸ™‚

    hari yang baik dimula dengan permulaan yang baik. thanks Sifu! πŸ™‚

    bagi saya, ilmu memotivasikan diri adalah yang paling terutama dalam semua aspek motivasi. apabila kita dapat lakukannya sendiri, insyaALLAH, hidup akan lebih bermakna. PS: saya suka belajar konsep ini daripada drama-drama hit Jepun. πŸ™‚

    sesuatu yang pasti, adalah, setiap kita ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. yang lebih tu, pasti kita dapat terimanya, ada di dalam diri kita. tetapi, jangan pula yang lemah itu, tidak diundang kerakyatannya dalam diri kita, sedangkan ia memang mendiami diri kita. terimanya seadanya. kenalinya, samada kelebihan dan kelemahan. untuk kelebihan yang ada, jangan sesekali bongkak. gilapkannya untuk lebih bergemerlapan. untuk kelemahan pula, pertamanya, sedari dan terima akannya. cuba untuk mengurangkannya. cuba untuk memansuhkannya. banyakkan amal sifat-sifat mahmudah. kurang dan hindar amal sifat-sifat mazmumah.

    sesuatu yang pasti, benar, ibubapalah yang mencorak anak-anak mereka. jikahanya anda sayang akan mereka, didiklah dan lakukanlah apa-apa sahaja yang terbaik untuk mereka. itu tanggungjawab dan peranan anda sebagai ibubapa. kelak nanti, mereka akan berbangga dengan adanya anda sebagai ibubapa mereka; sehingga mereka tidak dapat menerima jika orang lain menjadi ibubapa mereka. persoalan, adakah anda sayangkan mereka?

    yang penting dalam hal motivasi adalah, jangan melampau ekstrem memperbanding diri dengan orang lain. kelak nanti, apa yang ada pada diri disembunyi sedapat-dapatnya, oleh anda sendiri. hal ini banyak saya bincang pada artikel saya yang bertajuk “WoW; JANGAN dan ORANG LAIN” di laman blog saya.

    yang terpenting di sini, ilmu adalah segalanya. ingatlah, mereka yang memandang enteng akan ilmu, adalah mereka yang mula mencipta lakaran gagal dalam hidup mereka sendiri. mereka akan durjana! “jika kita mahu dunia dan seisinya, dengan ilmu. jika kita mahu akhirat dan seisinya, dengan ilmu. jika kita mahu kedua-duanya, dengan ilmu.” (antara intipati kata-kata Muhammad Bin Abdullah)

    Kuasai IQ anda. kuasai EQ anda. Kuasai SQ anda. juga, kuasai FQ (financial quotient) anda. anda akan menjadi anda yang terbaik seadanya!

    PPS: ah-ha, di laman blog saya sahaja, saya ada 24 Sifu!

    PPPS: learn from the best. you get the best.

    PPPPS: kata hikmah saya hari ini, “be cool…” πŸ˜€

    = http://www.AzamWahid.wordpress.com =

  2. slmt pagi zul,
    saya suka artikel ni…
    pagi2 lagi dah dapat semangat baru…

    memang semua orang berbeza pemikirannya…
    kalau sama, susah lah dunia ni…
    semua orang rebut benda yang sama….

    han

  3. Sebenarnya utk berjaya tak memerlukan kita mempunyai pemikiran yang sama dengan orang lain…
    Manusia boleh mencipta kejayaan dengan cara dan jalannya yang tersendiri..
    sebab tula kalu berjumpa dengan 10 yang berjaya dalam bidang yang sama, pasti mereka akan menceritakan pengalaman yang berbeza2…
    menghormati perbezaan pemikiran merupakan suatu yang penting…
    πŸ˜‰

    1. saya setuju dengan RajaAffiliate.

      kejayaan adalah lebih manis dan indah dengan kejayaan yang kita cipta sendiri. ia lebih power!

      PS: seringkali saya mendengar kata-kata ni: “orang yang benar-benar berjaya, adalah orang yang lakukan kerja yang sama dengan cara yang berbeza”. ada benarnya kata-kata ini kan! πŸ™‚

      PPS: yap, lain orang, lain ‘kapla’nya… πŸ™‚

  4. Bab motivasi ini sering kali mengaitkan dengan tahap kebolehan & pemikiran seseorang. Tidak semestinya orang yang kurang motivasi adalah lemah daya pemikirannya serta kebolehan dirinya, cumanya perlu berusaha lebih untuk mencapai tahap matlamatnya itu.

    Jangan pula malas tetapi pada masa yang sama mahukan kejayaan seperti orang lain. Ini ramai dikalangan orang kita. Hindarkan daripada sikap PEMALAS dalam diri dan bangkitlah dengan semangat baru setiap kali kita bangun tidur.

    P/S : Jika kita dah moody dipagi hari, nescaya semangat kita berkurang satu hari suntuk itu. πŸ˜†

    1. yap, setiap kita ada kelebihannya yang tersendiri. explore it! πŸ™‚

      PEMALAS adalah penghalang untuk mereka yang ada matlamat hidup!

      PS: setuju benar dengan asharudin. sebab tu, pagi-pagi lagi kita kena bersemangat dan ceria. seperti membaca artikel-artikel sebegini. saya, setiap pagi dengar lagu ‘Hero’ Mariah Carey dulu. bersemangat terus sepanjang hari! πŸ˜€

  5. Memiliki ilmu walaupun sedikit dan kemudiannya berkongsi dengan orang lain, banyak kelebihannya.. Selain dapat berkongsi pendapat, kita juga dapat menambahkan ilmu di dalam bidang masing-masing.

    Disebabkan tahap pemikiran kita berbeza, maka muncullah pelbagai idea-idea perniagaan yang berbeza dan unik. Tentu ada sebab dan hikmah mengapa Allah menjadikan pemikiran manusia itu ada yang berbeza-beza & ada yang sama antara satu sama lain..

    Sahabat saya : Dia tidak bersekolah tinggi, malah tidak TAMAT pun sekolah menengah (tiada SPM la..), tapi OTAK dia bergeliga dan bijak mencari peluang di dalam perniagaan.. Dia kini berniaga di pasar malam, dengan purata pendapatan kasar sehari sekitar RM500.. Jual apa tu? RAHSIA… πŸ˜‰

    1. saya setuju benar dengan Encik Dlie, walaupun ilmu kita sedikit, adalah tanggungjawab untuk kita kongsi-kongsikannya. πŸ™‚

      PS: perghhh, memang hebat sahabat awak tu! gambate! YOSH!!! πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *