Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pembuka Pintu Rezeki Adalah Taqwa & Iman..

Apa khabar pembaca semua? Moga sihat hendaknya. Mungkin bagi sesetengah orang, dapat merasakan saya kini semakin jarang online dan aktif menulis dan berada di wangcyber.com.

Ya, masa saya untuk menulis dan aktif di wangcyber agak terhad sedikit buat masa sekarang. Tak apa, saya hanya sebahagian atau salah satu yang wujud, kini saya perhatikan, sudah ramai yang berjaya sudah menampilkan diri. Satu demi satu usahawan internet muncul untuk membantu para pemula yang baru.. Baguslah, satu perkembangan yang positif. Maka, tidak menjadi masalah jika saya jarang menulis terutama di forum wangcyber. :) Bahkan, begitu ramai yang lebih pakar dan berjaya daripada saya yang dapat membantu anda memulakan dan menjalankan perniagaan internet.

Baiklah, kali ini saya ingin memberikan satu tips yang semua orang dah tahu, tapi tak salah saya katakan, ramai yang meremehkannya. :) Usaha-usaha juga, yang ‘tak nampak’ jangan diperlekehkan. Taqwa adalah pembuka pintu rezeki.. Ini dinyatakan secara jelas dalam ayat ’1000 dinar’ yang agar terkenal di kalangan orang-orang Islam. Malangnya, ia tidak dihayati dan tidak diamalkan (bukan sekadar dibaca, tapi dilakukan maksud ayat itu), sebaliknya hanya digantung buat perhiasan sahaja di dinding terutama di kedai. Kononnya dengan menggantung, ia boleh menjadi ‘pelaris’.. Itulah nasib kalamullah di zaman ini. Dihias-hias, digantung-gantung, tapi tak dihayati.. :)

Apa itu taqwa? Mudah sahaja walaupun banyak tafsiran. Taqwa adalah mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi maksiat dan tidak melakukan perkara yang dimurkaiNya. Lidah tak lepas dari zikrullah, jauh sekali mengumpat dan memfitnah manusia yang seagama dengannya, aib manusia disimpan baik.. Tak semudah dikata, orang yang cuba menguasai taqwa akan diuji. Nafsu, syaitan, harta, manusia, dunia, akan menjadi garis ukur di dalam usaha memiliki taqwa.

Orang yang bertaqwa begitu dikasihi Allah, maka dengan sifat adilNya, yang dikasihi memang wajar diberi balasan yang setimpal. Itulah sebabnya jika kita lihat, orang yang bergaji ratusan ringgit pun, dapat membesarkan ramai anak dengan baik, memiliki keluarga yang bahagia. Berbanding yang berharta ribuan, juta, namun hati tidak tenang, resah, kosong dan keluarga porak-peranda, akibat daripada jauh dari Allah. Yang kaya diuji, yang miskin pun diuji. Namun yang membezakan adalah, TAQWA.

Ketahuilah, rezeki itu bukan hanya wang ringgit semata-mata, ia lebih dari itu.. Namun apa yang saya bicarakan adalah mengenai pendapatan daripada usaha perniagaan kita. Orang-orang yang bertaqwa, insyaAllah rezeki akan datang secara tak disangka-sangka.. Sucikanlah hati, jauhi perkara mungkar, ber-istighfarlah selalu.. Inilah ‘ilmu penarik rezeki’ yang sah di sisi Agama. :) Tak perlu jumpa bomoh atau pawang yang mengarut tu..

Oh, mengapa saya tiba-tiba ber-tazkirah pada hari ini? Nak tunjuk alim ke? Mudah sahaja jawapan saya: Kita adalah orang Islam, maka tak salah nak bercakap hal-hal baik sebegini. :) Lagipun, kita berniaga, dan sudah semestinya panduan no satu adalah agama. Taqwa itu tak nampak, sebab itu ramai yang tak yakin ia boleh ‘menarik’ rezeki. Taqwa itu lebih hebat daripada teknik bayangan minda bawah sedar, psikik, NLP atau yang seumpama dengannya. Ketahuilah, taqwa ‘sudah’ merangkumi sebahagian besar teknik-teknik ‘sains’ yang saya nyatakan itu. :) Bagaimana nak mendapat taqwa? Anda mengetahuinya.. kalau tak tahu, ‘carilah’.. hehe..

Semoga perniagaan internet kita bertambah maju dan diberkati. Bagi yang tak mula-mula, bedoalah kepada Allah agar dipermudahkan untuk anda bermula. Doa adalah langkah awal dalam melakukan sesuatu agar Allah mempermudahkan apa yang kita lakukan, pemikiran kita juga tenang. Mudah menuntut ilmu, mudah mempraktikkan dan mudah mencapai kejayaan.. Berdoalah. InsyaAllah.

Wassalam.

Facebook comments:

11 Responses to “Pembuka Pintu Rezeki Adalah Taqwa & Iman..”

  1. pyan says:

    Nak berjaya ? Usaha, doa dan tawakal : itu yang saya pegang. Alhamdulillah segalanya mudah. Yang susah : itu ujian Allah . Ingat padaNya.

  2. amirul28 says:

    Very meaningful unvaluable tazkirah…harap dapat teruskan post-post sebegini di masa akan datang yek.Saya sangat menghargai,=)

  3. muhdmuax says:

    Tulisan ilmiah yang nih saya cari-cari.

  4. pusak82 says:

    Amalkan prinsip DUIT = Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakkal..
    Insya Allah Duit(Rezeki) akan datang :D

  5. stongkol71 says:

    Kalau perhubungan kita dengan Allah baik, maka Allah akan baikkan hubungan kita sesama manusia.
    Kalau hubungan kita tak baik dengan Allah, jangan harap hubungan yang baik sesama manusia.

    Rezeki tu datangnya dari Allah, sebagai tanda bersyukur kita hendaklah sentiasa mengingatinya. Bisnes bisnes juga, solat jangan tinggal…

  6. hapisol says:

    zul,

    dari pemerhatian saya, cara zul ni mmg saya hormati krn selalu
    “give to the world the best u have, and
    the best will come t u” tahniah dan teruskan usaha murni ini.

    Pembuka Pintu Rezeki Adalah Taqwa & Iman..

    betul tu,
    saya sangat tertarik dan yakin dgn makna “ayat seribu dinar” drpd surah al-thalaq yg menceritakan kemurahan rezeki jika jika taqwa kpdNya.

    satu lagi, selalulah membaca surah al-mulk dan al-waqiah.

    • Normala says:

      Yakin…kalau tak yakin ayat apa pun tak jadi. Kepercayaan kepada apa yg disebut..yakin apa yg akan diperolehi dari ayat-ayat yg dibaca…itu asas formula yg sgt penting dlm berdoa.
      Kepada semua yg mencuba semoga berjaya.

  7. fuad says:

    yup..even semakin besar darjat kita di sisi allah pun, semakin besar rintangan-nya..lebih2 lagi dlm bidang e-biz ni..legal issue, etc.. :)

  8. zali says:

    Alhamdulillah,
    Roh Islam mula bertiup…. Taqwa- ceritanya panjang…amalannya yg sempat kita lakukan amat sedikit…hidup ini jangka hayatnya tidak selama mana…. datang kemudian dia pergi.. begitu jugak dengan rezeki … dia singgah kat kita sekejap ajer.. tak kekal , dan semuanya tidak kekal. Memandanglah kearah mana dimuka bumi ini disitulah ada rezeki. Kemiskinan itu hampir kepada kufur dan kekayaan itu hampir kepada takbur…..apa yg Zul cuba hidangkan kali ini amat menarik sekali dan benarlah semuanya….Kita akan di tanya kemudian hari dgn rezeki yg kita dapat hari ini kemana dibelanjakan…Kalau ada TAQWA lagi bagus….

    zali

  9. nmd says:

    Isk.. isk.. tima kasih Zul.. aku rasa ‘terkesan’ jugak dengan tazkirah kau ni.

  10. Janamas says:

    ye..tersentuh jiwaku..org berinternet ni pun pandai bertazkirah. emm..teringin juga nak berblog nie..tapi aku sungguh buta IT..mudah2an ada jalan di depan.. salam semua..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)