Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pemasaran Twitter dan Facebook

Bagi anda yang belum guna Twitter dan Facebook, segeralah lakukannya. Rugi kalau tak buat. Benda ni tak perlu bayar pun walau satu sen.

Buat masa ni saya tak dapat nak kongsi-kongsi tip atau panduan pemasaran twitter dan juga facebook ni sebab saya sendiri pun masih belajar dan mencuba terutama facebook.

Walaupun begitu, daripada tracking dan percubaan yang saya lakukan, memang dapat trafik daripada kedua-dua platform ni. Satu peringatan saya, janganlah sertai mana-mana komuniti seperti di twitter dan facebook hanya nak submit link sahaja. Spam sana dan spam sini. Huh, sakit mata dibuatnya. Elakkan. Orang kata, biar seimbang dan natural.

Mohd Zufadli's Facebook ProfileDi facebook, pelbagai golongan yang menyertainya daripada artis, penulis buku, motivator, usahawan, student dan ramai lagi. Apa yang saya lihat, berbanding myspace dan friendster, di facebook lebih ramai orang-orang yang matang di sana. Jadi untuk perniagaan, amat sesuai untuk tujuan marketing (target mereka).

Pemasaran menggunakan kaedah social network sebegini memerlukan interaksi dengan ahli-ahli yang lain dan jangan sesekali menggunakan kaedah ‘memaksa’ seperti mana kaedah-kaedah yang lain. Orang pasti tak suka. Perkara paling penting adalah, jangan mahu hasil yang cepat kerana kaedah sebegini memerlukan sedikit masa.

Jika betul caranya, pemasaran menggunakan twitter dan facebook memang akan memberikan hasil yang menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Dalam bisnes, jangan hanya mahu cepat, fikirkan juga matlamat jangka masa panjang. Jika kita mahukan sesuatu daripada seseorang, kita mestilah memberikan sesuatu dahulu.

Berikut adalah link ke profile saya:

Facebook: http://profile.to/smartzul

Twitter: http://twitter.com/smartzul

ps. Tak tahu cara pemasaran melalui twitter dan facebook pun tak apa dulu. Yang penting paling kurang, daftarkan diri dahulu dan cari kawan. Yang penting, rancang. Benda ni kalau dah syok, memang banyak masa habis kat situ tanpa produktif pun. Ingat satu saja, tujuan kita adalah marketing. ;)

Facebook comments:

16 Responses to “Pemasaran Twitter dan Facebook”

  1. Hazwan says:

    Saya setuju dengan Zul.

    Twitter sekarang adalah trend yang
    bakal merubah cara kita berkomunikasi
    di internet.

    Saya sendiri pun sudah ada akaun twitter
    untuk niche saya. Dengan twitter kita
    boleh meletakkan diri kita sebagai expert
    yang ‘turun padang’.

    Ianya bukan semata-mata untuk mengumpul
    follower sahaja, yang penting adalah ‘relationship’
    yang terbina.

  2. Nozi says:

    Salam…

    Saya pun realize yang Twitter ni ada kelebihan dia dan juga ada potensi untuk menambah jaringan. Saya pun sedang study pasal apa lagi yang Twitter leh provide, kelebihan dia. Nanti, saya akan share kat blog saya.
    Saya pun dah pakai Twitter sekejap je dapat follower yang memberangsangkan.

    Jgn lupa follow saya juga ye. ~ http://twitter.com/erpuzy159

  3. KampungBoy says:

    saya pun baru sahaja….
    nak bergiat balik dengan twitter nie
    “lauk dah ada depan mata”
    rugi xgrab peluang yang ada…

  4. Sememangnya twitter dan facebook adalah antara medium social network yang mampu membantu kita dlm pemasaran.. Saya dah cuba! Memang menarik

  5. Faz says:

    saya baru nak daftar akaun facebook. tak sangka ramai IM gunakan facebook. ingatkan blog sudah memadai.

  6. Zam says:

    setuju sangat.. sebelum saya buka account twitter dan mybloglog, page impression saya tak pernah lebih 30 sehari .. dalam 2 minggu, dah ada dekat 5k page impression .. tak pernah2 dapat banyak camtu .. exposure makin banyak .. :) sesiapa belum buat, baik buat cepat2 ..

  7. binaportal says:

    Ada tak panduan penggunaan twitter dan facebook step by step terutamanya untuk tujuan marketing. Ehem, boleh jadi niche yang bgus ni.

  8. kombinasi twitter dan facebook memang dapat membantu aktiviti pemasaran…..

  9. abgzol says:

    selama ini saya tak hiraukan sgt pemasaran melalui ‘social network’ ni khususnya melalui platform facebook & twitter. tetapi alangkah ruginya saya kerana teknik pemasaran ini jika di maksimakan fungsinya sebaik mungkin boleh memberikan keuntungan sama ada dari segi jualan, traffik atau rangkaian rakan niaga. saya harap zul akan mendedahkan dengan lebih details teknik ini sama ada dlm panduan percuma atau produk berbayar seperti ‘Kuasa Forum’..sebenarnya saya sendiri pun masih kurang jelas bagaimana kaedah & strategi yg betul memanfaatkan laman ‘social network’ ni :)

  10. duez says:

    Sememangnya twitter mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Dengan bertambahnya pelbagai tools dari masa ke semasa,membuatkan penggunaan twitter lebih bertambah dan maksimum.

    Cuma terpulang kepada kita samada mahu memaksimumkan penggunaan Twitter itu sendiri.

    Kepada yang sudah lama atau yang masih baru dalam twitter,sebuah blog panduan twitter telah diwujudkan sebagai satu sumber rujukan dan perkongsian berkenaan dengan twitter.

    Tips,trik dan info berkaitan tools ada disana.Semoga berguna untuk semua pengguna twitter di Malaysia!

    http://www.panduantwitter.com

  11. Zainun Mat Deris says:

    Twitter dan Facebook satu cabang pemasaran yang menarik ya, Zul. Nanti saya dah adakan akaun saya nanti, pasti saya akan add Zul. Dan nanti… mesti saya nak lama-lama lepak di sana… Hahaha… :D

    Minta-mintalah boleh dapat fokus kepada apa tujuan utama bila berada di social network sebegini… :D

    - Usahawan, Zainun Mat Deris

  12. hasfa says:

    Salam..
    saya ni baru je cebur bidang internet ni. Baru nak belajar pasal cara2 buat duit dengan internet ni. Pada kawan2 yang teror dan berpengalaman sudi2 la bagi tips apa yang patut dipelajari. buntu juga nak bermula bagaimana.

    Terima kasih.

  13. zuar says:

    memang pemasaran melalui twitter berkesan..ramai IM gunakan twiter untuk introduce produk baru mereka dan ia mmg amat berkesan..join twitter saya di sini http://twitter.com/zuarxpdc..:-)

  14. sally says:

    Teknik pemasaran melalui Twitter adalah yang teknik yang paling berkesan dan rakan-rakan semua patut mencubanya…..anda bolih follow saya disini http://twitter.com/Anisa04

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)